Surat Kuatkuasa Pakaian

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah,


Sg. Manggis, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
No. Tel. : 03-31872396
No. Fax : 03-31813595
Emel : ubksamttar@gmail.com

Ruj. Kami : SAMTTAR/ UBK/ 02/ 02/ 2.6 ( )


Tarikh : 18 JANUARI 2019

Kepada:

SEMUA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Saudara/ Saudari

PENGUATKUASAAN PEMAKAIAN PRS PADA SETIAP HARI JUMAAT PADA


TAHUN 2019

Perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Unit Bimbingan & Kaunseling telah mengadakan
perbincangan bersama dengan pihak Unit Hal Ehwal Murid (HEM) mengenai pematuhan
etika berpakaian pada hari Jumaat oleh Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) pada 18 Januari
2019 (Jumaat) yang lalu.

2. Sehubungan dengan itu, satu ketetapan telah diputuskan berhubung dengan perkara
berkenaan. Keputusan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

PRS LELAKI PRS PEREMPUAN


- Baju Melayu Putih - Baju Kurung Ungu
- Bersamping Songket Ungu - Tudung Ungu
- Berkasut Hitam - Kain Sarong Songket Ungu
- Bersongkok - Berkasut Hitam

3. Justeru itu, etika pemakaian yang telah diputuskan seperti di atas adalah WAJIB
untuk dipatuhi oleh semua PRS. Anda TIDAK DIBENARKAN untuk memakai pakaian
selain yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

4. Kegagalan anda mengikuti ketetapan ini akan menyebabkan anda boleh disabitkan
kesalahan SENGAJA melanggar peraturan dan etika pemakaian sekolah serta boleh diambil
TINDAKAN TATATERTIB oleh Unit Disiplin. Sebarang isu berbangkit boleh merujuk
terus dengan Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK).

Sekian, harap maklum

“KAMI MEMIMPIN”

Saya yang menjalankan amanah,

(MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM)


Guru Bimbingan dan Kaunseling,
SAMTTAR

You might also like