Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Karnival Usahawati 2016

SK CONVENT ( 2 ) BUKIT NANAS, JALAN BUKIT NANAS 50250 KUALA


LUMPUR
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

PANITIA MATEMATIK 2016

KERTAS KERJA CADANGAN KARNIVAL USAHAWATI

1.0 PENGENALAN

Panitia Matematik telah merancang mengadakan Karnival Usahawati sebagai program


pasca UPSR. Tujuan penganjuran aktiviti sebegini adalah untuk memberikan pendedahan awal
dan meningkatkan keyakinan diri murid melalui aktiviti berjual beli. Penguasaan kemahiran asas
Matematik juga dilihat secara tidak langsung dapat diterapkan dalam aktiviti yang dijalankan
secara santai dalam kumpulan kecil.

Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 5 orang ahli. Setiap ahli kumpulan pula
mempunyai jawatan dan peranan masing-masing. Antaranya ialah:
1. Ketua kumpulan
2. Setiausaha
3. Bendahari
4. Ketua Pemasaran
5. Ketua Kebersihan

Program ini turut menekankan aspek elemen merentas kurikulum seperti kreativiti dan
keusahawanan. Jadi murid-murid dapat mengaplikasikan aspek gabung jalin ini dalam aktiviti
mereka agar hasil aktiviti ditonjolkan secara unik dan istimewa. Program ini adalah selaras
dengan pelaksanaan KSSR terkini; seterusnya menggilap kebolehupayaan murid dalam
meningkatkan prestasi Matematik sehingga ke tahap kecemerlangan terbilang yang boleh
dibanggakan.

Justeru, Panitia Matematik telah mengambil langkah positif dan diharap program minggu
panitia ini mendapat sokongan daripada semua komuniti sekolah agar program ini berjalan
dengan lancar dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
2.0 OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada para pelajar berhubung dengan kemahiran asas Matematik (
+ , - ,X dan ÷ ) .

2. Memberi pengetahuan dan pengalaman menarik dalam bentuk kerja berkumpulan.


3. Memberi pendedahan kepada para murid mempelajari cara untuk melakukan promosi
jualan dan menawan hati pelanggan.

4. Menarik minat pelajar menceburi bidang perniagaan untuk dijadikan hobi yang
bermanfaat pada masa hadapan.

5. Membentuk satu kerjasama kumpulan yang berperanan secara aktif.

3.0 TEMPAT PROGRAM

Dewan Putih SK Convent 2 Bukit Nanas, Kuala Lumpur

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 6 SK Convent 2 Bukit Nanas, Kuala Lumpur

5.0 ANJURAN

Panitia Matematik SK Convent 2 Bukit Nanas, Kuala Lumpur

6.0 TARIKH PROGRAM

9 dan 10 November 2016

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh Masa Program Tempat Tindakan

9 / 10 8.40 – 11.30 Persiapan & Dewan Putih Semua murid Tahun 6


November pagi Karnival Usahawati Guru beredar
2016

8.0 PENUTUP

Pihak Panitia Matematik berharap agar program yang dijalankan ini dapat berjalan dengan lancar
dan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Program ini juga diharapkan dapat
meningkatkan prestasi anak-anak murid dalam mata pelajaran Matematik. Keprihatinan dan
kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

2
…………………………….. ……………………………
( ANA HAIRANI YUSNITA ( LAILI BT. SAIDON )
BT. MOHD YUSOFF )
Ketua Panitia Matematik Guru Besar,
SK Convent (2) Bukit Nanas, SK Convent (2) Bukit Nanas,
Kuala Lumpur Kuala Lumpur

You might also like