Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 47

SGDE 4013

ASSESSMENT IN LEARNING

PROJECT GROUP
(DEVELOPMENT AND ANALYSES OF ITEMS)

Provided for :
DR. NURLIYANA BINTI BUKHARI

Provided by :
NAME NO. MATRIC
MUHAMMAD ‘ADNIN BIN MOHAMAD ASRI 824768
MOHD NOR AFFENDI BIN ROSDI 824703
NURUL SYUHADA BINTI HASSAN 824726
NURUL ATHIRAH BINTI YAHYA 824724

Date of Submit :

09 DECEMBER 2018
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN .............................................................................................................. 2


1.2 REKABENTUK KAJIAN........................................................................................ 3
1.3 SAMPEL DAN LOKASI KAJIAN.......................................................................... 3
1.4 INSTRUMEN KAJIAN ....................................................................................... 4-5
1.5 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)........................................... 6
2.0 PEMBANGUNAN ITEM UJIAN .................................................................................. 7
2.1 JENIS-JENIS ITEM ................................................................................................. 8
2.2 JENIS FORMAT ITEM ........................................................................................... 8
2.3 SKEMA PEMARKAHAN ............................................................................... 10-17
3.0 PROSEDUR PENTADBIRAN UJIAN ........................................................................ 18
3.1 PENGURUSAN UJIAN......................................................................................... 18
3.2 ISU-ISU YANG TERJADI. ................................................................................... 19
3.3 REFLEKSI KAJIAN. ............................................................................................. 19
4.0 PERMARKAHAN DAN REKOD ............................................................................... 20
4.1 PEMARKAHAN MANUAL ........................................................................... 20-21
4.2 PENJADUALAN PEMARKAHAN ................................................................ 21-22
5.0 ANALISIS SOALAN ............................................................................................. 23-25
5.1 INDEKS KESUKARAN ITEM (IS) ...................................................................... 26
5.1.1 ANALISIS INDEKS KESUKARAN ITEM OBJEKTIF ...................... 27-30
5.1.2 ANALISIS INDEKS KESUKARAN ITEM SUBJEKTIF .................... 30-31
5.2 INDEKS DISKRIMINASI ITEM (ID) .................................................................. 31
5.2.1 ANALISIS INDEKS DISKRIMINASI ITEM OBJEKTIF ................... 32-34
5.2.2 ANALISIS INDEKS DISKRIMINASI ITEM SUBJEKTIF................. 35-31
6.0 PERBINCANGAN ....................................................................................................... 36
6.1 ANALISIS INDEKS DISKRIMINASI ITEM OBJEKTIF ...................... 36-37
6.2 ANALISIS INDEKS DISKRIMINASI ITEM SUBJEKTIF.................... 37-38
6.3 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN ITEM .................................................... 39
7.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN .................................................... 40-42
8.0 KESIMPULAN ....................................................................................................... 43-44

RUJUKAN .................................................................................................................... 45
1.0 PENGENALAN

Kajian projek ini adalah kajian berkumpulan untuk menyelesaikan tugasan

Pembangunan dan Analisis Soalan (20%). Tugasan tersebut merujuk kepada

pemprosesan soalan, permarkahan jawapan dan penyelesaian permasalahan dalam

permarkahan berlaku mengenai ujian subjek Bahasa Melayu STPM iaitu bahagian

Linguistik Melayu, dimana turut dipelajari oleh pelajar Diploma Pascasiswazah

Pendidikan (PGDE) ini yang merupakan subjek kedua dalam kursus Pendidikan Moral

dan Matematik. Linguistik merupakan kajian bahasa secara saintifik dan objek yang

menjadi kajian dalam bidang linguistik ialah bahasa, iaitu penelitian terhadap struktur

bahasa (Abdullah Hassan, 2007). Apabila meneliti struktur bahasa, pengkaji linguistik

sebenarnya meneliti cara sesuatu bahasa disusun dalam pemikiran penutur aslinya,

iaitu individu yang menghasilkan ujaran-ujaran yang lazim dan bersistematik. Untuk

meneliti pemikiran manusia tidak merupakan aspek yang mudah dan hal ini menjadi

masalah dasar dalam tatabahasa. Tambahan pula, untuk menghuraikan sesuatu

tatabahasa pengkaji sebenarnya memerlukan bukti bahasa yang dihasilkan dan

daripada bukti inilah baru model atau rumus bahasa dibentuk.

Linguistik Melayu ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Fonologi, Sintaksis dan

Semantik yang merangkumi bahagian objektif dan subjektif kajian. Fonologi adalah

kajian mengenai sistem bunyi bahasa serta sifat-sifat semulajadi sistem tersebut secara

umum, fonologi memberi makna kajian tentang bunyi sebutandalam sesuatu bahasa.

Manakala mendefinisikan fonologi sebagai bidang dalam linguistik yangmenyelidiki

bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya (Abdullah Hassan, 2007). Manakala sintaksis

pula adalah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau

konstruksi ayat. Selain itu, pelajar juga dapat memahami bahawa bidang sintaksis juga

1
ialah satu bidang yang mengkaji tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari

kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk

membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Kemudian Semantik pula adalah suatu bidang

yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran

yang bebas dan mempunyai makna. Melalui kata manusia mengungkap fikiran,

perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian. Semakin banyak kata dikuasai

oleh seseorang, semakin banyaklah idea yang mampu diungkapkannya baik yang

tersirat mahupun yang tersurat (Nathesan, 2003).

Kajian projek ini dijalankan dalam pembikinan soalan Linguistik Melayu yang

merujuk kepada dua bahagian iaitu soalan objekttif dan soalan subjektif. Segala

pembentukan soalan diagihkan kepada Table of Specification (TOS) yang bermaksud

pelan yang disedikan oleh seorang penggubal soalan sebagai asas untuk pembinaan

ujian terutamanya ujian berkala. Ia turut merujuk kepada carta dua arah yang

menggambarkan topik yang akan diliputi oleh ujian dan bilangan item atau mata yang

akan dikaitkan dengan setiap topik dalam pembikinan soalan tersebut. Hasil

permarkahan bagi soalan yang dijawab akan dianalisiskan ke dalam Statistical

Package fo the Social Sciences (SPSS) yang membawa maksud sebuah program

komputer yang digunakan untuk membuat analisis statistika yang digunakan oleh

peneliti permarkahan dalam organisasi yang dihasilkan. SPSS banyak digunakan

untuk menganalisis data dalam bidang sains sosial pada awal kemunculannya, tetapi

sekarang SPSS digunakan untuk menganalisis data dalam pelbagai bidang. Maka

kajian ini dapat dihasilkan apabila kami telah berjaya melakukan proses-proses

tersebut untuk menyelesaikan kajian projek yang dilakukan ini.

2
1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Setiap kajian projek yang dilakukan mempunyai hala tuju yang jelas dan nyata. Ia

merangkumi setiap jawapan bagi persoalan yang dikemukakan semasa kajian yang

dijalankan. Oleh itu, kajian soalan tersebut terbahagi kepada tiga konsep. Iaitu

Fonologi, Sintaksis dan Semantik.

a. Mengkaji tentang tahap pengetahuan ilmu pelajar PGDE sesi 2018/2019 dalam

mentakrifkan konsep Lingustik Melayu.

b. Menganalisa kebolehan ilmu pelajar PGDE 2018/2019 dalam pengetahuan tiga

konsep Lingustik Melayu.

c. Mengenalpasti masalah pemahaman pelajar PGDE sesi 2018/019 dalam

Linguistik Melayu.

1.2 REKABENTUK KAJIAN

Kajian projek ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk analisis soalan pengetahuan

ilmu Linguistik Melayu. Dokumen yang dianalisis adalah skrip jawapan responden

yang diperolehi melalui ujian tahap pemahaman pelajar PGDE sesi 2018/2019 dalam

konsep Fonologi, Sintaksis dan Semantik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS

yang dicipta khusus untuk menganalisis data yang diperoleh daripada setiap

responden.

1.3 SAMPEL DAN LOKASI KAJIAN

Sampel kajian terdiri daripada para responden yang mengambil kursus Diploma

Pendidikan Lepasan Ijazah (PGDE) sesi 2018/2019 adalah seramai 30 orang sahaja.

Kajian menjawab soalan tersebut dijalankan di dalam kelas. Sesi menjawab soalan

adalah satu jam sahaja. Sesi menjawab soalan objektif ini terdiri daripada 15 soalan

3
yang merangkumi 40 minit manakala sesi menjawab soalan subjektif yang terdiri

daripada 5 soalan merangkumi 20 minit. Ujian tersebut dikendalikan di Dewan SEML

pada 3 Disember 2018 jam 10 pagi sehingga 11 tengah hari. Ujian dilaksanakan secara

semi-formal dan responden d minta untuk menyiapkan soalan dalam masa yang

diberikan bagi menjawab kedua-dua bahagian soalan tersebut.

