Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Nilaikan sumbangan Malaysia dalam PBB/OIC

Dasar pembersihan etnik yang telah diamalkan oleh pihak Serb ke atas penduduk
Islam dan Croat telah mengakibatkan ramai penduduk Bosnia terbunuh. Berdasarkan artikel,
antara sumbangan Malaysia sebagai ahli PBB dalam menangani isu pelarian Bosnia ialah
dari segi diplomasi. Dalam surat khabar News Straits Times, 17 September 1995 telah
menyatakan Malaysia telah menggunakan pengaruh diplomatik dengan mengadakan
mesyuarat OIC bagi bagi mempertemukan pemimpin-pemimpin daripada 13 buah negara
untuk membincangan tentang isu pelarian di Bosnia. Keputusan Malaysia yang ingin
mengiktiraf kemerdekaan kepada Bosnia pada tahun 1992 merupakan keputusan yang
drastik yang telah diambil oleh Malaysia. Malaysia sanggup mengambil risiko dengan
memutuskan hubungan diplomatik dengan Belgrade sebagai tanda sokongan terhadap
Bosnia (Abdullah Ahmad,1985). Oleh itu, sumbangan Malaysia dalam PBB dalam menjaga
keamanan negara ialah diplomasi antara negara-negara yang menganggotai PBB untuk
membebaskan Bosnia daripada cengkaman Yugoslavia.

Disamping itu, sumbangan Malaysia dalam menangani isu di Bosnia ialah dari segi
bantuan kemanusiaan. Malaysia telah memberi sumbangan kewangan dalam membantu
rakyat Bosnia bagi menjalankan kehidupan seharian mereka (Wan Shawaluddin Wan
Hassan,2000). Sumbangan itu juga telah digunakan bagi membiayai kegiatan Bosnia dalam
menentang Serb. Selain daripada kewangan, Malaysia juga telah membentuk beberapa
program kerjasama seperti ‘Program Kerjasama Teknikal Malaysia’ yang berfungsi dalam
melatih rakyat Bosnia dalam pelbagai kemahiran (Azlizan Mat Enh, 2008). Hal ini bertujuan
bagi membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Bosnia bagi menyara kehidupan mereka.
Seterusnya Malaysia juga telah memberi penempatan kepada pelarian Bosnia di Malaysia.
Antaranya di Kajang dan Kuching. Hal ini bertujuan agar dapat menjamin keselamatan rakyat
Bosnia daripada serangan Serb (Fatini Yaacob,1992). Oleh itu, jelaslah bahawa sumbangan
Malaysia dalam PBB ialah dengan memberi bantuan kemanusiaan.

Seterusnya, antara sumbangan yang telah diberikan oleh Malaysia ialah Malaysia
telah menghantar tentera untuk menganggotai sebahagian daripada pengamanan PBB yang
dikenali sebagai UNPROFOR (United Nations Protection Force). Antara peranan misi ini ialah
bagi melindungi masyarakat tempatan dan kemudahan prasarana dari sebarang bentuk
pencerobohan dan ancaman dari pihak -pihak yang bertelagah di samping mewujudkan
kawasan selamat (Ahmad Farhan bin Abdullah,2006). Oleh itu, sumbangan Malaysia dalam
PBB ialah dengan memberi bantuan ketenteraan kepada Bosnia.

SJHK3023 1
Akhir sekali, antara sumbangan Malaysia yang terdapat dalam artikel ini ialah bantuan
peralatan senjata dan peluru. Walaupun peralatan senjata diambil secara haram namun
Malaysia sanggup mengambil risiko dengan bekerjasama dengan negara OIC yang lain untuk
memberi bantuan senjata kepada Bosnia (Chamil Wariya,1989) Namun negara-negara Islam
agak bemasib baik kerana Amerika Syarikat sendiri kelihatan merestui tindakan negara-
negara Islam ini.Hal ini jelas sumbangan Malaysia sebagai anggota PBB jelas kelihatan
dengan memastikan keselamatan negara-negara luar. Oleh itu, sumbangan Malaysia sebagai
salah satu angggota PBB ialah dengan memberi bantuan senjata kepada Bosnia.

SJHK3023 2
BIBLIOGRAFI

Abdullah Ahmad. 1985. Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1957-1970. Kuala

Lumpur: Berita Publishing.

Ahmad Farhan bin Abdullah. 2006. Malaysia Dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB), 1957-2003. Kuala Lumpur: PTS Sdn. Bhd.

Azlizan Mat Enh. 2008. Sumbangan dan Peranan Malaysia Dalam Konflik Bosnia- Serbia

1992-1995. Jurnal Sejarah. 178- 193.

Chamil Wariya.1989. Dasar Luar Era Mahathir. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Fatini Yaacob.1992. Sejarah Penyembelihan Umat Islam Yang Dasyat di Bosnia-

Herzegovina. Kuala Lumpur: ABIM.

Wan Shawaluddin Wan Hassan. 2000. Malaysia Dan Krisis Bosnia. Jurnal Kinabalu Volume

VI.25-41.

SJHK3023 3

You might also like