Teks Pengacaraan Perhimpunan Sekolah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BADONG

BATU 3, KAMPUNG BUKIT BADONG


45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN


Nota:
1. Arahkan murid beratur dengan lurus mengikut kelas masing-masing .
2. Arahkan murid untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.

PERHIMPUNAN BERMULA

Ketibaan para pentadbir diatas pentas.

1. NYANYIAN

2. BACAAN IKRAR MURID

Semua guru dipersilakan duduk.

Dan Semua murid dibenarkan duduk dalam barisan yang lurus dan senyap.

‫الرحيم الرحمن هللا بسم‬.


ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Badong, En. Misnan Bin Maswan
Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) Pn Zuraini Bt Mohd Zaidi – Penolong Kanan Pentadbiran.
.2) En. Md Ibrahim bin Kasbi- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
.3) En Zul Sahri bin Othman – Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dihormati lagi disayangi guru-guru serta

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Bukit Badong .

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan
inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, majlis mempersilakan
saudara____________________________________untuk memimpin bacaan doa.

__________________________________________________________________
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar
tadi.

LAPORAN GURU BERTUGAS.


SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BADONG
BATU 3, KAMPUNG BUKIT BADONG
45600 BESTARI JAYA, SELANGOR

Seterusnya,majlis mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk


memberikan laporan bertugas mingguan.

__________________________________________________________________
___
Terima kasih kepada Encik/Puan __________________________ atas laporan yang
disampaikan tadi.

UCAPAN GURU BERTUGAS (JIKA ADA)


Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ selaku
guru bertugas minggu ini untuk memberikan ucapan dan maklumat kepada kita semua.
__________________________________________________________________
Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________atas
ucapan yang telah disampaikan.

UCAPAN GURU BESAR / PENTADBIR.


Seterusnya, saya mempersilakan Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan
HEM / Penolong Kanan Kokurikulum/Sekolah Kebangsaan Bukit Badong untuk menyampaikan
ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

__________________________________________________________________
___
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh
Guru Besar / Penolong Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan
panduan untuk merealisasikan kecemerlangan kita semua.

BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
Guru Besar, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru serta murid-murid
yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih
Kafarah dan Surah Al-Asr.

ُ ‫ن أ َ ْش َه َد ُ َوبِ َح ْمدِكََ اللَّ ُه ََّم‬


ََ‫س ْب َحانَك‬ َْ َ ‫لَ أ‬ َ ِ‫يْكََ ََإِل َوأَت ُ ْوبَُ أ َ ْست َ ْغف ُِركََ أ َ ْنتََ إ‬
َ َ‫لَّ إِلَ َه‬

Murid-murid boleh bergerak ke kelas mengikut barisan masing-masing .

You might also like