Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELUTONG

Tarikh : 10.01.2019 (Khamis)


Masa : 2.00-3.00 petang
Tempat : Sudut Gusto SMKJ

Kehadiran :

BIL NAMA JAWATAN


1 Pn. Nurashiha bt Abd Ghani Ketua Bidang Kemanusiaan
2 Pn. Devi Serkaran Ketua Panitia Sivik dan Kewarganegaraan

Tidak Hadir Bersebab :

BIL NAMA SEBAB


1 En. Loh Chee Heng Terlibat dengan urusan rasmi di luar sekolah

1. Ucapan Pengerusi:
1.1 Pn. Devi selaku ketua panitia Sivik dan Kewarganegaraan mengucapkan terima kasih atas kesudiaan
menghadiri mesyuarat panitia yang pertama bagi sesi 2019.
Tindakan: Makluman

2. Taklimat Guru Kanan Kemanusiaan


2.1 Pn. Nurashiha selaku Guru Kanan kemanusiaan mengucapkan terima kasih kerana diberi ruang
untuk menyampaikan taklimat beliau. Pn. Nurashiha. Guru kanan mengingatkan gur-guru agar
melaksanakan tanggungjawab mengikut SOP yang telah ditetapkan. Guru Kanan juga
menggalakkan guru-guru agar sentiasa menerapkan amalan Gusto dalam Pdpc guru.
Tindakan: Makluman

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


3.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Sivik dan Kewarganegaraan keempat :
Cadangan : Pn. Nurashiha
Disokong : Pn. Devi Serkaran
Tindakan: Makluman

4. Perkara Berbangkit dan Maklum Balas Minit Mesyuarat


4.1 Tiada perkara berbangkit yang dibincangkan.
Tindakan: Makluman

5. Persediaan Pembukaan Sesi Persekolahan Tahun 2019


5.1 Perancangan Strategik Sivik dan Kewarganegaraan 2019-2021
Pn. Devi memaklumkan bahawa perancangan strategik bagi fasa 2019-2021 telah selesai dan
walaubagaimanapun penambahbaikan terhadap perancangan akan dibuat dari semasa ke semasa.
Fokus utama perancangan strategik panitia pada kali ini adalah bagi meningkatkan kemenjadian
murid secara holistik dari aspek akademik serta sahsiah. Beberapa aktiviti telah dirancang untuk
dilaksanakan sepanjang tahun dan pada masa yang akan datang. Antara beberapa program yang
dirancang ialah :
1. FROG VLE Sivik
2. Hands On Sivik
3. Klinik Sivik
4. Lawatan Sambil Belajar
5. Pameran dan Pameran Sivik

Ahli panitia diharap dapat memberi kerjasama yang baik dalam perancangan serta pelaksanaan
sebarang aktiviti panitia yang akan dijalankan.
Tindakan : Makluman

5.2 Sukatan Pelajaran / Rancangan Pelajaran Tahunan / Buku Rekod Mengajar


Pengerusi memaklumkan bahawa rancangan pelajaran tahunan tingkatan 4 dan sukatan pelajaran
akan disediakan oleh Pn. Nurashiha manakala rancangan pelajaran tingkatan 5 akan disediakan oleh
Pn. Devi. Guru yang bertanggungjawab menyediakan RPT bagi setiap tingkatan perlu
mengedarkannya kepada guru mata pelajaran sama ada dalam bentuk ‘soft copy’ atau bercetak
Pn.Devi turut mengingatkan ahli panitia untuk melengkapkan Buku Rekod Mengajar bagi semakan
kali pertama oleh tuan pengetua pada 11hb Januari 2019 . Buku persediaan mengajar guru haruslah
dilengkapi dengan Rancangan Pelajaran Harian serta tahunan, Sukatan Pelajaran, butir-butir
peribadi, surat aku janji dan rekod mata pelajaran
Tindakan: Penyelaras Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran

5.3 Penetapan Jumlah Buku Latihan dan Jumlah Latihan


Setelah berbincang dengan ahli panitia, Pn. Devi Serkaran menetapkan bahawa hanya 1 pendek
akan digunakan bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Buku tersebut digunakan sebagai
buku nota dan latihan bagi mata pelajaran Sivik. Pn. Devi juga mencadangkan agar pelajar diberi
sekurang-kurangnya dua latihan bagi seminggu dan dipersetujui oleh ahli panitia. Pn. Devi turut
mencadangkan agar unsur KBAT diterapkan dalam latihan yang diberikan kepada pelajar.
Tindakan: Makluman

5.4 Penggubalan Soalan Peperiksaan dan Ujian


Memandangkan ahli panitia yang tidak ramai, ketua panitia memaklumkan bahawa guru mata
pelajaran terpaksa menyediakan soalan peperiksaan bagi setiap ujian serta peperiksaan. Penggubal
soalan ujian dan peperiksaan adalah seperti berikut :

