Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

5 Jenis Sekolah Berkesan menurut Stoll dan Fink

Stoll dan Fink (1996) dalam model mereka melihat budaya sekolah dalam
dua dimensi, berkesan - tidak berkesan, dan meningkat - merosot.
Model ini boleh digambarkan seperti berikut.

Meningkat Merosot

Bergerak dan berkesan (moving)

Merangkak (struggling)

Tenggelam (sinking)

Mengekal prestasi (cruising)


Berkembang dengan sederhana (strolling)
Rajah 1.1 : Jenis Sekolah Mengikut Keberkesanan dan Peningkatan

Berdasarkan rajah di atas, sekolah berkesan dan meningkat ialah sekolah


yang ‘moving’, yang berkesan tetapi merosot ialah sekolah yang 'cruising',
yang tidak berkesan tetapi meningkat ialah sekolah yang 'struggling' dan
yang tidak berkesan dan merosot ialah sekolah yang ‘sinking’.

Sekolah ‘moving’
Sekolah bergerak ialah sekolah berkesan kerana berjaya meningkatkan
pencapaian murid mereka jauh melebihi jangkaan, dan warganya sentiasa
bergerak untuk meningkatkan kejayaan sekolah. Biasanya sekolah seperti
ini bergerak juga dari aspek lain yang menyumbang kepada perkembangan
pelajar. Sekolah-sekolah yang mendapat anugerah Sekolah Harapan
Negara ialah contoh sekolah berkesan dan bergerak.

Sekolah 'Cruising'
Sekolah jenis ini dilihat sebagai berkesan oleh semua pihak. Pelajar
mereka memanglah sedia berkebolehan, dan mencapai kejayaan
walaupun kualiti pengajaran tidak berapa baik. Sekolah seperti ini hanya
mengekalkan prestasi tetapi kurang berusaha meningkatkan dan
menyediakan pelajar mereka menghadapi dunia yang sentiasa berubah.
Sekolah-sekolah berasrama penuh, sekolah-sekolah elit yang tidak
berusaha menyerlahkan potensi pelajar mereka sepenuhnya,
mengamalkan budaya 'cruising' ini.

Sekolah 'Strolling’
Sekolah-sekolah ini hanya sederhana dari segi pencapaiannya, tidak terlalu berkesan, juga tidaklah
ketinggalan. Sekolah seperti ini cuba bergerak ke arah keberkesanan tetapi tidak cukup menghadapi
kadar perubahan yang pesat. Sekolah seperti ini memerlukan bantuan dan rangsangan luar seperti
pengetua yang baru dan dinamik, bantuan PPD, JPN dan sebagainya. Sekolah seperti ini mempunyai
warga yang bersikap ‘go with the flow’, ‘apa nak buat’, ‘entahlah’ di kebanyakan tempat.

Sekolah 'Struggling'
Sekolah-sekolah ini tidak berkesan, dan semua pihak menyedari hakikat ini
dan berusaha sedaya upaya untuk membaiki keadaan.
Mereka akan berjaya jika dibantu oleh semua pihak kerana mereka
sedar akan kelemahan mereka dan memang memerlukan bantuan. Sekolah-
sekolah yang terdapat di kawasan kurang beruntung seperti
di luar bandar dan pinggir bandar yang berusaha meningkat adalah dalam
kategori ini. Sekolah-sekolah ini mengamalkan budaya bekerjasama,
mencari rakan kongsi (ibu bapa, komuniti dansebagainya) untuk membantu
mereka. Mereka memerlukan perubahan ‘transformatif’ untuk meningkat.

Sekolah 'Sinking'
Sekolah-sekolah seperti ini bukan sahaja tidak berkesan tetapi merosot
kerana stafnya tidak kisah dan tidak tahu cara hendak meningkatkan
prestasi mereka. Selalunya sekolah-sekolah ini berada di kawasan
berstatus sosio ekonomi rendah, ibu bapa tidak kisah danguru-guru
sentiasa menyalahkan latar belakang pelajar yang tidak
memberangsangkan sebagai penyebab kegagalan mereka. Sekolah-
sekolah seperti ini memerlukan perubahan budaya yang drastik, dan
kepemimpinan pengetua yang kreatif dan bijak. Bantuan dari berbagai-
bagai pihak amat diperlukan supaya sekolah ini tidak terus karam dan
tenggelam.

You might also like