Hiv Aids

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

SUBJEK

Subjek diperoleh melalui sumber rujukan daripada internet


(http://colourtherapy.com.my/PuanBashah.html)
Nama : Puan Bashah Bt. Haji
Mustaffa
Umur : 55 tahun
Bangsa : Melayu
Jantina : Perempuan
Asal : Jitra, Kedah
Cara jangkitan : Pemindahan darah
Tarikh jangkitan : 28 April 2000
Simptom : Kehilangan berat badan, demam, tubuh tidak bermaya, muntah
Pengambilan ubatan: Pil anti-HIV sebanyak 15 biji sehari, iaitu 5 biji di ambil
pada waktu pagi, 5 biji pada tengahari dan selebihnya
pada sebelah petang
Masalah : Puan Bashah malu untuk berhadapan dengan masyarakat
kerana orang kampung mula memandang serong terhadap beliau
Rawatan Alternatif :
Selepas mengambil formula Color Vibration Therapy (CVT) selama 10 hari kesihatan
Puan Bashah bertambah baik. Simptom-simptom kehadiran virus HIV dalam tubuh
badan beliau semakin beransur pulih dan beliau kembali bertenaga. Rawatan susulan
terus dilakukan untuk memastikan kesihatan beliau bertambah baik disamping
mengikuti rawatan mandian hidroterapi ais dan pengambilan formula Color Vibration
Therapy (CVT). keadaan Puan Bashah bertambah sihat, dan berat badan yang
semakin bertambah. Pada tarikh 19 September 2004 ujian darah telah dijalankan sekali
lagi di Hospital Alor Setar, Kedah, tahap HIV didalam badan Puan Bashah telah turun
dari tahap 4 kepada tahap 1 dan 2.

1
1.0 SEJARAH PENYAKIT HIV/AIDS

Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu

mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti

sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila

kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan

jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu,

AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan

gejala sindrom yang sama.

Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah

"Acquired Immunodeficiency Syndrome" atau AIDS untuk menerangkan

kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan

pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan

pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika

Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan

AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell

lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan

saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human

immunodeficiency virus).

2
2.0 STATISTIK HIV/AIDS DI MALAYSIA

NO. OF NEW HIV INFECTIONS, AIDS CASES AND AIDS DEATHS

BY GENDER PER YEAR REPORTED IN MALAYSIA

(1986 – DECEMBER 2004)

HIV INFECTION AIDS CASES AIDS DEATH


YEAR
Male Female TOTAL Male Female TOTAL Male Female TOTAL
1986 3 0 3 1 0 1 1 0 1
1987 2 0 2 0 0 0 0 0 0
1988 7 2 9 2 0 2 2 0 2
1989 197 3 200 2 0 2 1 0 1
1990 769 9 778 18 0 18 10 0 10
1991 1741 53 1794 58 2 60 10 9 19
1992 2443 69 2512 70 3 73 44 2 46
1993 2441 66 2507 64 7 71 50 5 55
1994 3289 104 3393 98 7 105 74 6 80
1995 4037 161 4198 218 15 233 150 15 165
1996 4406 191 4597 327 20 347 259 12 271
1997 3727 197 3924 538 30 568 449 24 473
1998 4327 297 4624 818 57 875 655 34 689
1999 4312 380 4692 1114 86 1200 824 50 874
2000 4626 481 5107 1071 97 1168 825 57 882
2001 5472 466 5938 1188 114 1302 900 75 975
2002 6349 629 6978 1068 125 1193 823 64 887
  2003 6083 673 6756 939 137 1076 633 67 700
2004 5,731 696 6427 1,002 146 1148 951 114 1,065
TOTAL 59,962 4,477 64,439 8,596 846 9,442 6,661 534 7,195

3
TOTAL NUMBER OF HIV/AIDS CASES AND RELATED DEATHS REPORTED IN MALAYSIA

(1986 - DECEMBER 2004)

