Learning Walk Record1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 92

KURSUS PENGURUSAN MAJLIS, ETIKET

DAN PROTOKOL
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

8 NOVEMBER 2018

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PROTOKOL

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PENGERTIAN KINI

PERATURAN-PERATURAN YANG TELAH DITERIMA


OLEH SEMUA PIHAK
SAMA ADA DALAM AMALAN HUBUNGAN
ANTARABANGSA, HUBUNGAN HARIAN DALAM
MASYARAKAT ATAU
DALAM PELBAGAI ISTIADAT ATAU
MAJLIS RASMI DAN BUKAN RASMI
YANG BERBENTUK FORMAL

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
TUJUAN

- Menjaga Imej / Penampilan Diri

- Memelihara Sistem / Adat Istiadat

- Penghormatan / Jaga Martabat

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
KOMPONEN PROTOKOL

 SUSUNAN KEUTAMAAN
 SUSUNAN TEMPAT DUDUK
 SUSUNAN ATURCARA
 SUSUNAN BENDERA
 SUSUNAN LOGO
 SUSUNAN GAMBAR
 PROTOKOL DIRAJA / ISTANA
* ANUGERAH DARJAH KEBESARAN
* GELARAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
SUSUNAN KEUTAMAAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PRINSIP SUSUNAN KEUTAMAAN

A. KERABAT DIRAJA

B. PEGAWAI AWAM
Jenis / Gred Jawatan, “SENIORITY”,
Darjah Kebesaran, Kedudukan dalam
organisasi

C. ORANG AWAM
Darjah Kebesaran, Kedudukan

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
SENARAI SUSUNAN KEUTAMAAN
NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
Iskandar
1.
Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor
Darul Ta’zim
Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum
2.
Sultan Idris Shah Permaisuri Johor
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
3.
Tunku Mahkota Johor
4. Yang Mulia Che ‘ Puan Khaleeda binti Bustamam

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor


5.
* Yang Berhormat Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor
Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim
6.
Tunku Temenggong Johor
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Ibni Almarhuim Sultan
7. Iskandar
Tunku Aris Bendahara
8. Yang Amat Mulia Tunku Puan Nora Ismail
9. Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim
Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim
10.
Tunku Panglima Johor
Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim
11.
Tunku Putera Johor
Ahli-Ahli Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati -
12.
Pangkat Pertama (DK I)
Ahli-Ahli Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati -
13.
Pangkat Kedua (DK II)
14. Ahli-Ahli Bergelar ‘Tun’ Persekutuan – SMN & SSM
15. Yang Ariff Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi
16. Yang Amat Ariff Ketua Hakim Mahkamah Syariah
17. Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri
18. Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor
19. Yang Berhormat Menteri-menteri Persekutuan
Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
** YB Ahli-ahli Jumaah Majlis DiRaja Johor
20.
(mengikut susunan keutamaannya)
** Mufti Negeri Johor
21. Yang Berhormat Penasihat Undang-Undang Negeri
22. Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri
23. YB Timbalan-Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen
24. Ahli-Ahli Darjah SPMJ
25. Ahli-Ahli Bergelar ‘Tan Sri’ Persekutuan – PMN & PSM
Ahli-Ahli Kerabat DiRaja Johor yang terdekat
26.
(mengikut susunan keutamaannya)
27. Ahli-Ahli Dewan Negeri
Ahli-Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat Dalam Negeri
28.
Johor
29. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor
30. Ahli-Ahli Darjah Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ)
Pegawai-Pegawai Tadbir Pangkat Jawatan Utama Sektor
31.
Awam (JUSA)
32. Dato’ Pengelola Bijaya DiRaja
33.
Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor
34. Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor
35. Ketua-Ketua Jabatan Negeri / Persekutuan
(mengikut susunan keutamaannya)
36. Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Johor
37. Pegawai-Pegawai Tadbir Agama Negeri Johor
38. Penghulu-Penghulu
39. Ahli-Ahli Majlis Perbandaran / Majlis Daerah
40.
Ahli-Ahli Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Persekutuan
dan Negeri Lain
(mengikut pangkat dan keutamaannya)
SUSUNAN TEMPAT DUDUK

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PRINSIP ASAS
Susunan tempat duduk kenamaan di atas pentas
bagi Majlis Perasmian atau Majlis Jamuan
mengambil kira jantina kenamaan, sama ada
semuanya lelaki atau semuanya perempuan atau
bercampur lelaki dan perempuan.

