Teks Pengacara Perhimpunan Koku

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Yang Berusaha,

Komandan Muniandy A/L Suppiah


Komandan TKRS merangkap
Guru Besar Sekolah Kebangsaan St John 1,

Yang Dihormat
Encik Hamdan bin Shamsuddin
Timbalan Komandan TKRS merangkap
Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormat,
Encik Amiruddin bin Azizhan
Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

Yang Dihormat,
Puan Khairiah Affidah bt Ahmad Shaari
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Guru-guru Penasihat Tunas Kadet Remaja Sekolah, guru-guru dan murid-murid


yang saya hormat sekalian. Selamat datang saya ucapkan ke Majlis Perhimpunan
Bulanan Kokurikulum kali pertama bagi tahun 2018.

Kita mulakan perhimpunan kita pada hari ini dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu
Lagu Negaraku, Lagu Wilayah, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Semua murid
diminta berdiri tegak.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Fawwaz Ahnaf.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Fawwaz Ahnaf kerana mengetuai bacaan
ikrar itu tadi.
Majlis seterusnya menjemput Raziq Rifdhi untuk bacaan doa dipersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas bacaan doa itu tadi. Untuk
pengetahuan semua, tema perhimpunan kokurikulum pada kali ini ialah “ Kitar
Semula.” Kita sebagai murid perlulah melakukan amalan kitar semula agar kita
dapat mengurang sampah sarap di muka bumi ini.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput guru yang bertugas pada minggu lepas
untuk memberikan laporan. Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada guru bertugas minggu lepas diatas laporan itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput guru yang bertugas pada minggu ini untuk
memberikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput ______________________ _______ untuk


memberikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada _____________________________ diatas ucapan


itu tadi.

Tanpa membuang masa lagi, majlis menjemput Yang Berusaha Komandan


Muniandy A/l Suppiah untuk memberikan ucapan dan merasmikan majlis
perhimpunan bulanan kokurikulum ini.
Majlis menjemput Yang Berusaha Komandan Muniandy A/L Suppiah untuk
memasukkan sampah dalam bekas sampah sebagai tanda simbolik bahawa semua
warga Sekolah Kebangsaan St John 1 sangat mementngkat amalan kitar semula.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan Yang Berusaha Komandan Muniandy kerana merasmikan


majlis perhimpunan kokurikulum pada hari ini.

Dengan berakhirnya ucapan perasmian tadi, maka berakhirlah perhimpunan


bulanan kokurikulum pada hari ini. Saya serahkan majlis kepada guru yang
bertugas. Sekian terima kasih.

You might also like