Ma 1.1.2 Memadankan Objek Berpasangan Yang Tidak Sama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Rancangan Pelajaran Harian

Masa : 30 minit

Umur : 4 tahun

Standard kandungan : MA 1.1 memadankan objek

Standard pembelajaran :

1. MA 1.1.2 memadankan objek berpasangan yang tidak sama


2. SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek mengikut satu ciri

Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat,

1. Memadankan objek berbeza dengan warna yang sama


2. Mengelas warna yang sama dengan objek berbeza
3. Mengaplikasi pelajaran lepas dalam aktiviti ini

Standard prestasi :

1. Boleh memadankan objek berdasarkan ciri-ciri tertentu.


2. Boleh membanding dan membeza objek mengikut satu ciri.

Kemahiran berfikir :

1) Mengingat
2) Memahami
3) Analisa
4) Penilaian

Langkah aktiviti pelajaran:

1. Guru membawa color wheel ke dalam kelas.


2. Guru menampal gambar flash kecil di atas klip baju kayu dibantu oleh
kanak-kanak. Kanak-kanak bergilir-gilir membantu guru.
3. Guru meletakkan klip baju bertampal gambar flash kecil di dalam
bakul besar dengan jarak yang jauh antara satu sama lain. Setiap
warna di color wheel akan mempunyai 3 gambar flash kecil.
4. Guru pada awalnya, mengukuhkan ingatan mereka mengenai
pengajaran lepas berkaitan warna dengan mengaitkan dengan aktiviti
pada kali ini. (Mengingat)
5. Kemudiannya, Guru menjelaskan aktiviti yang akan dilakukan sebentar
nanti. Kanak-kanak mendengar penjelasan guru dengan baik.
(Memahami)
6. Setiap kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
antara 5 kanak-kanak satu kumpulan.
7. Setiap kanak-kanak perlu memadankan warna pada color wheel
dengan warna gambar flash kecil yang ada di dalam bakul sehingga
siap dengan bimbingan sedikit dari guru. (Penilaian Dan Analisis)
8. Aktiviti berlangsung sehingga selesai dengan setiap kumpulan.
9. Guru mengakhirkan aktiviti dengan sesi soal jawab dan refleksi kanak-
kanak. ( Penilaian)
LAMPIRAN
oren

kuning merah

hijau ungu

biru

You might also like