Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH

32800 PARIT
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
MEMBAIK PULIH & MENAIK TARAF
BILIK SENI 2
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

Disediakan oleh:

Jabatan Kemanusiaan
( Panitia Pendidikan seni Visual )
SMK Iskandar Shah
Disediakan pada 13 sept 2018
MEMBAIK PULIH & MENAIK TARAF BILIK SENI 2

PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENDAHULUAN

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui


persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk
merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah
yang kondusif terutamanya kawasan bilik khas iaitu studio seni yang menjadi tempat atau wadah
ilmu bagi pelajar-pelajar menghasilkan karya.

Prasarana dan pengurusan bilik seni sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin
seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya
yakni guru dan para pelajar. Justeru,sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, Studio seni
sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna
pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.Keselesaan dan suasana
yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik Melalui
menambah keperluan bahan bantu mengaja yang telah usang dan rosak , bagi memenuhi hasrat
kpm untuk menghasilkan insan yang keratif.

OBJEKTIF

1.1 Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian
terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah

1.2 Supaya dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan murid yang
ingin belajar subjek pendidikan seni.

1.3 Hasil kerja pelajar yang dipamerkan di studio seni sebagai buah tangan /kenang-
kenangan bila pelajar meninggalkan alam persekolahan kelak dengan mewujudkan sudut
pameran karya pelajar.

1.4 Memberi pengalaman pembelajaran berdasarkan aktiviti yang terancang bersama


ABM yang lengkap untuk menarik pelajar agar mencintai seni.

1.5 Kemudahan yang mencukupi , akan menjadikan proses penghasilan karya oleh
pelajar akan bertambah menarik.

1.6 Menjamin keselamatan peralatan dan kemudahan bilik seni yang ada dalam bilik
tersebut.

SASARAN

3.1 Semua Warga SMK Iskandar Shah, terutama sekali pelajar.


SENARAI NAMA PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL 2018

Pengerusi : Tn. Hj Omar B. Din - Pengetua

Naib Pengerusi : Pn. Sathirah Bt. Ahmad Nawawi - Penolong Kanan 1

Ketua Panitia : En. Ismail B. Shaari

Setiausaha : En. Abdul Karim B. Abd Rani

AJk : Tn. Hj Mior Hazrin B. Mior Hamzah

PENGENALAN BILIK SENI 2

1. Bilik seni 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Parit dijalankan. adalah
sebuah bilik darjah yang telah diubahsuai menjadi bilik seni bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran

2. Bilik seni 2 ini digunakan sepenuhnya untuk kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5
untuk matapelajaran Pendidikan Seni Visual.

3. Keluasannya adalah sama dengan bilik darjah lain yang terdapat di sekolah ini.

4. Di dalam bilik seni 2 ini juga terdapat beberapa peralatan dan perabot yang tidak sesuai
untuk kegunaan pelajar.

5. Bilik ini juga tiada tempat untuk penyimpanan barang dan juga tempat penyimpanan
hasil kerja pelajar. Ini telah menyebabkan bilik seni 2 ini kelihatan padat dan tidak
teratur.

6. Bilik ini juga tiada sinki dan paip air. Pelajar dan guru terpaksa keluar ke tandas yang
berdekatan untuk mengambil air. Ini akan menyebabkan proses PdPc sedikit terganggu.

PERALATAN SEDIA ADA

1. Meja murid ( meja kantin ) – 5 buah

2. Kerusi - 30 buah

3. Papan Putih - 1 buah

4. Layar Putih -1

5. Almari besi - tiada

6. Almari pameran - tiada

7. Rak Buku - 1 ( dah usang )

8. Table top - tiada


PERMASALAHAN

1. Tiada stor Penyimpanan .

i. Tiada kemuhadan untuk penyimpanan. Stok panitia terdedah dan boleh diuri oleh
pelajar. Hasil kerja pelajar tidak dapat disimpan dengan baik kerana tiada tempat untuk
penyimpanan.

2. Bilik seni 2 tiada kemudahan sinki dan sumber Paip air.

i. ketiadaan sinki di dalam bilik seni 2 amat menyukarkan proses pengajaran dan
pemudaharaan . ini kerana pelajar dan guru terpaksa keluar dari bilik untuk ke tandas
berdekatan untuk mengambil sumber air.