- Susunan Ganjil : tiga, lima, tujuh, sembilan

- Susunan Genap : dua, empat, enam, lapan,


sepuluh

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
SUSUNAN KEKANANAN
BAGI BILANGAN GANJIL
(LIMA ORANG TETAMU UTAMA)

Pentas Utama

4 2 1 3 5

Jemputan
SUSUNAN KEKANANAN
BAGI BILANGAN GENAP
(EMPAT ORANG TETAMU UTAMA)

Pentas Utama

1
3 2 4

Jemputan
SUSUNAN KEKANANAN
BAGI TIGA ORANG TETAMU UTAMA BERSAMA ISTERI

Pentas Utama

5(S) 3 (S) 1(S) 2 (I) 4 (I) 6 (I)

Jemputan
SUSUNAN KEKANANAN MAJLIS

PENTAS KHAS

4 2 1 3 5

9 7 5 3 1 2 4 6 8 10
19 17 15 13 11 12 14 16 18 20

A B
SUSUNAN ATUR CARA

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PRINSIP ASAS

1. Susunan Keberangkatan Tiba / Ketibaan Jemputan


2. Nyanyian Lagu Bangsa Johor / Negaraku
3. Bacaan Doa
4. Ucapan
5. Titah
6. Gimik
7. Jamuan

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
SUSUNAN BENDERA

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

ISTILAH BENDERA DAN GEGANTUNG :


PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

BENDERA DAN GEGANTUNG NEGERI JOHOR:


PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

SUSUNAN BENDERA DAERAH-DAERAH DI NEGERI JOHOR:

JOHOR BAHRU MUAR BATU PAHAT SEGAMAT KLUANG

PONTIAN KOTA TINGGI MERSING TANGKAK KULAI


PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

GEGANTUNG BENDERA DAERAH-DAERAH DI NEGERI JOHOR:

JOHOR BAHRU MUAR BATU PAHAT SEGAMAT KLUANG


HARI KEBESARAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

HARI KEBESARAN NEGERI JOHOR

1. Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor pada 23 Mac
setiap tahun.

2. Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Johor pada 22


November setiap tahun.

3. Hari Keberangkatan Rasmi DYMM Tuanku ke Daerah-daerah.

4. Lain-lain Hari Kebesaran Yang Diperkenan oleh DYMM Tuanku.


PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

HARI KEBESARAN PERSEKUTUAN DAN LAIN-LAIN:

1. Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun.


2. Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.
3. Hari Lawatan Rasmi DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
4. Hari Lawatan Rasmi DYMM Raja-Raja Melayu.
5. Hari Lawatan Rasmi Perdana Menteri Malaysia.
6. Hari Lawatan Rasmi Ketua Negara-Negara Asing.
PEMASANGAN BENDERA NEGERI JOHOR,
BENDERA JALUR GEMILANG DAN BENDERA
DAERAH DI BANGUNAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

PEMASANGAN BENDERA NEGERI JOHOR, BENDERA JALUR


GEMILANG DAN BENDERA DAERAH DI BANGUNAN

Susunan Bendera Johor Bagi Dua (2)


Tiang Bendera. BANGUNAN PEJABAT

1. Susunan Bendera Johor Bagi


Dua (2) Tiang Bendera Di Hadapan
Bangunan Pusat Pentadbiran
Kerajaan Negeri

2. Susunan Bendera Johor Bagi Dua


(2) Tiang Bendera Di Hadapan
JALAN RAYA
Bangunan Kerajaan Negeri
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

PEMASANGAN BENDERA NEGERI JOHOR, BENDERA JALUR


GEMILANG DAN BENDERA DAERAH DI BANGUNAN

Susunan Bendera Johor Bagi Dua (2)


Tiang Bendera. BANGUNAN PEJABAT

3. Susunan Bendera Johor Bagi Dua


(2) Tiang Bendera Di Hadapan
Bangunan Kerajaan Persekutuan

JALAN RAYA
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

PEMASANGAN BENDERA NEGERI JOHOR, BENDERA JALUR


GEMILANG DAN BENDERA DAERAH DI BANGUNAN

Susunan Bendera Johor Bagi Tiga (3)


