Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TAJUK: KISAH SEMUT DENGAN NABI SULAIMAN A.S.

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada barisan para hakim,
guru-guru serta rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah pagi ini kita masih
hidup dan bernafas di bumi Allah yang mulia ini.Pada hari ini saya akan menyampaikan satu
kisah dan tauladan menarik iaitu kisah semut dengan Nabi Sulaiman A.S.

Pada zaman Nabi Sulaiman, semut-semut hidup dengan aman dan damai. Mereka saling
tolong-menolong di antara satu sama lain. Setiap pergerakan mereka mesti bersama dan
berkumpulan. Sekiranya salah seekor sahaja daripada mereka menjumpai makanan, mereka
tetap akan makan bersama. Begitulah kehidupan mereka setiap hari.
"Assalamualaikum tuanku," kata salah seekor daripada pahlawan semut.
"Waalaikummussalam," jawab Permaisuri Semut.
"Kenapa kamu datang ke sini dengan tergesa-gesa?" tanya Raja Semut.
"Sebenarnya aku mendapat khabar berita bahawa Nabi Sulaiman bersama bala
tenteranya menuju ke negara kita. Apa yang harus kita buat, tuanku?" tanya pahlawan
semut.
Permaisuri Semut itu risau sekiranya angkatan tentera Nabi Sulaiman yang ramai dan
besar memijak rakyatnya yang kecil itu. Lalu ia mencari jalan untuk menyelamatkan mereka.
Tanpa membuang masa, Permaisuri Semut memanggil pahlawan-pahlawannya untuk
membincangkan hal itu. Semut-semut itu berasa hairan melihat Permaisuri Semut kerisauan.
"Beta mendapat khabar bahawa Nabi Sulaiman bersama angkatan tenteranya sedang
menuju ke negara kita. Apakah yang patut kita buat demi menyelamatkan negara dan rakyat
kita daripada dimusnahkan?" tanya Permaisuri Semut.
"Pada pendapat patik, lebih selamat sekiranya kita arahkan semua semut-semut masuk
ke dalam sarang. Patik risau semut-semut ini akan dipijak oleh angkatan tentera Nabi
Sulaiman," sahut salah seekor daripada menteri semut. Maka Permaisuri Semut bersetuju
dengan cadangan daripada menterinya itu.
Apabila angkatan tentera Nabi Sulaiman sampai ke lembah semut, maka Permaisuri
Semut berkata kepada rakyatnya, "Hai semut-semut sekalian! Masuklah kamu ke dalam
sarang masing-masing, supaya kamu tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman bersama angkatan
tenteranya. Mereka tidak menyedari bahawa mereka membawa bencana kepada kamu,"
kata Permaisuri Semut.
Ketika itu Nabi Sulaiman bersama angkatan tentera baginda telah berada di situ. Nabi
Sulaiman memandang ke arah Permaisuri Semut sambil tersenyum.
"Janganlah kamu takut dan bimbang, angkatan tenteraku tidak akan merosakkan dan
memijak lembahmu ini," kata Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman terus sujud tanda bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kepada
baginda kebolehan memahami bahasa binatang. Baginda juga berdoa kepada Allah, supaya
diberi ilham untuk mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan kepada baginda dan ibu
bapa baginda. Lalu baginda mengarahkan angkatan tenteranya melalui jalan yang lain
kerana bimbang akan terpijak semut-semut di situ. Akhirnya semut-semut itu selamat
daripada dipijak oleh Nabi Sulaiman dan angkatan tenteranya.

Sekian daripada saya, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum WBT.

You might also like