1.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian adalah satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika menjalankan

sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas untuk memperolehi

data seperti dikehendaki untuk mencapai objektif kajian. Instrumen yang digunakan

dalam pengumpulan data adalah soalan pengetahuan Linguistik Melayu. Soalan yang

disediakan adalah sebanyak 20 soalan yang merangkumi 15 soalan objektif dan 5

soalan subjektif. Berikut merupakan jadual yang menunjukkan secara terperinci aspek

yang terkandung dalam instrumen kajian:

4
SOALAN OBJEKTIF
NO. ARAS
ITEM JENIS ITEM MARKAH CATATAN
SOALAN ITEM
Penambahan
Objektif aneka
1 imbuhan pada kata Rendah 1 Negatif
pilihan
dasar
Kata adjektif Objektif aneka
2 Sederhana 1 Betul / Salah
bersisipan pilihan
Objektif aneka
3 Kata akronim Rendah 1 Interpritif
pilihan
Maksud awalan Objektif aneka
4 Rendah 1 Interpritif
peN- pilihan
Kata kerja tak
Objektif aneka
5 transitif Tinggi 1 Interpritif
pilihan
berpelengkap
Objektif aneka
6 Ayat dasar Rendah 1 Interpritif
pilihan
Binaan predikat
Objektif aneka
7 (Kata Bantu dalam Tinggi 1 Interpritif
pilihan
Kata Kerja Transitif)
Objektif aneka
8 Pola ayat dasar Tinggi 1 Interpritif
pilihan
Objektif aneka
9 Ayat terbitan Sederhana 1 Negatif
pilihan
Objektif aneka
10 Ayat yang gramatis Sederhana 1 Interpritif
pilihan
Kata hulu dalam Objektif aneka
11 Sederhana 1 Interpritif
ayat pilihan
Objektif aneka
12 Kata majmuk Sederhana 1 Interpritif
pilihan
Konsep ayat dalam Objektif aneka
13 Tinggi 1 Interpritf
Semantik pilihan
Objektif aneka
14 Ayat kiasan Tinggi 1 Interpritif
pilihan
Objektif aneka
15 Peribahasa Sederhana 1 Interpritif
pilihan
JUMLAH 15

SOALAN SUBJEKTIF
NO. ARAS
ITEM JENIS ITEM MARKAH CATATAN
SOALAN ITEM
Sintaksis Menulis
1(i) – 1(iv) Senaraikan ayat-ayat jawapan yang Sederhana 2 Interpritif
tunggal betul
Sintaksis Membina pola
2(a) – 2(d) Sederhana 2 Interpritif
Pola ayat ayat
Sintaksis Membina
3 Tinggi 1 Interpritif
Rajah pohon rajah pohon
JUMLAH 5

5
1.5 PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU).

Tujuannya adalah panduan untuk membina item atau soalan ujian. Selain itu, JSU

dapat membantu memastikan butiran item ujian lebih menyeluruh berasaskan kepada

topik yang hendak diuji. Tempoh menjawab setiap item juga dapat ditetapkan melalui

jumlah item yang dirancang. Secara umumnya bahawa topik yang ingin diuji dalam

kajian ini adalah berasaskan kursus Linguistik Melayu. Manakala secara terperincinya,

kajian ini menumpukan kepada tiga aspek yang terkandung iaitu Fonologi, Sintaksis

dan Semantik. Berikut merupakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam kajian ini.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

SOALAN OBJEKTIF
Jumlah Jumlah
No. Konstruk Tahap Kognitif
Markah Soalan
Mudah Sederhana Sukar
1. FONOLOGI
Q1 1 1
Q2 1 1 5
Q3 1 1
Q4 1 1
Q5 1 1
2. SINTAKSIS
Q6 1 1
Q7 1 1 5
Q8 1 1
Q9 1 1
Q10 1 1
3 SEMANTIK
Q11 1 1
Q12 1 1 5
Q13 1 1
Q14 1 1
Q15 1 1
JUMLAH 2 5 8 15 15

6
SOALAN SUBJEKTIF
Jumlah Jumlah
No. Konstruk Tahap Kognitif
Markah Soalan
Mudah Sederhana Sukar
1. FONOLOGI
Q1 2 2 5
Q2 2 2
Q3 1 1
JUMLAH 4 1 5 5

2.0 PEMBANGUNAN ITEM UJIAN

Pembinaan item soalan merupakan suatu prosedur yang terpenting bagi memastikan

pengukuran yang berkualiti dalam mengukur pencapaian pelajar. Oleh itu, bagi

memastikan item-item tersebut tidak memihak kepada pihak yang tertentu atau

mengandungi soalan-soalan bias perlu dititikberatkan. Menurut Ercikan, (2002).

Perbezaan item dalam ujian menunjukkan ‘Differential Item Functioning’ (DIF) iaitu

item berfungsi berbeza-beza terhadap sesuatu kumpulan. Perbezaan ini menunjukkan

pelakar-pelajar yang mempunyai kebolehan yang sama, tetapi daripada kelompok

kumpulan yang berlainan mempunyai kebarangkalian yang berbeza untuk mendapat

jawapan yang betul (Linarce, 2013). Oleh itu, pembinaan item ini bertujuan

memastikan pembinaan soalan ujian itu berkualiti dan adil bagi setiap responden yang

digunakan. Oleh itu, berdasarkan tugasan kumpulan ini membuat pemilihan topik

soalan iaitu Linguistik Melayu bagi penilaian ini. Pembinaan item ini menepati

beberapa proses perlaksanaan item antaranya, jumlah penetapan jumlah pembinaan

item dan kostruk, format item, langkah pemarkahan dan perlaksanaan rubrik

pemarkahan.

7
2.1 JENIS-JENIS ITEM

Jenis item yang digunakan adalah jenis ujian bertulis. Ujian ini adalah satu ujian

yang menggunakan kertas dan pensil atau pen untuk menguji penguasaan dan

kemahiran khususnya domain kognitif.Prosedur pertama dalam pembinaan item

adalah,pemilihan jumlah item dan jenis konstukyang terdiri daripada 15 item objektif

dan 5 item subjektif, 15 markah bagi objektif dan 5 markah bagi subjektif.Item

objektif yang dibina bagi penilaian subjek Linguistik Melayu ini terdiri daripada 3

konstruk iaitu Fonologi, Semantik, dan Sintaksisdan dibahagikan kepada tiga aras

kognitif rendah, sederhana dan tinggi. Manakala, bagi 5 item subjektif, terdiri daripada

konstruk Sintaksis dan aras kognitifnya terdiri daripada aras sederhana dan sukar

sahaja. Penghuraian item objektif iaitu soalan 1-5 (Fonologi) iaitu aras kognitif

rendah, soalan 6-10. (Semantik) merupakan aras sederhana dan yang terakhir soalan

11-15 (Sintaksis) merupakan item sukar. Bagi subjektif pula, 5 item terdiri daripada

aras sederhana iaitu pengkelasan ayat tunggal (aras sederhana) binaan pola ayat (aras

sederhana) dan bina rajah pohon (aras sukar) yang merangkumi 5 markah secara

kesuluruhan.

2.2 JENIS FORMAT ITEM

Item objektif memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau

paling baik. Contoh: item jawapan pendek, mengisi ruang kosong, jenis padanan,

aneka pilihan, isi tempat kosong dan betul atau salah. Oleh itu, penilaian item

kumpulan ini menggunakan spesifik format item objektif adalah berbentuk dikotomus

jenis beraneka pilihan dan secara total, item objektif adalah sebanyak 15 markah.

Respon dikotumus adalah secara memberi jawapan betul salah, satu markah jawapan

betul dan kosong (tiada markah) bagi jawapan yang salah. Respons dikotomus adalah

8
bersesuaian dengan item respons terhad dan item objektif sahaja.

Bagi soalan berbentuk dikotomus ini memberikan kelebihan kepada pemeriksa dan

respon yang menjawab peperiksaan tersebut kerana pilihan jawapan sudah tersedia

dan menjimatkan masa. Bagi item yang dilaksanakan ini, terdapat 15 jenis soalan

aneka pilihan yang mempunyai jawapan terdiri daripada A, B, C, dan D. Selain itu,

terdapat 2 soalan ‘pilih ayat yang salah atau tidak’, 3 soalan padanan ‘pilih padanan

yang betul’ dan selebihnya ayat pertanyaan ‘yang manakah merupakan’ iaitu

sebanyak 10 soalan. Tambahan pula, bagi soalan ini terdapat komponen item yang

diberikan antaranya adalah Tugasan. Pernyataan tentang apa yang perlu diberikan atau

dikemukakan sebagai respons kepada item. Tugasan terdapat pada stem soalan.

Seterusnya, arahan yang merupakan pernyataan tentang apa yang perlu

dipersembahkan (fokus) sebagai respons. Arahan terdapat dalam stem soalan. Dan

terakhir adalah jawapan iaitu, kunci dalam item objektif (Aneka Pilihan). Ia adalah

opsyen yang betul atau terbaik. Semua item objektif menggunakan komponen ini.

Seterusnya, bagi item subjektif menggunakan jenis format politomus. Politomus

merujuk kepada lebih daripada 2 jawapan untuk soalan ujian atau item yang diberikan.

Item subjektif memerlukan pelajar menulis jawapan dalam bentuk karangan atau

perkataan. Jawapan tersebut boleh dinyatakan dalam satu ayat, perenggan atau

karangan yang lengkap. Ia juga boleh memberi subjektiviti kepada pelajar dalam

respons yang diberikan, tetapi perlu menepati skop soalan. Contoh: item jenis struktur,

esei dan jawapan pendek.Pembinaan item mengikut format ini terdiri daripada soalan

jenis stuktur iaitu,‘senaraikan ayat-ayat’, ‘bina ayat ringkas’ dan‘bina rajah pohon’.

Tambahan pula, bagi soalan ini terdapat komponen item yang diberikan antaranya

9
adalah stimulus. Stimulus adalah perkataan pencetus idea supaya pelajar dapat

gambaran jawapan terhadap soalan yang dibaca. Suatu maklumat yang khusus

berbentuk teks, grafik, rajah dan data yang menjadi fokus kepada situasi tugasan dan

berbentuk authentic. Oleh itu, soalan subektif no. 1,2, dan 3 diperuntukkan stimulus

berbentuk teks.

