Refleksi Anatomi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Refleksi: Muhamad Amir Firdaus Bin Roslee

Kursus Anatomi dan Fisiologi Manusia ini merupakan tajuk yang tidak asing kepada diri
saya yang telah mempelajari subjek Biologi sewaktu di sekolah menengah dahulu. Walau
bagaimanapun, cabaran tetap hadir dan pengalaman baru banyak ditimba hasil daripada
perolehan ilmu dalam kursus ini. Melalui kursus ini, saya dapat belajar tentang banyak perkara
tentang tubuh badan manusia malah dapat mengaitkan dengan sukan, permainan, fisologi
pelajar dan kepentingannya dalam mendidik anak bangsa Malaysia. Hal ini menjadikan kursus
ini lebih istimewa berbanding subjek biologi di dalam aspek penerapan nilai dalam pengajaran
dan pembelajaran. Di samping itu, saya juga dapat menerapkan nilai-nilai kesyukuran kerana
dapat mempelajari dan melihat kekuasaan Illahi melalui penciptaan mahluk yang sangat cantik.

Pemberian fokus seterusnya ialah kepada pembentangan yang telah ditugaskan kepada
saya iaitu fisiologi peredaran darah dan Kaitan Umur dengan Sistem Kardiovaskular. Perolehan
maklumat dilakukan dengan menaakul bahan-bahan bacaan daripada perpustakaan dan
bersumberkan internet. Penerapan ilmu juga diperoleh daripada pengalaman sedia ada sama
ada daripada pengajaran biologi dahulu ataupun daripada pengajaran pensyarah. Tetapi,
perolehan maklumat yang paling berkesan bagi saya ialah melalui sumber video kerana kita
dapat melihat sendiri pergerakan maujud darah di dalam saluran darah tersebut. Sepanjang
proses dapatan maklumat ini, pelbagai ilmu baru yang saya peroleh malah saya tidak pelajari di
dalam subjek biologi dahulu seperti cara untuk mengira takanan darah menggunakan
sfigmanometer. Hasil daripada perolehan maklumat ini, maka terhasil satu bentuk
pembentangan dengan menggunakan Power Point ditambah denganbahan sokongan seperti
video yang menarik.

Kesukaran yang dihadapi sepanjang proses penghasilan persembahan dan


pembentangan banyak mengajar sifat menghormati masa. Malah, terdapat juga insan-insan
yang hadir dalam membantu meringankan tugasan saya terutamanya ahli kumpulan saya yang
memberikan kerjasama yang sebaiknya. Akhirnya, hasil daripada kerjasama ini, satu set
pembentangan untuk tajuk Saluran dan Peredaran Darah berjaya disempurnakan.
Kesimpulannya, pengalaman dan ilmu amat membuka minda serta pemikiran sama ada ilmu
tersebut baru atau lama. Malah, ilmu yang diperoleh ini dapat diaplikasikan ketika mendidik
generasi baru yang sedang membangun supaya dapat diwujudkan satu jalan pengaliran ilmu
tanpa putus tanda kehidupan yang diberkati. Semoga ilmu ini akan terus memberikan manfaat
dan dapat merentas ke generasi baru dalam usaha membina generasi Minda Kelas Pertama.

You might also like