Implikasi Zakat Terhadap Sistem Percukaian Negara

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

IMPLIKASI ZAKAT TERHADAP SISTEM PERCUKAIAN NEGARA

1.0 MUQADDIMAH

Falsafah Islam memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat berbanding dengan


kepentingan peribadi. Falsafah Islam berbeza dengan falsafah barat yang berdasarkan
kepentingan sendiri dan bersifat individualistik ataupun komunis yang mengongkong kebebasan
individu serta memberi kuasa menindas kepada kerajaan. Justru itu, Islam menetapkan
peraturan yang bersesuaian untuk dilaksanakan sepanjang zaman kepada pemerintah untuk
mentadbir negara secara adil dan saksama. Salah satu peraturan Islam yang membenarkan
pemerintah mendapat sumber dana bagi mentadbir negara ialah cukai dan zakat.

Cukai adalah tanggungjawab kepada negara dan sumber cukai adalah dari semua jenis hasil
pendapatan dan boleh dipungut ke atas semua rakyat yang mempunyai pendapatan. Cukai juga
dikutip adalah bagi tujuan kepentingan pentadbiran negara sepertimana yang dinyatakan oleh
Dato’ Haji Abdul Aziz @ Ambak Ismail, Ahli Jemaah Fatwa Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu
Terengganu bahawa:
“Kalau rujuk kepada perintah usul perintah ataupun hukum syarak dalam Islam yang
bermaksud; sebarang urusan pemerintah terhadap rakyat di kawasan negeri tertentu
adalah tertakluk kepada adanya kebajikan dan kemaslahatan kepada rakyat itu sendiri’

Beliau juga menyatakan bahawa kaedah mengenakan cukai penting bagi menjaga kepentingan
rakyat dan dalam kaedah siasah Islamiah, pemerintah dengan rakyat adalah sama-sama
bertanggungjawab. Pemerintah (kerajaan) bertanggungjawab terhadap rakyat dan rakyat
mestilah juga bertanggungjawab terhadap pemerintah yang berkuasa iaitu kedua-dua pihak
saling tolong menolong kerana pemerintah memberi perkhidmatan kepada rakyat dan
mengadakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Rakyat sepatutnya memberi kerjasama
kepada pemerintah dengan mematuhi peraturan yang dikenakan selagi tidak wujud kezaliman.

Manakala Zakat adalah berbeza dengan cukai. Zakat adalah merupakan tanggungjawab agama.
Firman Allah SWT dalam Surah Az-Dzariaat : 19 yang bermaksud:
”Dan dalam harta mereka ada hak untuk orang yang meminta dan orang miskin yang
(tak) mahu meminta”.
Dan dalam Surah Al Maarij : 24 - 25 yang bermaksud:
”Dan orang yang dalam hartanya ada hak yang tertentu, untuk orang yang meminta dan
orang miskin yang tak mahu meminta”

1
Menurut Dr Yusuf Qardhawi, cukai dari segi bahasa Arab ialah ’dharibah’ di mana dinyatakan di
dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 61 yang bermaksud:

” Lalu mereka itu ditimpa kehinaan dan kemiskinan...”

Berdasarkan ayat tersebut cukai bermaksud ditimpa atau dalam ertikata lain tekanan. Ini
bermakna cukai adalah bayaran yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat. Zakat pula
dalam bahasa Arab ialah ’tathir’ yang bermaksud penyucian iaitu penyucian jiwa dan harta.
Tujuan membayar zakat adalah untuk membersihkan dan menyuburkan jiwa dan harta di mana
pengorbanan orang yang memiliki harta terhadap golongan yang memerlukan. Dalam Jadual 1
menunjukkan perbezaan antara zakat dan cukai.

Jadual 1 : Perbezaan antara zakat dan cukai

ZAKAT CUKAI
Konsep Zakat - penyucian jiwa dan harta Konsep cukai - tekanan. Dikenakan oleh
(Yusuf Qardhawi). Tanggungjawab pemerintah kepada rakyat.
agama/Ibadat

Tidak bayar zakat berdosa Tidak bayar cukai dikenakan denda oleh
pemerintah

Bayar zakat tertakluk kepada Muslim yang Semua rakyat yang layak kena bayar cukai
layak sahaja.

Zakat dikutip oleh kerajaan Islam sahaja Cukai boleh dikutip oleh sesiapa sahaja yang
memerintah negara

Sumber zakat adalah dari sumber halal sahaja Sumber cukai adalah semua sumber yang
diperolehi.