2.3 SKEMA PEMARKAHAN

Skema permarkahan atau dikenali Rubrik adalah alat penilaian yang menyenaraikan

kriteria suatu hasil kerja (Andrade, 1997). Rubrik boleh digunakan untuk menilai

program, kursus, tugasan dan projek individu pelajar (Peirce, 2006). Terdapat dua

jenis pemarkahan yang sering digunakan dalam ujian penilaian iaitu holistik dan

analitik. Pemarkahan holistik ialah skema yang disediakan secara umum sebagai

panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid. Skema ini sesuai bagi

pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan kepada

impresi. Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu

jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelaskan pencapaian mengikut

kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan.

Manakala, menurut Mertler, (2001)rubrik analitik memerlukan guru untuk membuat

penilaian secara berasingan dan spesifik ke atas hasil kerja atau produk pelajar dan

kemudian mendapatkan markah keseluruhan. Kriteria kandungan, pengelolaan, proses

diperiksa secara berasingan (unit kecil terdiri daripada fakta atau idea utama unit kecil

daripada jawapan calon dicari & diberi markah mengikut skema yang diberikan.

Jika jawapan calon terdapat banyak kriteria ini maka tinggilah markah. Kebiasaannya

digunakan untuk ujian sumatif, namun penggunaan untuk ujian formatif adalah

10
digalakkan (Chuah, 2012). Bagi pemarkahan ini, pemarkahan analitik digunakan bagi

objektif dan kaedah analitik secara keseluruhan bagi subjektif namun secara holistik

turut digunakan tetapi mestilah menepati kriteria analitik atau rubrik yang ditetapkan

bagi menepati kriteria markah tersebut. Jika jawapan tidak menepati kriteria markah

tersebut jawapan akan dianggap tiada markah. Jika menepati kriteria yang ditetapkan

markah akan diberikan. Skema pemarkahan yang dihuraikan secara terperinci

memudahkan pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat. Oleh itu objektif

pemarkahan serta kebolehpercayaan dapat ditingkatkan secara tidak lansung.(rujuk

jadual dibawah).

MARK
SOALAN OBJEKTIF JAWAPAN
AH
FONOLOGI
1. Yang manakah perkataan yang tidak C. 1
mengalami proses penambahan imbuhan pada II)Lelangit
kata dasar? III)Berdikari

I Keruping (Kuping)
II Lelangit
III Berdikari
IV Penantian (Nanti)
2. Yang manakah kata adjektif bersisipan? A. 1
I)Kinerja : (-er)
I Kinerja II)Kemetot : (-em)
II Kemetot
III Kebesaran (Imbuhan apitan ke ... an)
IV Kemuncup (Sejenis rumput yang mana
nama saintifiknya ialah Chrysopogon
Aciculatus)
3. Yang manakah kata akronim yang terbina D. 1
daripada gabungan bahagian-bahagian kata SUARAM
secara bebas? (Suara Rakyat
Malaysia)
A UDA
(Urban Development Authority)
Pencantuman huruf awal perkataan
B INTAN
(Institut Tadbiran Awam) / Cantuman
huruf dan suku kata perkataan sesedap
sebutan
C MARDI
(Malaysian Agricultural Research and

11
Development Institute) / Pencantuman huruf
awal perkataan
D SUARAM

4. P- Penulis 1
Pilih padanan yang betul bagi maksud awalan
Orang yang
peN- dengan contoh perkataannya.
melakukan sesuatu
Maksud awalan peN- Contoh Q- Penidur
perkataan Orang yang gemar
melakukan sesuatu
I Orang yang melakukan P Pensyarah
sesuatu R- Pensyarah
Orang yang
II Orang yang gemar Q Pelokek
melakukan sesuatu
melakukan sesuatu
tugas
III Orang yang melakukan R Penulis
S- Pelokek
sesuatu tugas
Orang yang
IV Orang yang memiliki S Penidur
memiliki sifat yang
sifat yang dimaksudkan
dimaksudkan oleh
oleh kata dasar
kata dasar
5. A. 1
Yang manakah ayat yang mengandungi kata
I) Saya juga berada
kerja tak transitif berpelengkap?
disitu pada waktu itu
I Saya juga berada di situ pada waktu itu
II) Suami isteri itu
II Suami isteri itu berbalas-balas hadiah
berbalas-balas
III Kanak-kanak bermain bola di padang
hadiah
IV Ayah memandu kereta dengan laju sekali
SINTAKSIS
6. Yang manakah ayat dasar? D. 1
II) Budak-budak itu
I Murid-murid berdoa sebelum makan. sedang mempelajari
II Budak-budak itu sedang mempelajari tulisan tulisan Jawi
Jawi. (ayat dasar)
III Gadis yang bertudung hitam itu pelajar (FN + FK)
cemerlang.
IV Rumah Puan Salimah di Bandar Baharu IV) Rumah Puan
Salak Salimah di Bandar
Tinggi Baharu Salak Tinggi
(ayat dasar)
(FN + FSN)
7. C. Budak-budak itu 1
kata bantu + kata kerja tak transitif + keterangan sedang tidur di
anjung rumah.
Ayat yang manakah yang mengandungi binaan (Binaan predikat:
predikat di atas? kata bantu + kata
kerja tak transitif +
A Dia sekeluarga masih di Johor Bahru. keterangan)
B Kakak ingin menjadi usahawan yang berjaya
C Budak-budak itu sedang tidur di anjung
rumah.

12
D Pelajar itu sedang mengulang kaji
pelajarannya.

8. Yang manakah padanan yang betul antara pola C. (Q,P,R,S) 1


ayat dasar dengan contohnya?
Q
[Ombak][memutih di
Pantai Chenang] :
FN + FN
P
[Pemuda itu]
[tukang gunting
rambut]
FN + FK
R- Pensyarah
Orang yang
melakukan sesuatu
tugas
S- Pelokek
Orang yang
memiliki sifat yang
dimaksudkan oleh
kata dasar
9. Ayat yang manakah yang bukan ayat A. Buah rambutan 1
terbitan? datuk telah ranum
(ayat dasar, ayat
(Maksud ayat terbitan : Ayat yang terbentuk penyata)
apabila berlaku penambahan atau perubahan
bentuk : ayat nafi, ayat pasif, ayat tanya dan
ayat majmuk.)
10 Yang manakah ayat yang gramatis? D. Isu hangat yang 1
. diuar-uarkan melalui
(maksud : ayat yang sempurna, lengkap dan media massa pada
tepat tatabahasanya.) hari ini sebenarnya
berkisarkan isi
ekonomi dan politik
negara anggota
ASEAN.
SEMANTIK
11 A. Polisemi: 1
. Mereka tinggal di hulu sungai itu sejak dahulu Lagi. Satu perkataaan
Hulu parang ayah diperbuat daripada besi. yang mempunyai
banyak makna
Kata hulu dalam ayat di atas merupakan.. .

12 Yang manakah pasangan kata majmuk yang B. Jinak merpati 1


. kedua-duanya merupakan kiasan sandar? (Orang yang pada
zahirnya lembut
Kiasan sandar : susunan kata yang mengaitkan tetapi hakikatnya
sesuatu perkara, misalnya perlakuan individu tidak)

13
kepada benda lain yang mempunyai persamaan
dengan perkara yang hendak dikiaskan. Tidur ayam
(Tidur yang tidak
nyenyak)
13 B. 1
. Segar: sihat, subur, nyaman
I) Sinonim
Perkataan di atas menggambarkan konsep:
I Sinonim III) Hiponim
(Perkataan yang sama makna, tetapi tidak
semua
yang betul)
II Polisemi
(Satu perkataaan yang mempunyai banyak
makna)
III Hiponim
(Perkataan yang mempunyai satu lingkungan
makna / beberapa perkataan yang masuk
dalam kelompok)
IV Homonim

14  Rabun ayam B. Sandar - 1


.  Lidah Biawak susunan kata yang
 Bau-bau bacang mengaitkan sesuatu
perkara, misalnya
Kiasan di atas ialah kiasan perlakuan individu
kepada benda lain
Rabun ayam (Penglihatan kurang jelas) yang mempunyai
Lidah Biawak (Tidak dapat dipercayai) persamaan dengan
Bau-bau bacang (Pertalian keluarga yang perkara yang hendak
jauh) dikiaskan
15 Yang manakah pasangan peribahasa yang B. Sudah kalah baru 1
. mendukung maksud yang hampir sama? berkubu -
(Sesudah mendapat
kesusahan baru
hendak beringat-
ingat)– Sudah
terhantuk baru
terngadah
( Sesudah mendapat
kesusahan baru
hendak beringat-
ingat)
SOALAN SUBJEKTIF
MARKAH
JAWAPAN
SINTAKSIS
1. Kereta saga milik abangnya yang sentiasa rosak 2
itu dibaiki lalu dijual olehnya.

14
Senaraikan ayat-ayat tunggal yang terdapat
dalam ayat majmuk di atas.

Cadangan jawapan

(i) Kereta Saga milik abangnya


(ii) Kereta Saga sentiasa rosak
(iii) Kereta Saga dijual olehnya
(iv) Kereta Saga dibaiki olehnya

Jawapan diterima dan tidak diterima.

1. Setiap binaan ayat yang betul bagi


golongan kata setiap pola akan mendapat
½ markah jika menepati golongan ayat
tersebut.

2. Jawapan binaan ayat selain jawapan


diatas diterima selagi mempunyai kata
kerja (milik, rosak, dijual, dibaiki)
dalam setiap ayat tersebut.

3. Pengulangan kata kerja yang sama bagi


ayat seterusnya dikira salah.
Contoh: 1(i) Kereta Saga itu milik
abangnya
1(iii) Kereta Saga itu milik
abangnya

4. Binaan ayat yang mempunyai kata kerja


yang dinyatakan tetapi tidak gramatis
dianggap salah.

