Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

TEKNOLOGI FABRIKASI LOGAM DAN KIMPALAN

(BBW 20103)

Kaedah Pembelajaran Terbaik Kolaboratif Bagi Kursus


Kimpalan Fabrikasi Logam Berbanding penggunaan
Pembelajaran Konvensional

Disemak Oleh:
Dr. IRWAN MAHAZIR BIN ISMAIL

Disediakan Oleh:
MOHAMAD IQKRAM BIN MOHD RAFI (CB170008)
MUHAMMAD FADHLI BIN AZMI (CB170043)

SEKSYEN 1

15 NOVEMBER 2018
ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


Abstrak 3

1.0 Pengenalan 4

2.0 Tujuan Kajian 5

3.0 Pembelajaran Berasakan Kaloboratif 5

4.0 Metadologi Kajian 6

5.0 Dapatan Kajian 6

6.0 Perbincangan 11

7.0 Kesimpulan 12

8.0 Rujukan 12

2
ABSTRAK
Proses pembelajaran dan pengajaran ialah sebuah proses penting dalam memastikan setiap
pelajar menguasai sesuatu subjek. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat,
pembelajaran bagi subjek kimpalan dan fabrikasi logam juga turut berubah kepada pendekatan
secara kolaboratif. Hal ini dapat menarik minat pelajar terhadap subjek ini. Tujuan kajian ini
ialah untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaan keadah kolaboratif bagi
kursus kimpalan dan fabrikasi logam. Kajian dijalankan dalam kalangan pelajar tahun satu dan
dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Universiti Tun Hussien Onn
Malaysia (UTHM). Reka bentuk kajian bersesuaian dengan subjek Kimpalan dan Fabrikasi
Logam dalam kursus TVET. Google Forms adalah medium yang digunakan sebagai teknik
mengumpul data dan maklumat daripada responden. Seramai 33 orang responden telah
memberi maklum balas dan pendapat mengenai teknik kolaboratif. Selain itu, faktor untuk
menjadikan kaedah kolaboratif lebih mudah dan berkesan juga dibahaskan secara ringkas.
Secara total, elemen pembelajaran secara kolaboratif turut dipertimbangkan dalam kajian ini.

3
1.0 PENGENALAN
Kimpalan dan fabrikasi logam bukanlah sesuatu yang asing lagi bagi kita, ia merupakan satu
teknologi yang telah diperkembangkan dari satu era ke era yang yang lain. Kimpalan dan
fabrikasi logam adalah satu proses dimana ia merangkumi aspek sains dan teknologi yang
menyeluruh dalam bidang pembinaan dan pembuatan di seluruh dunia. Definisi mudah untuk
memahami kimpalan adalah menyambungkan logam melaui proses pemanasan sehingga ke
takat lebur dan mengabungkan dua besi menjadi satu.

Pembelajan kimpalan dan fabrikasi logam ini boleh dikuatkan lagi dengan kaedah
pembelajaran terbaik kolaboratif agar lebih memahami akan kimpalan dan fabrikasi logam.
Kaloboratif adalah satu kaedah pembelajaran secara teknologi, dimana ia menjelaskan
bahawa pembelajaran kolaboratif adalah satu istilah yang memayungi pelbagai pendekatan
pembelajaran yang melibatkan usaha intelek sesame murid atau murid dengan guru ( Smith
dan McGregor 1992 ). Pola kerjasama kolaboratif dari spek peranan, hubungan, nilai cara
bekerja yang saling melengkapi antara satu sama lain ( John Steiner 2000). Biasanya murid
akan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan seramai dua orang atau lebih, saling mencari
persefahaman, penyelesaian atau mencipta hasil pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pembelajaran
kolaboratif sangat pelbagai dan meluas, tetapi kebanyakannya berpusatkan kepada aktiviti
murid untuk meneroka sesuatu sesi pembelajaran atau penggunaan bahan pembelajaran. Ini
bermaksud dalam pembelajaran kolaboratif sesi pembelajaran bukan sekadar penyampaian
atau penerangan daripada seorang guru semata-mata.

Pihak pendidik seharusnya patut menukar cra pengajaran dan pembelajaran yang
memusatkan guru kepada pelajar (Meade 1997). Oleh itu, kaedah pembelajaran secara
perbincangan dengan menggunakan laman sosial perlu dilaksanakan untuk mengaktifkan
suasana pembelajaran dan meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran. Dalam
kaedah ini, penggunaan laman sosial dimanipulasi selari dengan minat generasi yang suka
meneroka persekitaran yang baru. Persekitaran yang baru akan menyebabkan pelajar
memberi tumpuan kepada kaedah penggunaan dan penerokaan (Wlodkowski 1978)
seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih seronok dan mencabar.

