Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kepada :

PENGARAH
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST),
Peti Surat 7012, Jalan Petani 19/1,
Seksyen 19, 40300 Shah Alam,
Selangor.
(u/p: En. Mazlan bin Ebau Nui)

9 Januari 2019

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI SISTEM HIRARC


YANG TELAH DIJALANKAN DI CIAST

Adalah dengan segala hormatnya, perkara seperti di atas dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, saya mewakili pelajar program Sarjana Pengurusan


Keselamatan Industri, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi ingin memohon jasa
baik pihak tuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sistem pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan di organisasi tuan.

3. Kami telah diberi tugasan iaitu untuk menyediakan satu laporan berkaitan
perlaksanaan Prosidur Identifikasi Hazard, Penilaian dan Pengawalan Risiko (HIRARC)
yang telah dijalankan di dalam industri di Malaysia. Setelah berbincang, kami telah
dimaklumkan bahawa organisasi tuan mempunyai satu sistem pengurusan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan yang lengkap dan telah dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu,
kami telah sebulat suara bersetuju untuk memilih organisasi tuan sebagai model untuk
kami menyiapkan tugasan.

4. Sehubungan dengan ini, kami bercadang untuk mengadakan satu lawatan sambil
belajar ke organisasi tuan pada 16 Januari 2019, jam 9.00 pagi bagi mendapatkan
maklumat-maklumat yang berkaitan. Kami amatlah berharap agar mendapat
persetujuan dan kerjasama pihak tuan dalam menjayakan tugasan kami ini. Pihak tuan
boleh menghubungi kami melalui no. tel berikut 0193356564.

5. Di atas kerjasama dan perhatian pihak tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,
Yang benar,

NUZILAN MUHAMAD
Pelajar SPKI,
Semester 1, Sesi 2018/2019,
Fakulti Sains dan Teknologi,
UKM, Bangi, Selangor.

You might also like