Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

SENARAI KANDUNGAN

NO. SENARAI KANDUNGAN MUKA


SURAT

1. SENARAI KANDUNGAN 1

2. PENGHARGAAN 2

3. PENDAHULUAN 3

4. TUGASAN A : FAKTOR-FAKTOR PENGALAMAN DAN 4


SOSIO-BUDAYA PENGARUHI PERBEZAAN INDIVIDU

5. TUGASAN B: CARA GURU TANGANI PERBEZAAN 7


INDIVIDU

6. RUJUKAN 9

1|Page
Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperoleh
pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna
dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang
menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.

Disamping itu, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan
dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu perbezaan individu. Di kesempatan ini,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu, Puan Siti Saleha Samsuri
kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan
tugasan ini.Tunjuk ajar beliau amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan tugasan
yang telah diamanahkan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya
yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan
tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya
kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha
menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda
hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini
tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

2|Page
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Pengenalan
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut
Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek
perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu. Oleh demikian, guru-
guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi
pembelajaran di dalam kelas.

Menurut pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak
boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang guru, adalah betapa penting untuk
mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan
mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap
sosioekonomi dan lain-lain lagi. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan
corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru
berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat
mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah.

Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective
Teaching, pula menerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat
manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya
seperti optimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk
belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut
bertanya).

Daripada definisi di atas, dapat dirumuskan bahawa perbezaan individu adalah variasi
yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan. Perbezaan individu itu dapat
dilihat berdasarkan ciri-ciri tertentu, iaitu temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan
hubungan ibu bapa dengan anak¬-anak, dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi untuk
memajukan keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu.

3|Page
Tugasan A: Faktor-faktor pengalaman dan sosio-budaya mempengaruhi perbezaan
individu
Faktor-faktor pengalaman amat mempengaruhi perbezaan individu. Piaget percaya
bahawa apabila seorang kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya, maka kanak-kanak
tersebut akan memperoleh pengalaman. Pengalaman ini membolehkan anak mengembangkan
aktiviti dan gaya otak berfikir sehingga mereka akan memindahkannya ke dalam bentuk suatu
idea. Pengalaman ini kemudiannya dapat mereka kembangkan lagi. Pengalaman dapat berasal
dari kegiatan seperti meraba, memegang, melihat, mendengar, sehingga berkembang menjadi
kegiatan bercakap, membaca, dan mengira. Sekiranya kanak-kanak tidak didedahkan dengan
pengalaman tersebut kita dapat melihat perbezaan individu berlaku, iaitu perbezaan antara
kecerdasan mental seperti yang diterangkan oleh Khadijah Rohani Mohd. Yusof ( 2007 ), Piaget
( 1950 ) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam
usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Hal ini jelas menunjukkan pengalaman
kanak-kanak dengan persekitaran amat penting untuk membezakan tahap kecerdasan individu.

Menurut Lawrence Kohlberg, pada peringkat prakonvesional ditekankan hukuman


sekiranya kanak-kanak tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kanak-kanak yang melalui
pengalaman diberikan hukuman dapat membentuk sikap bertanggungjawab dan mematuhi
peraturan. Manakala kanak-kanak yang tidak dihukum sekiranya melanggar peraturan akan
menjadi tidak bertanggungjawab dan mengambil mudah setiap peraturan yang ditetapkan.
Pada peringkat konvesional pula pujian, ganjaran dan pengukuhan akan menyebabkan kanak-
kanak ini akan terus bersikap baik dan menjaga tingkah laku. Sekiranya kanak-kanak tidak
melalui pengalaman ini, mereka akan merasa tidak dihargai dan dihormati

Menurut Baumrind (1966) corak didikan atau gaya asuhan ibu bapa terbahagi kepada
tiga jenis, iaitu gaya asuhan permisif, gaya asuhan autoritarian dan gaya asuhan autoritatif.
Setiap gaya asuhan yang diamalkan oleh ibu bapa akan memberi kesan baik dan buruk kepada
pembentukkan personaliti anak mereka. Kanak-kanak yang melalui pengalaman dididik dengan
gaya asuhan persimif tidak dapat mengawal diri sendiri , implusif, terlalu bergantung kepada ibu
bapa seperti kurang berdikari dan menjelajah ke dunia baru hal ini kerana asuhan permisif
bermaksud sifat terbuka yang membolehkan atau mengizikan anak-anak mereka melakukan
sesuatu tanpa ada bantahan daripada ibu bapa mereka.