Kadar zakat adalah tetap iaitu 20 miskal/85gm. Kadar cukai boleh berubah mengikut kadar
Yang berubah hanyalah nilai wang sahaja. yang ditetapkan oleh kerajaan pada setiap
tahun

Pengagihan zakat tertakluk kepada 8 golongan Pengagihan cukai adalah untuk membiayai
asnaf sahaja. Pentafsiran asnaf sahaja yang semua aktiviti pemerintah untuk keperluan
berubah mengikut keperluan semasa. Dr Yusuf rakyat.
Qardhawi mentafsirkan peruntukan ’fisabilillah”
merujuk kepada jihad, misalnya bagi aktiviti
pendidikan, ie. Bina sekolah.

2
2.0 IMPLIKASI ZAKAT DALAM SISTEM PERCUKAIAN NEGARA

Semua rakyat yang layak membayar zakat dan cukai hendaklah melaksanakan tanggungjawab
tersebut untuk kepentingan kemajuan dan kemakmuran negara. Usaha-usaha untuk memberi
kesedaran dan kefahaman kepada rakyat akan kepentingan dan kewajiban membayar zakat dan
cukai hendaklah dilakukan berterusan. Oleh itu, penerangan yang lebih jelas mengenai konsep
dan fungsi zakat dan cukai bagi mengelakkan keraguan pembayar zakat dan cukai kepada
pemerintah adalah perlu diperluaskan lagi.

2.1 TAKSIRAN ZAKAT DAN CUKAI

Kaedah pengiraan zakat dan cukai adalah berbeza iaitu pengiraan zakat adalah
berdasarkan jumlah aset semasa bersih perniagaan yang ditunjukkan dalam lembaran
imbangan dan pengiraan cukai pula berdasarkan keuntungan dari penyata untung dan
rugi sesebuah perniagaan. Contoh pengiraan boleh dirujuk dalam Jadual 2, 3, 4, 5 dan 6.

Dalam Syarah as-Soghir menyatakan:-

Taksirkanlah harta-harta zakat kamu setiap jenis pada setiap tahun mengikut
harga jualan semasa yang sedang digunakan pada waktu itu.

Ini bermakna kadar zakat adalah berdasarkan nilai wang pada tahun zakat ditaksirkan.
Manakala taksiran cukai pula adalah berdasarkan kadar cukai yang ditetapkan dalam
belanjawan negara pada tiap tahun mengikut keperluan semasa.

3
Contoh Akaun Perniagaan Kedai Runcit Milik Perseorangan

Jadual 2 : Penyata Untung Rugi Tahun Berakhir 31.12.2006


Stok 1.1.2006 40,000 Jualan 120,000
Belian 70,000 Stok 31.12.2006 44,000
Untung Kasar 54,000
164,000 164,000

Untung kasar bawa ke hadapan


Tolak : Upah 12,000
Lesen Perniagaan 100
Makanan 4,000
Kertas/tali 200
Petrol 800
Pengangkutan 700
Telefon 200
Suratkhabar 50
Elektrik 700
Air 200

Susutnilai 4,000 22,950

Untung bersih 31,050

Jadual 3 : Lembaran Imbangan (Kunci Kira-kira ) pada 31.12.2006


Modal 12,000 Pelaburan 4,000
Untung bersih 31,050 Kereta : Kos 40,000
Susut Nilai (4,000) 36,000
Ambilan (16,000) Penimbang 100
27,050 Stok 44,000
Si piutang pelbagai (
4,000 Si berhutang(Debtor) 5,000
other creditors )
Si piutang
Tunai di tangan 100
Perdagangan (Trade 65,150
Tunai di bank 7000
Creditors )
96,200 96,200

4
Jadual 4 : Pengiraan Zakat
Harta Perniagaan semasa :
Stok Perdagangan 44,000
Tunai di tangan 100
Tunai di bank 7,000
Si berhutang 5,000
Pelaburan 4,000
60,100
Tolak
Si piutang 65,150
Jumlah di nilai zakat Tiada

Perniagaan ini tidak dikenakan zakat, kerana ia tidak memiliki harta perniagaan yang mencukupi
nisab malah ia menanggung hutang yang melebihi harta semasa perniagaannya. Seseorang
usahawan yang layak dikenakan cukai pendapatan tidak semestinya diwajibkan membayar zakat
perniagaan. Perniagaan ini telah dikenakan cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2006 seperti
dalam Jadual 4.

