Professional Documents
Culture Documents
Kemahiran Berfikir Dan Pendekatan Inovatif Dalam Sejarah
Kemahiran Berfikir Dan Pendekatan Inovatif Dalam Sejarah
Kemahiran Berfikir Dan Pendekatan Inovatif Dalam Sejarah
Pemikiran kritikal merupakan satu idea atau istilah yang sering digunakan oleh
pelbagai pihak dalam masyarakat terutama mereka yang berkepentingan dalam bidang
pendidikan. Pada abad ke-21 ini, semakin ramai pihak berkepentingan (stakeholders)
termasuk pemimpin dalam bidang pendidikan, guru, ibu bapa, pegawai kerajaan, ahli
perniagaan dan orang awam yang mendesak agar pelajar yang dihasilkan oleh sistem
pendidikan yang sedia ada memiliki ciri pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Generasi
muda ini membentuk sebahagian daripada modal insan yang dapat membantu memacu
negara ke arah kecermelangan dan kejayaan.
Pemikiran kritikal bukan merupakan satu idea yang baharu tetapi bermula sejak
tamadun Greek dan Rom lagi. Idea ini datang daripada Socrates. Beliau percaya cara
terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran adalah melalui satu proses melatih tubi
pelajar untuk berdebat dan bertanyakan soalan secara berterusan. Kaedah inkuiri ini
dikenali sebagai kaedah Socratic (socratic questioning).
Negara Malaysia merupakan negara pelbagai budaya, maka, perbezaan pendapat
akan sentiasa wujud. Hal ini disebabkan latarbelakang dan budaya masyarakat Malaysia
yang pelbagai. Kadangkala pelaziman budaya (cultural conditioning) ini boleh menyekat
keupayaan seseorang individu untuk berfikir secara kritis. Ini kerana aliran pemikiran dan
proses membuat keputusan selalunya di pengaruhi oleh latarbelakang budaya dan warisan
seseorang individu. Ini termasuk pengaruh masa, tempat, budaya massa (mass culture) dan
juga psikologi (Ruggiero, 2001, hlm 4-6).
Sebaliknya, pelbagai budaya yang wujud juga berpotensi untuk mewujudkan satu
suasana yang positif dalam sesi perbincangan. Ini kerana akan muncul pelbagai hujah dan
perbezaan pendapat mengenai sesuatu peristiwa sejarah. Sesi perbincangan ini secara
tidak langsung mendedahkan pelajar kepada pandangan yang berbeza dan menggalakkan
pelajar untuk menimbang kesemua hujah dan membuat keputusan. Keputusan yang dibuat
haruslah berlandaskan kepada maklumat dan sumber bukti yang diperolehi. Justeru,
dalam sesetengah keadaan pelajar boleh mencari jalan tengah bagi membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah. Jelas, suasana pelbagai budaya ini mampu memperkayakan
pengetahuan dan aliran proses pemikiran yang kritis dan inovatif dalam kalangan pelajar.
Walau bagaimanapun, guru harus memainkan peranan sebagai pemudahcara (facilitator)
secara berkesan.
Justeru, guru harus mempunyai ilmu sejarah yang luas. Adalah amat penting untuk
guru membina kemahiran berfikir ini berlandaskan ilmu pengetahuan yang mendalam
mengenai sesuatu peristiwa sejarah yang akan di ajar.
Rata-rata guru selalunya menggunakan buku teks sebagai rujukan utama dan
menyampaikan fakta melalui pengajaran yang membosankan tanpa berusaha untuk
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 22
Sekiranya, pleajar dapat bertanya dan menjawab keempat soalan utama ini kepada
apa yang sedang dipelajari, justeru pelajar dapat mengaplikasikannya dalam setiap mata
pelajaran. Strategi ini dapat melengkapi pelajar dengan pemikiran yang jelas dan jawapan
yang cemerlang.
Pemikiran kritikal seharusnya memupuk ciri berikut dalam diri pelajar:
a) Semangat ingin tahu atau keingin tahuan intelek (intellectual curiosity),
b) keterlibatan;
c) integriti,
d) empati; dan
e) tanggungjawab
Ada beberapa persoalan penting atau kaedah yang boleh digunapakai dalam usaha
menarik minat pelajar untuk berfikir secara kritis. Bagaimana kita dapat menarik
perhatian pelajar untuk berfikir secara kritis?
