Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

Sekolah Kebangsaan Pueh,


D/a Pejabat Pelajaran Daerah Lundu
94500 Lundu

Ruj.Kami : JPS(W)/SKP/(Perh)/153/09/04/01(18)
Tarikh : 5 OKTOBER 2011

Kepada:
Tuan Hj. Bujang Helmi Hazmi
Setiausaha Politik kepada:
Ketua Menteri Sarawak.

Ybg. Tuan Haji,

JEMPUTAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS PERASMIAN SUKANEKA DAN HARI


JUALAN / KELUARGA PERSATUAN IBU BAPA GURU-GURU (PIBG) SEKOLAH
KEBANGSAAN PUEH 2011

Tarikh : SABTU – 22 OKTOBER 2011


Tempat : Perkarangan Sekolah Kebangsaan Pueh,Sematan
Masa : 0830 pagi

Perkara di atas dirujuk dengan hormatnya.

2. Sayugia dimaklumkan dalam mesyuarat Pengelolaan Agenda di atas yang diadakan bersama-
sama pihak sekolah baru-baru ini, pihak kita telah sebulat suara bersetuju untuk mengundang Ybg.Tuan
Haji sebagai tetamu kehormat di majlis tersebut.

3. Sehubungan dengan itu,pihak kami dari PIBG berasa amat berbesar hati sekiranya Ybg.Tuan
Haji tidak keberatan untuk meluangkan masa setengah hari bersama kami pada hari yang telah kami
cadangkan di atas.

4. Di atas kesudian dan kesediaan Ybg.Tuan Haji untuk memenuhi undangan kami ini, kami rasa
terlalu bersyukur.

5. Segala program dan aturcara lanjut bersabit majlis itu akan kami sampaikan kemudian.

Sekian,terima kasih.

“PIBG INOVATIF,SEKOLAH PROGRESIF”

Saya yang menurut perintah,

(FAM CHIEW LUI)


Setiausaha PIBG
SK Pueh,
LUNDU.
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
Sekolah Kebangsaan Pueh,
D/a Pejabat Pelajaran Daerah Lundu
94500 Lundu

Ruj.Kami : JPS(W)/SKP/(Perh)/153/09/04/01( )
Tarikh : 11 OKTOBER 2011

Kepada,

SEMUA AHLI PIBG,


SK Pueh

Tuan / Puan,

MAKLUMAN HASIL MESYUARAT AJK SUKANEKA /HARI JUALAN /KELUARGA PIBG


SK PUEH 2011.

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK Sukaneka /Hari Jualan /Keluarga PIBG SK
Pueh 2011 telah diadakan pada 29/09/2011 di Tapak Perhimpunan Bangunan Baru SK Pueh.

3. Hasil daripada mesyuarat tersebut adalah seperti berikut :


3.1 Sumbangan Barangan-barang Jualan.

3.1.1 Sumbangan ASAS RM3.00 untuk setiap orang pelajar.


3.1.2 Sumbangan berbentuk barangan bernilai minima RM 10.00 untuk setiap orang pelajar.
3.1.3 Sekiranya pelajar tidak memberi sumbangan barang,maka pelajar akan diwajibkan
menyumbang RM15.00 tambah RM 3.00 sumbangan asas.
3.1.4 Barang-barang kering boleh dihantar ke sekolah 3 hari sebelum hari jualan.
3.1.5 Barang-barang basah boleh dihantar pada pagi hari jualan – 22 Oktober 2011.

3.2 Sukaneka untuk pelajar dan PIBG

3.3 Cabutan Tiket Bertuah

3.4 Jualan Makanan & Minuman (dikendalikan oleh PIBG)

3.5 Senam Tari / Pom-pom

3.6 Pertandingan Poco-poco

4. Mesyuarat Umum PIBG akan diadakan pada 18/10/2011.

Sekian, terima kasih

“PIBG INOVATIF,SEKOLAH PROGRESIF”

Saya yang menurut perintah,

(NURIQMAL ABDULLAH)
b.p Setiausaha PIBG
SK Pueh,Lundu

You might also like