Tiang Bendera. BANGUNAN PEJABAT

1. Susunan Bendera Johor Bagi Tiga


(3) Tiang Bendera Di Hadapan
Bangunan Kerajaan Negeri/
Persekutuan

JALAN RAYA
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

PEMASANGAN BENDERA NEGERI JOHOR, BENDERA JALUR


GEMILANG DAN BENDERA DAERAH DI BANGUNAN

Susunan Bendera Johor Bagi Tiga (3)


Tiang Bendera. BANGUNAN PEJABAT

2. Susunan Bendera Johor Bagi Tiga


(3) Tiang Bendera Di Hadapan
Bangunan Pertubuhan / Agensi
Swasta / Sekolah

JALAN RAYA
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

PEMASANGAN BENDERA NEGERI JOHOR, BENDERA JALUR


GEMILANG DAN BENDERA DAERAH DI BANGUNAN

Susunan Bendera Johor Bagi Empat (4)


Tiang Bendera. BANGUNAN PEJABAT

1. Susunan Bendera Johor Bagi


Empat (4) Tiang Bendera Di
Hadapan Bangunan Pertubuhan /
Agensi Swasta / Sekolah

JALAN RAYA
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

PERATURAN PENGIBARAN BENDERA

1. Tiang bendera hendaklah tidak kurang dari 20 kaki tinggi;

2. Tidak satu bahagian bendera boleh kena pada tanah dan pagar;

3. Bendera dinaikkan dan diturunkan dengan hormat dan dikibarkan jam


6.00 pagi hingga jatuh matahari, melainkan jika ada lampu sorot;

4. Bendera boleh dinaikkan terus menerus (overnight) sekiranya hari


berikutan adalah sebahagian Hari Kebesaran Negeri;
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

PERATURAN PENGIBARAN BENDERA

5. Pejabat Kerajaan hendaklah mengibar dan menurunkan bendera


mengikut waktu pejabat;

6. Sekolah-sekolah hendaklah mengibarkan bendera mengikut waktu


mulanya kelas pertama dan menurunkannya selepas kelas terakhir
tamat; dan

7. Bendera yang usang, berubah warna atau koyak hendaklah diganti


baharu.
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

PERATURAN PENGIBARAN BENDERA TAMBAHAN

1. Bendera tidak boleh digantung pada pagar;

2. Bendera hendaklah diturunkan separuh tiang sepanjang tempoh


berkabung atau kemangkatan;

3. Bendera tidak boleh digunakan bagi tujuan menutup meja, bonet kereta
dan kerandamelainkan telah mendapat perkenan DYMM Tuanku; dan

4. Bendera yang telah uzur, pudar warnanya, koyak dan seumpamanya


perlu dilupuskan melalui cara yang sopan seperti dibakar secara
tertutup dan tidak dilakukan di tempat-tempat awam.
SUSUNAN BENDERA
SEMASA HARI KEBESARAN

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

HARI ULANGTAHUN KEPUTERAAN RASMI DYMM SULTAN JOHOR, HARI


KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR, DAN HARI KEBERANGKATAN RASMI
DYMM TUANKU KE DAERAH-DAERAH
1. Bendera Johor dan Bendera Daerah dinaikkan seperti biasa di semua
bangunan Kerajaan, swasta,komersil, sekolah dan kediaman.

2. Sekelompok empat (4) bendera kecil Bendera Johor sahaja menghiasi


keliling tiang lampu elektrik di jalan protocol bersama gegantung
Bendera Johor dan diikuti pula set bendera daerah dan gegantung
bendera daerah untuk tiang berikutnya secara berselang-seli.
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

HARI ULANGTAHUN KEPUTERAAN RASMI DYMM SULTAN JOHOR, HARI


KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR, DAN HARI KEBERANGKATAN RASMI
DYMM TUANKU KE DAERAH-DAERAH
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

LAWATAN KETUA KERAJAAN NEGARA ASING

1. Bendera Johor dan Bendera Daerah


dinaikkan seperti biasa di semua
bangunan Kerajaan, swasta,
komersil, sekolah dan kediaman.