  Factor Classification HIV AIDS


    Infection Cases
  Sex / Gender Male 59,962 8,596
Female 4,477 846
TOTAL 64,439 9,442
   Age Groups < 2 years 158 42
2 - 12 years 385 110
13 - 19 years 957 194
20 - 29 years 23,350 1,961
30 - 39 years 27,538 4,216
40 - 49 years 9,450 2,180
> 50 years 1,886 704
No Data 715 35
TOTAL 64,439 9,442
  Ethnic Groups Malay 46,806 5,703
Chinese 9,532 2,571
Indian 5,354 675
Bumiputra Sarawak 162 66
Bumiputra Sabah 207 68
Original 39 0
Others in Peninsular 370 111
Foreigner 1,912 240
No Information 57 8
TOTAL 64,439 9,442
 Transmission based on IDU 48,369 5,672
Needle prick 0 0
  risk factor Blood receiver 25 17
Organ receiver 3 3
Homo/Bisexual 816 208
Heterosexual 8,768 2,488
Mother to child (vertical) 466 123
No Information 5,992 931
TOTAL 64,439 9,442
  Sector / Occupation Unemployed 10,530 2,460
Government staff 379 97
Student 112 28
Uniformed bodies 519 110
Fisherman 2,635 329
Factory worker / Industry 3,214 480
Private sector staff 1,792 423
Sex worker 387 48
Housewives 1,482 273
Long distance driver 1,536 243
Others 19,362 2,376
Odd Jobs 22,490 2,575
TOTAL 64,439 9,442

4
TOTAL NUMBER OF HIV/AIDS CASES AND RELATED DEATHS REPORTED IN
MALAYSIA

(1986-2003 and DECEMBER 2004)

    1986 - 2003 2004 1986 - 2003 2004


  Factor Classification HIV AIDS
    Infection Cases
  Sex / Gender Male 54,231 5,731 59,962 7,594 1,002 8,596
Female 3,781 696 4,477 700 146 846
TOTAL 58,012 6,427 64,439 8,294 1,148 9,442
  Age Groups < 2 years 131 27 158 35 7 42
2 - 12 years 333 52 385 99 11 110
13 - 19 years 902 55 957 190 4 194
20 - 29 years 21,295 2,055 23,350 1,729 232 1,961
30 - 39 years 24,793 2,745 27,538 3,722 494 4,216
40 - 49 years 8,281 1,169 9,450 1,882 298 2,180
> 50 years 1,596 290 1,886 608 96 704
No Data 681 34 715 29 6 35
TOTAL 58,012 6,427 64,439 8,294 1,148 9,442
  Ethnic Groups Malay 42,066 4,740 46,806 4,997 706 5,703
Chinese 8,746 786 9,532 2,333 238 2,571
Indian 4,886 468 5,354 584 91 675
Bumiputra Sarawak 128 34 162 58 8 66
Bumiputra Sabah 137 70 207 27 41 68
Original 39 0 39 0 0 0
Others in Peninsular 335 35 370 108 3 111
Foreigner 1,628 284 1,912 182 58 240
No Information 47 10 57 5 3 8
TOTAL 58,012 6,427 64,439 8,294 1,148 9,442
 Transmission based IDU 43,891 4,478 48,369 5,027 645 5,672
on Needle prick 0 0 0 0 0 0
Blood receiver 25 0 25 17 0 17
  risk factor Organ receiver 3 0 3 3 0 3
Homo/Bisexual 594 222 816 170 38 208
Heterosexual 7,497 1,271 8,768 2,140 348 2,488
Mother to child (vertical) 399 67 466 102 21 123
No Information 5,603 389 5,992 835 96 931
TOTAL 58,012 6,427 64,439 8,294 1,148 9,442
  Sector / Occupation Unemployed 9,062 1,468 10,530 2,166 294 2,460
Government staff 325 54 379 83 14 97
Student 85 27 112 22 6 28
Uniformed bodies 468 51 519 101 9 110
Fisherman 2,418 217 2,635 303 26 329
Factory worker / Industry 2,982 232 3,214 405 75 480
Private sector staff 1,391 401 1,792 345 78 423
Sex worker 347 40 387 43 5 48
Housewives 1,120 363 1,483 217 56 273
Long distance driver 1,328 208 1,536 216 27 243
Others 16,847 2,515 19,362 2,012 364 2,376
Odd Jobs 21,639 851 22,490 2,381 194 2,575
TOTAL 58,012 6,427 64,439 8,294 1,148 9,442

