Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1

Pada era ledakan maklumat dan dunia yang pesat membangun ini,saya pasti setiap
sekolah menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang sewajarnya untuk para murid.Antara
kemudahannya ialah sebuah koperasi.Koperasi yang dianggap tidak mempunyai faedah ini
sebenarnya mendatangkan 1001 kebaikan untuk murid-murid di sekolah.Tahukah anda
apakah maksud koperasi yang sebenar? Koperasi merupakan sebuah organisasi yang
menjalankan urusan perniagaan barangan dan perkhidmatan.Koperasi ditubuhkan megikut
Akta Koperasi.Kopersi ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mesyuarat
agung.Semua ahli koperasi merupakan pemegang saham koperasi tersebut.Setiap sekolah
mesti mengadakan mesyuarat agung koperasi untuk melantik ahli jawatankuasanya.Jelaslah
di sini bahawa koperasi sekolah merupakan sesuatu yang penting seiring dengan perkara-
perkara lain.

Kebaikan koperasi sekolah ialah dapat memupuk semangat berniaga dalam kalangan
murid.Hal ini kerana apabila mereka berniaga di koperasi dan melayan murid lain
membeli,mereka akan berasa gembira dan akan melahirkan semangat suka untuk
berniaga.Melalui koperasi,para murid berpeluang mengetahui asas selok-belok dalam
mengendalikan urusan perniagaan.Selain itu,ahli koperasi iaitu murid-murid ini terlibat dalam
aktiviti jual beli,membuat akaun,pemasaran dan pembekalan.Semangat berniaga tidak datang
secara paksaan tetapi dengan sukarela kerana mereka mengadakan aktiviti jual beli hampir
setiap hari.Di samping itu,penguasaan matematik mereka juga akan bertambah cekap kerana
mereka sering mengira setiap kali pembelian dibuat.Jelaslah di sini bahawa,koperasi sekolah
mampu memupuk semangat untuk berniaga dalam diri murid-murid.

Seterusnya,kebaikan koperasi sekolah ialah mengenakan harga yang murah pada setiap
barangan contohnya buku tulis,pen,pensil,kertas kajang dan sebagainya.Alatan-alatan
pelajaran ini merupakan satu keperluan rasmi bagi seorang murid untuk memulakan
pembelajaran.Para murid tidak akan mampu untuk belajar dengan baik jika kelengkapan
mereka tidak cukup.Justeru itu,mereka harus menyediakannya terlebih dahulu.Dengan
adanya koperasi sekolah,sudah tentu hal ini akan memudahkan mereka membeli barangan
keperluan sekolah mereka.Harga yang murah juga dapat membantu murid yang dari keluarga
yang kurang senang untuk belajar.Hal ini kerana mereka mampu untuk membeli peralatan
tersebut.Sudah terang lagi bersuluh bahawa meletakkan harga yang murah merupakan salah
satu daripada kebaikan koperasi.

Selain itu,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid.Hal ini kerana mereka
tidak perlu pergi ke kedai-kedai yang jauh daripada rumah mereka kerana hanya ingin
memfotostat hanya sehelai kertas.Sudah tentu perkara ini akan menjadi suatu beban buat
mereka terutama mereka yang tinggal di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai
perkhidmatan tersebut.Hal ini akan memaksa mereka untuk mereka keluar ke bandar.Bagi
murid yang keluarganya berpendapatan rendah dan tiada pengangkutan seperti motorsikal
atau kereta,mereka mungkin tidak akan membuat kerja yang diberikan oleh guru
mereka.Mereka juga ingin berjaya seperti orang lain dan menginginkan kehidupan yang
lebih selesa dan keluar dari belenggu kemiskinan tersebut.Dengan adanya perkhidmatan
fotostat di koperasi sekolah,perkara ini dapat membantu murid-
murid.Kesimpulannya,koperasi sekolah dapat menjimatkan masa murid-murid dengan
perkhidmatan yang disediakan.
2

Di samping itu,koperasi sekolah dapat mengajar para murid untuk berjimat cermat.Hal
ini kerana apabila mereka membeli di koperasi,mereka tidak perlu menggunakan semua dari
duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa mereka.Duit lebihan itu dapat mereka simpan dan
duit tersebut boleh digunakan jika ada kecemasan contohnya berlaku kebakaran,ingin
melakukan pembedahan dan sebagainya.Amalan berjimat cermat ini juga harus diterapkan
dalam kalangan murid sejak mereka kecil lagi.kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya.Para murid harus menyimpan atau menanbung kerana menabung merupakan satu
amalan yang mulia.Mereka tidak perlu menyimpan dalam kuantiti yangbanyak setiap
hari.Kuantiti yang sedikit sepert 10 sen atan 50 sen sudah memadai kerana sikit-sikit lama-
lama menjadi bukit.Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap berjimat cermat dapat dipupuk
melalui koperasi sekolah.