15
2. Pola ayat di bawah menunjukkan pola ayat dasar yang terdapat di dalam
buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (1993). Bina ayat ringkas
berdasarkan pola tersebut.

Cadangan jawapan

JENIS JAWAPAN Huraian


POLA
a. FN+FN Saya guru Mana-mana pembinaan ayat
kata nama khas, kata nama am,
kata ganti nama.
b. FN+FK Saya makan Mana-mana pembinaan kata
perbuatan yang terdiri daripada
kata kerja transitif dan kata
kerja tak transitif.
c. FN+FA Saya cantik Mana-mana pembinaan kata
adjektif sifat, warna, ukuran,
bentuk, waktu, jarak, cara,
pancaindera dan perasaan.
d. FN+FSN Saya pergi ke Mana-mana pembinaan ayat
kedai kata sendi tunggal,
berimbuhan, dan majmuk.

Jawapan diterima dan tidak diterima.

2 Setiap binaan ayat yang mengandungi pola yang betul diberi diberi ½
markah markah.

3 Bagi binaan ayat yang betul golongan kata tetapi tidak gramatis akan
dianggap salah.

Contoh: Betul: FN+FN (Lelaki itu ayah saya)

Salah: FN+FN (Lelaki itu ibu saya)

3. Rumah nenek itu sangat jauh dari Bandar

Bina rajah pohon berdasarkan ayat di atas pada.

Cadangan jawapan

16
S P

FN FA

KN
K.pen K.Peng F.Ket
KN KA
Rumah
nenek itu sangat
jauh KS KN

dari bandar
ar
GOLONGAN DEFINISI JAWAPAN
KATA
FN Frasa nama Rumah nenek itu
FA Frasa adjektif Sangat jauh dari bandar
KN Kata nama Rumah, nenek, jauh, bandar
KA Kata adjektif Jauh
F. Ket Frasa keterangan Dari bandar
K. Pen Kata penentu Itu
K. Peng Kata penguat Sangat

Jawapan diterima dan tidak diterima.

1. Bagi frasa adjektif ‘dari’ dan ‘Bandar’ merupakan pecahan frasa


keterangan namun, jika tiada pecahan masih dianggap betul selagi
perlabelan golongan kata adalah betul.
Contoh: Betul: KS (dari), KN (bandar)

2. Perlabelan ringkas tanpa menulis jenis golongan kata dianggap tiada


markah.
Contoh: Salah: KN, K.Pen
Betul: KN (Rumah), K.Pen (itu)

3. Labelan F (Frasa) bagi sub golongan kata dianggap salah kerana setiap
sub perkataan mesti dilabelkan K (Kata) bukannya F (frasa). Kata
merupakan satu perkataan manakala frasa terbentuk dalam ayat.
Contoh: Salah: FN (Rumah)
Betul: KN (Rumah)

Bagi markah keseluruhan adalah satu markah. Setiap satu kesalahan


diangaap 0 markah.

17
3.0 PROSEDUR PENTADBIRAN UJIAN

Definisi tersebut bermaksud program peperiksaan untuk membantu mengurangkan

ralat pengukuran dan meningkatkan kemungkinan penilaian yang adil, sah, dan boleh

dipercayai. Khususnya tatacara piawai yang sesuai meningkatkan ukuran dengan

meningkatkan konsistensi dan keselamatan ujian. Peperiksaan yang konsisten dan

konsisten membolehkan anda membuat perbandingan langsung antara skor

peperiksaan, walaupun fakta bahawa peperiksaan mungkin telah mengambil ujian

mereka pada tarikh yang berbeza dan laman web yang berbeza. Tambahan pula,

prosedur pentadbiran yang melindungi keselamatan ujian membantu mengekalkan

makna dan integriti skala skor untuk semua pemeriksa.

3.1 PENGURUSAN UJIAN

Ujian Linguistik Melayu ini dilakukan hanyalah satu jam sahaja yang bermula pada

pukul 10 pagi sehingga 11 tengah hari dan bertarikh pada 03 Disember 2018 yang

lalu. Ujian ini diberikan kepada responden seramai 30 orang untuk menguji

pengetahuan ilmu Linguistik Melayu itu. Ujian ini juga turut dilakukan di dalam bilik

kuliah dimana para responden yang turut mempelajari subjek kedua Linguistik Melayu

itu.

Ujian ini merujuk kepada dua bahagian iaitu soalan objektif (15 soalan) dan subjektif

(5 soalan), ujian tersebut berbentuk kepada helaian kertas dan bertulis. Sewaktu ujian

dijalankan, para responden diminta berada ditempat masing-masing untuk

menjalankan aktiviti pemantauan daripada perkara meniru jawapan. Setelah selesai

responden menjawab soalan, mereka dikehendaki memberi kertas jawapan itu serta-

merta apabila masanya sudah tamat.

18
3.2 ISU-ISU YANG TERJADI

Terdapat beberapa soalan yang tidak menemui jawapan di dalam pilihan aneka

jawapan tersebut. Contohnya soalan objektif nombor 8, didapati bahawa pertanyaan

soalan tidak menemui jawapan di dalam aneka jawapan itu. Maka ia telah

menimbulkan bahawa responden tidak dapat menjawab soalan tersebut. Maka pihak

penggubal soalan perlu menitikberatkan akan isu tersebut sama ada diberi markah

bonus atau menggubah soalan semula. Isu yang seterusnya adalah pihak kami

mendapati bahawa responden tidak dapat menjawab soalan dengan menyeluruh kerana

kami mendapati bahawa tidak semua tajuk di dalam subjek Linguistik Melayu ini

mereka tahu atau pelajari. Maka terdapat juga situasi kesukaran responden untuk

menjawabnya. Contohnya soalan bahagian Semantik, soalan tersebut merujuk kepada

makna kiasan yang dikategorikan bahagian tertentu.

3.3 REFLEKSI KAJIAN

Dalam kajian ini, kumpulan lain juga melakukan kajian projek yang sama tetapi

dengan ujian yang subjek yang berlainan. Antaranya ialah subjek Sekolah dan

Masyarakat, Matematik, Pentaksiran dalam Pembelajaran dan lain-lain. Subjek

tersebut adalah subjek yang turut dipelajari oleh pelajar Diploma Pascasiswazah

Pendidikan (PGEDE) ini. Maka refleksi tersebut adalah mereka lebih tertarik membuat

ujian yang sama-sama maklum balas supaya mereka dapat menimba pengalaman dan

terbelajar sesuatu perkara sebagai penggubal soalan, ketua pemeriksa dan guru. Segala

permasalahan yang berlaku adalah lebih kurang sama hadapi. Oleh itu, refleksi kajian

yang dilakukan ini adalah positif.

19
4.0 PERMARKAHAN DAN REKOD

Bagi sesuatu ujian penilaian terutama penilaian di sekolah, proses pemarkahan dan

catatan ini penting selepas penilaian bagi penilaian tentang perkembangan

pengetahuan, kemahiran dan nilai Standard Prestasi bagi memastikan keselarasan dan

keadilan.Setiap pemarkahan harus direkodkan sama ada secara manual ataupun secara

automatik. Dalam sistem pengurusan di sekolah, sistem pemarkahan digunakan adalah

mengikut cara tradisional walaupun telah wujud sistem rekod dan sistem pemarkahan

menggunakan perisian Microsoft Excel secara tidak dalam talian dan sistem yang

dibuat dalam talian tetapi terhad kepenggunaannya serta tidak semua sekolah

mengetahuinya dan ada yang masih menggunakan sistem manual yang menggunakan

mesin kira. Oleh itu, merekod adalah aktiviti mencatat hasil pentaksiran dan maklumat

berkaitan secara sistematik. Maklumat yang direkod dari segi kesuluruhan adalah

markah responden mengikut konstruk dan juga item yang dibahagikan kepada objektif

dan juga subjektif.

4.1 PEMARKAHAN MANUAL

Bagi penilaian tugasan ini, proses pemarkahan objektif dan subjektif dan catatan

jumlah markah dilakukan secara manualdengan menggunakan perisian Microsoft

Excel. Bagi item objektif, setiap item akan ditandakan berdasarkan rubrik pemarkahan,

satu item satu markah, jika salah pilihan jawapan akan dikira tiada markah dan item

objektif berjumlah 15 markah. Bagi kertas bahagian ini, borang jawapan Optical Mark

Reader (OMR) tidak disediakan, calon hanya menanda jawapan di kertas soalan yang

disediakan. Selesai proses penandaan, penjumlahan markah akan dicatatkan disetiap

kertas calon bahagian jumlah markah di setiap kategori. Selain itu, bagi pemarkahan

subjektif juga permarkahan dilakukan secara manual berdasarkan rubrik yang

20
ditetapkan. Setiap penandaan markah ini dilakukan diatas kertas jawapan calon.Calon

juga tidak disediakan buku jawapan. Bagi bahagian soalan struktur ini calon menulis

jawapan ditempat yang disediakan sahaja. Penjumlahan markah bagi soalan subjektif

adalah lima markah secara keseluruhan. Jumlah markah yang ditanda akan dicatit di

bahagian skor markah. Pengasingan markah objektif dan objektif dan penjumlahan

dilakukan dalam Microsoft Excel.

