Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

En..........

Pengetua ,
Kolej Kediaman Ke-12,
Universiti Malaya,
86000 Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur. 11 JANUARI 2015

Azrol Hisham Bin Talib


Bilik F104, Kolej Kediaman Ke-12,
Universiti Malaya,
86000 Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN MENDUDUKI KOLEJ BAGI SEMESTER 2 SESI 2014/2015

Merujuk perkara di atas, saya Azrol Hisham Bin Talib pemegang kad pelajar VEP 110003 memohon
kebenaran dan pertimbangan daripada pihak tuan untuk melanjutkan tempoh penginapan kolej.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya bermain bola sepak untuk pasukan Universiti
Malaya(UM) dan perlu mengikuti latihan pada setiap hari untuk kecemerlangan pasukan bola sepak
UM.

3. Tambahan pula, saya belum bergraduasi dan akan bergraduasi pada Oktober nanti.
Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon kebenaran tuan/puan untuk tinggal di kolej ini sebagai
pusat penginapan saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya dengan pasukan bola sepak UM.

Diharap pihak tuan/puan dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya di atas permohonan
saya ini. Kerjasama yang telah diberikan saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang Benar,

...............................................

(AZROL HISHAM BIN TALIB)

You might also like