Jata Negeri2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

LAMBANG NEGERI SABAH

Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang
berupa dua lengan berwarna kuning sedang menjulang Bendera
Negeri yang terletak di atas satu susunan lima warna Negeri
iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di
bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah
perisai. Bahagian atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu
biru zirkon, putih dan merah cili dalam bentuk V. Bahagian
bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu berwarna
nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu
dipangku oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis
dengan cogankata negeri Sabah "Sabah Maju Jaya" berwarna
putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu
melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan
masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan
kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna lima buah
Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon
melambangkan keamanan dan ketenteraman, warna putih
melambangkan kemurnian dan keadilan. Merah cili
melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji
melambangkan perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.Bentuk
Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.

LAMBANG NEGERI SARAWAK


Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang:
terbang tinggi dengan aspirasi dan pencapaian dalam semua
lapangan daya usaha, berpandukan ideologi "politik
pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan
keunggulan Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.

LAMBANG NEGERI TERENGGANU


Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan
pemerintahan Di Raja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula
merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah
kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku
Undang-undang di sebelah kiri pula melambangkan keadilan.
Wali/Selampai melambangkan Alat-alat Istiadat Kebesaran.
LAMBANG NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah
kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang.
Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang
berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan
pula ialah tali bengkong yang dipakai sebagai iakt pinggang oleh
pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
LAMBANG NEGERI PULAU PINANG
Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang
berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau
Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan empat (4) kabel yang
menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan
Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis keturunan
di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur
biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5)
tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip
Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau
Pinang.
LAMBANG NEGERI PERLIS
Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama
negeri iaitu padi. Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana
kekayaan hasil padinya.
LAMBANG NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan
buah negeri dalam Gabungan Negeri Sembilan yang lama.
Warna merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan
pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan
Besar. Bintang Pecah Sembilan itu adalah juga menunjukkan
sembilan buah negeri dalam gabungan lama. Pedang dan
sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah
antara pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda
Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.
LAMBANG NEGERI MELAKA
Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah
negeri dalam Malaysia. Lima bilah keris maksudnya lima orang
pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman dahulu. Anak bulan
dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat
namanya. Dua ekor pelandok yang memegang perisai ialah
untuk memperingati riwayat tua iaitu pelandoklah yang telah
menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil keputusan
untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.
LAMBANG NEGERI KELANTAN
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris
maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan
dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya
bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan
dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah
tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti)
Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14)
yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah
memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN
KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.
LAMBANG NEGERI PAHANG
Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat
daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih
logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862
emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri
Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang
diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi
itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat
dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi
satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud
yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan
kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna.

LAMBANG NEGERI PERAK


Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang
mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja
Pemerintah.Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai
agama rasmi.Bunga padi menggambarkan sumber perusahaan
rakyat dan kesuburan negeri.

LAMBANG NEGERI KEDAH


Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak
bulan tanda Agama Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.

LAMBANG NEGERI JOHOR


Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai
Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu,
iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau; sementara
Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam.
Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan
kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu
merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga di
sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua
jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

You might also like