Surat Permohonan Menubuhkan Persatuan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jawatankuasa Penaja Persatuan Puteri Islam,

SK. Rantau Panjang,


28500 Lanchang, Pahang.

Ruj. Kami : CBA7010/700-3/3/3


Tarikh : 28 Disember 2018

Guru Besar,
SK. Rantau Panjang,
28500 Lanchang, Pahang.
Tuan,
PERMOHONAN MENUBUHKAN PERSATUAN PUTERI ISLAM SK. RANTAU PANJANG,
LANCHANG.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Persatuan Puteri Islam
SK Rantau Panjang, Lanchang telah diwujudkan bertujuan untuk menyemarakkan lagi aktiviti
unit Beruniform di kalangan warga SK Rantau Panjang.
3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Penaja memohon kebenaran
penubuhan Persatuan Puteri Islam SK Rantau Panjang, Lanchang berasaskan Peraturan (4)
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta
Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh
21 Mei 1998.
4. Bersama-sama ini disertakan draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan,
senarai ahli jawatankuasa penaja dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan
kepada permohonan ini.
Kerjasama dan perhatian tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung
tinggi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menjalankan amanah,

( ZAINAB BINTI IBRAHIM )


Guru Penasihat,
b.p. Jawatankuasa Penaja Persatuan Puteri Islam,
SK Rantau Panjang.
s.k. 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Rantau Panjang.

You might also like