Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

RAHSIA SEBENAR KONTRAKTOR BINA-RUMAH


MENGURUS PEMBINAAN 3 HINGGA 4 BUAH
RUMAH SERENTAK ADALAH TERLETAK
KEPADA TUKANG RUMAH. SAYA AKAN
JADIKAN TUAN/PUAN SEBAGAI KONTRAKTOR
YANG MEMBINA RUMAH SENDIRI DENGAN
MENGGUNAKAN SEPENUHNYA PENGALAMAN,
PENGETAHUAN DAN NETWORKING YANG ADA
PADA TUKANG RUMAH ANDA.
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

Pernyataan Hakcipta:

Hakcipta Terpelihara.

1. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian Ebook ini dalam apa jua bentuk dan dengan
apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada pihak www.bina-
rumah.com/wp

2. Pihak Kami boleh mengambil tindakan tegas melalui saluran


undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini.

Penafian Penulisan:

Pihak penerbit (penulis) berusaha sedaya upaya memastikan buku


(Ebook) yang diterbit ini mengandungi maklumat yang tepat dan
berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan. Penerbit Ebook ini
tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan
atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya
nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan
khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR

BAGAIMANA KONTRAKTOR MENGURUS KERJA-KERJA MEREKA

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Berurusan Dengan Tukang Rumah

Skop kerja tukang rumah

Melantik Tukang Rumah

Pembelian Bahan Binaan Dan Megurus Tapak Bina

Penutup

Pengenalan

Pengurusan adalah faktor utama kejayaan dalam apa juga kerja yang kita
lakukan. Subjek Pengurusan adalah subjek utama kepada penuntut yang
mengambil Kursus Business Studies, Public Admin di mana-mana
IPTA/IPTS. Kontraktor juga mempunyai system pengurusan yang tersendiri
semasa menguruskan kontrak-kontrak kerja binaan yang mereka
laksanakan. Seorang kontraktor tidak perlu menghabiskan masa dengan
memerhati atau pergi ke tapakbina setiap hari.

Mengurus sendiri pembinaan rumah bukan bererti tuan/puan mesti:-

Menjaga tiap-tiap pekerja samada mereka bekerja atau tidak.

membayar gaji harian mereka.

memerhati mereka masuk kerja pukul berapa


[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

hari-hari nak kena tengok pekerja bekerja.

pergi ke kedai hardware setiap kali hendak beli barang.

mengetahui harga setiap bahan binaan.

mengira kuantiti bahan yang hendak dibeli.

mencari / menyewa pengangkutan setiap kali membeli barang.

Sistem Pengurusan Kontraktor Dalam Pembinaan Rumah Terbahagi kepada


2 perkara utama iaitu:-

1. Berurusan Dengan Tukang Rumah.


2. Pembelian Bahan Binaan dan mengurus tapakbina

Berurusan Dengan Tukang Rumah

Maksud Tukang Rumah


Tukang rumah adalah orang yang bertanggung jawab sebagai
kepala/foreman dalam pembinaan sesebuah rumah. Dalam pembinaan
rumah tukang rumah/kepala akan mencari sendiri pekerja bawahan yang
dikira sesuai dan boleh bekerja sebagaimana kehendak tukang tersebut.
Gaji serta kebajikan pekerja bawahan ini ditetap dan ditanggung sendiri
oleh tukang tersebut. Tukang rumah ini berbeza sedikit dengan sub-
kontraktor yang bekerja mengambil upah kerja di projek-projek
pembinaan besar seperti bangunan pejabat, deretan rumah kedai atau
yang mengambil sub kerja dengan pemaju perumahan/hartanah. Apa
yang saya maksudkan di sini ialah tukang rumah tempatan/kampong
yang hanya bekerja membina rumah sahaja. Anda jangan tersilap cari
tukang/sub kont. yang bekerja dalam projek perumahan yang dimajukan
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

oleh pemaju perumahan kerana mereka hanya mahir dalam satu-satu


bidang kerja saja contohnya kerja konkrit, kerja kayu, besi dan
sebagainya selain kadar harga yang ditetapkan berbeza serta kualiti
pembinaan tidak setanding dengan tukang tempatan kerana kebanyakan
pekerjanya adalah orang indonesia. Dalam pembinaan sesebuah rumah
lebih kurang 80% kerja dilakukan oleh Tukang rumah
tempatan/kampong. Selebihnya dilakukan oleh specialist seperti pasang
jubin, mengecat, system paip air, pendawaian letrik dan lain-lain.

