Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN LATIHAN

KEBAKARAN SEKOLAH
INTEGRASI AS-SYAKIRIN
2018
Matlamat
Melatih murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang
betul serta tidak panik, menggunakan arah laluan kecemasan seperti yang telah dilatih sekiranya berlaku
kebakaran dan pandai mengguna alat pemadam api yang disediakan di sekolah.

Objektif
1. Memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan kebakaran.
2. Melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul sekiranyaberlaku
kebakaran.
3. Mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua warga sekolah agar dapat mengambil
langkah-langkah awal bagi mencegah kebakaran daripada berlaku.

Atur cara latihan kebakaran

Tarikh : 18/7/2018
Hari : Rabu
Masa : 11.10 pagi – 11.45 pagi
Tempat Berkumpul : Kawasan parkir berhadapan sekolah Integrasi As-Syakirin

Aktiviti :
1. 11.10 Pagi : Loceng kecemasan dibunyikan. Semua murid berjalan dalam keadaan teratur
tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
2. 11.20 – 11.30 Pagi : Guru kelas mengambil kedatangan murid.
3. 11.30 – 11.45 Pagi : Taklimat kebakaran oleh Guru Penyelaras Keselamatan sekolah
4. 11.45 pagi : Tamat dan sesi pembelajaran seperti hari biasa
Laporan Latihan Kebakaran Sekolah Integrasi As-Syakirin Kali Pertama 2018

Pada 18/7/2018 yang lalu, Sekolah Integrasi As-Syakirin telah menjalankan latihan kebakaran buat
kali pertama. Latihan bermula jam 11.10 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Latihan kebakaran
merupakan aktiviti yang diadakan pada setiap tahun sebagai persediaan dan latihan sekiranya terjadi
kejadian kebakaran di sekolah. Semua warga Sekolah Integrasi As-Syakirin terlibat dalam aktiviti ini.
Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak
apabila berlaku sesuatu kebakaran.
Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku
kebakaran atau kecemasan di sekolah. Setelah loceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas ke tempat
yang ditetapkan untuk berkumpul iaitu di kawasan parkir berhadapan sekolah. Guru Penolong Kanan HEM
telah meminta guru-guru mengawal murid-murid ketika latihan kebakaran dijalankan. Semua guru telah
memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang ditetapkan. Kemudian guru kelas masing-
masing mengambil kedatangan untuk memastikan tiada seorang murid pun yang tertinggal dalam kelas atau
di dalam bangunan sekolah. Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada setiap tahun
bagi memastikan murid dan kakitangan Sekolah Integrasi As-Syakirin sentiasa dalam keadaan bersedia
ketika menghadapi kemungkinan berlakunya kebakaran. Tahniah dan ucapan terima kasih kepada AJK
Keselamatan , semua guru dan murid -murid kerana telah berjaya menjalankan latihan kebakaran kali
pertama ini.
Walau bagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki. Antara masalah tersebut ialah
terdapat kelas yang tidak mendengar dengan jelas bunyi loceng kecemasan. Ini mungkin disebabkan
kedudukan kelas tersebut yang agak jauh dengan sumber bunyi loceng. Selain itu ialah masalah sikap dan
tindakan murid-murid ketika berlangsungnya latihan kecemasan. Didapati ada murid-murid yang berlari dan
bermain sesama rakan ketika berjalan keluar, lambat mengikut arahan guru dan bersikap tidak serius ketika
latihan kebakaran. Perkara-perkara ini telah diambil maklum oleh guru penyelaras keselamatan untuk
diambil sebagai peringatan ketika latihan kebakaran yang seterusnya.

Disediakan oleh,

(Mohd Kamil bin Hassan)


Guru Penyelaras Keselamatan Sekolah Integrasi As-Syakirin
Lampiran

GAMBAR-GAMBAR LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA

Murid-murid bergerak ke tempat berkumpul

Murid-murid berada di tempat berkumpul


GAMBAR-GAMBAR LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA

Murid-murid masuk semula ke sekolah usai latihan kecemasan

Murid-murid mendengar taklimat daripada guru penyelaras keselamatan berkenaan latihn


kebakaran yang dijalankan
o

Lampiran

You might also like