Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

FOLIO PROJEK INOVASI :

PEMBUATAN SABUN DARI MINYAK TERPAKAI

KELAB PENCEGAH JENAYAH SESI PETANG


SMK BARU BINTULU

AHLI: GURU PENASIHAT:

DOUGLAS NALLY NURAISYA ELIZABETH FERADA

JASLINI SUDAN NUR AZIZA

BEN FERDISON MONICA LALU


PENGENALAN

Setiap kelab menerima tugasan untuk menghasilkan projek inovasi bersempena Hari Inovasi
dan Hari Koperasi Sekolah. Ahli kelab dikehendaki untuk membuat projek dalam tempoh
masa yang ditetapkan.

Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse


(Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar
Pengurusan Sisa Pepejal. Konsep 3R ini perlu diaplikasikan dalam kehidupan seharian bagi
mengurangkan pencemaran dan dalam masa yang sama bagi memelihara dan memulihara
alam sekitar. Konsep 3R sering diaplikasikan kepada bahanbahan seperti plastik, kaca, tin
aluminium dan kertas namun, tidak ramai yang mengaplikasikan konsep 3R kepada minyak
masak. Hal ini kerana, tidak ramai yang mengetahui bahawa sebenarnya minyak masak boleh
dikitar semula. Jika amalan membuang sisa minyak masak ke dalam tong sampah dan sinki
masih diamalkan, ini akan memberi kesan yang buruk kepada alam sekitar.

Minyak masak selepas digunakan dibuang sebagai sisa. Ini mengakibatkan bau busuk
dan pencemaran longkang/sungai. Selain itu, paip pembentungan dalam rumah juga akan
tersumbat dan membiak penyakit. Projek ini memberi pendedahan kepada orang ramai untuk
tidak membuang minyak masak terpakai pada tempat yang tidak sepatutnya, bagi mengelak
ia menjadi penghalang pengaliran air pada sistem saliran. Jika longkang dan saliran air
tersumbat, pelbagai masalah akan timbul seperti pencemaran atau menjadi tempat pembiakan
nyamuk Aedes. Pencemaran alam boleh dikategorikan sebagai salah satu jenayah yang
dilakukan oleh masyarakat kita tanpa kita sedari. Ini yang kita cuba elakkan daripada terus
berlaku. Oleh hal yang demikian, kelab kami telah memilih untuk menghasilkan sabun
daripada minyak terpakai.

OBJEKTIF

1. Menggunakan bahan terpakai untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

2. Meningkatkan tahap kebersihan persekitaran.

3. Menjimatkan kos menggunakan bahan terbuang.

4. Mengitar semula bahan terbuang yang mengambil masa yang lama untuk lupus.

LIMITASI PROJEK

1. Sabun ini hanya boleh digunakan untuk mencuci baju atau pinggan mangkuk/peralatan
dapur.

2. Pembuatan sabun ini mengambil masa yang lama iaitu perlu dijemur selama 1 bulan di
tempat teduh sebelum digunakan untuk mengurangkan alkali.
BAHAN-BAHAN

Minyak Masak Terpakai Penimbang

Air Bikar

Pewangi Corong

Botol Plastik Minuman Besen

Acuan Sodium Hydroxide (NaOH)

PROSES PEMBUATAN

1. Tapiskan minyak masak terpakai.


2. Campurkan Sodium hydroxide dan air di dalam bikar dan sejukkan bikar di dalam besen
yang berisi air sejuk.

3. Masukkan minyak masak terpakai dan pewangi.


4. Setelah campuran sodium dan air sejuk, satukan campuran tersebut dan campuran minyak
dan pewangi ke dalam botol.

5. Tutup botol tersebut dan goncangkan selama 10 minit.


6. Tuang cecair ke dalam acuan dan biarkan selama 1-2 hari hingga menjadi keras.

7. Keluarkan daripada acuan dan jemur sabun selama 1 bulan sebelum digunakan untuk
mengurangkan alkali.
KESIMPULAN

Dalam proses pembuatan projek ini, pelajar didedahkan supaya bersifat kreatif, inovatif dan
berdikari untuk menghasilkan produk yang pelbagai guna dan membawa kemajuan kepada
kehidupan sehari-hari.

Menerusi penghasilan sabun dari minyak terpakai ini, kita boleh menjimatkan kos dari
segi membeli sabun dan tidak perlu lagi membuang minyak masak ke dalam longkang hingga
menyebabkan sistem saliran tersumbat. Pada masa yang sama, ciptaan ini juga dapat
membantu meningkatkan kualiti kebersihan dan mengurangkan kos untuk memproses semula
bahan-bahan terbuang tanpa memanfaatkannya terlebih dahulu. Akhir sekali, projek inovasi
ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kegunaan bahan-bahan
terbuang.

You might also like