Dengan mencabar murid terutama dalam klasifikasi dan juga melalui penyediaan tugasan
dan latihan. Untuk ilmu sejarah sudah tentu persoalan apa dan kenapa merupakan dua
aspek penting.
Dengan mengemukakan persoalan apa? dan kenapa? secara langsung dan tidak
langsung kita mengalakkan pelajar untuk berusaha:
a) Memahami;
b) Memeriksa bukti;
c) Menimbangkan implikasi;
d) Menyoal anggapan/andaian;
e) Meneroka perspektif; dan
f) Menimbangkan persoalan lain
Guru harus membina satu garis panduan yang di dalamnya mengandungi perkara berikut:
a) Senarai semak;
b) Rubrik;
c) Panduan;
d) Model atau modul contoh bagi mata pelajaran sejarah; dan
e) Membentuk dan mencorak soalan perbincangan yang bersesuaian
Justeru, guru harus menyampaikan kepada pelajar apa yang di harapkan daripada
mereka. Garis panduan yang dapat mengalakkan murid berfikir harus mengambilkira
perkara tersebut di bawah:
a) Mencari isu
b) Memulakan proses bertanyakan soalan
c) Mencari kekaburan dalam fakta atau maklumat
d) Mengenal pasti konflik nilai yang wujud dan membuat andaian/anggapan
e) Mencari bukti dan sebab musabab
f) Mencari maklumat yang penting dan relevan
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 24
Bagaimana membentuk soalan yang boleh mengalak pelajar berfikir secara kritis?
Soalan yang dikemukakan harus bersifat inkuiri yang mendalam dan bukan semata-mata
mencari jawapan dalam buku teks. Juga, bukan semata-mata mengambil pendekatan
seperti “apakah pandangan anda?”
Soalan yang dikemukakan kepada pelajar akan memerlukan mereka untuk menunjukkan
kemahiran pengetahuan dan pemahaman terutama sekali bagaimana pengetahuan ini
dapat diaplikasikan kepada manusia dan keadaan sekeliling.
Soalan yang akan menilai pengetahuan dan kefahaman pelajar contohnya dengan merujuk
buku Sejarah Tingkatan Empat, Bab Dua: Peningkatan Tamadun (Sumbangan Tamadun
Yunani) halaman 42- 44.
a) Bagaimana amalan demokrasi di Malaysia berbeza dengan Athens di zaman Greek?
Soalan ini memerlukan pengetahuan mengenai sistem demokrasi di Malaysia dan
juga ciri demokrasi yang telah diperkenalkan oleh Athens di zaman Greek.
Kedua, pemahaman iatu berjaya mengaplikasi pengetahuan untuk membanding
kedua-dua sistem demokrasi;
Ketiga, pengaplikasiannya di Malaysia hari ini; dan
Akhirnya, membuat analisis kritikal apakah isu yang terlibat dan sama ada sesuai
di amalkan di Malaysia.
Terdapat banyak perbezaan dan ada juga persamaan dalam sistem demokrasi di
Athens dan Malaysia.
Satu daripada ciri demokrasi yang boleh dibincangkan adalah sifat eksklusif dalam
demokrasi Athens yang berbeza dengan amalan demokrasi moden hari ini termasuk
Malaysia.
Wanita, hamba, kanak-kanak dan penduduk asing tidak Kesemua warganegara lelaki dan
diberi kewarganegaraan dan tidak boleh mengundi perempuan boleh mengundi pada
usia 21 tahun.
Ada perbezaan status:
a) antara wanita dan lelaki;
b) antara penduduk bebas dan hamba abdi;
c) antara lelaki yang memiliki harta dan tidak
memiliki harta; dan
d) antara Greek dan bukan Greek.
2. Hanya lelaki dewasa yang bebas dan merupakan Terbuka kepada semua yang
warganegara dibenarkan menyertai aktiviti pentadbiran layak dan dipilih melalui
kerajaan. Justeru, hanya 10-20 peratus sahaja dalam pilihanraya. Mereka yang terpilih
kalangan penduduk Athens yang aktif dalam politik dan akan mewakili rakyat membuat
membuat keputusan mengenai polisi kerajaan. keputusan.