Source: AIDS/STI Unit, Ministry of Health Malaysia

5
Prepared by: Resource Center.  Malaysian AIDS Council

3.0 PENGENALAN HIV/ADS

Istilah

‘Acquired'

Bermaksud jangkitan yang dipindahkan dari seorang individu kepada individu

lain dan bukan diperolehi daripada keturunan.

‘Immunodeficiency'

Menerangkan keadaan di mana keupayaan semula jadi badan melindungi diri

daripada pelbagai penyakit dan jangkitan yang melemahkan badan.

‘Syndrome'

Membayangkan gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala berpunca daripada

sebab/keadaan atau gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala dalam satu

kombinasi tertentu sebagai gambaran klinikal sesuatu penyakit.

6
AIDS disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai HIV (Human

Immunodeficiency Virus). HIV menyerang dan melemahkan sistem pertahanan

badan manusia iaitu pertahanan semula jadi badan terhadap semua jenis

jangkitan. Ia lambat-laun akan memusnahkan keupayaan semula jadi badan

untuk melawan jangkitan dan sesetengah jenis kanser. AIDS merupakan

penyakit yang paling serius terjadi akibat jangkitan HIV. Bagi mereka yang

menghidap AIDS, jangkitan dan penyakit yang biasanya tidak merbahaya boleh

mengancam nyawa seperti jangkitan opportunistic berpunca dari mikrob yang

lazimnya tidak menyebabkan penyakit pada orang sihat.

Kriteria yang digunakan untuk mentakrifkan AIDS adalah merangkumi semua

orang yang dijangkiti HIV yang mempunyai bilangan sel CD4 +T kurang daripada

200. Sel ini juga dikenali sebagai sel T4. Sel T4 ialah 'pejuang' utama dalam

sistem pertahanan badan yang melawan penyakit. Orang dewasa yang sihat

selalunya mempunyai 1000 atau lebih sel T4.

7
4.0 SINDROM AIDS

Istilah AIDS adalah merujuk kepada peringkat jangkitan HIV yang paling lanjut.

Gejala-gejala yang lebih teruk mungkin tidak akan muncul dalam tempoh satu

dekad atau lebih selepas HIV mula-mula menjangkiti badan mangsa. Penyakit

HIV akan bertukar menjadi AIDS apabila sistem pertahanan badan terjejas teruk

dan pelbagai komplikasi mula timbul. Kebanyakan keadaaan yang membentuk

AIDS adalah akibat jangkitan yang bersifat opportunistic (iaitu merujuk kepada

jangkitan mikroorganisma yang biasanya tidak menyebabkan penyakit pada

orang sihat) seperti:

 Jangkitan paru-paru yang dicirikan oleh batuk, sesak nafas dan sakit dada

(contohnya, pneumonia dan tuberkulosis pulmonari atau miliari akut).

 Cirit-birit yang teruk dan berterusan.

 Jangkitan pada otak atau kanser yang dicirikan oleh kekeliruan, demam,

sawan, kehilangan penglihatan, sakit kepala yang teruk dan loya.

 Berat badan menyusut dengan teruk.

 CMV (sitomegalovirus), sejenis jangkitan yang biasanya menyerang mata.

 Kandida-sejenis jangkitan fungus yang menyebabkan seriawan (lapisan

keputihan nipis dalam mulut) atau jangkitan dalam tekak atau faraj.

 Mereka yang menghidap AIDS amat cenderung mendapat pelbagai jenis

kanser seperti Sarkoma Kaposi, sejenis kanser kulit yang dicirikan oleh

bintil atau tompok-tompok ungu/merah jambu yang timbul pada kulit; atau

kanser sistem pertahanan badan yang dikenali sebagai limfoma.

