Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

CONTOH CADANGAN PENYELIDIKAN

TEMA: SEJARAH SUKAN

TAJUK :

Datuk Nicol Ann David: Pencapaian Dalam Sukan Skuasy Peringkat Dunia (2000 – 2015)

PENGENALAN

Sukan skuasy merupakan salah satu acara sukan bertaraf dunia yang mempunyai nilai

ekonomi yang tinggi. Pemain Inggeris menguasai sukan ini sebelum ia mula diperkenalkan

ke peringkat antarabangsa. Sekitar tahun 1950-an negara Pakistan telah melahirkan jaguh

seperti Hashim Khan, Azam Khan dan Rashan Khan. Pada tahun 1972, Persatuan Skuasy

Malaysia (PSM@SRAM) telah didaftarkan secara rasmi dan diiktiraf sebagai badan sukan

skuasy di Malaysia dimana Datuk Hisyam Albakri merupakan presidennya yang pertama.

Bermula tahun 2000, Malaysia telah berjaya melahirkan seorang atlet sukan skuasy

bertaraf dunia iaitu Datuk Nicol Ann David, seorang pemain kelahiran Pulau Pinang sehingga

menjadi antara atlet paling berjaya di Malaysia. Beliau telah mencapai status profesional pada

tahun 2000. Ikon skuasy negara ini dinobatkan sebagai pemain wanita nombor satu dunia

untuk kali kelapan pada tahun 2015 semasa penyertaannya dalam kejohanan peringkat

antarabangsa.

OBJEKTIF KAJIAN

Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini

bertujuan untuk menjelaskan latar belakang Datuk Nicol Ann David sebelum menceburi

bidang sukan skuasy. Sejarah latar belakang ini amat penting dalam membantu memahami

pendorong kepada kejayaan tokoh.


Selain itu, penulisan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pencapaian

Datuk Nicol dalam sukan skuasy di peringkat dunia dari tahun 2000 hingga tahun 2015.

Dengan adanya kajian ini, masyarakat dapat mengenali ketokohan beliau dalm bidang sukan

skuasy dengan lebih mendalam.

Malah, kajian ini juga dilaksanakan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang

dihadapi oleh Datuk Nicol Ann David sepanjang penglibatan beliau dalam sukan skuasy. Ini

kerana dalam tempoh kajian dari tahun 2000 hingga tahun 2015, beliau tellah berhadapan

dengan pelbagai cabaran untuk menjadi pemain tersohor dunia, baik di kawasan serantau

mahupun di peringkat antarabangsa.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian adalah fokus utama dalam dalam penulisan ilmiah. Dalam kajian

ini terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas faktor-

faktor yang membawa kepada pencapaian yang dirangkul oleh Datuk Nicol Ann David

sejak beliau melibatkan diri dalam sukan skuasy secara profesional bermula dari tahun 2000.

Kajian ini juga memiliki siginikan untuk mengetahui dengan lebih dekat

mengenai pencapaian demi pencapaian yang dirangkul oleh Datuk Nicol Ann David sejak

beliau melibatkan diri dalam sukan skuasy secara profesional bermula dari tahun 2000. Ini

kerana pencapaian beliau boleh disifatkan sebagai satu lagend dalam sukan squasy di

Malaysia.

Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan mengenalpasti apakah

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Datuk Nicol Ann David sejak beliau mula melibatkan

diri sebagai pemain profesional dalam sukan skuasy sepanjang tempoh kajian ini. Oleh itu,

kajian ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat untuk meraih kejayaan dalam

apa jua bidang kerjaya.


SKOP KAJIAN

Skop kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kawasan kajian, tempoh

kajian dan aspek yang dikaji. Dari segi aspek kawasan kajian, ia difokuskan kepada

pertandingan sukan skuasy di peringkat antarabangsa. Dalam penulisan ini, tumpuan akan

diberikan kepada pencapaian-pencapaian Datuk Nicol Ann David baik dalam peringkat

serantau mahupun antarabangsa.

Dari segi tempoh kajian, kajian ini meliputi tempoh masa dari tahun 2000 sehingga

2015. Tempoh kajian selama 15 tahun ini dipilih kerana sepanjang masa tersebut berlaku

kejayaan dan pencapaian yang besar Datuk Nicol Ann David dalam sukan skuasy di

peringkat antarabangsa.

Manakala aspek kajian pula dapat dilihat dari tiga aspek yang menjadi fokus kajian

ini. Ia tertumpu kepada faktor yang menyumbang kepada pencapaian Datuk Nicol Ann

David, pencapaian-pencapaian Datuk Nicol Ann David dalam sukan skuasy, dan penelitian

terhadap cabaran-cabaranyang dihadapi oleh beliau sepanjang tempoh kajian dari tahun 2000

hingga tahun 2015.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Pengkaji telah melakukan pembacaan telah terhadap beberapa kajian lepas berhubung

tajuk penyelidikan ini. Berdasarkan daripada dapatan kajian yang telah diperolehi oleh

Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya

berhubung “Kajian Tahap Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma

Johor 2008” beberapa persoalan kajian dapat dijawab diantaranya sejauh manakah tahap

Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan atlet skuasy SUKMA Negeri Johor. Di sini dapat

dilihat tahap kecergasan fizikal atlit masih belum mencapai sasaran yang telah ditetapkan
oleh majlis sukan negeri walaupun ada peningkatan menerusi data ujian pre dan post yang

diperolehi. Pihak tertentu dan jurulatih perlu memandang serius pekara ini kerana ianya

merupakan aspek yang sangat penting sebagai persediaan atlet untuk menghadapi kejohanan

Sukma di Terengganu. Langkah-langkah yang drastik untuk memastikan tahap kecergasan

subjek dapat ditingkatkan untuk menghadapi kejohanan SUKMA di Terengganu. Oleh yang

demikian, pengkaji tertarik untuk melakukan kajian khas untuk Datuk Nicol apabila beliau

berhadapan dengan pelbagai situasi cabaran dalam persediaan kejohanan antarabangsa.