4.2 PENJADUALAN PEMARKAHAN

Setelah selesai proses pemberian dan penandaan markah, kertas calon disusun

mengikut markah paling tinggi hingga ke paling rendah dan markah direkodkan dalam

Microsoft Excel. Dalam jadual pemarkahan terdapat butiran calon, nombor soalan, dan

jumlah markah bagi setiap objektif dan subjektif dan jumlah keseluruh kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, disebabkan terdapat banyak butiran calon tidak di isi oleh calon

tersebut, pemeriksa membuat keputusan dengan melabelkan setiap calon bermula

nombor iaitu, bermula dengan 001-030 (jumlah calon seramai 30 orang) dan markah

di isi menurut calon tersebut tanpa menurut jumlah markah tersebut. Pembahagian

markah objektif dan subjektif turut dibuat dan di akhir jalur jumlah skor dikategorikan

jumlah skor objektif, jumlah skor subjektif dan jumlah skor keseluruhan seperti

ditunjukkan dalam Jadual 4.0 di bawah:

21
Jadual 4.0 : Jadual Pemarkahan

SUBJECT LINGUISTIK MELAYU


OBJECTIVE QUESTIONS SUBJECTIVE QUESTIONS
STUDENTS Q1 Q2 Q3 Q4 Q5 Q6 Q7 Q8 Q9 Q10 Q11 Q12 Q13 Q14 Q15 1 (i) 1 (ii) 1 (iii) 1 (iv) 2 (a) 2 (b) 2 (c) 2 (d) 3 OBJ_ TOTAL SUB_TOTAL TOTAL SCORE
001 0 0 0 0 0 0 1 1 0 1 0 1 1 0 0 0.5 0.5 0 0.5 0 0.5 0 0 1 5 3 8
002 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 1 0 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 3 4 7
003 0 1 0 0 1 0 0 1 0 0 1 1 1 0 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 6 4 10
004 0 0 0 0 0 0 0 1 0 0 0 1 1 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 4 4 8
005 1 0 0 1 0 0 1 1 1 1 0 1 0 1 1 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 1 9 5 14
006 1 1 0 1 0 1 1 1 1 0 1 0 0 1 1 0.5 0.5 0.5 0 0.5 0.5 0.5 0.5 1 10 4.5 14.5
007 0 0 0 1 0 0 1 1 1 1 0 1 0 1 1 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 1 8 5 13
008 1 0 0 1 0 0 0 1 1 1 0 1 0 1 1 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 1 8 5 13
009 1 0 1 1 0 1 1 1 1 0 1 1 0 0 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 9 4 13
010 1 0 0 1 0 1 1 1 1 0 1 1 0 0 0 0.5 0.5 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 8 3.5 11.5
011 1 1 0 1 0 0 0 1 0 1 0 1 1 1 1 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 9 4 13
012 1 1 0 1 0 0 1 1 0 1 0 1 1 1 1 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 10 4 14
013 1 1 0 1 0 0 1 1 0 1 0 1 1 1 1 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 0 10 3.5 13.5
014 1 1 0 1 0 1 1 1 0 1 0 1 1 1 1 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 11 4 15
015 1 1 0 1 0 0 0 1 0 1 0 1 1 1 1 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 9 4 13
016 1 1 0 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 11 4 15
017 1 1 0 1 0 1 1 1 1 0 1 0 0 1 1 0.5 0.5 0 0 0.5 0.5 0.5 0.5 1 10 4 14
018 0 0 0 1 1 0 0 1 0 0 1 1 1 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 0 7 3.5 10.5
019 0 0 1 1 1 0 0 1 1 0 0 1 1 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 8 4 12
020 1 1 0 1 0 1 1 1 0 0 0 1 1 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 9 4 13
021 1 0 0 1 0 0 0 1 1 1 0 1 0 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 7 4 11
022 1 0 0 1 0 0 1 1 1 1 0 1 0 1 1 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 1 9 5 14
023 1 0 0 0 0 0 0 1 0 1 0 0 1 1 0 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 1 5 4.5 9.5
024 0 0 1 0 1 0 0 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 1 4 4 8
025 1 0 0 0 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 1 6 4.5 10.5
026 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 0 1 0 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 4 4 8
027 1 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 0 0 1 0 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 1 5 4.5 9.5
028 0 1 0 1 0 1 1 1 1 0 1 0 0 1 1 0.5 0.5 0.5 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0 9 3.5 12.5
029 1 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 0 0 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 5 4 9
030 1 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 0 0 1 0 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0.5 0 5 4 9

22
5.0 ANALISIS SOALAN

Data yang dikumpulkan telah diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics

versi 22. Analisis statistik deskriptif telah dijalankan bagi memerihalkan tentang

keadaan data yang diperolehi daripada pelajar-pelajar Diploma Pascasiswazah

Pendidikan (PGDE). Ukuran-ukuran statistik deskriptif ini digunakan bagi

menganalisis sebahagian besar maklum balas daripada soal selidik, khususnya

berkaitan sejauhmana tahap penguasaan dan kefahaman pelajar-pelajar Postgraduate

In Education (PGDE) dalam subjek bahasa melayu dan seterusnya bagi mendapatkan

nilai indeks kesukaran (IK) dan indeks diskriminasi (ID) terhadap soalan-soalan

bahasa melayu yang diedarkan. Statistik Deskriptif dan Analisis Item untuk Social

Anxiety Scale (SAS) dapat ditunjukkan melalui jadual 6.0 dibawah:

23
Jadual 5.0 : Statistik Deskriptif dan Analisis Item untuk Social Anxiety Scale (SAS)

CRONBACH’S
CORRECTED
ALPHA IF
ITEM MEAN SD ITEM-TOTAL
ITEM
CORRELATION
DELETED

Q1 0.667 0.4795 0.406 0.607


Q2 0.367 0.4901 0.413 0.606
Q3 0.100 0.3051 -0.262 0.665
Q4 0.633 0.4901 0.753 0.561
Q5 0.133 0.3457 -0.334 0.674
Q6 0.267 0.4498 0.093 0.643
Q7 0.600 0.4983 0.129 0.640
Q8 0.433 0.5040 0.219 0.630
Q9 0.467 0.5074 0.355 0.613
Q10 0.367 0.4901 -0.179 0.674
Q11 0.733 0.4498 0.116 0.641
Q12 0.433 0.5040 -0.007 0.656
Q13 0.833 0.3790 0.323 0.620
Q14 0.400 0.4983 0.673 0.571
Q15 0.450 0.1526 0.302 0.632
Q16 0.667 0.0913 0.330 0.635
Q17 0.367 0.1526 0.153 0.637
Q18 0.100 0.1526 0.406 0.652
Q19 0.633 0.4795 0.413 0.635
Q20 0.133 0.4901 -0.262 0.635
Q21 0.667 0.3051 0.753 0.638
Q22 0.367 0.4901 -0.334 0.660
Q23 0.100 0.3457 0.093 0.607
Q24 0.633 0.4498 0.129 0.606

Scale Reliability (Cronbach’s Alpha for SAS) 0.640


Scale Mean 11.53
Scale SD 2.432
Nunber of Item 24

24
Rajah 5.0 : Histogram SAS_Score

25
5.1 INDEKS KESUKARAN ITEM (IS)

Indeks Kesukaran (IS) menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada

item itu mudah dijawab atau sukar dijawab. Pengukuran indeks kesukaran adalah

bertujuan untuk mengenal pasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru

mendapati item yang dibina tidak dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar. Selain

itu, indeks kesukaran juga mampu mengenal pasti dan melaporkan kekuatan dan

kelemahan bahagian-bahagian kurikulum, iaitu sama ada pelajar dapat menguasai

sesuatu sukatan itu. Indeks kesukaran turut memberi maklum balas kepada pelajar

tentang kekuatan dan kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji. Bagi

soalan berbentuk objektif, indeks kesukaran ini dikira dengan menggunakan nisbah

murid yang menjawab dengan betul daripada jumlah keseluruhan pelajar.

Nilai indeks kesukaran adalah berada dalam aras 0.0 hingga 1.0. Semakin tinggi

bilangan murid menjawab sesuatu item itu dengan betul, maka semakin mudah item

tersebut (Wood, 1960). Nilai dalam julat ini menunjukkan tahap kesukaran item yang

semakin berkurang dari nilai 0.0 hingga 1.0. Aras kesukaran item yang ideal atau

sederhana adalah item yang nilai indeks kesukaran berada dalam lingkungan 0.3

hingga 0.7. Jika nilai indeks kesukaran ialah kurang dari 0 sehingga 0.2, maka ini

bermakna item itu merupakan item yang sangar sukar. Aras indeks kesukaran yang

lebih dari 0.8 sehingga 1.0 pula merupakan item yang mudah dan item ini perlu diubah

agar tahap kesukarannya dapat ditingkatkan. Selain itu, melalui indeks kesukaran ini

kita dapat mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru

mendapati ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik maka

guru boleh mengambil langkah yang seterusnya dalam memastikan tumpuan diberikan

kepada soalan jenis yang sedemikian.

26
Jadual 5.1 : Jadual Skala Indeks Kesukaran

Nilai Indeks Kesukaran Aras Kesukaran

0.0 – 0.2 Terlalu sukar


0.3 – 0.7 Sederhana
0.8 – 1.0 Terlalu Mudah

5.1.1 ANALISIS INDEKS KESUKARAN ITEM OBJEKTIF

Ujian ini melibatkan 30 responden dari pelajar-pelajar PDGE tahun 2018/2019.

Bilangan item untuk ujian kefahaman Bahasa Melayu ini berjumlah 24 item yang

terdiri daripada 15 item objektif dan 9 item subjektif. Dalam item objektif, ujian

Bahasa Melayu inimeliputi 3 konstruk iaitu 5 item Fonologi, 5 item Sintaksis, dan 5

item Simantik. Setiap konstruk item objektif boleh dilihat dalam jadual 5.2, 5.3 dan

5.4.