4
1.1 PENYATAAN MASALAH
Pembelajaran teknologi adalah kaedah terbaik bagi kimpalan dan fabrikasi logam. Ini
adalah kerana dalam kaedah ini, penggunaan laman sosial dimanipulasi selari dengan
minat generasi yang suka meneroka persekitaran yang baru. Persekitaran yang baru akan
menyebabkan pelajar memberi tumpuan kepada kaedah penggunaan dan penerokaan
(Wlodkowski 1978). Namun demikian, pembelajaran kimpan dan fabrikasi logam ini akan
lebih baik sekiranya diapplikasikan pembelajaran secara kolaboratif. yang memayungi
pelbagai pendekatan pembelajaran yang melibatkan usaha intelek sesama murid atau
murid dengan guru ( Smith dan McGregor 1992 ). Pola kerjasama kolaboratif dari spek
peranan, hubungan, nilai cara bekerja yang saling melengkapi antara satu sama lain (
John Steiner 2000). Cara ini akan membuatkan pelajar lebih memahami dengan perkara
yang diajaar dan mengajar pelajar mnguasai teknologi.

2.0 TUJUAN KAJIAN


Mengetahui amalan terbaik bagi pembelajaran berasakan kaloboratif berbanding kaedah
konvensional.

3.0 PEMBELAJARAN BERASAKAN KALOBORATIF


Terdapat pelbagai aplikasi teknologi yang dapat membantu pelaksanaan Pembelajaran
Secara Kolaboratif. E-pembelajaran adalah merupakan kaedah terbaru menggunakan
teknologi yang terkini bagi meningkatkan tahap pembelajaran. Persekitaran pembelajaran ini
menggunakan perkakasan fizikal seperti komputer peribadi, modem dan juga talian telefon.
E-pembelajaran merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
rangkaian elektronik (LAN, WLAN atau Internet) untuk menyampaikan kandungan, maklumat
dan juga berinteraksi melaluinya. Internet, intranet, satelit, pita audio-video, interaktif TV dan
CD-rom merupakan sebahagian dari media elektronik yang digunakan untuk mempraktikkan
e-pembelajaran (Kaplan-Leiserson, 2000). Kaedah ini membolehkan pelajar menggunakan
e-pembelajaran untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki (Rader dan Wilhelm, 2001).
Penggunaan e-pembelajaran memberi impak pembelajaran atau peluang yang luas kepada
pelajar menerusi penglibatan aktif pelajar, interaktif, koloboratif dan menggalakkan
pembelajaran seumur hidup. Pengalaman pembelajaran boleh diperolehi menerusi
penggunaan e- pembelajaran tidak dibatasi oleh empat dinding kelas semata - mata; malah
penggunaannya mampu menambah nilai pembelajaran sekiranya diurus dalam persekitaran

5
pembelajaran yang sesuai. Nilai-nilai tersebut sebagaimana diberikan oleh (Oblinger, Barone
dan Hawkins, 2001) iaitu penerokaan, pengalaman, pemberdayaan, keberkesanan,
perluasan dan kemudahan penggunaan.

4.0 METADOLOGI KAJIAN


Kajian kes yang menggunakan soal selidik secara atas talian dengan menggunakan “google
form” seramai 32 orang dari pelajar fakulti pendidikan teknikal dan vokasional kursus
kimpalan dan fabrikasi logam.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1, hasil daripada maklumbalas yang diterima oleh 33 respon, maajoritinya
adalah dari tahun 2 iaitu sebanyak 28 orang (84.8%) berbanding dengan tahun 1 seramai 5
orang (15.2%). Ini mungkin disebabkan pelajar tahun 1 masih belum terdedah dengan
penggunaan kolaboratif berbanding dengan pelajar tahun 2.

6
Rajah 2

Berdasarkan rajah 2, hasil maklum balas daripada 33 orang responden menunjukkan mereka
mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Didalam carta pai yang dapat dilihat, majoriti
responden memilih pembelajaran secara kolaboratif iaitu seramai 13 orang (39.4%). Dan
responden yang selebihnya memilih kuliah oleh pensyarah dan lawatan ke industri seramai
10 orang (30.3%) bagi setiap elemen.

7
Rajah 3

Berdasarkan rajah 3, hasil maklumbalas daripada 32 orang responden menunjukkan majoriti


dari mereka memilih “kaedah yang berkesan untuk mencapai objektif dalam pelajaran” iaitu
seramai 16 orang (50%). Seterusnya seramai 10 orang (31.3%) telah memilih “proses
pembelajaran lebih menarik. Akhir sekali, seramai 6 orang ( 18.8%) telah memilih “suasana
belajar yang menyeronokkan”.