Skop kerja tukang rumah

Kebiasaanya tukang rumah yang menetapkan harga RM/ft2 adalah


berdasar kepada skop kerja seperti berikut:-

 Menyediakan pekerja
 Setting out- kerja mengalihkan ukuran dari pelan ke ukuran
sebenar di tapakbina.
 Membina side rail
 Membina setor simen
 Mengawalselia kerja penggalian dan menimbus kembali tapak asas
(menyedia/sewa jentera pengorek ditanggung oleh anda)
 Memotong, membentuk dan memasang besi dan formwork(acuan)
 Semua kerja-kerja konkrit (mesin pembancuh konkrit disediakan
oleh anda)
 Dinding bata dan plaster luar/dalam
 Memasang frame dan daun pintu
 Memasang longkang dan kakilima rumah
 Memasang tangki septic dan manhole
 Kerja-kerja kekuda bumbung dan atap
 Memasang siling free asbestos(tidak plaster siling)
 Membuat lapisan simen screed 2” thk. Untuk pemasangan jubin
lantai.

Antara skop kerja yang tidak termasuk ialah:-


 Kerja mengecat dinding rumah
 Kerja memasang jubin
 System paip air
 Pendawaian letrik
 Membina pagar
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

1. Melantik Tukang Rumah


Dalam pembinaan rumah tukang rumah memainkan peranan yang
amat penting bagi mereka yang pertama kali mengurus sendiri projek
pembinaan atau membina rumah. Tukang rumah boleh juga dipanggil
sub-contract tetapi ianya sedikit berbeza dengan sub-cont yang
terlibat dengan projek pembinaan. Tukang rumah biasanya lebih
cermat dalam kerja-kerja mereka. Perkara utama dalam melantik
tukang rumah.

Cari tukang rumah tempatan (jangan cari tukang Indonesia).


Tukang indon walaupun murah dan kerjanya cepat tetapi kualitinya
rendah disamping banyak masalah yang akan timbul kemudian nanti.
Macamana nak cari tukang tempatan
Dan apakah yang perlu diambil kira:-

Tukang rumah boleh dicari dengan bertanya kepada saudara-mara,


kawan-kawan atau bertanya kepada mereka yang telah dan sedang
membina rumah.

Antara Kriteria utama yang perlu ada pada tukang rumah adalah:-

 Pengalaman kerja
1. Boleh diketahui dengan memerhatikan rumah yang sudah
dibina oleh mereka kerana pengalaman berkait rapat dengan
kualiti/mutu binaan.
2. Dengan bertanya orang-orang yang mengenali tukang
tersebut.
3. Berusia 45 tahun keatas. Dalam usia begini pengalaman
dalam pembinaan rumah sememang melebihi belasan tahun.
Ada juga tukang rumah yang berusia 30an dan harganya
lebih murah. Kadang kala tukang yang muda-muda ini hanya
hendakkan kerja saja. Mula-mula ok, apabila tahap
pembinaan melebihi 50% mereka tahu yang harga yang
mereka tetapkan adalah rendah dan pasti akan kerugian bila
rumah siap semuanya. Maka mereka mulalah buat kerja tidak
ikut spesifikasi pelan kerana nak cepat. Jika tak boleh tahan
lagi mereka akan cabut lari begitu saja. Jadi hati-hatilah jika
tukang menawarkan harga yang rendah berbanding tukang
lain. Lagi pun tukang yang berusia muda ni selalunya belum
stabil lagi dalam kehidupan mereka seperti tinggal di rumah
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

sewa, baru kahwin, ada anak kecil, duit tidak pernah cukup,
masalah social dan sebagainya. Semua masalah mereka ini
sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada anda kerana
mereka tidak boleh memberi tumpuan 100% kepada kerja
mereka.