Jadual 5 : Pengiraan Cukai Pendapatan Individu


(daripada akaun yang sama)
Untung bersih mengikut akaun 31,050
Campur balik : Susutnilai (tidak dibenar ) 4,000
Makanan persendiran (dianggarkan) 2,000
Ambilan persendirian (dianggarkan) 1200 7,200
38,250
Tolak : Elaun modal-Kereta 8,000

Pendapatan berkanun 30,250

Tolak :

Pelepasan Diri 8,000


Isteri 3,000
Anak (seorang) 1000 12,000
18,250
Cukai di atas 10,000 175.00
8,250@3% 247.50
422.50
Tolak Rebat : Diri dan Isteri 350
Zakat Tiada 350.00

Jumlah Cukai Pendapatan 72.50

Jumlah cukai yang kena bayar 72.50

5
Jadual 6 : Contoh akaun perniagaan yang dikenakan zakat:

Aset semasa;
Stok 62,600
Si berhutang 18,000
Tunai di tangan 2000
Tunai di bank 9,400
Pelaburan -

Jumlah nilai punca


Harta Zakat 82,000
Tolak si piutang 60,000
Harta bersih wajib zakat 22,000

Kadar zakat
2.5% x 22,000 = RM 550.00 2.577% x 22,000 = RM 566.94
( Tahun Hijrah/Qamariah) 354 hari (Tahun Masihi/365 hari)

Ini jelas menunjukkan bahawa taksiran zakat tidak memberi apa-apa impak kepada taksiran
cukai. Namun begitu, sekiranya individu atau syarikat tidak dikenakan cukai maka tidak
semestinya individu atau syarikat tersebut tidak dikenakan zakat. Sekiranya mereka tidak
dikenakan zakat atas pendapatan atau aset semasa bersih, tetapi mereka perlu membayar zakat
simpanan atau zakat harta sekiranya ada.

Sistem Kutipan Cukai pada masakini boleh dikatakan sebagai memuaskan dengan terkumpulnya
pungutan wang cukai sebanyak RM 65.7 bilion bagi tahun taksiran 2006. Perkembangan Zakat
juga dlihat amat memberangsangkan. Jumlah pungutan wang zakat bagi tahun taksiran 2005
ialah RM 573.9 juta (Sila rujuk Jadual 7) berbanding pada tahun 2004 sebanyak RM 473 juta.
Walaubagaimanapun, berdasarkan jumlah kutipan zakat berbanding dengan pendapatan negara,
peratusnya adalah terlalu kecil dan tidak signifikan. Manakala % jumlah kutipan cukai adalah
melebihi 50% daripada pendapatan negara. Walau bagaimanapun kutipan cukai adalah dari
semua golongan yang layak membayar cukai manakala zakat adalah dari Muslim yang layak
sahaja dan zakat ditaksir berdasarkan aset semasa dan cukai ditaksir dari untung rugi. Namun
begitu jumlah kutipan zakat masih terlalu kecil berbanding dengan jumlah penduduk beragama
Islam sebanyak 61%.

6
Jadual 7: Maklumat Kutipan Zakat /Pendapatan Negara
Penduduk Keseluruhan 26.7 juta
Penduduk Beragama Islam 16.3 juta
% Penduduk Islam 61%
Saiz Ekonomi (KDNK Harga Sebenar) RM262 billion
Pendapatan Negara RM106.3 bilion
Jumlah Zakat RM573.9 juta
% Zakat / Pendapatan Negara 0.53%
(Sumber: Laporan Zakat 2005, PPZ)

2.2 POTONGAN ZAKAT DI BAWAH AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

2.2.1 Rebat Zakat Bagi Individu (Mastautin)

Bayaran zakat dibenarkan potongan sebagai rebat di bawah Sek ^A (3) ACP
1967 yang berkuatkuasa nulai tahun 1978. Sila rujuk kertas kerja bertajuk
Layanan Bayaran Zakat Mengikut Peruntukan ACP 1967 oleh Dr Mohd Shukor
Mahfar.

2.2.2 Zakat Sebagai Perbelanjaan Dibenarkan

Mulai tahun 2005, kerajaan telah membenarkan zakat yang dibayar oleh
sesebuah syarikat (2.5% daripada pendapatan agregat) boleh diberi pelepasan
di dalam perbelanjaan yang dibenarkan dalam syarikat (allowable expenses).
Sila rujuk kertas kerja oleh Dr Mohd Shukor Mahfar.

