Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kahwin Campur : Bahagia atau Derita?

Perkahwinan campur bukan lagi satu fenomena yang pelik di Malaysia pada hari ini.
Tidak kiralah sama ada ia melibatkan Melayu-Cina, Melayu-India, Cina-India
ataupun warganegara Malaysia dengan warga asing, setiap perkahwinan pasti
mempunyai risiko dan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi dengan penuh
kesabaran. Apa yang penting adalah kesanggupan suami dan isteri itu sendiri untuk
sama-sama berkorban demi membina mahligai yang dibina sehingga ke hujung
nyawa.

Bagi mereka yang bersifat tipikal, perkahwinan campur dilihat lebih banyak
membawa kesengsaraan berbanding kebahagiaan kerana lebih banyak masalah yang
akan timbul akibat perbezaan cara hidup dan budaya antara setiap pasangan. Namun,
ianya bukanlah menjadi suatu halangan untuk mengecapi kebahagiaan. Berikut
merupakan beberapa tips yang mungkin berguna bagi mereka yang telah ataupun
bakal menjejakkan kaki ke gerbang perkahwinan campur:

1. Persefahaman agama merupakan titik tolak utama dalam membina keluarga


bahagia. Bagi pasangan yang mempunyai agama yang sama, ianya pasti lebih
mudah kerana budaya yang berbeza dapat disatukan melalui satu kepercayaan
yang sama. Namun, bagi orang Islam yang mengahwini seorang muallaf
(seorang yang baru memeluk agama Islam), lebih besar tanggungjawab yang
perlu dipikul.

2. Bertolak ansur juga merupakan salah satu sifat amat penting untuk
diterapkan dalam pasangan yang memilih untuk kahwin campur. Tidak
dinafikan setiap pasangan yang berkahwin sememangnya perlu bertolak
ansur, namun bagi mereka kahwin campur terutamanya dengan warga asing,
sifat ini amat penting dalam menjamin keharmonian rumah tangga. Perbezaan
cara hidup dan budaya yang sangat ketara kadang kala boleh menimbulkan
rasa tidak senang dan tidak selesa. Di sini, setiap pasangan perlu duduk
berbincang dan saling menerima perbezaan tersebut seadanya. Pelajarilah
adat dan budaya pasangan anda dan cubalah bersikap terbuka dengan
menerima keadaan tersebut supaya kedua-dua suami isteri berasa selesa.

3. Sokongan keluarga merupakan satu bonus yang bermakna bagi pasangan


yang kahwin campur. Sebolehnya, cuba terangkan sejelas-jelasnya kepada
keluarga anda mengenai pasangan yang bakal anda kahwini. Bukan semua
ibu bapa bersikap terbuka dalam hal ini terutamanya bagi ibu bapa yang
berpegang teguh pada adat dan budaya. Restu dari ibu bapa pasti akan lebih
memudahkan lagi hubungan anda dengan pasangan. Anda juga perlulah
memainkan peranan dengan cuba sedaya upaya untuk mengambil hati ibu
bapa pasangan anda dengan menunjukkan sikap yang positif supaya mereka
mendapat cerminan baik tentang diri anda.

Setiap perhubungan memerlukan pengorbanan. Perkahwinan campur sebenarnya


sesuatu yang menyeronokkan sekiranya dapat dihadapi dengan tenang dan gembira
oleh setiap pasangan kerana banyak perkara baru yang boleh dipelajari. Semuanya
terletak di tangan anda dan pasangan untuk menentukan hala tuju sesuatu hubungan.
Berusahalah kearah yang ingin ditujui dan bertawakalah. Nescaya kebahagiaan yang
hakiki akan menjadi milik anda.

You might also like