2. Dua (2) bendera kecil Bendera


Johor dan dua (2) bendera kecil
Negara Asing yang berkaitan
dipasang dalam satu kelompok
empat (4) bendera tiang lampu di
sepanjang laluan Ketua Kerajaan
Negara Asing.
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

LAWATAN KETUA KERAJAAN NEGARA ASING

3. Satu gegantung bendera Negara Asing yang berkaitan dinaikkan selepas satu (1) tiang
lampu yang dinaikkan gegantung Bendera Johor di sepanjang laluan Ketua Kerajaan
Negara Asing.
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN, HARI MALAYSIA, LAWATAN RASMI YANG


DIPERTUAN AGONG,LAWATAN RASMI DYMM RAJA-RAJA MELAYU ATAU
LAWATAN RASMI PERDANA MENTERI MALAYSIA

1. Bendera Johor dan Bendera Daerah dinaikkan seperti biasa di semua


bangunan Kerajaan, swasta,komersil, sekolah dan kediaman.

2. Tiga (3) bendera kecil Bendera Johor dan satu (1) bendera kecil Jalur
Gemilang yang dipasang dalam satu kelompok empat (4) bendera tiang
lampu di jalan protokol.
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN, HARI MALAYSIA, LAWATAN RASMI YANG


DIPERTUAN AGONG,LAWATAN RASMI DYMM RAJA-RAJA MELAYU ATAU
LAWATAN RASMI PERDANA MENTERI MALAYSIA
1. Bendera Johor dan Bendera Daerah
dinaikkan seperti biasa di semua
bangunan Kerajaan, swasta,
komersil, sekolah dan kediaman.

2. Tiga (3) bendera kecil Bendera


Johor dan satu (1) bendera kecil
Jalur Gemilang yang dipasang
dalam satu kelompok empat (4)
bendera tiang lampu di jalan
protokol.
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN, HARI MALAYSIA, LAWATAN RASMI YANG


DIPERTUAN AGONG,LAWATAN RASMI DYMM RAJA-RAJA MELAYU ATAU
LAWATAN RASMI PERDANA MENTERI MALAYSIA
3. Satu gegantung Jalur Gemilang dinaikkan selepas tiga (3) tiang lampu yang dinaikkan
gegantung Bendera Johor di sepanjang jalan porotokol.
JANGKA MASA
MENGIBARKAN BENDERA

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PEKELILING AM BILANGAN 2 TAHUN 2018
Protokol Bendera Johor Dan Bendera Daerah-daerah Johor

JANGKA MASA MENGIBARKAN BENDERA


SUSUNAN BENDERA NEGERI
1. Johor 10. Kedah
2. Malaysia 11. Sarawak
3. Pahang 12. Pulau Pinang
4. Perak 13. Melaka
5. Terengganu 14. Sabah
6. Perlis 15. WP Kuala Lumpur
7. Selangor 16. WP Labuan
8. Negeri Sembilan 17. WP Putrajaya
9. Kelantan
SUSUNAN
JATA DAN LOGO

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
1 2
SUSUNAN GAMBAR
POTRET DIRAJA DI DINDING

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
KOMPONEN ETIKET

1. Peraturan dan Jenis Pakaian

2. Tingkahlaku

3. Seni Pendampingan / Pertuturan

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR


(BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)
ETIKET PAKAIAN

LELAKI

1. Uniform (Bagi yang berhak memakainya)


2. Lounge Suit dan Bersongkok Baldu Hitam
2. Baju Melayu Teluk Belanga (Hitam / Berwarna), Samping
Berdagang Luar dan Bersongkok Baldu Hitam
4. Batik Lengan Panjang (tidak bersongkok)
5. Sepatu Kulit Berwarna Hitam dan Stoking Hitam