 Bertanggung jawab dan jujur


Perkara ini paling penting. Selain berpengalaman tukang rumah
mestilah mempunyai sikap yang bertanggungjawab terhadap
kerja mereka jika tidak anda akan susah dan pening kepala
dengan kerenah tukang. Tukang yang bertanggungjawab
sanggup rugi, janji rumah yang dibina mesti disiapkan
sepenuhnya supaya pemilik rumah puas hati. Ini penting demi
menjaga nama baik mereka supaya tidak tercemar. Jika
tercemar beerti periok nasi mereka juga terjejas. Bagi
mengetahui tukang mana yang mempunyai sikap
tanggungjawap yang bagus kena ambil masa dan selidik dulu
dengan orang-orang yang mengenali mereka.

Cara lain cari tukang rumah

Caranya kena banyak bertanya dan bersabar. Ambil masa sedikit dan
pergi ronda-ronda dan perhatikan rumah yang dalam pembinaan.
Biasanya kontraktor atau tauke yang membina rumah tersebut
selalunya jarang ada di tapakbina. Anda boleh pergi lihat rumah
tersebut dan perhatikan kualiti pembinaannya. Jika anda rasa rumah
tersebut bagus dalam pembuatannya maka boleh bertanyakan kepada
pekerja rumah tersebut siapakah tukang rumah yang
bertanggungjawab ke atas rumah yang dalam pembinaan itu . Ada dua
kemungkinan di sini iaitu:-

1. Tukang rumah itu bekerja dengan kontraktor/tauke.


2. Tukang rumah itu bekerja dengan tuan rumah sendiri
sebagaimana yang anda hendak bina sendiri rumah anda
sekarang.

Jika ada kontraktor pada masa itu tidak mengapa, pergi aje tengok-
tengok dan berbual sambil bertanyakan harga. Datang lain kali
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

semasa kontraktor tidak ada. Jika pemilik rumah ada pada masa itu
lagi baik kerana boleh bertanya terus adakah tukang yang membina
rumah beliau itu bagus atau tidak selain bertanya harga. Walaupun
tukang rumah bekerja dengan kontraktor, mereka tidak terikat antara
satu sama lain. Mereka adalah sub-contractor kepada main contractor.
Tukang rumah ini hanya terikat bagi projek bina rumah tersebut
sahaja dan mereka juga bebas utk. Bekerja dengan dengan
mengambil sub kerja atau upah kerja bina rumah dengan sesiapa saja.
Kecualilah jika main contractor itu banyak projek dan mereka sudah
membuat perjanjian dari awal lagi untuk bersama-sama pada projek
yang akan datang.

Perkara paling penting apabila bercakap dengan tukang rumah


yang anda baru kenal ini adalah jangan lupa :-

1. Bertanya harga yang diambil oleh tukang rumah tersebut per


kaki persegi. Tukang rumah kebiasaannya tidak mahu kerja
yang dibayar gaji harian. Mereka lebih suka mengambil upah
kerja yang dikira secara lump sum atau pukal. Sebab itulah
harga yang digunapakai adalah RM/sq.ft . Contohnya harga
standard per sq.ft adalah sekarang ini lebihkurang RM18 ~ RM24
per sq.ft. Andaikan tukang menetapkan kadar harga pada
RM21/ft2. Jika rumah anda yang hendak dibina keluasan
lantainya 1500ft2 maka jumlah harga upah bagi tukang rumah
tersebut adalah 1500 x 21 = RM31,500.00