3. Almari Kabinet ( table Top ) dan almari pameran.

i. Kemudahan almari kabinet tiada dalam bilik , hanya menggunakan meja pelajar
untuk
dijadikan tempat meletak buku dan sebagainya.

ii. Seringkali berlaku kehilangan peralatan alatan melukis dan kerosakan hasil kerja
murid kerana almari pameran yang telah usang dan tidak berkuni. Ini kerana murid
dengan mudah dapat membuka dan mengambil bahan tersebut.

4. Cermin tingkap dan bingkai tingkap yang rosak.

i. Ketiadaan cermin tingkap yang sempurna , menyebabkan air hujan masuk kedalam
bilik seni dan menyebabkan bilik seni banjir. Menyebabkan ada hasil kerja pelajar
rosak akibat terkena air hujan.

5.Sehubungan itu , saya lampirkan gambar tentang keadaan bilik seni 2 SMK Iskandar
Shah( sila Rujuk lampiran B )

CADANGAN MEMBAIK PULIH / MENAIK TARAF BILIK SENI 2

BIL PROJEK SKOP PROJEK ANGGARAN JUSTIFIKASI PROJEK


KOS (RM)
1. Mengganti dan Kerja-kerja membekal Sebahagian bingkai tingkap lama
memasang tingkap dan memasang tingkap telah rosak maka ia didapati tidak
sedia ada dengan cermin. begitu kukuh dan tidak selamat
tingkap cermin Bahan: Tingkap cermin lagi.
Bingkai tingkap besi.
2. Membuat setor Kerja-kerja membina Membuat setor baru dengan
penyimpanan setor baru untuk membina dinding baru untuk
kegunaan dijadikan setor. Kerana bilik darjah
penyimpanan stok yang sedia ada tidak sesuai untuk
panitia dan hasil kerja penyimpanan .
pelajar.
3. Membina ruang sinki Kerja-kerja membekal Panitia psv tidak mempunyai
dan paip air. dan membina ruang sinki dan sumber paip air.
sinki dan paip
LAMPIRAN A

Blok dinding tambahan

Setor penyimpanan ruang sinki

Cadangan penambahan setor dan ruang sinki

bilik seni sedia ada

Cadangan penambahan setor dan ruang sinki

PELAN BILIK SENI


LAMPIRAN B

Gambar Keadaan Bilik Seni 2.

Ketiadaan meja ( table Top ) = mempamerkan hasil kerja pelajar

Tiada almari / stor untuk penyimpanan = kehilangan barang panitia sentiasa berlaku.

Keadaan luar bilik seni 2. Bahagian yang dicadangkan untuk dinaiktaraf .


KANDUNGAN KERTAS KERJA

Butiran Bahan yang Tindakan


diperlukan

Pembinaan kertas kerja Kertas, Ink, Komputer Pengurus projek

Perbincangan dengan pihak pentadbir Kertas cadangan Pengurus projek,


Pengetua

Bincang tentang dana dengan CC Nota Minta Pengurus projek,


Pengetua, CC

7.0 PENUTUP

Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan
pengurusan yang dikendalikan oleh Ahli panitia PSV bagi tahun 2018. Di harap projek
menambahbaik dan baik pulih bilik seni 2 untuk PdP terlaksana maka segala perancangan atau
segala aktiviti berkaitan seni visual dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini adalah
salah satu flatfom para pelajar untuk mencari pengalaman secara terus tidak melalui bilik darjah.
Diharap hasil daripada usaha ini nanti akan lebih menjadi tumpuan pelajar , apabila bilik PSV
menjadi pusat perkembangan kreativiti pelajar.

Di sediakan oleh : Di Semak oleh :

…................................................................. …………………………………………….
( EN. ABDUL KARIM B. ABDUL RANI ) ( EN. ISMAIL B, SHAARI )
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Seni Visual Pendidikan Seni Visual
SMK Iskandar Shah . Parit. SMK Iskandar Shah, Parit

Di Semak oleh :

….................................................................
( TN. HJ OMAR BIN DIN )
Pengetua
SMK iskandar Shah, Parit

You might also like