8
Rajah 4

Berdasarkan rajah 4, hasil maklumbalas daripada 33 orang responden menunjukkan majoriti


dari mereka memilih “pelajar yang kurang berkemampuan (low ability) akan ketinggalan” iaitu
seramai 18 orang (54.5%). Seterusnya seramai 11 orang (33.3%) telah memilih “kekurangan
penglibatan pelajar dalam aktiviti secara kolaboratif”. Akhir sekali, seramai 4 orang ( 12.1%)
telah memilih “mengambil masa yang agak lama dan panjang”.

9
Rajah 5

Berdasarkan rajah 5, hasil maklumbalas daripada 32 orang responden menunjukkan majoriti


dari mereka memilih mempunyai pendapat ataupun idea yang berbeza beza dan ada juga
yang telah memberi idea yang bernas dimana idea itu boleh diguna pakai untuk meningkatkan
lagi kaedah pembelajaran terbaik kolaoratif bagi kursus kimpalan fabrikasi logam.

10
6.0 PERBINCANGAN
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai pengunaan teknik
kolaboratif dalam kursus Kimpalan dan Fabrikasi Logam. Selepas kajian ini telah dijalankan,
terdapat 33 orang responden telah menjawab Google Form yang telah diedarkan.
Berdasarkan Rajah 1, majoriti respondan ialah pelajar tahun 2 iaitu sebanyak 84.8%. Ini
menujukkan pelajar senior lebih aktif dalam penglibatan aktiviti soal selidik serta mengambil
subjek yang berkaitan kimpalan dan fabrikasi logam.
Selain itu, seramai 13 orang (39.4%) menyatakan teknik kolaboratif lebih berkesan untuk
pembelajaran subjek kimpalan manakala 20 orang lagi memilih teknik pembelajaran secara
kuliah dan lawatan ke industri. Rajah 2 menunjukkan pelajar berpendapat keadah kolaboratif
kurang sesuai untuk pembelajaran subjek kimpalan kerana ia melibatkan kemahiran yang
memerlukan bimbingan sepenuhnya oleh pensyarah dan pakar.
Sementara itu, Rajah 3 menyatakan separuh daripada responden berpandangan kolaboratif
ialah sebuah kaedah yang berkesan untuk mencapai objektif dalam pelajaran manakala
terdapat 10 orang (31.3%) telah memilih “proses pembelajaran lebih menarik. dan seramai 6
orang ( 18.8%) telah memilih “suasana belajar yang menyeronokkan”. Perkara ini terbukti
kerana ianya berpusat pelajar. Pelajar perlu mencari sendiri bahan yang ingin dipelajari serta
mencapai objektif pembelajaran.
Rajah 4 merumuskan majoriti pelajar yang kurang berkemampuan (low ability) akan
ketinggalan” iaitu seramai 18 orang (54.5%) yang menyebabkan keadah kolaboratif menjadi
kurang berkesan berbanding keadah konvensional. Namun begitu, kekurangan penglibatan
pelajar dalam aktiviti secara kolaboratif” serta “mengambil masa yang agak lama dan
panjang” juga menjadi penyebab kenapa keadah ini kurang berkesan berbanding keadah-
keadah lain. Pelajar yang kurang kemampuan perlu diberi keadah lain yang bersesuaian
dengan perkembangan mereka bagi memastikan penglibatan aktif mereka dalam
pembelajaran itu berlaku.
Keseluruhan responden meninggalkan cadangan yang bernas tentang keadah kolaboratif
dan mengaitkan dengan konsep kognitif dan afektif.

11
7.0 KESIMPULAN
Secara mudahnya, keadah kolaboratif hanya sesuai dipakai oleh pelajar universiti yang
mempunyai kemampuan yang tinggi. Kajian menunjukkan keadah ini dapat membantu
pensyarah untuk meningkatkan kefahaman serta prestasi pelajar. Namun begitu, pelajar
kurang berkemampuan seperti di peringkat kolej vokasional hendaklah diberi pendedahan
secara lebih kerap bagi meningkatkan penggunaan keadah kolaboratif dalam pengajian
mereka. Terdapat pelbagai aktiviti dapat meningkatkan penglibatan pelajar dalam
pembelajaran secara kolaboratif.

8.0 RUJUKAN
Azman bin Safii, Konsep Dan Kerangka Pembelajaran Kolaboratif,
www.jprisma.com/v1/index.php/program/pak21/29-konsep-dan-kerangkan-pembelajaran-
kolaboratif

Pembelajaran Secara Kolaboratif


http://ipg.edu.my/ksg-epembelajaran/course/view.php?id=6

12

You might also like