Insentif yang diberikan tidak dapat mengurangkan bebanan kewangan syarikat


bagi menggalakkan mereka membayar zakat. Oleh kerana denda tidak
dikenakan atas syarikat atau individu yang enggan membayar zakat tetapi
denda/penalti akan dikenakan kepada individu atau syarikat yang tidak
membayar cukai menyebabkan pihak syarikat atau individu terlibat lebih
mementingkan pembayaran cukai.

Pihak yang bertanggungjawab membayar cukai dan zakat tidak takut melanggar
peraturan Allah swt kerana pada perspektif mereka balasan terhadap
keengganan mereka membayar zakat sesuatu yang tidak dapat dilihat kesannya
berbanding cukai. Oleh itu usaha-usaha menggalakkan rakyat beragama Islam

7
yang layak membayar zakat memberi komitmen terhadap kewajipan
melaksanakan bayaran zakat hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya.
Tambahan pula tanggungjawab membayar zakat adalah tanggungjawab kepada
perintah Allah SWT.

3.0 LANGKAH KE ARAH SISTEM CUKAI MESRA ZAKAT

Sistem percukaian bukanlah satu persaingan kepada sistem zakat. Sistem zakat dan dan sistem
percukaian adalah saling melengkapi antara satu sama lain dalam sistem ekonomi negara.
Penguatkuasaan bayaran zakat wajib dilakukan sepertimana cukai walaupun tidak mendapat
potongan dari cukai. Namun, tanggungjawab pemerintah memberi rebat zakat perniagaan akan
membolehkan syarikat dan usahawan Muslim lebih berdaya saing dan tidak dibebani dengan dua
pembayaran iaitu zakat dan cukai.

Menurut Syed Othman Al-Habsyi, bahawa Belanjawan Tahunan 1993 adalah kali pertama telah
menyentuh tentang zakat. Beliau telah menyatakan bahawa pada hakikatnya, zakat itu adalah
satu institusi ekonomi dan kebajikan yang amat penting. Beliau juga telah menyatakan tentang
wujudnya perbezaan skop, pendekatan dan undang-undang pentadbiran zakat yang disebabkan
oleh pengurusan kutipan zakat secara berasingan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri-
negeri dan Wilayah Persekutuan. Justeru itu satu kajian secara menyeluruh perlu dilakukan untuk
mengembalikan institusi ini kepada taraf sewajarnya dan untuk mengatasi masalah pertindihan
pembayaran zakat dengan cukai pendapatan (khususnya bagi badan korporat dan perniagaan
yang belum diberi apa-apa rebat seperti yang diberi kepada individu apabila mereka membayar
zakat) dan pengurusan kutipan zakat. Bagi tujuan pengagihan beliau juga memberi saranan
supaya perbincangan di antara ulama dan cendekiawan perlu dibuat untuk menimbangkan cara-
cara pengagihan yang lebih produktif dan saksama.

3.1 Zakat Sebagai Rebat Cukai

Sekiranya zakat ditolak dari cukai yang kena dibayar tidak bermakna jumlah kutipan
cukai akan berkurang dan akan menjejaskan belanjawan negara. Ini bukanlah suatu
perkara yang tidak boleh dicapai tetapi telah terbukti dalam sejarah Islam dan merupakan
janji Allah SWT yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.

8
3.1.1. Penyata Akaun Perniagaan Lebih Telus

Penyata Akaun yang digunakan untuk pengiraan zakat hendaklah sama dengan penyata
akaun yang dibuat untuk pengiraan cukai atau bagi syarikat sendirian berhad atau
berhad ialah penyata kewangan yang telah diaudit. Secara tidak langsung akan
mendorong ahli perniagaan mengemukakan akaun yang lebih telus. Malah pihak
Lembaga Hasil Dalam Negeri hanya membenarkan tolakan maksima jumlah zakat hanya
tertakluk kepada 2.5% dari jumlah aset semasa bersih. Jika pembayar zakat membayar
lebih dari kadar 2.5% zakat dari jumlah aset semasa bersih maka perlu dipastikan
sekiranya termasuk bayaran zakat dari simpanan atau harta lain. Jika tiada zakat dari
sumber lain, bermakna pihak pentadbir cukai boleh menjalankan audit ke atas syarikat
tersebut. Sistem zakat membawa kepada ketelusan, prihatin terhadap tanggungjawab
kepada agama dan negara. Apabila zakat dan cukai meningkat, kedudukan asnaf dan
masyarakat keseluruhan akan terbela. Walau bagaimanapun yang paling penting ialah
membuat polisi dan penguatkuasaan dan seterusnya bertawakkal kepada Allah SWT
supaya pembayar zakat dan cukai ini benar-benar telus dalam mengisytiharkan
pendapatan dan harta mereka. Dalam membuat taksiran zakat dan cukai, diharap
mereka akan menggunakan kaedah perancangan cukai yang dibenarkan dan bukan lari
dari tanggungjawab membayar zakat dan cukai.