Contoh soalan:
a) Apa itu...?
b) Bila ........ berlaku?
c) Kenapa ini........?
d) Bagaimana dapat anda menjelaskan....?
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 26
Contoh soalan:
a) Bagaimana anda membandingkan....? Bezakan..?
b) Jelaskan dengan menggunakan perkataan anda sendiri....?
c) Apakah fakta atau idea yang ditunjukkan.....?
d) Apakah bukti yang ada.....?
Contoh soalan:
a) Apakah contoh-contoh yang dapat anda cari untuk......?
b) Bagaimana anda dapat menunjukkan pemahaman anda .....?
c) Apakah pendekatan yang akan anda gunakan untuk.....?
d) Apakah yang akan terjadi sekiranya....?
Soalan yang ditanya oleh guru juga harus memenuhi kriteria tertentu. Antara kriteria
yang digunakan untuk menilai soalan di kemukakan oleh guru adalah:
Relevan: berkait dengan bahan dalam unit kajian
Penting: menangani isu penting dalam topik
Mencabar minda: memerlukan pemikiran aras tinggi, bukannya satu carian mudah di
Internet
Keaslian: menanyakan soalan yang unik yang tidak ditanyakan oleh pelajar lain
Penyediaan awal: supaya pelajar lain dapat memberi komen dan maklumbalas.
Sumber: http://www.qcc.cuny.edu/socialsciences/ppecorino/SS770/Outline-
GOOD_QUESTIONS.html
Guru boleh mengalakkan pelajar untuk membentuk kumpulan dan berbincang sesama
sendiri dan usaha ini secara tidak langsung dapat membina hubungan yang baik dan
efektif sesama pelajar.
Pelajar harus dibantu oleh guru untuk menentukan hasil pembelajaran dan berusaha
untuk mencapai hasil pembelajaran tersebut. Duron, Limbaugh dan Waugh (2006, hlm. 15)
telah mengemukakan Model lima-langkah ke arah pemupukan pemikiran kritikal.
Peringkat pertama merujuk kepada mengenalpasti hasil pembelajaran. Ini dikuti dengan
proses pengajaran dengan bertanyakan soalan yang relevan dan menarik bagi
menghidupkan suasana interaktif dalam kelas. Langkah ketiga adalah melatih sebelum
menilai. Ini bererti guru menyediakan ruang untuk pembelajaran aktif. Proses
mengulangkaji dan menambahbaik merupakan langkah keempat yang penting bagi
menentukan aktiviti yang bertepatan dengan hasil pembelajaran. Akhir sekali dalam
langkah kelima adalah memberi maklumbalas dan menilai pembelajaran yang telah dilalui
(lihat Rajah 1).
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 28
Mengikut Clasen dan Bonk (1990) soalan daripada guru merupakan strategi yang paling
berkesan dalam mempengaruhi pemikiran pelajar. Tahap pemikiran pelajar amat
berkaitan dengan tahap soalan yang ditanya. Justeru, guru harus bersedia dan merancang
dengan baik setiap rancangan pengajaran dan apa yang ingin di capai oleh guru melalui
soalan yang ditanya. Dengan ini, guru harus mempunyai kemahiran bertanya soalan yang
mendapat respon yang diingini daripada pelajar.
Di samping itu suasana dalam kelas haruslah kondusif. Jika Socrates mengajar anak
muridnya sambil berjalan dalam suasana pembelajaran yang kondusif di bawah pepohon
hijau (ini dikenali sebagai “peripatetic”), guru juga boleh bersikap lebih terbuka dengan
menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk menyumbang buah
fikiran dan mengadakan perbincangan secara santai dan tidak formal.
Guru harus sentiasa menyediakan maklumat yang tepat, berasaskan fakta, logik dan
sumber yang sah dan mengajar pelajar untuk menulis dengan jelas dan disampaikan
secara logik dan tersusun. Pada masa yang sama sentiasa mengalakkan pelajar untuk
berfikir mengenai kepentingan sesuatu peristiwa sejarah atau kepentingan sesuatu bukti
dan maklumat.