Corak didikan autoritarian menurut Baumrind (1966) ialah cara membesarkan kanak-
kanak oleh ibu bapa dengan mengenakan kawalan yang ketat ke atas tingkah laku anak
mereka dengan membuat peraturan-peraturan dan nilai-nilai yang mesti dipatuhi dan tidak
4|Page
boleh dipersoalkan. Corak didikan ini akan melahirkan anak-anak yang berdisiplin, sentiasa
mematuhi waktu, menghormati orang tua, mematuhi setiap arahan yang dibagi walaupun
terpaksa. Walau bagaimanapun, corak didikan ini lebih menjurus kepada perkembangan kendiri
yang negatif terhadap anak mereka. Anak-anak yang melalui pengalaman dibentuk dengan
cara ini akan mempunyai kemahiran sosial yang lemah, menjadi individu yang agresif dan
mempunyai mood yang tidak menentu. Selain itu, kanak-kanak ini akan menjadi delinkuen dan
agresif. Hal ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa yang selalu menggunakan hukuman fizikal
secara berlebihan. Ibu bapa yang autoritatif akan bersifat fleksibel dan rasional dalam sikap dan
padangan serta menggalakan anaknya untuk berdikari. Walau bagaimanapun, ibu bapa
autoritatif akan mengenakan kawalan yang tegas tetapi membenarkan kebebasan yang
bersesuaian dengan perkembangan anak mereka.  Kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu
bapa yang autoritatif  lebih cenderung menjadi lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai
perasaan ingin tahu lebih tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dan bersikap positif
terhadap rakan sebaya.  Dengan penggunaan corak didikan ini juga, komunikasi antara ibu
bapa dan anaknya menjadi baik dan juga suasana keluarga menjadi lebih tenteram. Selain itu,
beberapa ciri asuhan autoritatif ini akan menghasilkan remaja yang bersikap positif. Jadi, corak
didikan ini tidak melahirkan kendiri yang negatif kepada perkembangan kanak-kanak.

 Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) Vygotsky telah memerhati dan mengkaji
peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.
Beliau berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu
melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang berinteraksi
dengan mereka sejak mereka dilahirkan. Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) lagi,
melalui interaksi dengan orang dewasa di sekeliling mereka, kanak-kanak akan dapat
menguasai tabiat dan peraturan budaya, gaya bahasa, penulisan serta simbol-simbol budaya. 
Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif mereka dengan memberi makna membina atau
konstruk pengetahuan.

Faktor sosio-budaya (Tarika, 2006) (Daud, 2012) (Mohamad, 2013) Ini dapat dijelaskan
apabila kanak-kanak banyak berinteraksi dengan orang sekeliling mereka, mereka akan dapat
mengenali budaya mereka dengan mendalam. Sebagai contoh, kanak-kanak berbangsa
Melayu mendapat pengetahuan tentang cara makan budaya Melayu dengan menggunakan
tangan kerana mereka telah melihat perlakuan itu digayakan oleh ahli keluarga mereka. Mereka
akan memahami keadaan itu dan menghormati budaya tersebut. Manakala bagi bangsa Cina
pula, kanak-kanak berbangsa Cina telah mengetahui cara makan mereka menggunakan

5|Page
perlatan yang dipanggil ‘chopstik’ atau penyepit sejak mereka lahir kerana mereka
memerhatikan keadaan tersebut pada awal kehidupan mereka melalui perlakuan ahli keluarga
mereka.

Vygotsky menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak dalam perkembangan


seorang individu. Menurut Vygotsky kanak-kanak lahir dengan kemampuan untuk memahami
dunia luar dan memusatkan perhatian terhadap sesuatu perkara. Namun demikian, mereka
tidak banyak memiliki fungsi mental yang bertahap tinggi seperti kemahiran berfikir tinggi dan
kemahiran menyelesaikan masalah.  

Menurut Vygotsky lagi fungsi-fungsi mental yang lebih tinggi ini dianggap sebagai alat-
alat kebudayaan (cultural tools) yang ditunjukkan oleh kanak-kanak menerusi aktiviti seperti
berbicara, berbahasa, dan menulis. Alat-alat kebudayaan ini diwarisi daripada ahli-ahli keluarga
yang lebih tua di mana semua pengalaman pembelajaran dibimbing. Pengalaman dengan
orang lainyang diperolehi melalui aktiviti-aktivitit ini secara beransur-ansur menjadi semakin
mendalam dan membentuk gambaran batin kanak-kanak mengenai dunia.

