Laporan Ajk Urusetia & Statistik Kejohanan Balapan Dan Padang SMK Putatan 2017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK PUTATAN 2017

08 – 09 FEBRUARI 2017

NAMA AJK URUSETIA & STATISTIK


1. Menyediakan jadual aturcara
2. Menyediakan borang-borang yang diperlukan bagi semua acara yang
dipertandingkan
3. Bertindak sebagai pencatat, iaitu menerima dan mencatat keputusan setiap
TUGAS acara ke dalam borang keputusan rasmi
4. Memaklumkan kepada pengurus hadiah dan juruacara untuk tindakan
seterusnya
5. Menyelia papan markah (score board)
6. Mengira jumlah pingat yang diperolehi oleh individu/kategori/keseluruhan

Sebelum kejohanan :
 Menyediakan kad aloran mengikut kategori
- Kategori A – 18 TKB
- Kategori B – 15 TKB
- Kategori Pra – U
 Mengagihkan tugas mengisi kad aloran kepada semua ahli dalam AJK Urusetia
& Statistik
 Menyemak semula kad aloran yang telah diisi untuk memastikan tiada
kesilapan dibuat
 Mencetak salinan semua kad aloran untuk kegunaan penyelia peserta semasa
kejohanan

Semasa kejohanan :
 Semua ahli dalam AJK Urusetia & Statistik diberi tugas yang spesifik untuk
memudahkan pengurusan statistik
 Menerima keputusan setiap acara yang telah ditandatangani oleh hakim dan
referi padang/balapan
LAPORAN  Merekod keputusan setiap acara ke dalam borang keputusan rasmi
 Mengira jumlah pingat yang diperolehi oleh setiap rumah sukan
 Menulis pungutan pingat mengikut rumah sukan ke dalam papan markah
dengan bantuan pelajar sains sukan Tingkatan 6
 Mengira dan merekod pungutan pingat keseluruhan bagi setiap rumah sukan
ke dalam borang yang telah disediakan
 Merekod nama pemenang mengikut kategori bagi semua acara yang
dipertandingkan
 Mencari peserta untuk anugerah olahragawan dan olahragawati mengikut
kategori
 Merekod olahragawan dan olahragawati mengikut kategori setelah disahkan
oleh Pengurus Teknik
 Menyerahkan semua keputusan rasmi kepada juruacara majlis untuk
penyampaian hadiah

Selepas kejohanan :
 Mencetak semua keputusan rasmi dan diserahkan kepada SU Sukan untuk
difailkan dan untuk memudahkan pemilihan atlet ke peringkat daerah
JUMLAH
PERUNTUKAN TIADA
YANG DIPOHON
JUMLAH
PERUNTUKAN
TIADA
YANG
DILULUSKAN

1. Kekerapan perubahan atlet menyebabkan data yang diperolehi mengelirukan


2. Kekurangan salinan kad aloran menyebabkan acara pertama bermula lewat
3. Bebanan tugas yang banyak menyebabkan AJK Statistik tertekan
4. Tugas Urusetia diambilalih oleh AJK Statistik padahal AJK Urusetia mempunyai
ahlinya masing-masing. Ini menyebabkan tugas utama AJK Statistik terganggu
KELEMAHAN
setiap kali ada panggilan daripada AJK lain sepanjang kejohanan berlangung
5. Walkie-talkie kurang berkesan menyebabkan maklumat sukar diperolehi
dengan cepat
6. Papan markah tidak dapat diselia dengan baik kerana semua ahli terlalu sibuk
merekod keputusan rasmi

1. Semua ahli dalam AJK Urusetia & Statistik memberikan kerjasama yang
sangat baik sepanjang kejohanan
2. Dapat menyiapkan semua data yang berkenaan dengan cepat dan
KEKUATAN
menyerahkannya kepada juruacara majlis untuk penyampaian hadiah
3. Semua data yang diperlukan dapat disiapkan tepat pada masanya dan
diemelkan kepada SU Sukan selepas kejohanan tamat

1. Mohon supaya semua pengurus rumah sukan memastikan acara yang diambil
oleh atlet rumah masing-masing adalah betul sebelum menyerahkan borang
penyertaan atlet kepada AJK Statistik
2. Mohon supaya semua pengurus rumah sukan memastikan atlet rumah masing-
masing tidak terlibat dengan aktiviti lain sebelum mengisi borang penyertaan
CADANGAN atlet
3. Akan menyediakan 3 salinan kad aloran yang telah disiapkan pada masa akan
PENAMBAHBAIKAN datang supaya tiada kelewatan berlaku
4. AJK Urusetia diasingkan daripada AJK Statistik untuk mengurangkan bebanan
tugas AJK Statistik yang perlu menyelia dan merekod semua keputusan rasmi
5. Menyediakan walkie-talkie yang berfungsi supaya semua AJK dapat
berhubung dengan berkesan
6. AJK Papan Markah diwujudkan untuk menyelia papan markah

DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH : DISAHKAN OLEH :

MARY BINJUMIN ( ) ( )
Ketua AJK Urusetia & Statistik TARIKH : TARIKH :
10 FEBRUARI 2017

You might also like