Jadual 5.2 : Indeks Kesukaran Konstruk Fonologi Item Objektif

Item Objektif
Indeks Kesukaran (IK) Aras Kesukaran
(Konstruk Fonologi)

1 0.67 Sederhana
2 0.37 Sederhana
3 0.10 Terlalu sukar
4 0.63 Sederhana
5 0.13 Terlalu sukar

Aras kesukaran konstruk fonologi menunjukkan bahawa 3 item berada pada paras

sederhana iaitu item nombor 1,2 dan 4. Manakala, 2 item berada pada paras terlalu

sukar iaitu item 3 dan 5.

27
Jadual 5.3 : Indeks Kesukaran Konstruk Sintaksis Item Objektif

Item Objektif
Indeks Kesukaran (IK) Aras Kesukaran
(Konstruk Sintaksis)

6 0.27 Terlalu sukar


7 0.60 Sederhana
8 1.0 Terlalu mudah
9 0.43 Sederhana
10 0.47 Sederhana

Aras kesukaran bagi konstruk sintaksis, menunjukkan terdapat 3 item berada pada aras

sederhana iaitu item nombor 7, 9 dan 10. Terdapat 1 item aras terlalu sukar iaitu item

nombor 6, manakala 1 item aras terlalu mudah iaitu item nombor 8.

Jadual 5.4 : Indeks Kesukaran Konstruk Semantik Item Objektif

Item Objektif
Indeks Kesukaran (IK) Aras Kesukaran
(Konstruk Semantik)

11 0.37 Sederhana
12 0.73 Sederhana
13 0.43 Sederhana
14 0.83 Terlalu mudah
15 0.40 Sederhana

Konstruk semantik pula mengandungi 4 item aras kesukaran sederhana iaitu item

nombor 11, 12, 13 dan 15 manakala 1 item berada pada aras kesukaran terlalu mudah

iaitu item nombor 14.

28
Jadual 5.5 : Peratus Aras Kesukaran Konstruk Bagi
Ketiga-Ketiga Konstruk Item Objektif

Konstruk Aras Bilangan Jumlah


Peratus (%)
(Item Objektif) Kesukaran Item Peratus (%)

Terlalu sukar 2 40
Fonologi Sederhana 3 60 100
Terlalu Mudah 0 0

Terlalu sukar 1 20
Sintaksis Sederhana 3 60 100
Terlalu Mudah 1 20

Terlalu sukar 0 0
Semantik Sederhana 4 80 100
Terlalu Mudah 1 20

Jadual 5.5 menunjukkan nilai indeks kesukaran yang diperolehi daripada ketiga-tiga

konstruk item objektif. Peratus aras kesukaran terlalu sukar untuk konstruk fonologi

adalah sebanyak 40%, aras kesukaran sederhana 60% manakala aras kesukaran terlalu

mudah 0%. Untuk konstruk sintaksis menunjukkan peratus aras kesukaran terlalu

sukar 20%, peratus aras sederhana 60% manakala peratus aras terlalu mudah 20%.

Bagi konstruk yang ketiga iaitu semantik menunjukkan bahawa peratus aras terlalu

sukar 0%, peratus aras kesukaran sederhana 80% manakala peratus aras kesukaran

terlalu mudah 20%.

29
Jadual 5.6 : Peratus Aras Kesukaran Konstruk Bagi Kesuluruhan Item Objektif

Aras Konstruk (Item Objektif)


Jumlah Item Peratus (%)
Kesukaran
Fonologi Sintaksis Semantik
Terlalu sukar 2 1 0 3 20
Sederhana 3 3 4 10 67
Terlalu mudah 0 1 1 2 13
Jumlah 5 5 5 15 100

Berdasarkan jadual 5.6 di atas, analisis mununjukkan peratus aras kesukaran terlalu

sukar bagi kesuluruhan item ujian objektif adalah sebanyak 20%, aras kesukaran

sederhana sebanyak 67% manakala aras kesukaran terlalu mudah sebanyak 13%.

5.1.2 ANALISIS INDEKS KESUKARAN ITEM SUBJEKTIF

Jadual 5.7 : Aras Kesukaran Bagi Item Subjektif

Item Subjektif Indeks Kesukaran Aras Kesukaran

1.i) 0.450 Sederhana


1.ii) 0.483 Sederhana
1.iii) 0.450 Sederhana
1.iv) 0.450 Sederhana
2.a) 0.483 Sederhana
2.b) 1.0 Terlalu mudah
2.c) 0.483 Sederhana
2.d) 0.433 Sederhana
3 0.367 Sederhana

Terdapat 3 soalan utama di dalam item subjektif ini, namun beberapa soalan utama

telah dipecahkan ke beberapa jawapan dan menjadikan 9 item. Item Subjektif

mengandungi satu konstruk sahaja iaitu sintaksis. Analisis item subjektif menunjukkan

8 item berada pada aras sederhana manakala 1 item aras terlalu mudah.

30
Jadual 5.8 : Peratus Aras Kesukaran Kesuluruhan Item Subjektif

Aras Kesukaran Item Subjektif (Konstruk Sintaksis) Peratus (%)

Terlalu sukar 0 0
Sederhana 8 89
Terlalu mudah 1 11
Jumlah 9 100

Jadual di atas menunjukkan peratus aras kesukaran untuk keseluruhan item subjektif.

Peratus aras kesukaran terlalu sukar untuk kesuluruhan item subjektif ialah 0%, aras

kesukaran sederhana 89% manakala aras kesukaran terlau mudah sebanyak 11%.

5.2 INDEKS DISKRIMINASI ITEM (ID)

Indeks Diskriminasi (ID) digunakan untuk membezakan pencapaian antara pelajar

kumpulan tinggi dan pelajar berkumpulan rendah. (Mehrens dan Lehmann, 1991).

Item yang baik akan dapat membezakan atau mendiskriminasikan antara pelajar yang

berkeupayaan rendah dan yang berkeupayaan tinggi. Aras ID boleh berada dalam

lingkungan -1.00 hingga 1.00. Diskriminasi yang positif menunjukkan bahawa item

tersebut boleh dijawab oleh ramai pelajar kumpulan tinggi tetapi ramai

muridkumpulan rendah yang tidak dapat menjawabnya dengan betul. Diskriminasi

yang negatif pula menunjukkan bahawa item tersebut tidak boleh dijawab oleh ramai

pelajar kumpulan tinggi tetapi kumpulan rendah pula yang boleh menjawabnya.

Jadual 5.9 : Jadual Skala Indeks Diskriminasi

Nilai Indeks Kesukaran Pengekelasan Item

ID > 0.4 Diskriminasi positif yang tinggi


0.2 < ID ≤ 0.4 Diskriminasi positif yang sederhana
0 ≤ ID ≤ 0.2 Diskriminasi positif yang rendah
ID < 0 Diskriminasi negatif

31
5.2.1 ANALISIS INDEKS DISKRIMINASI ITEM OBJEKTIF

Terdapat 3 konstruk di dalam item objektif iaitu 5 item konstruk Fonologi, 5 item

konstruk sintaksis dan 5 item konstruk semantik.

Jadual 5.10 : Indeks Diskriminasi Konstruk Fonologi Item Objektif

Item Objektif
Indeks Diskriminasi Aras Diskriminasi
(Konstruk Fonologi)

1 0.406 Positif tinggi


2 0.413 Positif tinggi
3 -0.262 Negatif
4 0.753 Positif tinggi
5 -0.334 Negatif

Berdasarkan jadual 5.10, aras diskriminasi konstruk fonologi menunjukkan bahawa 3

item berada pada aras diskriminasi positif tinggi iaitu item nombor 1,2 dan 4 manakala

2 item aras diskriminasi negatif.

Jadual 5.11 : Indeks Diskriminasi Konstruk Sintaksis Item Objektif

Item Objektif
Indeks Diskriminasi Aras Diskriminasi
(Konstruk Sintaksis)

6 0.093 Positif rendah


7 0.129 Positif rendah
8 1.0 Positif tinggi
9 0.219 Positif sederhana
10 0.355 Positif sederhana

Jadual 5.11 di atas menunjukkan objektif konstruk sintaksis, 2 item berada pada aras

diskriminasi positif rendah iaitu item nombor 6 dan 7, 1 item aras diskriminasi positif

tinggi yang bernombor 8 manakala 2 item berada pada aras diskriminasi sederhana

iaitu item nombor 9 dan 10.

32
Jadual 5.12 : Indeks Diskriminasi Konstruk Semantik Item Objektif

Item Objektif
Indeks Diskriminasi Aras Diskriminasi
(Konstruk Semantik)

11 -0.179 Negatif
12 0.116 Positif rendah
13 -0.007 Negatif
14 0.323 Positif sederhana
15 0.673 Positif tinggi

Berdasarkan jadual 5.15 di atas, menunjukkan Aras diskriminasi bagi konstruk

semantik. Terdapat 2 item berada pada aras diskriminasi negatif iaitu item nombor 11

dan 13, 1 item aras diskriminasi positif rendah pada item nombor 12 dan 1 item berada

pada aras diskriminasi positif sederhana iaitu item nombor 14. Manakala 1 item lagi

berada pada aras diskriminasi positif tinggi iaitu item yang bernombor 15.