8
5.0 KOMPLIKASI

Oleh kerana pesakit AIDS telah mengalami kelumpuhan fungsi sistem imun,

mereka lebih mudah jatuh sakit berbanding dengan mereka yang memiliki tindak

balas imun yang sihat. Komplikasi-komplikasi yang mungkin berlaku ialah:

 Pneumocystis carinii pneumonia (sejenis penyakit radang paru-paru),

yang boleh membawa maut. Penyakit ini memusnahkan paru-paru pesakit

AIDS

 Cytomegalovirus retinitis merupakan penyakit mata berkaitan AIDS yang

serius dan boleh menyebabkan buta.

 Sarkoma Kaposi merupakan kanser berkaitan AIDS yang menyebabkan

ketumbuhan/tumor pada kulit. Ia berwarna merah jambu atau ungu.

 AIDS wasting syndrome melibatkan penurunan berat badan yang ketara,

cirit-birit yang kronik atau rasa lemah dan demam yang berpanjangan atau

berkala selama sekurang-kurangnya 30 hari

Rajah 1 : Sarkoma Kaposi

9
6.0 SISTEM DAYA TAHAN MELAWAN PENYAKIT

Kelancaran sistem daya tahan melawan penyakit semula jadi badan sangat

penting dalam aspek penjagaan kesihatan seseorang individu.Pemakanan,

senaman dan rehat yang mencukupi dapat meningkatkan daya tahan melawan

penyakit. HIV berkaitan dengan penurunan daya tahan melawan penyakit

Sel-sel limfosit merupakan sel-sel penting di dalam sistem ini. B-limfosit

Menghasilkan antibodi (sejenis protein bagi memusnahkan agen jangkitan) T-

limfosit Melawan serangan kuman (bakteria, virus dan fungi) dan mengawal

barah. Neutrofil & Makrofaj Monosit Sel darah putih yang terlibat di dalam

pemusnahan (menelan) kuman yang menyerang tubuh badan. T-limfosit adalah

penggerak utama di dalam sistem pertahanan tubuh melawan penyakit. Apabila

kuman memasuki tubuh badan manusia, sel-sel T-limfosit (helper) akan

dirangsang untuk bertindak balas dengan membelah dirinya (cell division) serta

mengeluarkan sejenis bahan kimia “limfokin”. Limfokin ini berfungsi mengawal

pertumbuhan dan tahap kematangan sel-sel limfosit yang lain terutamanya sel-

sel T-limfosit (suppressor/sitotoksik) serta B-limfosit dan juga makrofaj/monosit.

Sel-sel T-limfosit (helper) membantu merangsang sel-sel B-limfosit

mengeluarkan antibodi (memusnahkan kuman) sementara sel-sel T-limfosit

(suppressor) membantutkan pengeluaran antibodi setelah jangkitan tamat.

Mikrofaj dan monosit berfungsi dengan menelan, menghadam dan menyediakan

“kuman” sebagai sasaran (target cell) untuk dimusnahkan oleh antibodi yang

10
dihasilkan oleh B-limfosit atau terus dimusnahkan oleh T-limfosit (citotoksik,

killer).

HIV membinasakan sistem yang sepatutnya memusnahkannya dan

mempertahankan tubuh badan dari serangan virus tersebut. Apabila memasuki

badan ia mencari sel-sel mikrofaj dan T-limfosit (helper), melekat (pada receptor)

dan seterusnya menembusinya. Sel-sel ini akhirnya menjadi mangsa dan tidak

berupaya menjadi pelindung. Setelah virus terlekat pada dinding sel, virus

tersebut menanggalkan lapisan luar dan memasukkan inti (core) yang

mengandungi bahan baka ke dalam sel (T-limfosit). Ketika berada di dalam sel,

virus menggunakan enzim dipanggil ‘reverse transcriptase’ untuk menukar bahan

bakanya (RNA) kepada DNA dan seterusnya bergabung dengan bahan baka sel

(T-limfosit). Peringkat ini pesakit berada di peringkat pengeraman (telah dijangkiti

tetapi tiada tanda-tanda dan gejala-gejala).