Pelajar harus didedahkan kepada beberapa aspek interpretasi. Contohnya, bagaimana
sejarawan menginterpretasi masa lalu, kenapa mereka menginterpretasi sedemikian dan
bagaimana mereka menilai keesahan interpretasi mereka. Dalam hal ini, guru harus
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 29
Rancangan mengajar (lesson plan) di bawah cuba mengaplikasi TKPK dan setiap aspek ke
arah pemikiran kritikal (KBAT).
Merujuk Bab 9 dalam buku teks Sejarah Tingkatan Lima, Malaysia dalam Kerjasama
Antarabangsa (hlm. 242-245) ada menyentuh mengenai keanggotaan Malaysia dalam
arena antarabangsa contohnya Komanwel. Dengan mengunapakai strategi TKPK (rujuk
halaman 3 modul ini) , disini kita telahpun memilih topik Komanwel dalam kelas dasar
luar dan keanggotaan antarabangsa.
Selain merujuk laman web ini, pelajar boleh juga menghasilkan peta melalui Google Earth
dan Google Map. Penggunaan peta visual dapat menimbulkan dan merangsang minat
pelajar untuk mengenalpasti kedudukan negara anggota Komanwel.
Selain itu kaedah pengajaran inovatif yang lain adalah dengan menggunakan petikan
daripada suratkhabar lama/bersejarah (historical newspaper).
Great Britain/British
Jerman
Perancis
Amerika Syarikat
• Talbot Itali • Fiat • Citroen • Opel • Hudson
• Arrol- • Peugeot • Mercedes • Hupmobile
Johnston • Bianchi • Alfa • Cleveland
• Humber Romeo • Willys-
• Argyll • Darracq Overland
• Swift • Reo
• Adam- • Star
Hewitt • Studebaker
• Albion
• T Ford
• Siddeley • Model TT
• Rover (trak satu
• Orlean tan)
• Chevrolet
• Buick
• Oldsmobile
• Oakland
• Pontiac
Soalan 2: Kenapa banyak model kereta yang diimport daripada beberapa buah negara ke
Tanah Melayu pada awal abad ke-20?
Pelajar boleh menanda jenama automobil yang masih wujud pada masa kini dan
bagaimana model dan buatan ini berkembang sepanjang abad ke-20 dan ke-21. Guru juga
boleh bertanya kenapa ada model kereta yang masih wujud dan kenapa ada model kereta
yang sudah tidak dikeluarkan. Pelajar dengan ini dapat memahami persaingan dalam
industri automobil yang telah bermula sejak awal abad ke-20.
Soalan 3: Guru boleh meminta pelajar mencari dua atau tiga iklan model kereta di
suratkhabar bersejarah pada awal abad ke-20 dan membuat penelitian mengenai teks yang
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 33
ditulis dalam iklan tersebut (analisis tekstual). Berdasarkan iklan yang ada di suratkhabar
bersejarah, guru boleh bertanya soalan-soalan berikut:
Apa yang dipaparkan oleh iklan?
Siapa golongan pembaca/pengguna yang disasarkan?
Apa strategi yang digunakan?
Bagaimana iklan itu mengambarkan era tersebut?
Selain itu rancangan mengajar guru juga boleh menggunakan sumber visual seperti iklan
lama yang digunakan dalam contoh di atas. Guru juga boleh memberi pelajar gambar lama
dan meminta pelajar mentafsir gambar yang diterbitkan pada tempoh masa tertentu.
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 35
Guru boleh mengemukakan fakta di sebalik gambar yang dipaparkan. Kapal korek ini
merupakan milik syarikat Pacific Tin yang telah di bawa masuk dari Yukon, Alaska ke
Kampar, Perak pada tahun 1920. Syarikat Yukon Gold Company yang beribupejabat di
Amerika Syarikat ini (kemudian dikenali sebagai Pacific Tin) mengusahakan perlombongan
emas di Alaska. Setelah kehausan deposit emas di Yukon, syarikat ini memutuskan untuk
melabur di Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah. Justeru, kapal korek itu telah
diubahsuai untuk digunakan dalam aktiviti perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.