Jadual 5.13 : Peratus Aras Diskriminasi Konstruk Bagi


Ketiga-Ketiga Konstruk Item Objektif

Konstruk Aras Bilangan Jumlah


Peratus (%)
(Item Objektif) Diskriminasi Item Peratus (%)

Positif tinggi 3 60
Positif sederhana 0 0
Fonologi
Positif rendah 0 0 100
Negatif 2 40

Positif tinggi 1 20
Positif sederhana 2 40
Sintaksis 100
Positif rendah 2 40
Negatif 0 0

Positif tinggi 1 20
Positif sederhana 1 20
Semantik 100
Positif rendah 1 20
Negatif 2 40

33
Berdasarkan jadual 5.13 di atas, nilai indeks diskriminasi yang diperolehi daripada

ketiga-tiga konstruk item objektif, mendapati peratus aras diskriminasi positif tinggi

untuk konstruk fonologi adalah sebanyak 60%, aras diskriminasi positif sederhana

sebanyak 0%, aras diskriminasi positif rendah juga 0%, manakala aras diskriminasi

negatif sebanyak 40%. Untuk konstruk sintaksis didapati peratus aras diskriminasi

positif tinggi sebanyak 20%, peratus aras diskriminasi positif sederhana 40%, aras

diskriminasi positif rendah 40%, manakala aras diskriminasi negatif 0%. Bagi

konstruk yang ketiga iaitu semantik, peratus aras diskriminasi positif tinggi sebanyak

20%, peratus aras diskriminasi positif sederhana 20%, aras diskriminasi positif rendah

20%, manakala aras diskriminasi negatif sebanyak 40%.

Jadual 5.14 : Peratus Aras Diskriminasi Konstruk Bagi Kesuluruhan Item Objektif

Aras Konstruk (Item Objektif) Jumlah Peratus


Diskriminasi Item (%)
Fonologi Sintaksis Semantik
Positif tingi 3 1 1 5 33
Positif sederhana 0 2 1 3 20
Positif rendah 0 2 1 3 20
Negatif 2 0 2 4 27
Jumlah 5 5 5 15 100

Jadual 5.14 menunjukkan analisis tentang peratus aras diskriminasi positif tinggi

untuk kesuluruhan item objektif adalah sebanyak 33%, aras diskriminasi positif

sederhana adalah sebanyak 20%, aras diskriminasi positif rendah 20%, manakala

peratus aras diskriminasi negatif 27%.

34
5.2.2 ANALISIS INDEKS DISKRIMINASI ITEM SUBJEKTIF

Jadual 5.15 : Aras Diskriminasi Bagi Item Subjektif

Item Subjektif Indeks Diskriminasi Aras Diskriminasi

1.i) 0.302 Positif sederhana


1.ii) 0.330 Positif sederhana
1.iii) 0.153 Positif rendah
1.iv) -0.253 Negatif
2.a) 0.330 Positif sederhana
2.b) 1.0 Positif tinggi
2.c) 0.330 Possitif sederhana
2.d) 0.138 Positif rendah
3 -0.050 Negatif

Bagi soalan subjektif, terdapat 3 soalan utama di dalam item subjektif ini, namun

beberapa soalan utama telah dipecahkan ke beberapa jawapan dan menjadikan 9 item.

Item Subjektif mengandungi satu konstruk sahaja iaitu sintaksis. Analisis indeks

diskriminasi item subjektif menunjukkan 4 item berada pada aras positif sederhana, 2

item positif rendah, 1 item pada aras positif tinggi manakala 2 item berada pada aras

negatif.

Jadual 5.16 : Peratus Aras Diskriminasi Kesuluruhan Item Subjektif

Aras Diskriminasi Bilangan Item Peratusan (%)

Positif tinggi 1 11
Positif sederhana 4 45
Positif rendah 2 22
Negatif 2 22
Jumlah 9 100

Analisis menunjukkan peratus aras diskriminasi positif tinggi untuk kesuluruhan item

subjektif adalah sebanyak 11%, aras diskriminasi positif sederhana 42%, aras

diskriminasi positif rendah 22% manakala peratus aras diskriminasi negatif bagi

kesuluruhan item subjektif sebanyak 22%.

35
6.0 PERBINCANGAN

6.1 ANALISIS ITEM INDEKS KESUKARAN

Analisis keseluruhan indeks kesukaran item objektif iaitu sebanyak 15 soalan.

Soalannya terdiri daripada 3 konstruk, berdasarkan analisis yang telah dilakukan,

didapati setiap daripada item tersebut telah mempunyai setiap aras kesukaran iaitu

mudah, sederhana dan juga sukar. Hal ini menyebabkan terdapat perbezaan markah

pada setiap murid. Murid menjawab soalan-soalan tersebut dengan kemampunan yang

mereka perolehi. Kami mendapati bahawa sebanyak 10 item daripada keseluruhan

item objektif adalah dalam kategori sederhana iaitu dalam lingkungan indeks

kesukaran 0.3 hingga 0.7. Secara keseluruhannya, semua pelajar dapat menjawab 10

soalan ini dengan baik dan item ini amat sesuai untuk dikekalkan tanpa perlu ubahsuai

kerana ianya boleh dikategorikan sebagai tidak susah dan tidak senang.

Di samping itu, hanya 2 item objektif daripada keseluruhan soalan dalam lingkungan

indeks kesukaran terlalu mudah, daripada 2 item ini, terdapat satu item yang dikira

markah bonus disebabkan kesalahan di dalam item tersebut.Manakala sebanyak 3 item

soalan mempunyai indeks kesukaran yang terlalu sukar. Jadi soalan-soalan bagi indeks

kesukaran terlalu mudah dan terlalu sukar hendaklah diteliti semula serta perlu

diubahsuai. Hal ini adalah disebabkan soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab

oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan

dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan-soalan ini tidak dapat membezakan

pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya.

Bagi item subjektif, sebanyak 3 soalan utama di dalam item subjektif ini, namun

beberapa soalan utama telah dipecahkan ke beberapa jawapan. Antaranya item 1 yang

36
mengandungi empat jawapan. Mengikut item 1, indeks kesukaran yang diperolehi

adalah lingkungan 0.4, jadi item tersebut dikira sederhana dan tidak perlu diubahsuai.

Item 2 juga mempunyai empat jawapan dimana tiga dari jawapan tersebut indeks

kesukarannya lingkungan 0.4 yang dikira sederhana dan tidak perlu diubahsuai,

namun terdapat satu diantara 4 jawapan tersebut indeks kesukarannya 1.0, item ini

dikira terlalu mudah dan boleh diteliti semula. Bagi item 3 indeks kesukarannya 0.367,

item tersebut dikira sederhana serta mudah, boleh diterima dan tidak perlu diubasuai.

6.2 ANALISIS ITEM INDEKS DISKRIMINASI

Keputusan yang diperolehi dari analisis indeks diskriminasimendapati 5 item iaitu

33% daripada keseluruhan soalan ditafsir dalam kategori item yang mempunyai

diskriminasi positif yang tinggi dimana keputusannya amat sesuai diterima. Terdapat 3

item iaitu 20% yang mempunyai Indeks Diskriminasi positif yang sederhana. Hal ini

menunjukkan bahawa item tersebut perlu diteliti semula dan diubahsuai supaya dapat

meningkatkan diskriminasi positif untuk menjadikan soalan yang berkualiti pada masa

hadapan.

Di samping itu, terdapat 3 item iaitu 20% ditafsir dalam kategori item yang

mempunyai diskriminasi positif yang rendah, jadi keputusan item tersebut perlu ditulis

semuladan perlu diubahsuai untuk meningkatkan diskriminasi positif yang tinggi agar

dapat menjamin item yang kualiti dan juga adil kepada semua pelajar. Selanjutnya,

didapati bahawa sebanyak 4 item iaitu 27% ditafsir dalam kategori item yang negatif,

jika mengikut tafiran didapati bahawa prestasi kumpulan rendah lebih baik daripada

kumpulan tinggi, Justeru, keputusan item tersebut ialah item buruk dan harus dibuang.

Soalan sebegini tidak boleh diberi kepada pelajar kerana ia menjejaskan minda pelajar.

37
Pelajar akan berasa tidak suka untuk menjawab soalan. Soalan ini perlu dibuang dan

digantikan dengan soalan yang diskriminasinya positif yang tinggi supaya semua

pelajar dapat menduduki ujian yang berkualiti dan adil.

Bagi item subjektif, analisis meunjukkan bahawa hanya satu item sahaja iaitu 11%

daripada kesuluruhan mepunyai indeks diskriminasi positif tinggi, ini bermakna 1 item

ini sahaja yang perlu dikekalkan tanpa melaku apa-apa perubahan terhadap item

tersebut, 4 item iaitu 45% dikira diskriminasi yang sederhana, jadi 4 item ini perlu

diteliti semulah dan melakukan ubahsuai. Selebihnya, terdapat 2 item pada

diskriminasi positif rendah dan negatif iaitu 22%. Justeru bagi item positif rendah

perlu ditulis semula dan perlu diubahsuai, manakala bagi diskriminasi negatif ternyata

item tersebut merupakan item buruk dan harus dibuangdan digantikan dengan soalan

yang diskriminasinya positif yang tinggi. Ini bertujuan supaya item ini dapat memberi

maklum balas kepada pelajar terutama jika melibakan dua kumpulan pelajar iaitu

tinggi dan rendah. Berdasarkan indeks diskriminasi, ia dapat mengenal pasti konsep

yang perlu diajar semula serta bagi melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-

bahagian pelajaran yang tidak dikuasai oleh pelajar kumpulan tinggi.

38
6.3 UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN ITEM

Kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan dan ketekalan dalaman ujian atau alat

ukur dalam mengukur sesuatu konsep atau aspek. Menurut Mokhtar (1995),

kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran

terhadap sesuatu benda, sesuatu ciri, atau sifat seseorang. Setiap soal selidik yang

hendak ditabirkan kepada responden hendaklah diuji terlebih dahulu liabilitinya.

