Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA PENERBITAN MAJALAH SEKOLAH

BIL 3/2018

TARIKH : 4 Julai 2018


MASA : 2.45 PETANG
TEMPAT : Bilik Gerakan

KEHADIRAN :

1. En Azman Bin Yusof(Pengetua) Tidak Hadir Bersebab :


2. Pn. Rofiah Bt Mohamad Rashid(PK) 1. Pn. Rohaya Bt Zainal Abidin
3. Tn Hj Halimi Bin Kasdi(PK HEM) 2. Pn Syarifah Norliza Bt Tuan Ngah
4. En Wan Khairuddin Bin Wan Ashaari (GK PI) 3. Pn. Rosnaniza Bt Ismail
5. Pn. Nurul Ashikin Bt Abd Rashid 4. Pn. Nur Azila Bt Azlan
6. Pn. Siti Nor Ain Bt Nasir
7. Pn. Mariam Bt Hassan
8. En Ahmad Fuad Bin Che Daud
9. En. Abdullah Zahidi Bin Abdul Halim
10. En Ismail Bin Hashim
11. Pn. Khairulza Bt Abdul Rashid
12. Cik Norazlia Bt Mazli

1.1 Ucapan Pengerusi Majlis


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan Ummul Kitab.
1.2 Beliau mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.
1.3 Beliau memaklumkan bahawa syarikat percetakan pada tahun ini telah dinilai dan
dipilih oleh jawatankuasa yang terlibat.
1.4 Beliau berharap agar pengurusan dan percetakan majalah pada tahun ini tidak
menghadapi sebarang permasalahan.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


Pengesahan :
Disokong :

3.0 Perkara-Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi meminta setiausaha untuk menambah agenda pemilihan tender syarikat
percetakan dalam mesyuarat yang akan datang.

1
Tindakan: Setiausaha

4.0 Laporan

4.1 Unit Iklan ( Pn Siti Nor Ain)

4.1.1 Pn Siti Nor Ain melaporkan sumbangan iklan yang terkumpul setakat ini telah
bertambah dan telah mencukupi untuk menmpung kos percetakan majalah
pada tahun ini.

Makluman

4.2 Unit Gambar ( Pn Syarifah Norliza/En Ismail)

4.2.1 En Ismail melaporkan semua gambar telah selesai diambil. Gambar juga telah
dijual kepada semua warga sekolah dan telah mendapat hasil yang lumayan.
Makluman

4.3 Unit Artikel (Pn Rohaya /Cik Norazlia)

4.3.1 Cik Norazlia melaporkan hasil karya telah diterima daripada pelajar dan guru
dan telah dipilih dan dinilai oleh guru bahas untuk dimasukkan ke dalam
majalah sekolah. Beliau telah menghantar semua karya tersebut kepada unit
grafik.
Makluman
4.3.2 Pengerusi meminta supaya hasil karya yang terpilih dihantar kepada pengetua
Untuk penilaian akhir.

Tindakan : JK Unit Artikel

4.4 Unit Dokumentasi ( Pn Nur Azila)


4.4.1 Pn Nurul Ashikin melaporkan maklumat mengenai semua peristiwa utama yang
berlaku di sekolah belum diperoleh. Beliau akan mendapatkan maklumat secepat
mungkin untuk dihantar ke unit grafik.
Tindakan : Unit Dokumentasi
4.4.2 Pengerusi meminta supaya isi kandungan ditentukan segera dan maklumat
diperoleh segera untuk memastikan majalah dapat disiapkan pada tahun ini.
Tindakan : JK Unit Dokumentasi

2
4.5 Unit Grafik ( En Abdullah Zahidi)

4.5.1 En Abdullah Zahidi menunjukkan ‘layout’ dan reka bentuk yang akan
digunakan. Ahli mesyuarat berpuas hati dengan hasil yang ditunjukkan. Namun
terdapat beberapa gambar dan maklumat yang masih belum diperoleh dan
beliau berharap agar semua maklumat dapat diberikan secepat mungkin untuk
memudahkan urusan penyusunan bahan.
Makluman
4.5.2 Beliau juga turut memaklumkan bahawa beliau akan mencipta logo untuk
digunapakai di dalam majalah sekolah.
Makluman

5.0 Hal-hal lain

5.1 Pengerusi memaklumkan semua duit iklan dan sumbangan untuk majalah sekolah
perlu dimasukkan di dalam akaun SUWA dan hanya digunakan untuk percetakan
majalah sahaja. Duit sumbangan PIBG juga perlu dimasukkan ke dalam akaun
SUWA.
Tindakan : JK Unit Iklan
5.2 Pengerusi turut mencadangkan supaya bilangan helaian ‘partition’ dikurangkan
untuk menjimatkan bilangan mukasurat yang dicetak.
Tindakan : JK Grafik

6.0 Ucapan Penangguhan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh,

...................................................
( NURUL ASHIKIN BT ABD RASHID)
Setiausaha

3
Maklum balas minit mesyuarat bil 3/2018

Tarikh : 4 Julai 2018/ Rabu

BIL PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM


BALAS
1 4.3.2 Menghantar hasil karya JK Unit Telah
kepada Pengetua untuk Artikel dihantar
penilaian akhir kepada
Pengetua oleh
Cik Norazlia
2 4.4.1 Mendapatkan semua JK Unit Telah
maklumat mengenai Dokumentasi dilaksanakan
peristiwa utama yang pada bulan
berlaku di sekolah Oktober yang
lalu dan telah
diserahkan
kepada Unit
Grafik
3 4.4.2 Penyusunan isi kandungan JK Unit Telah
Dokumentasi ditentukan
dan
dimaklumkan
pada unit
Grafik
4 5.1 Duit sumbangan PIBG perlu JK Unit Iklan Telah
dimasukkan ke dalam akaun diserahkan
SUWA pada En
Nazri pada 26
Oktober
2018.
5 5.2 Mengurangkan bilangan JK Grafik Telah
‘partition’ dilaksanakan
akan
dibentangkan
pada
mesyuarat
yang ke 4

4
Laporan Kewangan.

5
1. Kos percetakan : RM 17.00 x 650 = RM 11 050.00

2. Seramai orang murid telah membayar RM 12.00 setiap sebuah keluarga sebagai
sumbangan majalah setakat

BIL TINGKATAN JUMLAH PELAJAR


1. Tingkatan 1 orang
2. Tingkatan 2 orang
3. Tingkatan 3 orang
4. Tingkatan 4 orang
5. Tingkatan 5 orang
JUMLAH BESAR ORANG

3. Jumlah iklan dan sumbangan yang diterima setakat bulan Oktober.

Pengiklanan

Sumbangan luar

Sumbangan PIBG

You might also like