Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN RINCHING HILIR

43000 BANGI, SELANGOR

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE ILLUSION 3D ART MUSEUM,
PASAR SENI MELALUI STESEN MRT
STADIUM KAJANG

ANJURAN

KELAB KEBUDAYAAN
SK. RINCHING HILIR, BANGI

TARIKH

15 NOVEMBER 2017
(RABU)
KERTAS KERJA LAWATAN KE STESEN MRT KAJANG DAN PASAR SENI

SEKOLAH KEBANGSAAN RINCHING HILIR, BANGI.

1.0 Pengenalan

Lawatan yang dianjurkan untuk murid-murid tahun tiga ini bertujuan memberi
pengetahuan dan pembelajaran bukan sahaja di bilik darjah tetapi boleh juga
didapati di luar kelas, persekitaran dan di luar komuniti murid. Murid-murid boleh
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di kelas dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial semasa mengikuti program lawatan ini.

2.0 Objektif

Lawatan ini dilaksanakan berlandaskan objektif berikut :-

2.1 Memberi peluang kepada murid-murid untuk melawat, menikmati dan


menghargai tempat-tempat menarik yang terdapat di dalam negara .

2.2 Murid-murid dapat belajar sambil beriadah dan memberi pengalaman


pembelajaran yang bermakna.

2.3 Melihat hasil seni Malaysia dan memberi pendedahan kepada murid-murid.

2.4 Merasai suasana pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.

2.5 Mengeratkan hubungan antara murid-murid, guru-guru, dan pihak


pengurusan yang terlibat.
3.0 Matlamat

Lawatan sambil belajar diadakan supaya murid-murid dapat didedahkan dengan


suasana pembelajaran di luar kelas serta melibatkan pengalaman dan pengetahuan
sedia ada yang ada dalam diri mereka. Murid-murid berpeluang berinteraksi dengan
masyarakat luar, menghargai kemudahan yang ada, menikmati keindahan
persekitaran dan melatih pengurusan diri sepanjang mengikuti program lawatan ini.
Selain itu semangat berpasukan, saling bekerjasama, sabar, mematuhi peraturan,
bertanggung jawab terhadap diri dan rakan juga dapat disemai dalam diri murid.

4.0 Rasional

Lawatan yang dianjurkan untuk murid-murid bertujuan memberi pengetahuan dan


pembelajaran secara tidak formal. Lawatan ini juga merupakan satu proses
pembelajaran murid secara tidak langsung di luar bilik darjah.

5.0 Kumpulan Sasaran

120 orang murid tahap 2.

6.0 Pelaksanaan

Tarikh : 15 November 2017

Hari : Rabu

Masa : 7.00 – 5.00 petang

Tempat : Stesen MRT Kajang dan Pasar Seni, Kuala Lumpur

7.0 Pendapatan dan Perbelanjaan

Rujuk Lampiran A
8.0 Anjuran

Kelab Kebudayaan, Sekolah Kebangsaan Rinching Hilir.

(Tentatif Program – Rujuk Lampiran B )

9.0 Jawatankuasa Pelaksana

( Rujuk Lampiran C )

10.0 Penutup

Adalah diharapkan aktiviti lawatan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Kerjasama yang diberikan akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.
LAMPIRAN A

PUNCA PENDAPATAN

Bil Perkara RM
1 Bayaran Murid SK Rinching Hilir
( RM 30.00 x 83 orang ) RM 2490.00

2 Bayaran Murid Pondok Tahfiz


(RM 50 x 30 orang) RM 1500

3 Sumbangan RM 1000.00

4 Penjaga x 2 orang RM 100.00

Jumlah RM 5090.00

PERBELANJAAN
Bil Perkara RM
1 Pengangkutan
RM 300 x 3 buah bas RM 900.00

2 -Sarapan pagi (roti & air mineral)


(RM 2.00 x 125 orang) RM 250

-Makan Tengah hari (KFC)


(RM 11.50 x 125 orang) RM 1437.50

3 Tiket MRT ke Pasar Seni (pergi & balik)


(RM 8.80 x 125 orang) RM 1100.00

4 Tiket 3D Animition Studio


(RM 10.00 x 110 orang murid) RM 1100.00

(RM 27.00 x 1 orang dewasa) RM 27.00

11 guru pengiring (percuma)

Jumlah RM 4814.50

Baki (RM 275.50)


Ahli Jawatankuasa Lawatan Ke Illusion 3D Art Museum,
Pasar Seni

Penasihat : En. Azmi bin Zakaria (Guru Besar)

Pengerusi : Pn. Nor Haezlin bt Pawanteh (GPK Ko Kurikulum)

Timbalan Pengerusi : Pn.Noriani bt Mat Zain (GPK HEM)

Naib Pengerusi : En.Baharuddin b. Mohamed Ibrahim (GPK Kurikulum)

Penyelaras Program : En. Mohd Fauzan bin Che Hasim

Setiausaha : Pn. Syarifah Noraini bt Syed Ali

Bendahari : Tn. Hj Zalinor bin Zainuddin

Jawatankuasa Kerja

Penyelia Peserta : En. Ridzuan bin Muhammad

Dokumentasi : Pn. Shamshidal Azlin bt Shafei

En. Zaidi bin Abdul Manaf

Makanan : Pn. Norazila bt Mihad

Pengangkutan : En. Suhaimi bin Shuib

Disiplin/Keselamatan : Guru-guru pengiring

Bacaan Doa : En. Suhaimi bin Shuib


LAMPIRAN B

Tarikh : 15 November 2017 (Rabu)

Tempat Lawatan : Stesen MRT Kajang & Illusion 3D Art Museum, Pasar Seni
Kuala Lumpur

Tentatif Program

7.00 pagi : Berkumpul di sekolah (taklimat lawatan)

7.45 pagi : Bacaan doa

8.00 pagi : Bertolak ke Stesen MRT Stadium Kajang

9.00 pagi : Bertolak ke Pasar Seni

10.00 pagi : Tiba di Pasar Seni

11.00 pagi : Lawatan Ke Illusion 3D Art Museum

1.00 tengahari : Makan dan solat Zuhur

2.00 petang : Bertolak ke Stesen MRT Stadium Kajang

3.00 petang : Bertolak ke sekolah

4.00/4.30 petang : Tiba di sekolah

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

……………………… ……………………… ………………………

(Mohd Fauzan bin Che Hasim) (Pn. Nor Haezlin bt Pawanteh) (En. Azmi bin Zakaria)
Setiausaha Lawatan GPK Ko Kurikulum Guru Besar
SK. Rinching Hilir, Bangi. SK. Rinching Hilir, Bangi. SK. Rinching Hilir, Bangi.

You might also like