Virus ini menetap tersembunyi di dalam nukleus sel sehingga sel dirangsang

untuk membiak. Virus baru akan keluar daripada sel sambil menggunakan

dinding sel sebagai selaput luar virus (bertunas). Melalui cara ini T-limfosit akan

musnah. Virus-virus baru ini akan mencari sel lain dan proses yang sama

berulang, untuk seterusnya memusnahkan sistem daya ketahanan badan.

Dengan kemusnahan sistem daya tahan tubuh semula jadi, pesakit tidak

berupaya melawan kuman-kuman tertentu dan akhirnya mereka akan menjadi

mangsa kepada lain-lain jangkitan opurtunis yang pada kebiasaannya mudah

dihadapi oleh sistem pertahanan semula jadi tubuh badan. Jangkitan-jangkitan

11
tersebut meliputi jangkitan yang disebabkan oleh protozoa (haiwan satu sel)

tertentu seperti pneumocystis carinii, Toxoplasma, Cryptosporidium, virus-virus

lain seperti Cytomegalovirus (CMV), Herpes Simplex dan Varisella Zoster, kulat-

kulat seperti Candida dan Criptococcus dan bakteria seperti dengan penyakit

Tuberculosis dan Typhoid. Kebanyakan pesakit AIDS mati kerana penyakit-

penyakit ini bukan kerana jangkitan HIV secara langsung. Kegagalan sistem

daya tahan badan juga menyebabkan terjadinya beberapa jenis barah seperti

Kaposi Sarcoma dan barah pangkal Rahim.

12
7.0 TRANSMISI/JANGKITAN VIRUS AIDS

Virus HIV wujud di dalam bendalir tubuh manusia yang telah dijangkiti seperti di

dalam cecair seminal, rembesan faraj dan darah. Virus ini boleh merebak dari

individu yang telah dijangkiti kepada orang lain melalui perkara-perkara berikut:

 Melakukan hubungan seks tanpa perlindungan ( cth:memakai kondom )

bersama-sama individu yang telah dijangkiti

 Pertukaran darah atau produk darah dari individu yang telah dijangkiti ke

dalam sistem peredaran darah orang lain.

 Dari ibu yang dijangkiti kepada janin yang dikandung

 Dari organ, tisu atau air mani mereka yang telah dijangkiti (contohnya

seperti melalui pemindahan organ)

AIDS tidak boleh merebak melalui sentuhan ataupun konteks biasa seperti:

 Berpegangan tangan

 Bersentuh-sentuhan di kawasan yang sesak

 Berjabat tangan

 Bekerja bersama

 Bermain

 Ciuman ringan

13
AIDS tidak boleh dijangkiti dengan :

 berkongsi makanan, menggunakan kemudahan awam seperti kolam

mandi atau tandas ataupun melalui gigitan nyamuk

 menderma darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil

darah tersebut adalah steril dan hanya digunakan sekali sahaja. Mereka

yang tiada risiko AIDS adalah digalakkan untuk menderma darah.

 proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah

yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran

antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah bahan yang dihasilkan oleh tubuh

mereka yang dijangkiti sebagai tindak balas terhadap jangkitan virus

AIDS.

 menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit

AIDS kerana virus AIDS tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia.

Peralatan tersebut apabila dibasuh seperti biasa akan membunuh virus

AIDS.

14
8.0 UJIAN HIV

Bagi memastikan kewujudan kuman HIV dalam tubuh seseorang, satu ujian

darah boleh dijalankan iaitu Ujian Antibodi HIV contohnya HIV ELISA, EIA,

Aglutinasi Partikel. Ujian-ujian ini boleh dilakukan di semua klinik dan hospital

kerajaan atau swasta. 