3.1.2 Peningkatan Kutipan Cukai

Apabila cukai syarikat dibenarkan ditolak dengan zakat perniagaan yang dibayar, maka
akan mendorong pembayar cukai mengistiharkan pendapatan mereka yang sebenar dan
implikasi kepada hal ini ialah akan meningkatkan pungutan hasil cukai negara.
Pemberian rebat akan meningkatkan kutipan zakat dan seolah-olah pula memberi
implikasi kepada pengurangan hasil cukai. Namun Allah SWT telah memberi jaminan
seperti dinyatakan dalam AlQuran, surah As Saba’ : Ayat 39 yang bermaksud:

”Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki dan menyempitkan


bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Apa-apa yang
kamu nafkahkan di antara sesuatu, maka Allah akan menggantinya, dan Dia
sebaik-baik yang memberi rezeki.

Oleh itu, jelaslah bahawa hasil yang dibelanjakan bagi manfaat rakyat akan diganti oleh
Allah SWT dan ini bermakna jumlah kutipan cukai tidak akan berkurang apabila semua

9
golongan yang layak membayar zakat dan cukai telah dengan jujur dan memberi
komitmen yang tinggi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Tambahan pula hasil pendapatan negara sebenarnya tidak berkurang tetapi hanya
pentadbiran pengagihannya sahaja yang bertukar dari satu jabatan kepada jabatan yang
lain. Tanggungjawab berbentuk bantuan, derma, aktiviti untuk kepentingan orang Islam
seperti memberi bantuan dermasiswa, meningkatkan kualiti perkhidmatan institusi
pendidikan negara dan seumpamanya akan diberi tanggungjawab kepada institusi zakat.
Misalnya masalah pelajar yang mendapat pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN), Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau institusi lain tetapi sukar
mendapat bayaran balik dari mereka akan dapat diatasi. Apabila kutipan zakat meningkat
maka pihak pemerintah boleh memberi dermasiswa sepertimana yang telah dipraktikkan
dahulu dan bukan bantuan dalam bentuk pinjaman. Jika masih kurang kemampuan,
sekurang-kurangnya sebahagian dari pembiayaan belajar di universiti atau kolej dibiayai
oleh kerajaan.

3.1.3 Melemahkan sistem pinjaman ’Along’

Golongan yang layak menerima zakat adalah termasuk orang yang berhutang. Ini
sekaligus menegakkan syiar Islam dan isu pinjaman melalui ’Along’ dapat dihapuskan
melalui bantuan perniagaan dari sumber zakat. Walaubagaimanapun sudah pasti
pemilihan pemberian tersebut melalui prosedur-prosedur yang ditetapkan bagi
mengelakkan maklumat palsu. Selain itu, dapat membantu dalam melahirkan usahawan
Muslim sepertimana sistem Ar-Rahnu di negeri Terengganu.

3.1.4 Melemahkan perikatan pengumpulan kekayaan dengan kuasa politik

Polisi zakat mengukuhkan pembahagian ekonomi antara masyarakat. Polisi zakat juga
mengambilkira pertimbangan yang wajar ke arah kumpulan tertentu, taraf hidup
masyarakat dan pelengkap kepada agenda pemerintah. Dalam hal ini keupayaan zakat
dalam memberi keadilan dan kebajikan sama rata di kalangan masyarakat tidak dapat
diragui lagi. Zakat bukan sahaja ibadat semata-mata tetapi memainkan peranan penting
dalam kemajuan dan persekitaran sosial yang sihat dan harmoni di mana wujud
kerjasama dan simpati antara satu sama lain. Ini bukanlah suatu fiksyen tetapi telah
terbukti dalam sejarah Islam semasa pemerintahan Saidina Omar Abdul Aziz, tiada
seorang pun yang layak menerima zakat selepas 5 tahun sistem zakat diperkenalkan.