Kadang-kadang tukang rumah mengira keluasan rumah ini


termasuk sekali luas lantai yang tidak berdinding (gross area)
seperti carporch dan terrace. Manakala setengah yang lainnya
mengasingkan keluasan lantai yang berdinding dengan yang
tidak berdinding. Katakan jumlah harga yang dipersetujui adalah
RM31,500.00. Maka dengan menggunakan harga pukal ini anda
sudah boleh buat kira-kira atau budget kewangan/modal yang
diperlukan. Anda tidak perlu risau tentang pekerja bawahan
kerana ia adalah tanggungjawab tukang rumah rumah anda.
Wang upah tukang rumah selalunya dibayar setiap minggu pada
hari terakhir. Jumlahnya mengikut peratusan % kerja yang telah
dibuat. Walaubagaimanapun kadangkala tukang rumah hanya
memerlukan wang sekadar untuk membayar upah pekerjanya
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

sahaja. Bakinya akan diambil kemudian nanti yang dianggap


keuntungan kepada tukang tersebut. Katakan pada minggu
tersebut jumlah orang yang bekerja adalah 6 orang termasuk
tukang.

Kadar harga pekerja


worker RM/sehari

Tukang/foreman RM70 ~ RM100


Skill worker RM65 ~ RM80
Semi skill worker RM55 ~ RM65
General worker RM35 ~ RM50

Andaikan,

worker Bil. RM/sehari Bil. Hari Jumlah(RM)


pekerja bekerja
Tukang/foreman 1 RM90 6 540
Skill worker 1 RM70 6 420
Semi skill worker 2 RM60 6 720
General worker 2 RM40 6 480

Jumlah(RM) 2,160.00

Maka jumlah wang yang anda perlu sediakan pada pada minggu
tersebut adalah RM2,160.00 . Jumlah wang yang perlu dibayar kepada
tukang rumah berubah-ubah setiap minggu mengikut peratusan kerja
yang disiapkan dan juga jumlah pekerja yang bekerja pada minggu
tersebut. Jumlah pekerja 6 orang ini dikira sudah banyak kerana pada
kebiasaanya mereka bekerja 3 atau 4 orang saja. Jika keadaan
memerlukan barulah ditambah pekerja contohnya kerja-kerja konkrit
dan plaster.

2. Bertanya nama dan ambil no. telefon. Nyatakan yang anda juga
berminat hendak bina rumah dalam masa terdekat dan tanyakan
pada tukang itu samada dia sudah ada perjanjian bina rumah
dengan orang lain atau tidak selepas siap rumah itu. Rujuk
tukang ini kepada sesiapa yang mengenali atau pernah
berurusan dengannya. Tujuannya untuk mendapatkan tukang
yang bagus dari segi pengalaman dan bertanggungjawab.
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

Anda boleh buat survey / kajian ini terhadap 4 ~ 5 orang tukang


rumah dan bandingkan harga mereka.

Pembelian Bahan Binaan Dan Megurus Tapak Bina


Saya tahu bagi mereka yang tidak biasa dengan projek binaan
memang tidak berapa yakin dengan urusan pembelian dan
penghantaran bahan-bahan binaan ke tapakbina. Begitu juga dengan
kuantiti yang diperlukan bagi pembinaan rumah anda lebih-lebih lagi
barangan yang dalam kuantiti yang banyak. Adakah anda kena kira
satu persatu? Tidak…lagi pun bukan semua bahan perlu dibeli
sekaligus seperti besi, atap, daun/frame pintu atau barang yang boleh
dikira. Saya tahu anda tidak ada masa kerana mempunyai pekerjaan
yang tetap yang mesti diberi tumpuan yang lebih. Tugas tukang
rumah yang sebenarnya adalah hanya membina rumah dan menjaga
pekerjanya manakala tugas anda menyediakan segala kemudahan
yang diperlukan oleh tukang seperti bahan binaan, bekalan air/letrik,
mesin/jentera, pengangkutan sebagainya. Saya tahu anda bukan saja
tiada masa tetapi juga tidak mempunyai keyakinan yang tinggi dapat
menguruskan perkara-perkara berkenaan.