WANITA

1. Uniform (Bagi yang berhak memakainya)


2. Baju Kurung Teluk Belanga dan Bertudung
3. Pakaian Hormat Masing-masing (sopan)
JENIS LOUNGE SUIT

1. Seluar dan kot sama warna dan jenis tekstil

2. Single Breasted (Two Buttons) – Butang atas sahaja


dikancing

3. Single Breasted (Three Buttons) – Butang tengah


sahaja dikancing

4. Double Breasted, butang dalam dan atas sahaja


dikancing
PAKAIAN LARANGAN KETIKA MAJLIS RASMI

1. Jeans, denims
2. T-shirt / tank tops
3. Selipar, sandal, crocs
PAKAIAN ISTIADAT
PAKAIAN ISTIADAT BAGI
PEGAWAI TADBIR NEGERI
JOHOR (LELAKI)
PAKAIAN ISTIDAT BAGI PEGAWAI TADBIR NEGERI
JOHOR (WANITA)
MESS KITT BAGI PEGAWAI TADBIR NEGERI JOHOR (LELAKI)
PAKAIAN ISTIADAT BAGI AHLI-AHLI
DEWAN UNDANGAN NEGERI
PAKAIAN BAJU MELAYU TELUK BELANGA BERWARNA HITAM, SAMPING
JENIS SONGKET BERWARNA HITAM DIPAKAI SECARA BERDAGANG LUAR,
SONGKOK BALDU HITAM, KASUT DAN STOKING HITAM (LELAKI)
PAKAIAN BAJU KURUNG TELUK BELANGA DAN BERTUDUNG
UNTUK WANITA
LOUNGE SUIT DAN BERSONGKOK
PAKAIAN KETIKA HARI HOL ALMARHUM
PAKAIAN BAJU MELAYU TELUK BELANGA, SAMPING SONGKET DIPAKAI
SECARA BERDAGANG LUAR, SONGKOK BALDU HITAM,
KASUT DAN STOKING HITAM
BAJU BATIK BERLENGAN PANJANG
ETIKET DIRAJA
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN IBRAHIM IBNI
ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN YANG
DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK
JOHOR DARUL TA’ZIM

(A) HIS MAJESTY SULTAN IBRAHIM IBNI


ALMARHUM SULTAN ISKANDAR, SULTAN AND
SOVEREIGN RULER OF THE STATE AND
TERITORY OF JOHOR DARUL TA’ZIM

(B) HIS MAJESTY SULTAN IBRAHIM OF JOHOR

(C) HIS MAJESTY THE SULTAN OF JOHOR


DULI YANG MAHA MULIA RAJA ZARITH SOFIAH
BINTI ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH,
PERMAISURI JOHOR

(A) HER MAJESTY RAJA ZARITH SOFIAH BINTI


ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH, PERMAISURI
JOHOR

(B) HER MAJESTY RAJA ZARITH SOFIAH,


PERMAISURI JOHOR

(C) HER MAJESTY THE PERMAISURI OF JOHOR


ADAB TERTIB MENGHADAP

1. Tunduk hormat dan beri salam (Assalamualaikum


Tuanku / Selamat pagi Tuanku)

2. Jika Tuanku menghulurkan tangan untuk


bersalaman, sambut dengan bersalam dan
mencium tangan tuanku

3. Apabila anda berdiri di hadapan dengan Tuanku,


JANGAN berpeluk tubuh, bercekak pinggang,
menyeluk saku atau bersilang tangan belakang
ADAB TERTIB MENGIRING TUANKU

1. Apabila anda mengiring Tuanku, anda hendaklah


berjalan di belakang sedikit daripada Tuanku dan
tidak sekali-kali berjalan seiring

2. (disebelah kanan atau sebelah kiri)

3. Apabila terpaksa berlalu di hadapan Tuanku, anda


hendaklah tunduk hormat (bow)

4. Jika Tuanku berangkat lalu di belakang anda, anda


hendaklah berpusing menghadap Tuanku dan
memberikan tunduk hormat

5. Bagi wanita yang menjadi pengiring, elakkan dari


membawa tas tangan yang bergantung di bahu
ADAT TERTIB BERTUTUR

1. Apabila Tuanku berkenan bertitah, hendaklah menjawab, "


Tuanku" setiap kali bersetuju iaitu menggantikan "Ya".

