Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Pendahuluan

Sel ialah unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua organisma
hidup.Sel merupakan unit terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan
sebagai hidup, dan adalah sering dipanggil blok binaan hidup. Beberapa
organisma, seperti kebanyakan bakteria, adalah unisel "unicellular" (terdiri
daripada satu sel). Organisma-organisma lain seperti manusia adalah
berbilang sel "multicellular". (Manusia dianggarkan mempunyai 100 trilion sel.
Umumnya sel terdiri daripada membran sel, sitoplasma dan nukleus.

Jenis sel terbahagi kepada dua iaitu sel tumbuhan dan sel haiwan.
Perbezaan di antara kedua sel ini dapat dilihat jelas dengan ciri- ciri yang
terdapat dalam sel itu sendiri. Sel tumbuhan biasanya lebih besar berbanding
sel haiwan. Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap, sedangkan sel
haiwan tidak mempunyai bentuk khusus. Sel tumbuhan mempunyai dinding
sel yang terdiri daripada selulosa, sedangkan sel haiwan tidak mempunyai
dinding sel. Sel tumbuhan mempunyai pigmen klorofil yang tidak ada dalam
sel haiwan. Kesemua sel tumbuhan mempunyai vakuol sedangkan sel haiwan
tiada kecuali pada haiwan unisel peringkat rendah. Sel tumbuhan menyimpan
tenaga dalam bentuk biji (granul) kanji, sedangkan sel haiwan menyimpan
makanan dalam bentuk biji (granul) glikogen.

Teknik ‘staining’ ini digunakan dalam bidang perubatan dan biologi.


Teknik ini digunakan supaya dapat menjelaskan sesuatu pandangan dari
sudut biologi dengan bantuan mikroskop contoh mengklasifikasi jenis- jenis
sel.

2.0 Objektif :

Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik
‘staining’ yang betul.

3.0 Bahan :

Pencungkil gigi

1
Methylene blue

Larutan iodine

Bawang

4.0 Radas :

Mikroskop

Slaid mikriskop

Sisip kaca

Penyepit

Penitis

Pisau

5.0 Prosedur :

a) Pemerhatian sel pipi

1. Mulut dikumur terlebih dahulu.

2. Sedikit lapisan nipis sel daripada bahagian dalam pipi diambil dengan
menggunakan pencungkil gigi.

3. Lapisan sel diletakkan di atas slaid dan setitik larutan ‘methylene blue’
dititiskan ke atasnya.

4. Sisip kaca ditutup perlahan- lahan.

5. Spesimen dikaji di bawah kanta objektif kuasa rendah diikuti dangan kanta
objektif kuasa tinggi.

6. Sel pipi dilukis dan dilabel mengikut bahagia- bahagian berikut : nucleus,
bahan kromatin, membrane sel dan sitoplasma.

b) Pemerhatian sel epidermis daun

2
1. Satu lapisan epidermis bawang dikupas dengan menggunakan penyepit.

2. Satu cebisan kecil telah dipotong dan titisan iodin telah diletakkan pada slaid.

3. Spesimen ditutup perlahan-lahan dengan sisip kaca.

4. Spesimen dikaji di bawah kanta objektif kuasa rendah diikuti dengan kanta
objektif kuasa tinggi.

5. Sel epidermis bawang dilukis dan dilabel mengikut bahagian berikut :


nukleus, bahan kromatin, membrane sel, dinding sel, sitoplasma dan vakuol.

6.0 Keputusan

7.0 Perbincangan

Pada akhir eksperimen ini, dapat dikategorikan dengan jelas di antara sel
haiwan dan sel tumbuhan kerana terdapat ciri- ciri yang berbeza di antara sel
haiwan dan sel tumbuhan. Selain itu, menyediakan sel haiwan dan sel
tumbuhan dengan menggunakan teknik staining yang betul. Kebiasaannya
teknik ini digunakan dalam bidang perubatan dan biologi. Teknik ini
digunakan supaya dapat menjelaskan sesuatu pandangan dari sudut biologi
dengan bantuan mikroskop contoh mengklasifikasi jenis- jenis sel.

Oleh itu, beberapa langkah yang perlu diambil kira ketika menjalankan
eksperimen ini adalah menggunakan skala yang sesuai ketika menggunakan
mikroskop dan menggunakan kaedah yang betul ketika menggunakan
mikroskop. Di antaranya ialah, memastikan menggunakan kanta objektif yang
rendah terlebih dahulu diikuti dengan kanta objektif yang besar supaya tidak
merosakkan mikroskop. Laras pada mikroskop juga hendaklah dikendalikan
dengan betul kerana jika terlalu dekat dengan slaid kaca, slaid tersebut akan
pecah. Teknik ketika menutup slaid kaca dengan sisip kaca juga hendaklah
diambil kira supaya sel yang ingin dikaji tidak rosak. Keadaan di sekitar meja
yang digunakan hendaklah sentiasa kemas supaya sebarang alatan dapat
diurus dengan lebih baik.

3
8.0 Kesimpulan

Teknik staining dapat digunakan untuk menjelaskan perbezaan di antara sel


haiwan dan sel tumbuhan. Sel haiwan mengandungi sel membran, sitoplasma
dan nukleus. Sel tumbuhan mengandungi vakuol, sel membran, sitoplasma,
nukleus dan dinding sel.

9.0 Soalan :

1. Namakan jenis sel yang melapisi bahagian dalam pipi.

Sel haiwan yang terdiri daripada sel membran, sitoplasma dan nukleus.

2. Mengapakah sel epidermis bawang tidak mengandungi klroplas?

Sel epidermis bawang tidak mengandungi kloroplas kerana bawang hanya


menyimpan makanan dan tidak melakukan proses membuat makanan.

3. Nyatakan persamaan dan perbezaan yang terdapat antara sel haiwan dengan sel
tumbuhan.

Sel haiwan Sel Tumbuhan

PERSAMAAN

Mengandungi sel membran

Mempunyai nukleus

Mempunyai sitoplasma

PERBEZAAN

Tiada Dinding sel Ada

Tiada Vakuol Ada

Tiada Kloroplas Ada

Tidak sama Bentuk Sama

4
4. Kenapa nukleus dipanggil ‘pusat kawalan’ sesuatu sel?

Nukleus dipanggil “pusat kawalan” sesuatu sel kerana ia mengawal segala aktiviti
sel dan mengawal segala maklumat dalam organisma tersebut.

5. Apakah tisu? Apakah istilah yang betujuan yang maksud ‘kumpulan tisu yang
berfungsi untuk tujuan yang sama?

Tisu ialah gabungan sel-sel daripada asal yang sama yang membentuk tisu yang
menjalankan fungsi tertentu untuk menghasilkan organisma yang sempurna. Istilah
yang bermaksud ‘kumpulan tisu yang berfungsi untuk tujuan yang sama’ ialah organ.

10.0 Bibliografi

Clark, G. (2002). Wikipedia.

http://en.wikipedia.org/wiki/Staining. Accessed on 24 February 2011.

(2011). Wikipedia.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sel_%28biologi%29. Accessed on 24 February


2011.

Bala, Sadish. (2009). Diffen.

http://www.diffen.com/difference/Animal_Cell_vs_Plant_Cell. Accessed on 24
February 2011.

(2010). Virtual page

http://www.ibiblio.org/virtualcell/textbook/chapter3/nucf.htm. Accessed on 24
February 2011

You might also like