Kebaikan Dan Keburukan Simpanan Tetap

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kebaikan dan keburukan Simpanan Tetap

Fixed Deposit (Simpanan Tetap) adalah merupakan salah satu instrumen kewangan yang ditawarkan
oleh institusi perbankan. Ia menjanjikan pulangan faedah tetap yang lebih tinggi berbanding simpanan
akaun biasa.

Boleh disimpan ke dalam Fixed Deposit sekiranya anda mempunyai sejumlah wang yang tidak diguna
pakai dalam tempoh terdekat. Bagi simpanan biasa dalam bank akaun, ada yang menawarkan kadar
faedah yang amat rendah, iaitu sekitar 0.3% – 0.5% setahun, sedangkan Fixed Deposit boleh
menawarkan kadar faedah secara purata sebanyak 3% setahun.

5 Kelebihan Simpanan Melalui Fixed Deposit

#1 Jaminan Pulangan Pelaburan

Salah satu kebimbangan apabila melabur adalah: “Adakah saya akan mendapatkan kembali wang saya?”
Tidak seperti pelaburan dalam pasaran saham atau pasaran komoditi, Fixed Deposit menjamin wang
simpanan anda dikembalikan pada akhir tempoh. Apa yang perlu anda lakukan adalah menunggu untuk
ianya matang.

#2 Modal Dan Pulangan Diinsuranskan

#3 Kerugian Inflasi Dilindungi

Kadar faedah bergantung kepada bank yang anda gunakan. Bank menawarkan kadar faedah yang
kompetitif untuk Fixed Deposit berbanding dengan akaun simpanan biasa, yang boleh membantu
mengimbangi kadar inflasi tahunan.

#4 Potensi Pendapatan Tetap

Anda memperoleh kadar faedah dengan wang yang anda simpan dalam masa yang ditetapkan. Ini
berlaku secara bulanan, suku tahunan atau tahunan. Terdapat bank yang membolehkan anda
mendeposit atau memindahkan faedah yang anda peroleh ke bank pilihan anda.

Boleh dianggap sebagai anda menerima gaji bulanan, dengan menggunakan modal yang anda simpan
dalam Fixed Deposit tadi.

#5 Fleksibiliti Tempoh Deposit

Fixed Deposit mempunyai terma yang fleksibel; di mana anda boleh pilih tempoh sesingkat sebulan atau
setahun atau beberapa tahun lamanya. Dan pada kebiasaannya, mereka yang memilih tempoh yang
lebih lama, akan diberikan kadar faedah yang lebih menarik.
3. Kekurangan Simpanan Melalui Fixed Deposit

#1 Tidak Dapat Menyaingi Kadar Inflasi

Walaupun Fixed Deposit menawarkan faedah pulangan yang lebih tinggi daripada simpanan biasa, tetapi
ia masih tidak dapat melawan kadar inflasi semasa. Inflasi tahunan di Malaysia dianggarkan sebanyak
3%-4% setahun, dan ia menyamai dengan kadar pulangan Fixed Deposit itu sendiri.

#2 Tiada Pulangan Atau Kurang Sekiranya Dikeluarkan Sebelum Tarikh Matang

Jika pendeposit membuat keputusan untuk mengeluarkan wang simpanan dalam Fixed Deposit sebelum
tarikh matang yang ditetapkan, akan dikenakan penalti. Samada anda dapat sedikit pulangan atau tiada
pulangan langsung. Kena betul-betul pastikan wang dalam Fixed Deposit takkan disentuh selama mana
belum sampai tarikh matang.

#3 Tidak Sesuai Untuk Mereka Yang Ingin Menyimpan Secara Bulanan

Fixed Deposit kebiasannya memerlukan anda meletakkan sejumlah wang yang besar, ada yang perlukan
minima RM1,000 dan ada juga yang memerlukan RM10,000. Jika anda ingin membuat simpanan secara
bulanan, mampu ke nak simpan RM1,000 sebulan?

Dan sekiranya mampu simpan RM1,000 sebulan, ada banyak lagi pelaburan yang lebih baik seperti
Amanah Saham, Saham, Hartanah dan sebagainya.

You might also like