2. Bertutur dengan terang, mulakan dengan “Patik mohon


ampun Tuanku”

3. Gunakan "Ampun Tuanku" atau "Tuanku" di pangkal atau


di penghujung ayat semasa bertutur menghadap Tuanku

4. Apabila Tuanku menunjukkan dengan jari telunjuk dan


5. sebagainya, jangan meniru perbuatan yang sama, tetapi
hendaklah menunjukkan sesuatu itu dengan "ibu jari“
sambil mengenggam jari-jari yang lain dan gunakan "
Ampun Tuanku atau Tuanku".
ADAT TERTIB KETIKA
MENYEMBAH SEMBAHAN 

1. Sediakan dulang yang beralaskan kain berwarna biru.

2. Tunduk hormat, mara ke hadapan anggaran tiga langkah


atau sehingga berhadapan

3. Sembahkan sembahan tersebut dengan menghulurkan


dulang

4. JANGAN mengangkat barangan di atas dulang semasa


menyembahkan sembahan

5. Apabila selesai, berdiri tegak sebentar dan beri tunduk


hormat sekali lagi

6. Undur tiga tapak ke belakang dan berpusing untuk keluar


atau kembali ke tempat duduk
ADAT TERTIB DUDUK DALAM MAJLIS

1. Duduk dengan penuh adab sopan

2. JANGAN duduk bersila panggung, bersilang kaki atau


melunjurkan kaki

3. Tidak menghalakan tapak kaki ke hadapan Tuanku

4. Ketika majlis santapan,duduk dengan tertib

5. Kedua-dua tangan hendaklah diletak di atas peha dan


tidak berpeluk tubuh
…sambungan

6. Siku tidak diletak di atas meja dan jika terpaksa meletak


tangan di atas meja, letakkan tangan setakat pergelangan
tangan di atas meja

7. Mendagu tidak dibenarkan

8. Apabila duduk, elakkan dari duduk bersandar seolah-olah


badan hendak menggelungsur turun

9. Dalam majlis rasmi, elakkan dari berbual-berbual sesama


sendiri sehingga lupa bahawa Tuanku di hadapan

10. Jika perlu berbincang, bicaralah dengan perlahan dan


tertib
LAIN-LAIN LARANGAN

1. Mengangkat sembah

2. Mengambil gambar semasa majlis santapan

3. Melintas di hadapan Tuanku semasa majlis belum


selesai

4. Merokok

5. Meninggalkan majlis yang belum selesai

6. Memakai cermin mata hitam di dalam majlis

7. Bunyi telefon bimbit

8. Berpakaian tidak sopan


ANUGERAH DARJAH KEBESARAN
NEGERI JOHOR
HURUF TARIKH
BIL ANUGERAH RINGKAS ZAHIR____

1. Darjah Kerabat Johor Yang Amat D.K 31.07.1886


Dihormati (DK I) Pangkat Yang Pertama
2. Darjah Kerabat Johor Yang Amat D.K 31.07.1886
Dihormati (DK II) Pangkat Yang Kedua
3. Dato’ Seri Paduka Mahkota Johor S.P.M.J 31.07.1886
4. Dato’ Seri Setia Sultan Ismail Johor S.S.I.J 28.10.1974
5. Dato’ Paduka Mahkota Johor D.P.M.J 31.07.1886
6. Dato’ Setia Ismail Johor D.S.I.J 28.10.1974
7. Setia Mahkota Johor S.M.J 31.07.1886
8. Pingat Besi Kerana Keberanian dan P.B. 17.09.1958
Jasa Pangkat Yang Pertama - P.B. (I)
HURUF TARIKH
BIL ANUGERAH RINGKAS ZAHIR

9. Pingat Besi Kerana Keberanian dan P.B 17.09.1958


Jasa Pangkat Yang Kedua - P.B. (II)
10. Pingat Lama dan Baik Dalam Pekerjaan P.L.B 17.09.1992
11. Pingat Jasa dan Lama Dalam Pekerjaan P.J.P 17.09.1923
12. Pingat Ibrahim Sultan Johor P.I.S 17.09.1928
Pangkat Pertama - P.I.S. (I)
13. Pingat Ibrahim Sultan Johor P.I.S 17.09.1928
Pangkat Kedua - P.I.S. (II)
14. Pingat Ibrahim Sultan Johor P.I.S 17.09.1928
Pangkat Ketiga - P.I.S. (III)
15. Bintang Sultan Ismail B.S.I 20.08.1977
Pangkat Pertama - B.S.I. (I)
16. Bintang Sultan Ismail B.S.I 20.08.1977
Pangkat Kedua - B.S.I (II)
ANUGERAH (sambungan)

PINGAT LAMA DALAM PEKERJAAN (P.L.P.)

