Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS

PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT TAHUN 1

TARIKH : 29 DISEMBER 2018


MASA : 0800
TEMPAT : FOYER SK BUKIT MUTIARA

CUE ANN
PENGUMUMAN Pengumunan kepada ibu bapa / penjaga
 Di minta kepada semua ibu bapa dan penjaga untuk berada
di foyer sekolah kerana majlis akan bermula sebentar lagi.
Bismillah.. Assalamualaikum...WBT
Yang Berusaha Puan Noor Huda Binti Hamid
Guru Besar SK Bukit Mutiara

Yang Dihormati Pn Jalilawati bt Jamian


Guru Penolong Kanan Pentabiran

Yang Dihormati Tn Syed Zainal B Tn Zakir


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

PROTOKOL Yang Dihormati En Mohd Amir bin Amzah


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
MAJLIS
Yang Dihormati En Anuar bin Bejo
Guru Penolong Kanan Petang

Barisan guru-guru, ibu bapa / penjaga dan hadirin yang dihormati


sekalian.
Selamat datang ke Hari Pendaftaran dan Taklimat Tahun 1 2019.
Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Illah kerana dengan limpah kurnia-
NYA dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini untuk
sesi pendaftaran murid tahun 1 bagi tahun 2019.
Kami warga SK Bukit Mutiara mengucapkan terima kasih kepada
semua ibu bapa dan penjaga kerana sudi hadir pada pagi ini.
Hadirin sekalian,
Bagi memohon limpah rahmat daripada Ilahi, majlis mempersilakan
Ustaz Ahmad Fahimi bin Mohamad untuk memimpin bacaan doa.
 Amin Ya Rabbalalamin. Majlis mengucapkan terima kasih
BACAAN DOA atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Baiklah, Hadirin sekalian,
Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, majlis
menjemput Yang Berusaha Puan Noor Huda Binti Hamid, Guru
UCAPAN GB Besar SK Bukit Mutiara, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan
sebentar tadi.
Meneruskan acara pada pagi ini, majlis mempersilakan En.
TAKLIMAT Muazan bin Muhammad untuk menyampaikan taklimat berkaitan
DISIPLIN dengan disiplin sekolah. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan
 Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En. Muazan
atas maklumat yang telah disampaikan.
TAKLIMAT Majis diteruskan dengan menjemput Pn Intan Adura bt Jumaat
TRANSISI untuk menyampaikan taklimat berkaitan dengan Program
Transisi Tahun 1.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
 Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Intan
atas maklumat yang telah disampaikan.
TAKLIMAT PBD Majis diteruskan dengan menjemput Pn Azwannie Hilda bt Abu
Hassanuntuk menyampaikan taklimat berkaitan dengan
Pentaksiran Bilik Darjah.Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
 Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Hilda
atas maklumat yang telah disampaikan.
Hadirin sekalian,
Dengan berakhirnya taklimat sebentar tadi, maka berakhirnya
Taklimat Tahun 1 bagi tahun 2019.

PENUTUP Kepada semua ibu bapa dan penjaga, kami warga SK Bukit
Mutiara mengucapkan ribuan terim kasih atas kepercayaan anda
kepada kami untuk mendidik anak-anak ini. Semoga kerjasama
dari semua pihak akan dapat memberikan pendidikan yang
terbaik demi memartabatkan pendidikan di peringkat yang lebih
tinggi.Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiqwalhidayah,
Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

You might also like