Jelas, walaupun syarikat British yang paling banyak melabur dalam bidang perlombongan
bijih timah tetapi terdapat juga aktiviti perlombongan oleh firma dari Amerika Syarikat.
Soalan 1: Guru boleh meminta pelajar mengukur jarak di antara Yukon, Alaska dengan
Kampar, Perak dengan menggunakan perisian percuma di Internet.
Soalan 2: Pelajar digalakkan menggunakan Google Earth atau Google Map untuk mencari
kedudukan kedua-dua lokasi.
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 37
Guru boleh menjelaskan kepada pelajar mengenai usaha syarikat asing ketika itu untuk
melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah yang mendapat pernintaan tinggi dunia
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 38
ketika itu. Syarikat berkenaan sanggup memodifikasikan kapal korek dan menghantar
dalam satu jarak yang jauh untuk melabur. Disini konsep globalisasi, pemindahan
teknologi, kemahiran teknikal dan sebagainya boleh dijelaskan oleh guru. Tanah Melayu
merupakan pengeluar terbesar dunia menjelang awal abad ke-20 dan negeri Perak
merupakan kawasan pengeluaran bijih timah yang paling tinggi berbanding Selangor
contohnya.
Kesimpulan
Rancangan mengajar ini mengambilkira pelbagai peringkat pemikiran kritis dan mengajak
pelajar untuk berfikir dan bertanyakan soalan. Pada masa yang sama, pelajar juga dapat
mengaitkan dengan konteks semasa dan perkembangan yang berlaku di Tanah Melayu
dengan menumpukan perhatian kepada senario semasa di dalam dan luar negara. Aspek
pentarikhan atau tempoh masa juga harus diberi perhatian yang sewajarnya.
Rancangan mengajar yang disediakan oleh guru harus mengambilkira pelbagai aspek yang
dapat menimbulkan rasa ingin tahu dalam diri pelajar. Ini boleh dicapai dalam suasana
pembelajaran yang aktif. Guru menjadi pemudahcara bagi melancarkan perbincangan yang
bakal tercetus. Ciri interaktif dalam kelas sememangnya amat penting dalam memberi
keyakinan kepada pelajar dan seterusnya melahirkan pemikiran kreatif dan kritis.
Rujukan
Anderson et al (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching and Assessing: A Revision of
Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. London: Longman.
Bain, R. (2005). They thought the world was flat?: Applying the principles of how people
learn in teaching high school history. In M.S. Donovan & J.D. Bransford (eds.), How
students learn: History, Mathematics and Science in the classroom (pp.179-216).
Washington, DC: The National Academies Press.
Clasen, D. R. & Bonk, C. (1990). Teachers tackle thinking. Madison: Wisconsin Education
Extension Programme.
Chilcoat, George W.; Ligon, Jerry A. (2004). Issues-centered Instruction in the Social
Studies Classroom: The Richard E. Gross Problem Solving Approach Model,
Social Studies Review , 44 (2).
Duron, R., Limbach B. & Waugh, W., (2006). Critical Thinking Framework for any
Discipline. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education 17 (2) .
[dalam talian] http://www.isetl.org/ijtlhe/pdf/IJTLHE55.pdf (diakses pada 30 Oktober, 2014)
Good Questions, [dalam talian]
http://www.qcc.cuny.edu/socialsciences/ppecorino/SS770/Outline-GOOD_QUESTIONS.html
(diakses pada 28 Oktober, 2014)
Evans, Ricahrd J. (2014). “‘What If’” is a waste of time”. [dalam talian]
http://www.theguardian.com/books/2014/mar/13/counterfactual-history-what-if-waste-of-
time (diakses pada 1 Januari 2015)
Ferguson, Niall (ed.) (1999). Virtual History: Alternatives and Counterfactuals. New York:
Basic Books.
Hasan, Mushirul (2002). “Textbook and Imagined History: The BJP’s Intellectual Agenda”,
India International Centre Quarterly, Jilid 29, No.1, hlm.75-90.
Kemahiran Berfikir dan Pendekatan Inovatif dalam Pendidikan Sejarah 39