10
3.2 PRIORITI YANG WAJIB

Merujuk kepada prioriti dalam fiqh, adalah harus mendahulukan hal yang paling wajib
atas hal yang wajib, mendahulukan hal yang wajib atas mustahab (sunat), dan perlu
menganggap mudah hal-hal yang sunnah dan mustahab serta harus mengambil berat
terhadap hal-hal yang fardhu dan wajib. Sebagai individu Muslim mestilah menekankan
lebih banyak terhadap perkara-perkara fardhu yang mendasar daripada perkara yang
lainnya; khususnya shalat dan zakat yang merupakan dua bentuk fardhu yang utama,
yang selalu digandingkan penyebutannya di dalam al-Qur'an pada dua puluh delapan
(28) tempat ; dan juga banyak sekali hadis yang menyebutkan kedua hal ini. Antara lain:

Diriwayatkan dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,

"Islam itu dibangun di atas lima perkara; bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah
dan bahwa Muhammad adalah hamba dan RasulNya, mendirikan shalat,
membayar zakat, menunaikan haji ke Baitullah, dan berpuasa di bulan
Ramadhan."

Diriwayatkan dari Ibn Abbas r. a. berkata bahwasanya Nabi SAW mengutus Mu'adz r.a.
untuk pergi ke Yaman, baginda bersabda kepadanya,

"Ajaklah mereka untuk bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan
sesungguhnya aku adalah Rasulullah. Apabila mereka mematuhi dirimu dalam
perkara ini, maka beritakanlah kepada mereka bahwasanya Allah telah
memfardhukan shalat lima waktu sehari semalam. Dan apabila mereka mentaati
dirimu dalam perkara ini, maka beritakanlah kepada mereka bahwa Allah SWT
telah memfardhukan kepada mereka untuk membayar zakat yang diambil
dari orang-orang kaya mereka dan dikembalikan kepada orang-orang fakir di
antara mereka."

Diriwayatkan dari Ibn Umar r. a. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,


"Aku telah diperintahkan untuk memerangi orang-orang sehingga mereka
bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan sesungguhnya Muhammad
adalah Rasulullah, mendirikan shalat, membayar zakat. Jika mereka telah
melaksanakan perkara-perkara itu, berarti mereka telah melindungi darah dan
harta benda mereka dari diriku. Dan Allah SWT akan menghitung apa yang
telah mereka lakukan."

11
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. berkata,
"Ketika Rasulullah SAW wafat dan Abu Bakar diangkat menjadi khalifah, ada di
antara orang-orang Arab yang menjadi kafir kembali, maka Umar r.a.
berkata, 'Bagaimanakah kalau kita memerangi orang-orang itu karena
Rasulullah saw telah bersabda, 'Aku telah diperintahkan untuk memerangi
orang-orang sehingga mereka mengucapkan bahwa tiada tuhan selain
Allah. Maka barangsiapa yang mengatakannya maka dia telah melindungi harta
dan jiwanya dari diriku, dan Allah akan memperhitungkan segala amal
perbuatannya.'?' Maka Abu Bakar menjawab 'Demi Allah, sungguh aku akan
memerangi orang yang memisahkan antara shalat dan zakat. Karena
sesungguhnya zakat adalah hak harta benda. Demi Allah, kalau mereka enggan
memberikan seekor unta yang dahulu pernah mereka berikan kepada
Rasulullah saw maka aku akan memerangi mereka, karena keengganan itu.'
Umar berkata, 'Demi Allah, itu tidak lain kecuali bahwa aku telah melihat Allah
melapangkan hati Abu Bakar untuk melakukan peperangan itu, dan aku betul-
betul mengetahuinya.'"

Berdasarkan dari hadith-hadith tersebut menunjukkan bahawa perkara-perkara fardhu


ini adalah dasar amalan agama. Barangsiapa mengerjakannya dengan sempurna, tidak
menguranginya sedikitpun, bererti dia telah membuka pintu syurga, walaupun dia
tidak mengerjakan amalan-amalan sunnah di luar fardhu itu. Ajaran yang diajar oleh Nabi
SAW ketika beliau mengajar para sahabatnya ialah memusatkan perhatian terhadap
rukun dan dasar, dan bukan menekankan perhatian terhadap perkara-perkara kecil,
remeh, yang tidak akan ada penghujungnya.

