Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

BAB I

PENGENALAN PROJEK

1.1 Pengenalan

Kebangkitan dalam sukan larian telah dimulakan oleh seorang berbangsa Inggeris dalam abad ke-
18 yang mana telah menekankan penghasilan kasut yang lebih ringan dan mempunyai daya
cengkaman yang kuat. Kemudian pada kurun seterusnya telah dapat dilihat bahawa kasut yang
diperbuat daripada kulit untuk kasut pelari pecut dilengkapi dengan ‘spiked’ untuk member
cengkaman yang lebih.

Pada tahun 1832 Wait Webster telah mempatenkan ciptaan beliau iaitu pelapik kasut yang
diperbuat daripada getah untuk kasut dan juga boots. Sekitar tahun 1860-an kasut yang berada
dipasaran mempunyai rekabentuk yang menutup sepenuhnya bahagian kaki dengan lapisan
kanvas untuk mengurangkan serapan air tetapi masih lagi mengekalkan penggunan pelapik kasut
daripada getah. Kasut yang direka pada zaman tersebut adalah senyap dan tidak mengeluarkan
bunyi ketika dipakai dan ia dipanggil ‘Sneakers’ yang diambil sempena karekter pencuri yang
berjalan senyap dan tidak diketahui akan kehadirannya.
2

Pada awal 1907 kasut sukan telah mengalami perubahan sekali lagi iaitu dengan
mengenakan ikatan tali seolah jahitan bagi mengekalkan bentuk kasut mengikut kaki si pemakai.
Ia juga bertujuan mengurangkan regangan yang berlaku akibat sifat bahan kulit yang digunakan
untuk membuat kasut itu sendiri yang akan secara semulajadi akan meregang.

Kasut khusus bagi sukan bola keranjang telah dimulakan pada tahun 1917 oleh syarikat
Converse dan kasut itu telah dinamakan sempena nama syarikat tersebut, Converse All Star
(Pattison & Cawthorne 1997). Kasut sukan bola keranjang ini menjadi satu trend masa kini pada
ketika itu dalam tahun 1920-an dan hamper semua orang akan memilikinya dan digunakan
sebagai kasut untuk beriadah.

Bapa kepada bermulanya pengenalan kasut sukan di dunia adalah melalui Adolf Dassler
yang telah mulakan penghasilan kasut pada sekitar tahun 1920 di Jerman. Dassler pada asalnya
hanyalah mengkhususkan kepakaran beliau dalam mereka bentuk jenis kasut sukan. Pada tahun
1936 kasut buatan beliau telah mulai dikenali di seluruh dunia pada ketika itu. Setelah perang
dunia tamat beliau meneruskan kembali penghasilan kasut sukan tapi kali ini dengan membawa
nama besar iaitu Adidas (1948). Namun berlaku sedikit masalah pemilikan jenama kasut ini dan
ia telah berpecah kepada dua Adidas dan Puma.

1.2 Penyataan masalah

Permasalahan yang kami dapat merujuk kepada soal selidik yang telah kami lakukan kepada
orang awam ialah kos yang tinggi bagi membeli pelbagai kasut untuk digunakan dalam menjalani
aktiviti sukan dan bersosial.
3

1.3 Persoalan kajian

Produk ini dihasilkan bagi menjawab beberapa persoalan berikut:

i. Adakah penghasilan ‘smart shoes’ dapat menjimatkan kos pengguna.


ii. Adakah produk ‘smart shoes’ yang dihasilkan dapat memudahkan pengguna dalam
menjalani aktiviti sukan dan bersosial.

1.4 Objektif kajian

Secara umumnya objektif yang kami inginkan adalah seperti berikut:

i. Mengetahui sama ada produk ‘smart shoes’ yang dihasilkan dapat menjimatkan kos
pengguna.
ii. Mengetahui sama ada produk ‘smart shoes’ yang dihasilkan dapat membantu
memudahkan pengguna menjalani aktiviti sukan dan bersosial.

1.5 Skop kajian

Kajian ini hanya akan merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Produk ini akan dapat menjimatkan dan mengurangkan kos pengguna dalam
pembelian kasut sukan dan bersosial.
ii. Produk ini akan dapat memudahkan pengguna dalam menjalani aktiviti sukan dan
bersosial.
4

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini penting dijalankan kerana ianya dapat memberi alternatif baru dan dapat membantu
mengurangkan serta menjimatkan kos pengguna dalam pembelian kasut sukan dan bersosial.
Perbandingan kos antara produk inovasi ‘smart shoes’ dengan kasut biasa telah di ambil kira
semasa kami menjalankan kajian ini. Ternyata produk ‘smart shoes’ dapat menjimatkan kos
pembelian kasut oleh pengguna.

Selain itu, produk inovasi ini juga dapat memudahkan pengguna. Hal ini kerana, pemakai
hanya perlu menukar tapak kasut sahaja tanpa menukar kasut yang lain jika ingin menjalankan
aktiviti sukan dan bersosial mengikut kesesuaian dan kepenggunaan tapak.

1.7 Batasan kajian

Penghasilan produk inovasi ‘smart shoes’ adalah disasarkan kepada pengguna kasut sukan dan
bersosial.

1.8 Penutup

Bab ini telah menyatakan dengan jelas tentang latar belakang kajian, penyataan masalah,
persoalan kajian, objektif, tujuan, skop dan kepentingan kajian yang dijalankan. Perbandingan
aspek di antara produk inovasi ‘smart shoes’ dan kasut biasa akan diterangkan dalam bab 2
melalui tinjauan literatur.

You might also like