Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SKEMA KERJA

BAHASA MELAYU KELAS PERALIHAN

1. PELAJARAN

Dalam pelajaran Bahasa Melayu, murid diajar kemahiran Mendengar dan


Bertutur, Membaca dan Menulis. Dua aspek telah diperkenalkan bagi
memperkukuh kemahiran ini iaitu Seni Bahasa dan Tatabahasa.

2. FOKUS KEMAHIRAN

Setiap pelajaran hanya diberikan satu fokus sahaja sama ada mendengar dan
bertutur, membaca atau menulis.

3. STANDARD KANDUNGAN (SK) DAN STANDARD PEMBELAJARAN (SP)

Kurikulum Bahasa Melayu Kelas Peralihan diorganisasikan kepada Standard


Kandungan dan Standard Pembelajaran. SK merupakan pernyataan yang
patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid untuk tempoh satu tahun di
Kelas Peralihan. SP pula merupakan kriteria kualiti pembelajaran dan
pencapaian yang boleh diukur. Oleh itu guru hendaklah membuat pernyataan
objektif PdP berdasarkan SP.

4. STANDARD PRESTASI

Merupakan tahap prestasi yang dipamerkan oleh murid sebagai tanda bahawa
SP telah dikuasai.

5. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan


pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD bertujuan untuk mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran, seterusnya
membolehkan guru merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran. Dalam
mentaksir murid, guru menggunakan pertimbangan professional (pertimbangan
yang dibuat berdasarkan ilmu pengetahuan guru, tanggungjawab professional
dan pengalaman). Guru membuat pertimbangan berdasarkan hasil kerja,
keupayaan, tingkah laku, kelebihan/kekurangan pada murid dan prestasi
mereka dalam ujian/aktiviti PdP.

6. TEMA

Cadangan tema dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum Kelas


Peralihan (DSKP) pada muka surat 12 di bawah tajuk Pendekatan Tematik.
Tema ini adalah luas dan guru disaranakan agar mengecilkan skop tema.
Contohnya, jika tema kesihatan, subtema kesihatan ialah kesihatan gigi,
subtema kesihatan gigi ialah penjagaan gigi. Maka proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) adalah berkaitan dengan penjagaan giri. Sembilan tema
yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1
a Kesihatan dan Kebersihan
b. Keselamatan
c. Perpaduan
d. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
e. Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
f. Sains, Teknologi dan Inovasi
g. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
h. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
i. Sukan dan Rekreasi

7. MODULAR BERFOKUS

Setiap sesi PdP Bahasa Malayu hanya memberikan fokus kepada satu
kemahiran sahaja iaitu sama ada kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca atau menulis. Penggabungjalinan tetap berlaku dalam PdP
berkenaan, namun tidak diberikan tumpuan. Contohnya jika pada sesi PdP
berkenaan, modul yang dipilih ialah mendengar dan bertutur, guru boleh
menggabungjalinkan kemahiran ini dengan membaca. Walau bagaimanapun,
membaca tidak menjadi fokus PdP ketika itu. Dalam hal ini, membaca juga
tidak dijadikan objektif. Pemberatan yang diberikan wajaran adalah dalam
lingkungan 85:15 peratus. 85 peratus mendengar dan bertutur dan 15 peratus
membaca.

8. SISTEM BAHASA

Sistem Bahasa merupakan ilmu dan kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai
oleh murid. Sistem Bahasa dijelmakan mengikut kesesuaian modul. Adalah
penting bagi murid Kelas Peralihan menguasai semua Sistem Bahasa ini, yang
mereupakan asas kepada kemahiran berbahasa. Lima Sistem Bahasa
tersebut ialah:

a. Sebutan dan Intonasi


b. Sistem Ejaan
c. Tanda Baca
d. Tatabahasa
e. Peribahasa

9. BAHAN BANTU

Guru perlu mempelbagaikan pelbagai bahan bantu untuk mengaktifkan murid


dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun,
bahan bantu mestilah bermakna dalam konteks PdP pada hari berkenaan.
Terlalu banyak bahan bantu dalam satu PdP boleh menyebabkan hilangnya
fokus pada objektif PdP.

You might also like