Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj Tuan :
Ruj Kami : SMKT:60/001/
Tarikh : 08.03.2014
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Pendang
D/A SK. Haji Abd. Rahman, Tokai
06660 Alor Setar
Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENAIKTARAF BILIK SEMINAR SEKOLAH.

Sukacita dimaklumkan bahawa SMK Tokai ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan bagi
menaiktaraf bilik seminar.

2. Pihak kami ingin memohon sumbangan tuan untuk menaiktaraf lantai bilik seminar dengan
memasang jubin demi keselesaan semua warga sekolah.

3. Sebagai makluman pihak tuan bilik seminar tersebut amatlah diperlukan bagi melaksanakan
mesyuarat peringkat daerah ceramah teknik menjawab soalan, dialog prestasi, aktiviti PIBG dan majlis
rasmi yang lain.

4. Untuk makluman pihak tuan, anggaran kos untuk menaiktaraf bilik seminar tersebut sebanyak
RM6000.00.

5. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi memberi sumbangan bagi membantu
menaiktaraf bilik seminar sekolah kami. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

………………………………
(HJH RUKIAH BT HJ MARHASSAN)
Pengetua
SEK. MEN. KEB TOKAI
06660 ALOR SETAR, KEDAH

You might also like