Pengenalan Mandalipau

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pengenalan

Secara umumnya, sektor pelancongan merupakan salah satu sektor yang penting
dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima
terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan
runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion
kepada Keluaran Negara Kasar (KNK). Industri pelancongan menjadi semakin penting
kerana ia merupakan pemangkin dalam pembangunan ekonomi Malaysia serta banyak
menyumbang kepada pendapatan dan pertumbuhan negara. Ia mencakupi
aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perusahaan perhotelan, penginapan, pengangkutan,
perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Industri ini dilihat sebagai penyumbang
kepada penjanaan perolehan tukaran asing, guna tenaga dan pendapatan ( Unit
Perancang Ekonomi, 2010 ).

Kemajuan sektor pelancongan di negara ini terus berkembang ekoran pelbagai


faktor yang seringkali menjadi pendorong kepada pertumbuhan pelancongan di
negara ini antaranya termasuklah budaya, etnik, kekayaan sumber semulajadi serta
banyak lagi. Diketahui umum bahawa industri ini mampu menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi dan juga dapat meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti
tempatan. Keseluruhannya, pelancongan boleh dianggap sebagai satu industri yang
berpotensi, memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,
menyumbang kepada pendapatan hasil cukai yang tinggi dan juga dapat
mempelbagaikan ekonomi penduduk tempatan. Pelancongan juga adalah sangat
sesuai sebagai suatu aktiviti yang boleh meningkatkan daya keusahawanan di
kalangan komuniti tempatan khususnya di pedalaman yang melibatkan diri dalam
mengusahakan pusat-pusat pelancongan seperti homestay, pusat rekreasi air serta
lainnya. (Dogan 1989), aktiviti pelancongan di kalangan golongan elit dikatakan
mampu meningkatkan ekonomi di kalangan elit pedalaman, dengan ini adalah lebih
baik daripada membenarkan keuntungan ekonomi mengalir keluar ke negara lain.

Penyelidikan ini adalah mengenai usahawan pelancongan berasaskan keluarga


di Kg.Mandalipau White Water View and Fish Pond di Papar Sabah. Dimana, kajian ini
berfokus kepada tiga objektif kajian, iaitu aktiviti pelancongan yang dibangunkan di
Mandalipau White Water View and Fish Pond, sambutan pelancong terhadap produk
yang dibangunkan di Mandalipau White Water View and Fish Pond dari perspektif
pengusaha serta cabaran yang dihadapi oleh pengusaha dalam membangunkan
kawasan ekopelancongan. Selain itu, kaedah kutipan data yang digunakan dalam
kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif dimana penyelidik telah
menggunakan borang soal selidik berbentuk open ended dimana responden bebas
menyatakan pendapat tanpa pilihan jawapan tertentu. Selain itu, pemilihan kawasan
kajian adalah di Mandalipau White Water View and Fish Pond di Kampung
Mandalipau,Papar serta kaedah pengumpulan data melibatkan data primer,iaitu temu
bual dan pemerhatian dan juga data sekunder yang melibatkan rujukan
sumber-sumber buku dan buku rekod kehadiran pelancong.

You might also like