Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BAB 2

KAJIAN KEPERLUAN
2.1 Analisis Kajian Keperluan
Memandangkan sekolah ini baru sahaja beroperasi, pastinya terdapat pelbagai
perancangan yang perlu dilakukan oleh pihak pentadbir dan guru-guru untuk mengangkat nama
sekolah. Setelah beberapa bulan beroperasi, terdapat beberapa masalah yang timbul. Antara
masalah utama yang dihadapi adalah masalah kedatangan murid. Justeru, bagi mengenal pasti
masalah utama, beberapa kaedah kajian perlu dilakukan . Antara kajian yang digunakan adalah
menggunakan Rajah Ishikawa. Tong Hong Leong (2000) menyatakan, Gambar Rajah Tulang
Ikan mulanya dikemukakan oleh Kaoru Ishikawa dari Jepun pada tahun 1952 boleh digunakan
untuk membuat analisis kajian keperluan.

Analisis Tulang Ikan adalah juga dikenali sebagai Analisis Sebab Dan Akibat.
Teknik ini digunakan untuk menganalisis masalah dengan mengenal pasti sebab yang menjadi
punca masalah melalui percambahan fikiran. Analisis ini merupakan satu kaedah yang mudah
untuk meringkaskan, mengatur dan menerangkan dalam bentuk gambar rajah semua sebab
kepada sesuatu masalah yang telah dikenal pasti. Teknik ini membolehkan seberapa banyak
sebab kepada sesuatu masalah dikenal pasti. Terdapat beberapa langkah dalam membina Rajah
Sebab dan Akibat yang perlu dipatuhi. Antaranya, pertama, mengenal pasti masalah dan
menyatakannya secara tepat,kedua menentukan sebab-sebab utama iaitu manusia, mesin,
peralatan, kaedah dan seumpamanya,ketiga menentukan sebab-sebab kecil di bawah sebab-sebab
utama. Melalui proses percambahan fikiran, sebab-sebab kecil sesuatu masalah itu timbul
dikenal pasti dan dimasukkan di bawah sebab-sebab utama yang sesuai. Langkah ke empat ialah
mengenal pasti sebab-sebab sebenar dan langkah terakhir ialah Menyusun Sebab-sebab Kecil.
Data tambahan mengenai tiap-tiap sebab kecil dan lebih kecil yang telah dibulatkan dikumpulkan
untuk memilih satu atau lebih sebab utama. Sebab-sebab ini disusun mengikut keutamaan
melalui proses undian. Analisis Rajah Ishikawa berkaitan murid ponteng di sekolah ini adalah
seperti berikut.
Peralatan Manusia

-Sikap Ibu bapa

-Peralatan Sekolah - Sikap Murid

-Tindakan

-Aktiviti Sekolah

Masalah Ponteng Sekolah

-Pendekatan ibu bapa

Mesin Kaedah

Berdasarkan analisis yang dibuat, masalah yang besar dihadapi adalah pada ruang manusia itu
sendiri iaitu murid, ibu bapa dan pihak sekolah. Jadi, bagi mengatasi masalah ini, beberapa
perkara perlu dilakukan. Antaranya, analisis SWOT, TOWS Matriks dan beberapa langkah lagi.
Perancangan-perancangan ini akan disentuh dalam Bab 4.
Selain itu, analisis keperluan juga dilihat kepada % kedatangan murid selama tiga bulan berturut-
turut iaitu Jun, Julai dan Ogos. Data Kehadiran Murid yang diperoleh adalah seperti berikut:-

DATA KEHADIRAN MURID

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK JAYA

BULAN : JUN 2015

PERATUS PERATUSAN
KESELURUHAN
(Arus Perdana Sahaja)
( Arus Perdana + PPKI)
(JIKA ADA)
MINGGU 1
0
1/6/2015 hingga 5/6/2015

MINGGU 2
0
8/6/2015 hingga 12/6/2015

MINGGU 3
87.24%
15/5/2015 hingga 19/5/2015

MINGGU 4
86.24%
22/6/2015 hingga 26/6/2015

MINGGU 5
90%
29/6/2015 hingga 30/6/2015

PURATA 87.82%

BULAN : JULAI 2015

PERATUS PERATUSAN
KESELURUHAN
(Arus Perdana Sahaja)
( Arus Perdana + PPKI)
(JIKA ADA)

MINGGU 1
86.7%
1/7/2015 hingga 3//2015

MINGGU 2
84.7%
6/7/2015 hingga 10/7/2015

MINGGU 3
68.3.%
13/7/2015 hingga 14/7/2015

MINGGU 4
78.4%
22/7/2015 hingga 24/7/2015
MINGGU 5
89.9%
27/7/2015 hingga 31/7/2015

82.82%
PURATA

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK JAYA

BULAN : OGOS 2015

PERATUS PERATUSAN
KESELURUHAN
(Arus Perdana Sahaja)
( Arus Perdana + PPKI)
(JIKA ADA)

MINGGU 1
89.2%
3/8/2015 hingga 7/8/2015

MINGGU 2
85.56%
10/8/2015 hingga 14/8/2015

MINGGU 3
83.76%
17/8/2015 hingga 21/8/2015

MINGGU 4
88.28%
24/8/2015 hingga 28/8/2015

MINGGU 5
0%

PURATA 86.65%

Berdasarkan maklumat yang diperoleh, menunjukkan masalah kehadiran yang kurang


memberangsangkan. Ini kerana, % yang perlu diperoleh atau dicapai oleh setiap sekolah di
Wilayah Keramat mesti melebihi 93%. Hampir setiap kali pertemuan bersama pengarah atau
timbalan pengarah, 5 kehadiran murid ini akan dipaparkan. Mana-mana sekolah yang mencapai
prestasi rendah akan mengemukakan tunjuk sebab terhadap masalah yang timbul.
2.2 Keputusan melaksanakan projek
Berdasarkan analisis keperluan yang dijalankan iaitu melalui Rajah Tulang Ikan Ishikawa dan
Data Kehadiran Murid, masalah ponteng sekolah merupakan masalah utama yang perlu ditangani
segera terutamanya bagi murid-murid Tahun 5. Ini kerana, murid-murid ini akan menduduki
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun hadapan. Sebelum masalah ini menjadi
lebih meruncing, adalah baik sekiranya perkara ini dibendung lebih awal.

You might also like