Di antara kesalahan yang dilakukan oleh individu ialah memberikan perhatian yang
berlebihan terhadap perkara yang hukumnya sunnah, daripada perhatian yang
diberikan kepada hal-hal yang hukumnya wajib yang berkaitan dengan shalat, puasa,
dan haji. Rasullullah SAW telah bersabda bermaksud:

"Tidak bercampurlah antara harta yang telah wajib dizakatkan dengan harta yang
asal (tidak diwajibkan zakat) melainkan kemusnahan terhadap harta-harta
tersebut.

Ancaman dan amaran Rasulullah ini mengisyaratkan kepada kewajipan menyegerakan


pembayaran zakat tanpa bertangguh-tangguh agar harta kita sentiasa berkat dan
selamat.

12
Allah swt berfirman dalam Surah Al-Imran: 102 yang bermaksud:

”Hai orang-orang beriman takutlah kamu kepada Allah sebenar-benarnya takut


dan janganlah kamu mati, melainkan kamu orang Muslim”.

3.0 PENUTUP

Zakat tidak memberikan implikasi negatif kepada sistem percukaian negara justeru zakat dan
cukai adalah saling melengkapi dalam sistem ekonomi negara. Zakat yang dibayar dan ditolak
daripada jumlah cukai yang dibayar tidak akan memudaratkan ekonomi negara justeru Allah
berjanji kepada hambaNya bahawa zakat ialah sebagai penyubur dan pertumbuhan kepada
rezeki yang telah diperolehi. Ini bermakna hasil pendapatan negara akan terus meningkat dan
tumbuh.

Usaha melaksanakan peraturan Islam tidaklah perlu diragui lagi kerana tidak ada bukan Muslim
yang ditindas apabila berada dalam negara Islam. Apabila sistem cukai yang adil dan saksama
seperti sistem zakat diapplikasikan, akan dapat melambangkan keindahan dan kecantikan
sistem percukaian Islam.

Misalnya apa yang dilihat hari ini perkembangan sistem perbankan Islam. Apakah kelebihannya
sehingga ia berkembang pesat pada masa kini?. Jika hal ini tidak benar maka perbankan Islam
tidak akan menjadi terkemuka di seluruh dunia. Malah individu bukan Islam juga melabur dan
menabung wang melalui sistem ini. Maka sudah pasti kerana sistem ini datang dari Allah SWT
yang Maha Pencipta segala yang ada di bumi dan dilangit. Teori manusia ada kemungkinannya
tidak tepat tetapi tidak ada keraguan walau sedikitpun akan peraturan atau sistem yang dicipta
oleh Allah SWT. Sistem ini adalah tepat dan sesuai kepada semua status, kepercayaan, tempat,
ugama dan masa.

13
RUJUKAN

Abu Al-Hasan Sadeq (1994). A Survey of the Institution of Zakat: Issues Theories and
Administration. Islamic Development Bank, Discussion Paper No. 11, Jeddah, Saudi Arabia.

Bajet 2007 dan Maklumat Cukai (2006). Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia.

Council of Islamic Ideology, Annual Report 1977-1978. Government of Pakistan, Islamabad.

Institution Al Framework of Zakah: Dimensions and Implications. Islamic Development Bank and
Islamic Research and Training Institution, Jeddah, Saudi Arabia.

Laporan Zakat 2005, Pusat Pungutan Zakat, Wilayah Persekutuan.

Md Ekramullahil Kafi (2006). Role of Zakat in reducing dependence on IMF, WB.

Nik Mustapha Hj. Nik Hassan. Pemikiran Ibn Khaldun Terhadap Penjanaan Ekonom Melalui
Penyusunan Negara.

Syed Othman Alhabshi (1993). Belanjawan 1993: Satu Penilaian.

Yusuf Qardhawi. Fiqh Prioritas. http://media.isnet.org/islam/ Qardhawi/prioritas/index

Yusuf Qardhawi (1973). Fiqh Zakat. Jilid 2. Muassah Al Risalah, Beirut, Lebanon, m/s 999.

Yusuf Qardhawi (1973). Fiqh Zakat. Jilid 2. Muassah Al Risalah, Beirut, Lebanon, m/s 652-669.

14

You might also like