Tuntasnya,koperasi sekolah bukan sekadar menjual dan membeli barang,malah memberi


banyak lagi faedah kepada kita.Dengan adanya koperasi,kita dapat melahirkanmurid yang
lebih yakin ketika berkomunikasi,pintar bergaul dan matang dalam membuat
keputusan,murid-murid yang selama ini kurang bercakap akan berani untuk menyuarakan
pendapatnya.Selain itu,koperasi sekolah juga dapat dijadikan sebagai orang tengah kepada
guru dan murid ketika mahu berurusan membuat tempahan buku dengan pembekal di
luar,'Usaha tangga kejayaan,itulah gambaran bagi sebuah koperasi kerana sudah berusha
untuk menyediakan satu perkhidmatan yang dapat memnudahkan murid dan guru.Marilah
sama-sama kita renungkan tentang kebaikan koperasi di sekolah.
3

Perniagaan Internet ( kelebihan dan kelemahan )


Perniagaan internet merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan teknologi
yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang iaitu melakukan urusan jual beli antara
peniaga dengan pengguna melalui Internet. Di Malaysia, aktiviti perniagaan Internet semakin
terkenal dan mendapat sambutan pada masa kini, selaras dengan kemajuan pembangunan dan
ekonomi negara. Di samping itu, perniagaan Internet bukan sahaja
khusus kepada syarikat-syarikat besar, malah terdapat juga syarikat kecil yang menjalankan
perniagaan Internet, walaupun mereka mempunyai pekerjaan tetap bagi memperoleh
pendapatan sampingan. Hal ini menunjukkan bahawa perniagaan Internet semakin mendapat
sambutan hangat iaitu memberi kebaikan kepada peniaga mahupun pengguna. Walau
bagaimanapun, perniagaan Internet juga mempunyai keburukan yang tidak dapat dijangka.

Perniagaan Internet memberikan kelebihan iaitu urusan jual beli dapat dijalankan dengan
lebih mudah dan cepat di samping menjimatkan kos. Hal ini demikian kerana, pihak peniaga
tidak perlu mempromosikan produk mereka di luar seperti mengadakan promosi di tepi-tepi
jalan, pasar raya dan tempat-tempat awam yang lain. Para peniaga juga boleh membuat
promosi dengan mudah iaitu mengiklankan setiap produk mereka dengan menggunakan
kemudahan Internet. Kerja-kerja promosi bukan sahaja dapat dijalankan dengan mudah,
malahan kosnya juga dapat dikurangkan, antaranya kos pengangkutan dan tenaga kerja dalam
aktiviti promosi. Keadaan ini turut memudahkan pelanggan dalam urusan pembelian barang.
Pelanggan tidak perlu membuang masa untuk membuat tempahan di kedai malah boleh
membuat tempahan melalui Internet sahaja.

Di samping itu, perniagaan Internet juga dapat meluaskan pasaran di serata dunia. Sebagai
contohnya, produk Malaysia seperti pencuci muka berjenama murah bukan sahaja tertumpu
di dalam negara sahaja, malah boleh meluaskan pasarannya ke luar negara juga seperti
Indonesia, Filipina, Singapura, India, mahupun Amerika Syarikat. Penjualan barang di luar
negara bukan sahaja memperkenalkan jenama produk Malaysia, malah memberi keuntungan
besar di samping meningkatkan ekonomi negara. Hal ini berikutan wujudnya pertukaran mata
wang asing dalam aktiviti jual beli antara Malaysia dengan negara luar mula berminat
terhadap barangan dari Malaysia dan mula menyebarkan berita tersebut kepada rakan-rakan
mereka.

Selain itu, perniagaan Internet juga memberikan impak kepada ekonomi negara, lebih-lebih
lagi dari aspek pelancongan. Dalam sektor pelancongan, kebiasaannya setiap hotel dan pusat
pelancongan akan menjual produk pelancongan mereka iaitu dengan membuat promosi
mereka melalui Internet supaya pasaran akan lebih luas sehingga ke luar negara. Keadaan ini
dapat menarik pelancong yang lebih banyak untuk datang dan bercuti ke Malaysia.
Pendapatan negara melalui pertukaran mata wang asing bukan sahaja meningkat, malah
persaingan antara negara maju yang lain juga dapat diatasi. Keadaan ini menunjukkan
bahawa negara Malaysia juga mampu memberikan saingan yang hebat dalam sektor
pelancongan melalui penggunaan alatan yang canggih dan berteknologi tinggi.
4