Di sinilah anda perlu mengambil kesempatan di atas pengalaman dan


pengetahuan yang ada pada tukang rumah anda. Gunakan kelebihan
yang ada pada tukang rumah anda sepenuhnya bagi mengurus
pembelian bahan binaan dan urus tapakbina. Sebagai kontraktor
binaan inilah kaedah yang saya gunakan kerana saya perlu
menguruskan projek yang lain juga dengan tukang yang lain. Begitu
juga mereka yang mempunyai kerja tetap tetapi masih berupaya
mengurus sendiri pembinaan rumah mereka.

Kaedahnya:-

 Jadikan tukang rumah anda sebagai pembantu anda dalam


segala urusan berkenaan pembinaan rumah anda samada di
tapakbina atau urusan pembelian bahan binaan. Tidak perlu cari
seseorang untuk menyelia pembinaan rumah anda. Tetapi anda
perlulah memberi elaun bulanan sebagai upah menjadi
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

pembantu anda. Bagi lah sekitar RM500 ~ RM700 sebulan


Tukang rumah pasti gembira dan akan menolong anda dengan
senang hati kerana dibayar. Tukang rumah bukan seperti seperti
kontraktor yang berfikiran business selalu mahu cari keuntungan
sebanyak mungkin. Tukang rumah hanya mahu kerja mereka
berjalan lancar dengan bahan binaan tidak putus dan upah tidak
tertangguh. Itu saja.

Tukang rumah juga mempunyai ilmu ketukangan dan


pengetahuan tentang bahan-bahan binaan yang lebih tinggi
daripada kontraktor. Contohnya jenis kayu yang mana paling
sesuai digunakan pada bumbung, pintu, formwork dan
sebagainya. Saya sebagai kontraktor selalu minta nasihat tukang
apabila nak order bahan binaan.

Bukan itu saja, tukang rumah juga berkebolehan mengira


kuantiti bahan binaan yang perlu digunakan dalam pembinaan
rumah. Anda tak perlu susah-susah nak kira, serah semuanya
kepada tukang mengenai jenis dan kuantiti bahan yang perlu
dibeli. Itu memang kerja mereka.

Urusan di tapakbina.

Tapakbina perlu di susunatur mengikut kesesuaian jalan masuk


ke tapak. Oleh kerana anda sudah melantik/upah tukang sebagai
pembantu ,serahkan urusan ini kepada tukang anda kerana dia
lebih tahu di mana nak buat setor simen, tempat kerja kayu,
besi, laluan hantar barang, tangki air sementara dan
sebagainya.

Di mana anda boleh beli bahan binaan?

80 ~ 90% bahan binaan boleh didapati dari kedai hardware dan


selebihnya kuari, kilang bata dll. Kedai hardware ada banyak
mana satu nak dipilih.
Di sinilah kelebihan tukang rumah yang berpengalaman
selalunya mempunyai ramai kenalan di kalangan orang-orang
yang terlibat dalam bidang binaan ini. Berunding dengan tukang
anda, kedai hardware mana yang bagus, mudah berunding dan
khidmat penghantaran bahan yang baik. Kadang kala tukang
juga mengenali tauke-tauke hardware ini. Ini lebih mudah
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

berurusan. Oleh kerana anda tidak ada masa kerana bekerja,


saya cadangkan supaya anda buka akaun di kedai hardware
yang direkomen oleh tukang anda. Bawa bersama tukang anda
apabila nak berurusan buat pertama kali dengan kedai hardware
supaya diperkenalkan kepada tauke kedai tersebut. Buka akaun
dan depositkan sejumlah wang sekitar RM5,000 ~ RM10,000.
Dengan cara ini penghantaran bahan binaan berjalan lancar dan
tauke kedai lebih percaya. Jika wang yang didepositkan sudah
habis barang tetap dihantar terus kerana anda dikira pelanggang
tetap mereka. Boleh hubungi tauke kedai yang anda sibuk,
seminggu lagi akan tambah deposit. Tak perlu tergesa-gesa.
Tetapi janji mesti ditunaikan supaya tauke kedai lebih percaya.
Perlukan bahan anda Cuma telefon saja atau fax senarai bahan
yang dikehendakki.
Inilah kaedah yang digunakan oleh kontraktor binaan
terutamanya kontraktor cina yang ada projek yang jauh dari
daerah tempat tinggal kita sekalipun.