Kakitangan Kerajaan dalam jawatan tadbir kepada Kerajaan


Johor selama tidak kurang daripada 25 tahun dengan kelakuan
baik

PINGAT KERANA JASA DAN LAMA DALAM PEKERJAAN (P.J.P)

Kakitangan Kerajaan dalam jawatan Askar dan Laut bekerja


tidak putus-putus selama 18 tahun, kepada Pegawai dalam
jawatan askar dan ‘volunteer’ selama 20 tahun dan berkelakuan
yang baik
GELARAN KEHORMAT

- DARJAH KERABAT D.K (I&II) - LELAKI : -


- PEREMPUAN : -
- ISTERI : -
- SUAMI : TIADA

- SERI PADUKA MAHKOTA - LELAKI : DATO’


JOHOR (S.P.M.J) - PEREMPUAN : DATIN PADUKA
- ISTERI : DATIN
- SUAMI : TIADA
GELARAN KEHORMAT (sambungan)

- SERI SETIA SULTAN ISMAIL - LELAKI : DATO’


JOHOR (S.S.I.J.) - PEREMPUAN : DATIN PADUKA
- ISTERI : DATIN
- SUAMI : TIADA

- DATO’ PADUKA MAHKOTA - LELAKI : DATO’


JOHOR (D.P.M.J) - PEREMPUAN : DATIN PADUKA
- ISTERI : DATIN
- SUAMI : TIADA

- DATO’ SETIA SULTAN - LELAKI : DATO’


ISMAIL JOHOR (D.S.I.J.) - PEREMPUAN : DATIN PADUKA
- ISTERI : DATIN
- SUAMI : TIADA
PERATURAN GELARAN

- LELAKI – DATO’

- WANITA – DATIN PADUKA

- ISTERI DATO’ – (rasmi) DATIN DATO’


(tidak rasmi) Datin ….

- LEBIH SATU ISTERI ? - PUAN


LAIN-LAIN ETIKET
ETIKET PERKENALAN

1. Senyum

2. Beri Salam

3. Jabat Tangan

4. “Eye Contact”

5. Cakap Terang dan Jelas

6. Tenang

7. Kenalkan Yang Rendah Kepada Yang Tinggi


ETIKET BERDIRI

1. Berdiri Tegak, Lurus dan Rapatkan kaki

2. Tangan Kanan Pegang Pergelangan Tangan Kiri


TERTIB DI MEJA MAKAN
1. Jangan mula makan sebelum tuan rumah makan
2. Jauhkan dari menganga besar apabila menyuap
makanan
3. Apabila mengunyah makanan, mulut/bibir hendaklah
ditutup
4. Kurang manis kiranya bercakap dengan mulut yang
penuh makanan
5. Penggunaan alat-alat seperti pisau, garpu, camca dan
sebagainya diguna dengan betul dan jangan sampai
berbunyi bising
6. jauhkan dari menungkat dagu/meletak kedua belah siku
di atas meja
7. Apabila duduk di meja, tas tangan (bagi wanita) tidak
diletak di atas meja walaupun tas itu kecil
8. Elakkan dari merokok
9. Sisa makanan dibiarkan atas pinggan (arah jam 11)
10. Selepas habis makan alat-alat seperti pisau, garpu,
camca hendaklah disusun rapat (arah jam 5)
11. Gunakan napkin untuk menutup mulut apabila
hendaklah mengeluarkan makanan yang terselit di gigi
12. Elakkan sendawa kekenyangan kuat-kuat
13. Tidak manis dipandang jika mengorek hidung, telinga,
menggaru badan, mengeliat, “mematah” jari tangan
dalam majlis jamuan
14. Jangan bergendang atau bermain sudu, garpu dan lain-
lain
NAPKIN
1. Letak di atas peha

2. Bucu dilipat ke dalam untuk mengelakkan jatuh

3. Jangan menyelitkan napkin pada kolar/tali pinggang/


antara butang kemeja
4. Elakkan dari menyapu mulut, lekapkan napkin pada
bibir sahaja
5. Letakkan napkin di atas kerusi jika anda keluar
sebentar/akan kembali
6. Apabila selesai lipat dan letakkan napkin di sebelah
kiri tempat duduk
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like