Terdapat juga beberapa kesan negatif apabila menceburkan diri dalam perniagaan
Internet, antaranya ialah peniaga terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelanggan.
Sebagai contohnya, walaupun Malaysia semakin meningkat maju, terdapat banyak
lagi anggota masyarakat yang tidak mahir menggunakan teknologi maklumat. Peniaga
juga terpaksa bersabar dengan kerenah pelanggan yang sering tidak berpuas hati
dengan produk yang dipasarkan atas alasan hanya membuat pilihan melalui iklan
dalam Internet sahaja. Keadaan ini juga memberikan impak kepada peniaga yang
terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk menghantar barang yang lain itu
semula demi kepuasan pengguna. Selain itu, terdapat juga pengguna yang terlalu
cerewet dan menyusahkan peniaga atau usahawan Internet. Keadaan ini berlaku
kepada peniaga yang mengamalkan konsep bayar, terima dan guna iaitu pembeli
terpaksa membayar harga barangan tersebut terlebih dahulu sebelum menghantar
barangan.

Di samping itu, pengguna atau pelanggan juga perlu berhati-hati kerana pelbagai
risiko juga perlu dihadapi oleh peniaga. Risiko yang dimaksudkan itu, seperti produk
atau perkhidmatan yang dipasarkan hanya indah khabar daripada rupa, contohnya
bagi sesetengah produk, terutamanya makanan dan produk kesihatan. Hal ini
demikian kerana ditakuti produk tersebut berbahaya untuk kesihatan pengguna.
Dalam sektor pelancongan pula, kebanyakan pelanggan membuat aduan bahawa
tempat-tempat percutian yang telah ditempah melalui iklan dalam Internet tidak
secantik mana, seperti mana yang ditunjukkan melalui iklan dalam Internet. Keadaan
ini bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam sektor
pelancongan, malah mendapat tanggapan negatif daripada pelancong asing yang
kebanyakannya tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan hanya
mementingkan keuntungan tanpa mengira kepuasan dan keselesaan pelanggan.

Tuntasnya, perniagaan Internet bukan sahaja memberikan manfaat kepada


pengguna malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada peniaga. Di samping
itu, bukan sahaja rakyat yang menerima kebaikan dan faedahnya, malahan hal ini
turut memberikan impak yang besar juga kepada negara. Keadaan ini menunjukkan
bahawa negara Malaysia kini mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain.
Walau bagaimanapun, pengguna juga harus berhati-hati kerana terdapat beberapa
risiko yang bakal dihadapi oleh mereka. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa dan
kerajaan haruslah mengawal penggunaan Internet dalam bidang perniagaan, supaya
kemudahan ini tidak disalahgunakan kerana kita tidak mahu sudah terhantuk baru nak
tengadah.
5
6

Kata kerja transitif atau tak transitif?

1. Selesaikanlah masalah itu dengan baiknya.


2. Ikutilah arahan yang diberikan oleh guru itu.
3. Adik suka melukis gambar pemandangan.
4. Keadaan banjir sudah beransur surut.
5. Pasaran saham di Malaysia sudah bertambah baik.
6. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan.
7. Muhd. Hasif Hanis mengetuai pasukan bola sepak itu.
8. Pustakawan mengelaskan buku kepada beberapa kategori.
9. Kami makan lempeng dengan sambal ikan bilis
10. Ying Ying bercita-cita untuk menjadi arkitek.
11. Cikgu Zakiah tinggal di Kepala Batas.
12. Hampir lima tahun Mak Limah menetap di kampung ini
13. Ayah tidak akan pulang ke rumah tengah hari ini.
14. Penculik itu bersenjatakan sebilah pisau
15. Cik Min akan berjumpa dengan Cikgu Zue.
16. Ahmad telah menendang bola itu kuat-kua
17. Sharifah memahami kehendak adiknya
18. Haji Naseer sedang memandang lukisan itu.
19. Kita mestilah berbuat baik kepada orang lain.

20. Abang saya menjadi peguam setelah menamatkan pengajiannya.

Ayat yang berikut mengandungi kesalahan dari segi penggunaan kata kerja transitif. Kenal
pasti kesalahan tersebut dan betulkan.

1. Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Para pelajar diminta untuk menceritakan semula perkara yang telah dibincangkan.
3. Kami berharap semoga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis kami.
4. Pihak polis sedang menyiasat tentang kejadian langgar lari itu.
5. Ketua Jabatan hendaklah memastikan Jawatankuasa Audit membincangkan secara
terperinci isu-isu yang dibangkitkan.
6. Pengarah syarikat itu menyeru agar semua kakitangan gigih bekerja.
7. Pengerusi mengesyorkan supaya Kursus Asas Penyelamat diadakan bagi pengawal
keselamatan.
8. Pemeriksaan itu dilakukan secara mengejut tanpa memaklumkan terlebih dahulu hal
tersebut kepada pihak yang terbabit.
7

You might also like