KERTAS KERJA Pelantikan Ajk

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PELANTIKAN AJK KELAS


UNIT HAL EHWAL MURID
SM ST MARY, SANDAKAN
TAHUN 2016

1.O PENDAHULUAN

Sesuai dengan piagam sekolah yang ke-4, memberi peluang kepada murid untuk mengenal pasti
dan mengembangkan potensi mereka sehingga tahap maksimum. Unit Hah Ehwal murid SM St
Mary, bahagian pengurusan bilik darjah mengambil peluang dalam pelantikan AJK kelas, sebagai
satu cara untuk mengembang potensi serta memupuk sifat kepimpinan di kalangan murid.

Pelantikan AJK kelas yang akan diadakan dalam majlis pelantikan rasmi ini juga sekali gus
menjadi satu penghormatan kepada murid yang menggalas tanggungjawab yang besar dalam
membantu guru dan rakan sekelas mengurus bilik darjah.

Surat pelantikan yang disampaikan kepada AJK ini juga menjadi satu dorongan kepada AJK untuk
menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi. Tanda nama yang disampaikan di hadapan
semua murid juga boleh dijadikan satu kesaksian yang memberangsangkan kepada murkd yang
lain. Ini kerana murid yang lain bukan sahaja belajar untuk menghormati mereka yang memikul
tugas penting, mencontohi budaya kerja positif, tetapi juga member kerjasama dalam usaha untuk
menjadi bilik darjah kondusif untuk prose pembelajaran dan pengajaran.

2.O OBJEKTIF

2.1. Melantik AJK kelas di majlis rasmi yang disaksikan oleh semua warga SM St Mary
2.2 Menyampaikan surat lantikan sebagai bukti murid telah dipertanggungjawabkan
sebagai AJK tertinggi di kelas masing-masing.
2.3 Menyampaikan tanda nama yang mempamerkan identiti dan peranan mereka sebagai
AJK tertinggi kelas di kelas masing-masing.
2.4 Mencungkil kebolehan serta mengembangkan potensi murid dalam kepimpinan.
2.5 Mewujudkan sistem organisasi yang jelas dalam pengurusan bilik darjah masing-
masing
2.6 Membantu kelancaran pengurusan bilik darjah secara langsung

3.0 KUMPULAN SASARAN

3.1 Hadirin Majlis Pelantikan AJK


Semua barisan pentadbir, ketua-ketua bidang, guru-guru serta semua murid akan menghadiri majlis
pelantikan AJK tertinggi kelas.

3.2 Penyampai Surat Lantikan


Pengetua dan semua barisan pentadbir.

3.3 Penerima Pelantikan AJK Kelas Tertinggi


Semua AJK tertinggi kelas sesi pagi dan sesi petang iaitu:

I. Ketua tingkatan
II. Penolong ketua tingkatan
III. Ketua kebersihan
IV. Ketua keceriaan

Senarai nama penerima ada dikepilkan pada LAMPIRAN 1.

4.0 TEMPAT DAN MASA


Tempat: Dewan Sekolah
Tarikh: 22 Februari 2017
Masa: Semasa Perjumpaan Ko-Kurikulum
Sesi pagi: 12.30 – 2.00 petang
Sesi petang: 11.00 – 12.30 petang

5.0 PERBELANJAAN
5.1. Penambahan Tag Nama
Majlis Pelantikan AJK tahun 2017 hanya memerlukan peruntukan untuk perbelanjaan untuk
penambahan tag nama sahaja. Sebanyak 21 tag nama yang perlu ditambah bagi menggantikan tag
nama yang rosak atau hilang. Taburan penambahan tag nama adalah seperti dalam jadual berikut.
bil Tag nama Harga seunit Bilangan Jumlah kos
penambahan
1 Ketua Tingkatan Rm7 2 Rm 14
2 Penolong ketua Rm7 4 Rm 28
tingkatan
3 Ketua kebersihan Rm7 5 Rm 35
4 Ketua keceriaan Rm7 10 Rm 70
Rm 147

6.0 AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PELANTIKAN AJK KELAS


Penasihat : Pn. Chee Chai Jin
Pengerusi : Pn. Zurina Mohd Zain Alrashidi
Naib Pengerusi : En. Ang Pian Ming
Penyelaras : Pn. Wendy Chong @ Aaliyah Binti Abdullah
Pembantu Penyelaras : Pn. Maria Binti Mustapa
Semua Guru Tingkatan Dan Pembantu Guru Tingkatan

7.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan Unit Pengurusan Bilik Darjah agar rancangan yang telah dibuat
dapat dilaksanakan dengan jayanya agar semua objektif tercapai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

WENDY CHONG ZURINA MOHD ZAIN ALRASHIDI PN. CHEE CHAI JIN
Penyelaras Penolong Kanan HEM Pengetua
Pengurusan Bilik Darjah SM St. Mary

You might also like