Justeru itu kami telah membuat ujian liabiliti terhadap semua item di dalam setiap

pembolehubah. Untuk melihat liabiliti terhadap semua soal selidik yang ditabirkan,

kami telah membuat ujian liabiliti iaitu ‘Cronbach’s Alpha’. Kami merujuk kepada

Pekali saiz ‘Cronbach’s Alpha’ bagi mendapatkan tahap kekuatan soal selidik yang

kami edarkan. Ini dapat ditunjukkan dalam Jadual 6.1 dibawah.

Jadual 7.0 : Pekali Saiz Cronbach’s Alpha

Alpha Coefficient
Kekuatan Hubungan
Range
< 0.6 Lemah
0.6 < 0.7 Sederhana
0.7 < 0.8 Baik
0.8 < 0.9 Sangat baik
0.9 Terbaik

Hasil daripada ujian tersebut, kami mendapati bahawa semua pembolehubah berada

ditahap sederhana iaitu nilai pekali kebolehpercayaan 0.64 seperti ditunjukkan dalam

jadual 6.18 dibawah.

Jadual 7.1 : Nilai Cronbach's Alpha

Cronbach's Alpha
Cronbach's N of
Based on Standardized
Alpha Items
Items
0.640 0.619 24

39
7.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKKAN

Jadual 7.0 : Perbandingan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi Serta Tindakan
yang Perlu Diambil

Item Indeks Kesukaran Indeks Diskriminasi Tindakan

1 0.67 0.406 Amat sesuai diterima


2 0.37 0.413 Amat sesuai diterima
3 0.10 -0.262 Item harus dibuang
4 0.63 0.753 Amat sesuai diterima
5 0.13 -0.334 Item harus dibuang
6 0.27 0.093 Ubahsuai dan tulis semula
7 0.60 0.129 Ubahsuai dan tulis semula
8 1.0 1.0 Item harus dibuang
9 0.43 0.219 Ubahsuai dan tulis semula
10 0.47 0.355 Amat sesuai diterima
11 0.37 -0.179 Item harus dibuang
12 0.73 0.116 Ubahsuai dan tulis semula
13 0.43 -0.007 Item harus dibuang
14 0.83 0.323 Ubahsuai dan sukarkan
15 0.40 0.673 Amat sesuai diterima
16 0.45 0.302 Ubahsuai dan sukarkan
17 0.48 0.330 Ubahsuai dan sukarkan
18 0.45 0.153 Ubahsuai dan sukarkan
19 0.45 -0.253 Item harus dibuang
20 0.48 0.330 Ubahsuai dan sukarkan
21 1.0 1.0 Item harus dibuang
22 0.48 0.330 Ubahsuai dan sukarkan
23 0.43 0.138 Ubahsuai dan tulis semula
24 0.37 -0.050 Item harus dibuang

Petunjuk:

Amat sesuai diterima

Ubahsuai dan sukarkan

Ubahsuai dan tulis semula

Buang

40
Dalam bahagian ini, kami membuat perbandingan kedua-dua nilai Indeks Kesukaran

dan Indeks Diskriminasi bagi sesuatu item, ia bertujuan untuk menentukan sama ada

sesuatu item soalan itu dikekalkan, digugurkan atau perlu diperbaiki. Apabila

maklumat berkenaan kedua-dua Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi diperoleh

untuk setiap item ujian, ia perlu dikumpulkan dan dibandingkan. Tindakan seterusnya

ialah menentukan samaada item tersebut boleh dikekalkan sekiranya item tersebut

berkualiti kerana mempunyai nilai Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi dalam

julat yang bersesuaian. Item soalan yang sangat sukar boleh dipermudahkan manakala

item yang sangat mudah perlu disukarkan. Tindakan ini penting bagi mengumpulkan

item yang berkualiti sahaja. Jadual 7.0 di atas menunjukkan perbandingan Indeks

Kesukaran dan Indeks Diskriminasi serta tindakan susulan yang perlu diambil untuk

menjamin kualiti kertas ujian.

Jadual 7.1 : Menunjukkan tindakan susulan bagi item-item soalan berdasarkan


keputusan perbandingan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

Tindakan No. Item Jumlah Peratus (%)

Amat sesuai diterima 1,2,4,10,15 5 21


Ubahsuai dan sukarkan 14,16,17,18,20,22 6 25
Ubahsuai dan tulis semula 6,7,9,12,23 5 21
Buang 3,5,8,11,13,19,21,24 8 33

Jadual 7.1 yang ditunjukkan di atas mempamerkan kesesuaian item 1 hingga 20

indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi keseluruhan item objektif dan subjektif.

Daripada jadual di atas, kami dapat perhatikan bahawa 21% iaitu sebanyak 5 item

sesuai diterima kerana item-item ini mempunyai padanan nilai Indeks Kesukaran dan

Indeks Diskriminasi yang sesuai. 5 item ini boleh disimpan dalam bank item untuk

kegunaan masa depan. Disamping itu, kami mendapati bahawa 33% daripada

41
keseluruhan iaitu 8 item adalah item yang tidak sesuai untuk diterima dalam ujian.

Sebahagian daripada 33% item tersebut tidak dapat diterima disebabkan item-item

tersebut mempunyai indeks kesukaran yang terlalu tinggi atau terlalu rendah yang

ditafsir sebagai item yang terlalu mudah atau terlalu sukar. Item-Item tersebut juga

mempunyai indeks diskriminasi yang negatif, bermaksud item tersebut tidak mampu

membezakan calon-calon secara berkesan. Oleh itu, item tersebut harus diubahsuaikan

lagi atau tidak boleh diterima dan disimpan dalam bank soalan.

Oleh itu, bagi item-item tulis semula iaitu soalan 6, 7, 9, 12, dan 23, berkemungkinan

mempunyai faktor masalah dalam pemahaman atau opsyen jawapan yang diberi.

Terdapat petunjuk dalam soalan yang memudahkan calon dalam memberikan respon,

justeru item tersebut didapati tidak mengawal aras diskriminasi ujian dengan baik.

Penulisan ayat yang kabur sama ada dalam arahan atau soalan turut menyukarkan

keseluruhan calon serta menjejaskan item tersebut. Jika kita melihat pada keseluruhan

item, boleh dikatakan tahap kesukaran mudah banyak menyebabkan Indeks

Diskriminasi terjejas. Maka, ianya boleh ditukarkan kepada pilihan aras sukar.

42
8.0 KESIMPULAN

Pembangunan dan analisis ujian ini adalah sebuah tugasan yang merujuk kepada

pembikinan soalan, ujian soalan kepada responden, permarkahan jawapan dan analisis

data yang diperolehi daripada permarkahan jawapan tersebut. Soalan yang dibentuk

adalah merujuk kepada subjek Linguistik Melayu yang telah dipelajari oleh pelajar

Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PGDE) ini, bahagian soalan itu terbahagi kepada

Fonologi, Sintaksis dan Semantik. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menguji

ilmu pengetahuan fahaman mengenai Linguistik Melayu terhadap responden tersebut.

Namun tidak semua apa yang mereka pelajari, dapat menjawab dengan betul kerana

soalan tersebut terdiri daripada aras mudah, sederhana dan sukar. Maka mereka boleh

menjawab dengan apa yang mereka tahu, tetapi mereka juga tidak mengosongkan

soalan yang diberikan. Jadi mereka masih boleh menerima kajian soalan yang

diberikan itu dengan sempurna.

Penilaian atau pengujian memerlukan beberapa proses sistematik dari awal hingga

akhir. Dengan adanya langkah-langkah yang sistematik akan terbentuknya satu set

ujian yang berkualiti. Ini adalah kerana memberi ujian adalah sebahagian dari proses

pengajaran dan pembelajaran. Dalam menjalankan ujian, guru mestilah mengenal pasti

soalan-soalan yang dibina menepati semua objektif pengajaran dan pembelajaran yang

telah dilaksanakan. Jika dilihat keputusan Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi

dari projek kerja kursus yang kami sediakan ini, item atau soalan yang dibina adalah

baik dan sesuai untuk digunakan oleh pelajar bagi tujuan pengujian. Ini adalah kerana

kedua-dua indeks tersebut tidak menunjukkan sebarang kesukaran atau perbezaan

yang melampau. Oleh itu setiap guru mestilah mempunyai pengetahuan yang

secukupnya dalam bidang pembinaan ujian agar murid atau pelajar dapat menguasai

43
kemahiran yang dipelajari dengan lebih berkesan, dan item yang dibina bersesuaian

dan mencabar kebolehan murid agar dapat mencambahkan daya pemikiran mereka.

44
RUJUKAN

Abdullah Hassan (2007).Linguistik Am. Selangor: PTS Professional.

Abdullah Hassan (2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu i-vi (1952-2002).
Kuala Lumpur: Persatuan Penterjemah Malaysia.

Asmah Haji Omar (2008). Susur Galur Bahasa Melayu (Edisi Kedua). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darwis Harahap (1994). Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Eddy Setia (2005). Semantik dan Leksikografi Dalam Perkamusan. Jurnal Ilmiah
Linguistik dan Sastra.

Hasmidar Hassan (2005). Kata Hubung ‘dan’, Satu Analisis Semantik dan Pragmatik.
Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Linguistik, Universiti Malaysia, Bangi.

Nathesan (2003). Teori Semantik dan Kajian Kepustakaan Terhadap Semantik


Leksikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ercikan, K. (2002). Disentangling sources of differential item functioning in multi


language assessments. International Journal of Testing, 2(3&4), 199-215.

Linacre, J. M. (2008). A user’s guide to Winsteps-Ministep: Rasch-model computer


programs. Chicago,

45

You might also like