Pengalaman saya bekerja dengan kontraktor cina di kuala


Lumpur pada tahun 90an yang mempunyai projek di Seremban
dan Kuala Kangsar Perak. Sebelum projek bermula
majikan/tauke akan membawa saya dan tukang pergi survey
kedai-kedai hardware di sekitar Bandar Seremban dan K.
Kangsar. Setelah berpuashati dengan satu-satu hardware
barulah majikan berunding dengan taukey hardware dan
membuka akaun dengan depositkan sejumlah wang yang
dipersetujui sambil memperkenalkan saya dan tukang. Ini
penting kerana selepas ini samada saya atau tukang boleh terus
memesan bahan binaan dari hardware tersebut. Taukey saya
hanya monitor dari K.L melalui telefon dan fax sahaja samada
projek di Seremban atau K.Kangsar. Sekali sekala dalam sebulan
taukey saya akan datang melawat tapak. Kaedah inilah yang
diamalkan oleh saya dan lain-lain kontraktor. Memang relax dan
bebas.
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

Melantik Lain-lain tukang yang berkaitan

Tukang rumah biasanya tahu di mana nak dapatkan lain-lain tukang


dan mengenali mereka semua. Bawa bersama tukang rumah anda
apabila berbincang dan menetapkan harga.

 Tukang jubin (lantai/dinding)

Kadang kala tukang rumah sendiri pun boleh pasang jubin tapi
saya tak syorkan walaupun harganya mungkin lebih murah.
Carilah orang yang kerjanya hanya memasang jubin saja
(pakar). Upah pemasangan jubin dikira secara RM/ft2 bagi lantai
dan dinding dapur. Harga lump sum/pukal digunakan bagi bilik
air/tandas.

 Tukang cat

Mengecat dinding rumah juga dikira mengikut RM/ft2 atau lump


sum.

 Tukang paip

Harga kerja paip juga dikira secara lump sum setelah melihat
pelan dan melawat tapak bina. Harga lump sum ini dikira sekali
iaitu harga upah + harga barang. Jadi semua barang yang
berkaitan dengan system paip air adalah disediakan oleh tukang
paip. Apa yang perlu anda buat ialah membayar deposit bekalan
air. Itu pun tukang paip yang uruskan dan anda hanya sediakan
duit untuk pembayaran deposit meter saja.

 Tukang letrik

Sama juga dengan kerja paip, kerja pendawaian letrik dikira


secara lump sum mengikut bilangan point-point lampu, kipas, 3
pin plug, switch dan aircond(jika ada). Urusan pembayaran
meter dibuat oleh mereka dan anda hanya perlu sediakan duit
saja.
[RAHSIA PENGURUSAN KONTRAKTOR] March 18, 2011

 Pagar

Kadang-kadang pemilik rumah tidak cukup badget hendak buat


pagar maka dibiarkan dulu pembinaannya. Jika nak bina pagar,
tukang rumah anda sendiri boleh bina. Harga dikira secara
RM/ft.

Penutup

Akhir kata sebagai kontraktor binaan inilah kaedah yang saya gunakan
semasa mengurus projek pembinaan yang saya dapat, bukan sahaja
projek membina rumah tetapi juga projek-projek kerajaan. Jika tidak
bagaimana saya boleh uruskan 3 atau 4 projek serentak. Walaupun
tukang memainkan peranan penting dalam pembinaan tuan/puan
tidak boleh lepas tangan terus. Tuan/puan mesti tahu baca pelan
walaupun tak berapa mahir dan mengetahui peringkat-peringkat
pembinaan serta mengenali bahan-bahan binaan. Diharap dengan
ebook ini tuan/puan lebih yakin untuk membina sendiri rumah kerana
memang benar kita dapat jimatkan duit kita berpuluh-puluh ribu
ringgit jika urus sendiri pembinaan rumah kita.

Selamat Berjaya

Wassalam,

KontraktorCyber
Fatahbidin

You might also like