Apabila virus telah memasuki tubuh, satu sebatian yang dikenali sebagai antibodi

akan terhasil. Antibodi inilah yang dikesan di dalam ujian-ujian darah yang

dijalankan.

Keputusan Ujian HIV

Ujian HIV dapat mengenalpasti kewujudan antibodi di dalam darah, seawal 2

minggu selepas jangkitan, tetapi tubuh mungkin mengambil masa selama 6

bulan untuk mengeluarkan antibodi secukupnya. Purata masa yang diambil ialah

25 hari.

Keputusan seropositif bagi ujian HIV ini membawa maksud antibodi HIV wujud di

dalam saluran darah seseorang dan dia adalah HIV positif. Untuk mendapat

penyakit AIDS ia mungkin mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih.

Rawatan menggunakan dadah untuk melambatkan perkembangan AIDS boleh

didapati, tetapi tidak boleh sembuh sepenuhnya.

Keputusan seronegatif biasanya menandakan bahawa seseorang tidak diijangkiti

oleh HIV. Walau bagaimanapun, ia perlu diuji semula dalam masa 6 bulan jika

15
berisiko tinggi untuk mendapat AIDS, kerana ia mengambil masa begitu panjang

untuk menghasilkan antibodi yang mencukupi.

Sesiapa yang menerima keputusan HIV perlulah mendapatkan kaunseling

sebelum dan selepas ujian ini supaya mereka dapat memahami keputusan ujian,

membincangkan kaedah pencegahan dan jika perlu, bincangkan pilihan rawatan

yang ada. 

Seseorang itu disahkan sebagai pesakit AIDS apabila mereka memiliki ciri-ciri

seperti:

 Ujian darah mereka disahkan mengandungi antibodi AIDS

 Mereka telah mempamerkan tanda-tanda dan gejala-gejala AIDS

 Mereka telah mendapat komplikasi dari AIDS

Seseorang itu dianggap sebagai pembawa AIDS apabila ujian darah mereka

didapati positif terhadap antibodi AIDS walaupun mereka belum menunjukkan

sebarang gejala AIDS.

Rajah 2 : Virus HIV

16
9.0 RAWATAN

RAWATAN FARMAKOLOGI

Rawatan untuk HIV melibatkan pemusnahan kuman virus tersebut dan merawat

simptom yang dialami oleh pesakit. Dadah-dadah berikut digunakan:

Dadahantiretrovirus

Dadah antiretrovirus menyerang dan memusnahkan retrovirus, termasuklah HIV.

Dalam beberapa tahun ini, para penyelidik telah mencapai kemajuan besar

dalam penghasilan pelbagai rawatan pilihan bagi AIDS/HIV ini. Sejak akhir tahun

1980'an, para profesional perubatan di Amerika Syarikat telah menggabungkan

dadah antiretroviral ke dalam regimen rawatan yang dipreskripsikan kepada

pesakit yang dijangkiti.

Kombinasi tiga atau lebih dadah antiretroviral, yang biasanya dipanggil 'dadah

koktel', didapati berkesan dalam menurunkan paras jangkitan HIV dalam tubuh

individu yang dijangkiti, dengan cara memperlahankan perebakan HIV.

PerencatProtease

HIV akan melalui proses replikasi dan menjangkiti sel-sel yang sihat di dalam

tubuh pembawa HIV. Keseluruhan proses ini akan membawa kepada

pembentukan AIDS. HIV memerlukan sejenis enzim yang dikenali sebagai

protease untuk proses replikasi. Perencat protease menghalang enzim ini

dengan berkesan dan seterusnya menyekat replikasi daripada berlaku.

17
Nucleoside Reverse Transcriptase Inhibitors (NRTI) dan Non-nucleoside

Transcriptase Inhibitors (NNRTI)

Untuk HIV direplikakan (digandakan), enzimnya mestilah memasuki nukleus

dalam sel seseorang pesakit. Satu enzim yang dikenali sebagai .HIV reverse

transcriptase. membantu menggandakan bahan genetik HIV dalam nukleus sel

pesakit tersebut. NRTI adalah penghalang enzim reverse transkriptase ini. Oleh

itu, NRTI dapat melengahkan tindakan enzim HIV ini.

