Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ULASAN KRITIS KEWAJARAN MALAYSIA MENYERTAI TPPA

Berdasarkan artikel The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA): Impact on Health of in


Malaysia, dapat disimpulkan bahawa Malaysia tidak sewajarnya menyertai TPPA dengan melihat
impak perjanjian tersebut terhadap kesihatan kepada rakyat di Malaysia.

Impak terhadap kesihatan adalah apabila pengguna terpaksa menanggung kos yang
tinggi untuk pembelian ubat. Hal ini kerana perancangan TPPA memperkenalkan peraturan hak
milik yang lebih ketat bagi melindungi harta intelek,i dan ini mungkin membawa kepada monopoli
syarikat farmaseutikal yang sedang memegang paten bagi sesuatu ubat.ii Malah keadaan ini juga
akan menyekat penjualan ubat generik yang jauh lebih murah daripada ubat yang dipatenkan.
Kos yang tinggi ini pastinya akan membebankan rakyat yang sememangnya bergantung kepada
subsidi kerajaan bagi ubat-ubatan. Kerajaan telah memperuntukkan subsidi ubat-ubatan bernilai
antara RM49 hingga RM69 bagi setiap pesakitiii, membuktikan bahawa masih ramai lagi rakyat
Malaysia yang tidak mampu untuk memperolehi ubat dengan kos yang tinggi. Sekiranya TPPA
ditandatangani, pastinya sukar bagi rakyat untuk mendapatkan akses rawatan dan ubat-ubatan
dan pastinya akan menjejaskan kualiti kesihatan awam. Sehubungan dengan itu, kerajaan
seharusnya mengkaji semula kewajaran TPPA dan wujudkan satu polisi berkaitan aspek
kesihatan sebelum menandatangani perjanjian tersebut sepertimana yang dilakukan oleh New
Zealand, Australia dan Kanada.

Selain itu, peruntukan dalam TPPA berkaitan produk tembakau juga akan memberi impak
kepada keupayaan kerajaan untuk menguatkuasakan dasar sedia ada dan melaksanakan dasar
baru yang berkaitan kesihatan awam. Hal ini kerana perjanjian tersebut memberi lebih banyak
hak kepada syarikat multi-nasional (MNC) untuk menyaman kerajaan sekiranya terdapat dasar
atau tindakan kerajaan tersebut yang mampu menjejaskan pelaburan mereka.iv Di Malaysia,
terdapat dasar kawalan tembakau yang telah dilaksanakan sejak tahun 1993. Sekiranya kawalan
ini dilihat dapat menjejaskan keuntungan MNC, syarikat-syarikat ini berhak untuk menyaman
kerajaan atas kerugian tersebut.v Hal ini pastinya akan menggugat polisi dan dasar sedia ada
dan secara tidak lansung terdapat limitasi kepada kerajaan untuk mentadbir dan menguruskan
ekonomi negara. Sekiranya pelaksanaan dasar kawalan tembakau ini tergugat disebabkan
TPPA, pastinya matlamat Malaysia ke arah bebas rokok dan masyarakat dengan gaya hidup
sihat dilihat tidak berjaya kerana terpaksa mengutamakan kepentingan syarikat multi-nasional.
Hal ini juga kerana Malaysia terpaksa mengikut kehendak negara yang memegang kuasa besar
dalam perjanjian tersebut dan hal ini menyekat negara untuk membuat sebarang keputusan.vi
Jelaslah bahawa perjanjian seperti TPPA tidak hanya memberi kesan kepada ekonomi
negara tetapi turut memperi impak kepada sosial masyarakat terutamanya dalam aspek
kesihatan. Tidak dinafikan bahawa TPPA bakal memberi peluang kepada perusahaan tempatan
untuk bersaing di peringkat global namun kesannya terhadap tahap kesihatan rakyat perlu
dipertimbangkan. Hal ini kerana kualiti kesihatan amatlah penting dan menjadi asas kepada
pembentukan negara yang sejahtera. Tegasnya, Malaysia tidak sewajarnya menandatangani
perjanjian TPPA melihat kepada impak negatif yang wujud terhadap gaya hidup sihat yang
diidamkan oleh semua rakyat.

i
Normaliza Abdul Manaf et. al, “The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA): Impact on Health of in Malaysia”,
International Journal of Innovation and Applied Studies, Vol. 7 No. 3 Aug. (2014), pp. 1156-1169, 2014, 1164.
ii
Intelligent Money, “Adakah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Bermanfaat Kepada Malaysia?”, 26 April
2016. https://www.imoney.my/articles/adakah-perjanjian-perkongsian-trans-pasifik-tppa-bermanfaat-kepada-
malaysia, (Muat turun pada 27 Julai 2018).
iii
Berita Harian, “Kerajaan bagi subsidi ubat RM49-RM 69 setiap pesakit”, 5 Mei 2015.
https://www.bharian.com.my/node/52915, (Muat turun pada 27 Julai 2018).
iv
Normaliza, 1166.
v
Intelligent Money.
vi
Normaliza, 1156.

You might also like