Berdasarkan kajian “Sport Injuries in Squash” oleh Farshad Okhovation dari Shahid

Beheshi University of Medical Sciences, kajian ini mengkaji jenis kecederaan semasa

bermain skuasy dalam kalangan pemain Persatuan Skuasy Iran. Kajian ini telah merumuskan

bahawa beberapa anggota badan yang cenderung mengalami kecederaan adalah bahagian

siku, bawah belakang badan dan terseliuh di bahagian lutut serta pergelangan kaki. Kajian ini

menarik minat pengkaji untuk mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Datuk Nicol

Ann David semasa melakukan latihan persediaan untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

Pengkaji juga telah membaca buku Siri Jaguh Atlit Malaysia Nicol David, terjemahan

Institut Terjemahan Negara Kuala Lumpur, 2015, yang menyentuh jatuh bangun Nicol David

dalam mengejar impiannya sebagai pemain skuasy peringkat antarabangsa. Pembacaan buku

ini telah menarik minat pengkaji mengkaji pencapaian Datuk Nicol sebagai pemain

profesional skuasy antarabangsa.

KAEDAH KAJIAN

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk mendapatkan

maklumat. Pada mulanya, pengkaji menjalankan penyelidikan kepustakaan bagi meneroka

sumber primer dan sumber sekunder di perpustakaan Sekolah Sukan Bukit Jalil, arkib negeri
serta perpustakaan tempatan. Ini dilakukan untuk mendapatkan rekod-rekod dan maklumat

berkenaan kegiatan sukan skuasy di negara ini.

Selain itu pengkaji juga mendapatkan maklumat melalui kaedah temubual. Soalan-

soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini. Antara yang terlibat

ialah kedua ibubapa dan jurulatih Datuk Nicol. Maklumat yang diperolehi akan dicatat dan

dirakamkan.

Kaedah yang terakhir ialah kaedah kajian lapangan, di mana pengkaji akan membuat

lawatan ke pusat latihan Datuk Nicol David dan rumah kediaman beliau untuk mendapatkan

maklumat yang lebih mendalam.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya kajian ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

bahagian pengenalan, isi dan kesimpulan. Dalam bahagian pengenalan, pengkaji akan

menjelaskan tentang perkembangan sukan skuasy di Malaysia. Seterusnya pengkaji akan

mengaitkannya dengan tokoh yang bertanggungjawab dalam memperkasakan sukan ini.

Pada bahagian isi pula, pengkaji akan membincangkan fokus atau isu kajian yang

terbahagi kepada tiga aspek. Aspek yang pertama adalah mengenal pasti faktor-faktor yang

menyumbang kepada penacapaian tokoh dengan membuat kajian latar belakang tokoh dalam

sukan skuasy. Seterusnya mengkaji penglibatan Datuk Nicol Ann David secara profesional

dalam sukan skuasy sehingga beliau mencapai kejayaan demi kejayaan di peringkat serantau

mahupun peringkat antarabangsa. Dalam kajian ini juga, pengkaji akan menghuraikan

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh tokoh dalam kerjayanya sebagai pemain profesional

dalam sukan skuasy di Malaysia dalam tempoh kajian sejak tahun 2000 hingga tahun 2015.
Aspek terakhir iaitu bahagian kesimpulan, pengkaji akan merumus hasil kajian

berkenaan kehebatan dan impak sumbangan Datuk Nicol Ann David terhadap pemupukan

minat masyarakat Malaysia dalam sukan skuasy.

PENUTUP

Diharapkan kajian ini akan menambahkan lagi khazanah ilmu tentang sukan skuasy di

Malaysia. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memudahkan masyarakat luar

memperolehi maklumat tambahan berkaitan sukan skuasy yang sedang berkembang pesat di

Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Sumber Primer

Muhd. Khaizer Omar, Kajian Sukan di Malaysia, Serdang: UPM Press, 2009.

Sumber Sekunder

Bellamy, Rex, The Story of Squash, London: Cassell Ltd, 1978.

“ Examining Nicol David”, http://www.squashplayer.co.uk/Article_NicolDavid.htm2003,


dilayar pada 7 Oktober 2018.

Farshad Okhovation, “Sport Injuries in Squash”, Pakistan Journal of Medical Sciences


Online, Iran: Routledge International Handbooks, Julai 2009.

Muhamad Hafiz Bin Ismail & Syed Syamsul Faizal Bin Syed Zakariya, Kajian Tahap
Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Atlet Skuasy Sukma Johor 2008,
Skudai, Johor: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, 2008.
Nordalilah Dahlan dan Tajul Arifin Muhammad, “Kekuatan Mentaldan Prestasi Akademik
Atlet Bola Sepak UKM”,Journal of Sports Science and Physical Education, 6 (1):
21-35. 2017.

Palmer, Michael, Guinness Book of Squash, London: Guinness Superlatives Ltd,1984. 

You might also like