Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana saya dapat melaksanakan kerja kursus Ekonomi 944/4
yang bertajuk “Eksport Malaysia ke Negara ASEAN dari Tahun 2004 hingga Tahun 2014”
dengan sempurna. Saya telah menerima bantuan dan kerjasama daripada pelbagai pihak
semasa melaksanakan kajian ini. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada mereka.

Ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, Encik Mohd Hanafi Bin Samad
sebagai pengetua SMK Dato’ Jaafar kerana memberi sokongan dan kebenaran kepada saya
untuk melaksanakan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang ditentukan.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru Ekonomi saya iaitu Puan Sabariah Binti Mohd. Sofian. Beliau telah
meluangkan masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk
menyempurnakan kerja kursus ini, selain memberikan semangat kepada saya untuk
menjalankan tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang
penghasilan kerja kursus ini.

Seterusnya, tidak melupakan permata hati dan pengarang jantung iaitu ibu dan bapa
saya. Jutaan terima kasih dirakamkan kepda mereka kerana memberi sokongan moral dan
semangat yang kukuh kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini. Penghargaan kepada
rakan-rakan seperjuangan yang sudi memberi komen, idea bagi membantu saya
menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini. Jasa anda
semua amat dihargai oleh saya.

i
PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA DARI TAHUN 2004 HINGGA 2014

EKSPORT MALAYSIA KE NEGARA ASEAN DARI TAHUN 2004 HINGGA


TAHUN 2014

ABSTRAK

Kajian ini bertajuk Eksport Malaysia Ke Negara ASEAN Dari Tahun 2004 Hingga
Tahun 2014. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti arah aliran eksport Malaysia
ke negara ASEAN dan mengkaji sumbangan eksport Malaysia ke Singapura terhadap
jumlah eksport Malaysia ke negara ASEAN dari tahun 2004 hingga tahun 2014. Kaedah
pengumpulan data dan maklumat adalah melalui buku rujukan, perpustakaan dan sumber
internet. Data eksport Malaysia diperolehi daripada Portal Jabatan Perangkaan Malaysia.
Maklumat yang selanjutnya didapati melalui portal rasmi kerajaan lain seperti Kementerian
Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, Gerbang Rasmi
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia. Seterusnya, kaedah
deskriptif dalam bentuk angka dan peratusan digunakan untuk menganalisis data yang
diperolehi. Kemudian, hasil analisis data dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf garis
dan graf bar. Rumus ekonomi juga digunakan untuk memenuhi objektif kajian. Hasil kajian
telah menunjukkan bahawa arah aliran eksport Malaysia ke negara ASEAN adalah
meningkat sepanjang tahun 2004 hingga tahun 2014 kecuali tahun 2009. Peningkatan
eksport paling tinggi adalah sebanyak RM20016 juta pada tahun 2010 manakala
peningkatan eksport paling rendah adalah sebanyak RM1999 juta pada tahun 2007. Selain
itu, sumbangan eksport Malaysia ke Singapura terhadap jumlah eksport Malaysia ke negara
ASEAN adalah melebihi 50% sepanjang tahun 2004 hingga tahun 2014 kecuali tahun 2013.
Tahun 2013 telah mencatatkan sumbangan eksport Singapura terendah iaitu 49.72%
manakala sumbangan eksport Singapura tertinggi dicatatkan pada tahun 2005 iaitu
sebanyak 59.92%. Secara keseluruhannya, eksport Malaysia ke negara ASEAN mencapai
peningkatan dalam jangka panjang dan Singapura sentiasa mengekalkan kedudukannya
sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia di rantau ASEAN.

ii
KANDUNGAN

Bilangan Butiran Muka Surat

1. Abstrak i

2. Penghargaan ii

3. Kandungan iii

4. Latar Belakang Kajian 1-3

5. Pernyataan Masalah 4

6. Objektif Kajian 5

7. Kaedah Kajian 6-8

8. Hasil Kajian dan Perbincangan 9-19

9. Cadangan 20-21

10. Rumuasan Kajian 22

11. Senarai Rujukan 23-25

12. Lampiran 1 : Teks Efektif STPM Makroekonomi Penggal 2 26

13. Lampiran 2 : Haluan Perdagangan ASEAN 27

14. Lampiran 3 : Petikan Laporan Ekonomi Malaysia 2007 28

iii

You might also like