Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA TSHING NIAN

KERTAS KERJA
PELAKSANAAN GURU PENYAYANG 2019

1. TUJUAN
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan
membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

2. KONSEP
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna
Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap
setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara
mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa,
saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting
yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi
setiap masa.
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

3. OBJEKTIF
Objektif Guru Penyayang;
3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada
sekolah.
4. JAWATANKUASA PENGELOLA

PENGERUSI : PN NG POH CHIN

NAIB PENGERUSI 1 : CIK TAN VOON VOON

NAIB PENGERUSI 11 : EN ONG BEE KHOON


PN TAN SOW HWA
SETIAUSAHA : PN NG AH LUANG
AHLI JAWATANKUASA : 1. PN. KUAY MEI HUI
2. PN YIP MEI LING

5. JAWATANKUASA KERJA
Semua guru SJKC Tshing Nian

6. SASARAN
Semua murid SJKC Tshing Nian

7. TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan berterusan sepanjang tahun 2019

8. AKTIVITI
Pelaksanaan Guru Penyayang dijalankan secara berterusan serta merupakan budaya
guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara
berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga
aktiviti berikut;
8.1 Mengalu-alukan kehadiran murid
8.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
8.3 Memberi penghargaan kepada murid
Aktiviti dan kaedah pelaksanaan adalah seperti di LAMPIRAN A.
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
SUMBER :
Peruntukan PIBG untuk Unit Bimbingan dan Kaunseling SJKC Tshing Nian

JANGKAAN PERBELANJAAN :
Perbelanjaan bagi melaksanakan program ini sepanjang Tahun 2019 adalah
dianggarkan sebanyak RM 90.00 ( Sembilan Puluh Ringgit Sahaja )

Anggaran Perbelanjaan :

Bil Perkara Jumlah (RM)

Banner Guru Penyayang / mengalukan


1 70.00
kedatangan murid.
2 Perbelanjaan Runcit Mentor Mentee 20.00

JUMLAH 90.00

10. PENUTUP
Adalah diharap dengan adanya program guru penyayang akan mencapai
objektif sebagaimana yang telah ditetapkan. Dengan komitmen dan kerjasama yang
baik dari semua pihak, program yang pada asalnya hanyalah catatan serta cadangan
pada kertas akan menjadi suatu program yang amat bermakna melalui pelaksanaan.
Dengan ini, ia bukan sahaja membawa kebaikan kepada seluruh komuniti sekolah,
malah boleh meningkatkan kesedaran dikalangan ibu bapa agar mereka sedar
bahawa tanggungjawab guru bukan semata-mata untuk mengajar malahan lebih
daripada itu. Semoga segala impian SJKC Tshing Nian akan bertukar realiti.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………….. ………………………………………………

( Pn Kuay Mei Hui ) ( En Ong Bee Khoon )


AJK Program Guru Penyayang Timbalan Pengerusi
SJKC Tshing Nian SJKC Tshing Nian
SJKC Tshing Nian

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA TSHING NIAN
LAMPIRAN A

PANDUAN AKTIVITI GURU PENYAYANG SESI 2012

Aktiviti Guru Penyayang dilaksanakan seperti berikut:

BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

1 MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN a. Guru mengalu-alukan murid di pintu i. Menyambut kedatangan murid:  Barisan kepimpinan
MURID pagar sekolah sekolah
a. Penampilan guru yang kemas dan ceria  Guru yang bertugas
i. Semasa murid memulakan sesi mingguan.
persekolahan baru b. Bersikap mesra, berbudi bahasa dan
menghormati murid
ii. Semasa murid datang ke sekolah
c. Ambil berat, prihatin dan sabar menyambut
iii. Semasa murid pulang dari sekolah murid

ii. Membuat Sapaan

a. Memberi salam dan menyambut salam


semasa datang sekolah
Contoh: “Selamat pagi”,
“Selamat datang” ,
“Jemput masuk”

b. Lambaian pulang
Contoh: “Selamat pulang”,
“Jaga diri baik-baik”,
“Jumpa lagi”

c. Bertanya khabar
Contoh: “Apa khabar hari ni?”,
“ Dah makan ke belum ?”
iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
secara berhemah

Contoh:
a. Membetulkan tali leher
b. Mengenakan butang baju dll

iv. Membuat publisiti/promosi mengalu-


alukan kehadiran murid ke sekolah
dengan menyediakan kain rentang

Contoh:
“Kehadiran Anda Impian Kami”

b. Guru mengambil peduli terhadap murid Interaksi Guru (rapport)


semasa di sekolah
i. Penampilan guru kemas dan ceria
i. Semasa di bilik darjah sepanjang masa Semua guru

ii. Semasa di kantin ii. Bersikap mesra dan menunjukkan rasa


hormat kepada murid
iii. Semasa aktiviti kokurikulum
iii. Membuat sapaan
iv. Semasa perhimpunan
iv. Mengambil berat dan prihatin terhadap
murid
BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