Gabungan dadah

Perencat protease, nukleosida dan bukan nukleosida menghalang fungsi-fungsi

HIV yang berbeza. Dadah antiretrovirus jika diberi secara bersendirian, gagal

untuk menghasilkan kesan yang berpanjangan. Oleh itu, dadah-dadah ini akan

diberikan secara gabungan.

18
RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI

Tujuan pengurusan adalah untuk memberikan khidmat perubatan yang terbaik

kepada individu yang telah dijangkiti AIDS, bagi mengurangkan kadar

kesengsaraan dan mengelakkan diskriminasi.

 Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia terhadap individu

yang dijangkiti HIV adalah disepadukan ke dalam perkhidmatan rawatan

perubatan. Rawatan ini boleh didapati di semua hospital. Program ini

dikelolakan oleh Bahagian Perubatan dan Cawangan AIDS/STD, Jabatan

Kesihatan Awam (Public Health Department), Kementerian Kesihatan

Malaysia .

 Rawatan, termasuklah kaunseling yang diberi kepada pesakit yang

dijangkiti HIV dan pesakit AIDS untuk kedua-dua pesakit luar dan pesakit

dalam wad. Kaunseling perlu diberikan sebelum dan selepas pesakit diuji

untuk HIV

 Kesemua pesakit yang dijangkiti HIV akan dirawat oleh pakar di hospital

yang terdekat. Disebabkan implikasi jangkitan HIV/AIDS ini adalah serius,

rujukan kepada doktor pakar yang berpengalaman adalah perlu sebelum

sebarang diagnosis dipastikan. Tiada wad ataupun hospital yang khas

untuk pesakit AIDS ataupun mereka yang disyaki HIV positif. Pemencilan

pesakit AIDS hanya dilakukan atas sebab-sebab perubatan, contohnya

sewaktu pesakit telah tenat.

19
 Pesakit diberi jagaan perubatan sepenuhnya (termasuklah penggunaan

Azidothymidine AZT) setelah disarankan oleh pakar yang menjalankan

rawatan. Satu garis panduan mengenai penggunaan AZT telah

dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia .

 Kesemua individu yang dijangkit HIV perlu menghadiri rawatan lanjutan

setiap 3 hingga 6 bulan

 Kesemua pesakit HIV akan diberikan kaunseling perubatan yang intensif

oleh doktor.

 Kesemua pesakit akan diberitahu mengenai diagnosis serta dinasihatkan

mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai

Di samping terapi dadah, terdapat satu faktor lagi yang boleh menyumbang

kearah kehidupan yang lebih panjang dan sihat untuk pesakit AIDS, iaitu

pemakanan yang sihat. Makanan berkhasiat membantu pesakit AIDS

mengekalkan kesihatan mereka dengan memberikan perlindungan daripada

komplikasi jangkitan berkaitan HIV. Pengambilan makanan berkalori tinggi

bersama protein dan karbohidrat yang cukup, boleh mempertahankan diri dari

kekurangan zat makanan, malserapan nutrien, penurunan sistem imun dan susut

badan. Pemakanan yang baik akan membantu mengurangkan kesan buruk

dadah dan juga meningkatkan kebolehan tubuh untuk menyerap ubat-ubatan

tertentu.

20
10.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Penghuni-penghuni di rumah perlindungan

Gambar 2 : Ceramah-ceramah diadakan di sekolah-sekolah untuk mendidik dan


meningkatkan kesedaran tentang HIV/AIDS di kalangan remaja

21
22
11.0 RUJUKAN

1. http://www.pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_hiv.php

2. http://dph.gov.my/aids/

3. http://www.who.int/hiv/en/

4. http://www.unaids.org/en/default.asp

5. http://www.cdc.gov/hiv/dhap.htm

6. http://colourtherapy.com.my/PuanBashah.html

7. http://www.mac.org.my

23

You might also like