Ujian 1 PPT Ujian 2 PAT /


Pep.Percubaan
Tingkatan 4 - Pn. Devi Pn. Devi Pn. Devi
Tingkatan 5 - Pn. Nurashiha Pn. Nurashiha Pn. Nurashiha

Guru-guru harus peka terhadap tarikh peperiksaan dan menghantar kertas soalan kepada unit
peperiksaan mengikut jajaran masa yang telah ditetapkan. Penyediaan kertas soalan perlu
mengikut JSI yang ditetapkan dan akan dimaklumkan kepada guru dari semasa ke semasa. Guru
penggubal soalan perlu menghantar kertas soalan, JSU serta JSI soalan kepada ketua panitia untuk
difailkan.
Tindakan: Semua penggubal soalan

5.5 Penyemakan Buku Latihan


Guru Sivik diingatkan untuk menyemak semua latihan pelajar dengan teliti dan guru-guru diminta
menyemak buku pelajar sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
Tindakan: Makluman

6. Pendidikan Abad Ke 21 dan Amlan Gusto


6.1 Selaras dengan matlamat Kementerian dan amalan Gusto sekolah, guru-guru Sivik diingatkan agar
sentiasa mengamalkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dalam kelas. Beberapa aktiviti boleh

2
dirancang oleh guru untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam Pdpc. Antara contoh aktiviti
yang boleh dirancang ialah :
1. Fan-N-Pick
2. Hot Seat
3. Gallery Walk
Peta I- think
Tindakan : Makluman

7. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


7.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa kita masih menggunakan sistem KBSM untuk subjek Sivik
yang berpandukan kepada sukatan serta huraian sukatan mata pelajaran
Tindakan: Makluman

8. Pencerapan Pdpc
8.1 Pencerapan guru oleh penilai masing-masing akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu penggal 1 dan
penggal 2. Guru perlu merujuk kepada penilai masing-masing untuk sebarang tindakan lanjut.
Tindakan: Makluman

9. LDP Panitia
9.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa latihan dalam perkhidmatan atau PLC bagi ahli panitia Sivik
akan diadakan dari semasa ke semasa sebagai suatu sesi perkongsian ilmu dalam kalangan ahli-ahli
panitia. LDP panitia yang pertama akan diadakan pada awal bulan Februari. Tempat dan tarikh akan
dimaklumkan kepada semua ahli setelah ditetapkan. LDP pertama panitia yang bakal diadakan
bertajuk ‘Pembinaan Site Pdpc dalam Frog VLE’.
Tindakan: Makluman

10. Pengurusan Kewangan Tahun 2019


10.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa duit PCG panitia bagi tahun 2018 tidak dapat dihabiskan
sepenuhnya kerana Pn. Devi terpaksa mengambil cuti sakit untuk tempoh yang lama.
Walaubagaimanapun, Pn. Devi mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nurashiha kerana
membantu menggunakan peruntukan dengan baik semasa ketiadaan Pn. Devi. Ketua panitia
memaklumkan bahawa perancangan kewangan yang lebih teliti akan dibuat bagi tahun 2019 agar
kejadian yang sama tidak berulang pada tahun ini. Penggunaan duit PCG panitia bagi tahun 2019
dirancang untuk tujuan berikut :
1. Pembelian ABM
2. Bulan Kemanusiaan
3. Sambutan Bulan Kemerdekaan
4. Program Khidmat Masyarakat

Ketua panitia juga mengalu-alukan sebarang cadangan pembelian ABM untuk tahun 2019 agar
pembelajaran yang lebih kodusif dapat dijalankan.
Tindakan: Ketua panitia

11. Hal-hal Lain


11.1 Tiada
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................................ .......................................................................
(PN. DEVI SERKARAN ) (PN. NURASHIHA BT ABD GHANI
Setiausaha Panitia Sivik Ketua Bidang Kemanusiaan

3
BORANG TINDAKAN SUSULAN MESYUARAT / TAKLIMAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JELUTONG

NAMA PETINDAK: Devi Serkaran


NAMA MESYUARAT / TAKLIMAT: Mesyuarat Panitia Sivik 1/2019
TARIKH MESYUARAT : 10/01/2019

Ruj. minit Tindakan / Arahan Status Pelaksanaan Catatan

5.2 Penyediaan Sukatan Pelajaran Selesai


/ Rancangan Pelajaran
Tahunan / Buku Rekod
Mengajar
5.4 Penggubalan soalan Akan dilaksanakan
ujian/peperiksaan

10.1 Pengurusan kewangan Akan dilaksanakan


panitia tahun 2019

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………
DEVI SERKARAN

You might also like