Sebagai contoh, masyarakat Melayu amat mementingkan keharmonian kekeluarga di


mana sikap tolong-menolong dan saling hormat menghormati antara ahli keluarga muda
dengan yang lebih berumur ditonjolkan. Apabila kanak-kanak yang sedang membesar melihat
bagaimana abangnya memanggil adik bongsu kepada ibunya dengan gelaran Pak Usu. Kanak-
kanak tersebut secara tidak langsung memahami bahawa gelaran itu perlu dipanggil kepada
adik bongsu ibunya akibat daripada penonjolan budaya Melayu yang mementingkan sikap
hormat-menghormati dengan ahli keluarga yang lebih tua melalui panggilan yang betul.   

Kesimpulanya, faktor pengalaman dan sosio-budaya amat mempengaruhi perbezaan


individu. Oleh itu, perbezaan individu dalam kalangan murid harus dipelajari dan dikenal pasti
oleh seseorang guru bagi melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Cabaran paling besar guru-guru adalah untuk menangani pelbagai kesan yang disebabkan oleh
perbezaan individu dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan baik supaya ianya
memberi faedah kepada semua murid

                       

Tugasan B: Cara guru menangani perbezaan individu

Kewujudan perbezaan individu juga turut membawa kesan kepada pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan. Guru yang merancang pendekatan P&P perlulah mengambil

6|Page
kira perkara kewujudan perbezaan individu. Penting untuk guru memahami perbezaan murid
dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemahaman seperti ini adalah amat penting kepada guru
agar dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada murid-murid. Ini dapat mengelakkan
guru bersikap pilih kasih. Guru juga perlu memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman
dan perhubungan yang baik di antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih
bertimbang rasa dan bersimpati dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta
minat murid yang berbeza. Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk
tingkah laku yang diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya.

Selain itu, meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul
dalam sesuatu situasi adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif
di dalam kelas yang hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa guru
mengajar? Bagaimana cara guru mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain
yang mungkin tergolong dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat
diandaikan dan dijawab oleh guru sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.

Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, guru akan
dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang berbeza¬beza. Ada
yang suka belajar menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat
secara global dan ada yang secara analitikal. Hal ini penting untuk difahami supaya guru dapat
menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian. Di sampan itu, oleh kerana tahap
kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan
pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu
menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan,
supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan.

Seterusnya, guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti
aktiviti kumpulan, untuk melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai
dilaksanakan kerana pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan
melakukan aktiviti secara kumpulan, pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah.
Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah
bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan
bahan yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya. Guru perlu merancang dan
mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran
yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak berhimpun sehingga ke peringkat yang tidak
7|Page
boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid yang cerdas pula, program pengayaan yang
pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak bosan pembelajaran.

Guru harus memahami bahawa setiap pelajar itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru
juga haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan.
Misalnya, guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling
bersesuaian setelah mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun
masih ada muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada
di kalangan pelajar ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru melaksanakan
pengajaran itu. Jika berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar melayani karenah
anak muridnya.

Kesimpulannya, setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan. Peranan
guru sebagai pendidik yang bertanggungjawab amat penting dalam keadaan wujudnya
perbezaan individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan berkesan dan berfaedah untuk
setiap murid-murid yang berbeza. Namun, guru perlu merancang aktiviti P&P mengikut
kebolehan murid. Guru juga menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti
kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya supaya dapat memotivasi murid
yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial. Sebagai pendidik
yang bertanggungjawab perlu sentiasa mencuba untuk menentukan dan membina
kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu. Semua aspek
yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan
diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Rujukan
Buku

8|Page
Mohamad, K. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet

Baumrind. 1971. Education.com. Parenting Styles.


http://www.education.com/reference/article/parenting-styles1/

Daud, A. (2012, December 21). Jenis didikan Ibu bapa. Retrieved from Corak Dididikan Ibu Bapa:
http://anjakanparadigmamental.blogspot.com/2012/12/corak-didikan-ibu-bapa-dan-
kesannya.html

Hafiz, N. (2012, Januari 2). Teori Vygotsky. Retrieved from Teori Pembelajaran Sosial:
http://wadahserumpun.blogspot.com/p/noor-hafiz-fatihah.html

Nurliza. (2009, november 5). PERBEZAAN INDIVIDU. Retrieved from PERBEZAAN INDIVIDU:
tukamibudakseni.blogspot.com/2009/11/perbezaan-individu.html

Tarika, F. (2006, Januari 1). Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Retrieved from academia:
https://www.academia.edu/5576654/Teori-perkembangan-kognitif-piaget

Zufama. (2012, ogos 30). implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Retrieved from implikasi perbezaan individu terhada p&p:
http://cikgumuzikpsiko.blogspot.com/2012/08/implikasi-perezaan-individu-terhadap-p-p.html

9|Page

You might also like