2 MENTOR MENTEE a. Pelaksanaannya bertujuan untuk: 1. Guru dengan penuh rasa kekeluargaan
( RUJUK LAMPIRAN B & C) melaksanakan aktiviti mentor mentee
i. Membangunkan sahsiah diri murid MENTOR
2. Strategi pelaksanaannya: Guru terpilih
ii. Membina jati diri murid
i. Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas. MENTEE
iii. Mentor sebagai orang yang boleh Semua murid
membantu menyelesaikan masalah murid ii. Perjumpaan diadakan sekurang-
kurangnya empat kali setahun dan
b. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah diselaraskan dalam jadual waktu harian
seperti berikut:
3. Pengisian semasa perjumpaan:
i) Sesi ramah mesra
ii) Meraikan hari lahir i. Membuat sapaan serta beramah mesra
iii) Bimbingan hala tuju hidup untuk mengeratkan hubungan mentor
iv) Sesi perkongsian masalah mentee.

ii. Menyemak dan prihatin latar belakang


mentee.

iii. Membimbing serta memberi motivasi


mentee mengatasi masalah peribadi
mahupun pelajaran.

iv. Membimbing mentee membina hala tuju


dan kerjaya masa depan.

v. Membimbing mentee membentuk jati diri


dan sahsiah diri.

4. Tugas guru yang dipilih sebagai mentor


hendaklah disenaraikan sebagai salah
satu tugasnya di sekolah

5. Aktiviti dan laporan perjumpaan


didokumentasikan

6. Menyediakan profil setiap mentee.


BIL PROGRAM AKTIVITI KAEDAH PERSONALIA

3 PENGHARGAAN MURID a) Memberikan penghargaan dan i. Guru meraikan murid dalam suasana gembira,
pengiktirafan kepada murid melalui: rasa hormat, rasa dihargai, dengan penuh
kasih sayang Semua guru
Aktiviti meraikan murid: termasuk pentadbir
ii. Antara kaedah yang digunakan : sekolah
i) Hari Lahir Murid
a. Mengumumkan ucapan selamat .
ii) Sambutan Hari Kanak-Kanak
b. Menyanyikan lagu bersesuaian dengan tema
iii) Perayaan-perayaan utama seperti Hari sambutan
Raya Aidil Fitri.
Contoh:
Lagu Hari Lahir
b) Pengiktirafan kepada murid melalui : Lagu Perayaan Utama

i) Menampal hasil kerja murid di sudut c. Membaca doa selamat kepada murid yang
yang bersesuaian. menyambut Hari Lahir pada setiap kali
bacaan Yasin diadakan pada setiap hari
Jumaat

iii. Aktiviti meraikan Hari Lahir murid


dilaksanakan semasa perhimpunan pagi
.
LAMPIRAN B

PROGRAM MENTOR MENTEE

SENARAI NAMA MENTOR

BIL KELAS NAMA MENTOR BIL. MENTEE


PN RAHIMAH BT BERAHIM 14
1 TAHUN 1
EN ANUAR BIN HASSAN 14
PN ROHANI BT ABDUL HAMID 13
2 TAHUN 2
PN HALIZA AKMAR BT ABD RAHMAN 12
PN AZLISANA BT ROHANI 13
3 TAHUN 3
CIK FADLIYANA BT MOHD FATHIL 12
CIK SARASUVATHI A/P PALAKURU 11
4 TAHUN 4 CIK NOR LINA BT HUD 10
PN SUZANA BT ALIAS 10
PN MURSHU HAIL BT MUHAMAD 10
5 TAHUN 5 PN NORHAYATI BT SALLEH / PN HASMAH BT SHARIF 10
CIK SHAFIDA AZWANI BT MOHD SHAFIE 10
PN ZARINA BT MOHAMAD ROOZI 12
6 TAHUN 6
PN ANISAH BT OSMAN 16
PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE

BIL AKTIVITI JAN FEB MAC APRIL MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS

Beramah mesra bersama mentor dan


1
mentee

Bimbingan hala tuju hidup dan


2
kerjaya

3 Post mortem keputusan peperiksaan

Sesi perkongsian masalah


4
( peribadi / pembelajaran )

Memberi motivasi membentuk jati diri


5
dan sahsiah diri

6 Meraikan Hari Lahir

 Program mentor mentee dijalankan sekurang-kurangnya sekali sebulan.


 Dijalankan pada hari Rabu jam 2.30-3.30 ptg dan tertakluk pada kelapangan mentor tersebut.

You might also like