Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR SAMTTAR


MASA / TEKS CATATAN
QUE
7.46 am Terima kasih diucapkan kepada pengerusi majlis. SEBUT HANYA YANG
HADIR SAHAJA
Assalamualaikum w.b.t. dan salam SAMTTAR Bumi Rohmah,

Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Yazid Bin Sharif, Pengetua Sekolah Agama Menengah
Tinggi Tengku Ampuan Rahimah

Pn. Hjh. Mazinah Binti Kasran, Penolong Kanan Pentadbiran

Tn. Hj. Mohd Zainordin Bin Surip, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Tn. Hj. Ahmad Zawave bin Hassan, Penolong Kanan Kokurikulum

Pn. Hjh. Norlina binti Shaharuddin, Penolong Kanan Tingkatan 6

Barisan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran, Rakan-rakan Guru, Barisan Kepimpinan


Pelajar Sekolah serta para pelajar SAMTTAR Yang Dikasihi Sekalian

Untuk makluman, berdirinya saya di sini pada hari ini adalah untuk mengendalikan
majlis yang penuh bermakna pada hari ini, iaitu Majlis Penyampaian Watikah
Perlantikan Pemimpin Pelajar sekolah kita.

1
Hadirin Sekalian,

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengiktiraf peranan pemimpin pelajar dalam
menyumbang kepada kejayaan sekolah disamping untuk menyemai sikap
bertanggungjawab terhadap tugasan yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah.
Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadikan mereka pemimpin pelajar yang
berdedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas mereka kelak.

LAGU SELAWAT DIMAINKAN

Mengumumkan perarakan masuk barisan kepimpinan pelajar Sekolah Agama


Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah ke dalam dewan.

7.48 am Bagi menyempurnakan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan suka citanya Pengetua berucap
mempersilakan Tuan Pengetua, Tn. Hj. Mohd Yazid bin Sharif untuk menyampaikan dan rasmikan majlis
ucapan serta merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar
SAMTTAR bagi tahun 2019.

Dipersilakan.

8.00 am Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Tn. Hj. Mohd Yazid bin
Sharif di atas kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita
pada hari ini.

Semoga amanat yang disampaikan tadi dapat dijadikan sebagai pembakar semangat

2
kita untuk melangkah lebih jauh lagi pada masa hadapan. Insyallah

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyerahan watikah perlantikan kepada ketua-
ketua badan kepimpinan pelajar SAMTTAR bagi tahun 2019.

Untuk itu, majlis mempersilakan Pengetua SAMTTAR, Tn. Hj. Mohd Yazid bin Sharif
diiringi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Tn. Hj. Mohd Zainordin bin Surip bagi
menyerahkan watikah tersebut.

PENGETUA DAH READY

Dipersilakan, Presiden Majlis Perwakilan Pra-Universiti SAMTTAR, Saudara


Muhammad Harris Syazwan bin Ismail untuk menerima watikah perlantikan bagi
mewakili pihak MPPU SAMTTAR tahun 2019

Seterusnya, dipersilakan Ketua Pengawas SAMTTAR, Saudara Ahmad Mustaqim bin


Khairudin untuk menerima watikah perlantikan bagi mewakili Pengawas Sekolah bagi
sesi 2019.

Dipersilakan, Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya SAMTTAR, Saudara Muhammad


Azfar bin Jamali untuk menerima watikah perlantikan bagi mewakili PRS tahun 2019.

Seterusnya, dipersilakan Ketua Exco Asrama SAMTTAR, Saudara untuk menerima


watikah perlantikan bagi mewakili Exco Asrama 2019

Dan dipersilakan, Saudara Ammar Asyrani bin Mat Isa, Ketua Kelas 5 Amanah untuk

3
menerima watikah perlantikan bagi mewakili semua Ketua & Penolong Ketua Kelas
bagi tahun 2019.

Terima kasih diucapkan kepada Tn. Pengetua atas kesudian menyempurnakan sesi
penyerahan watikah perlantikan sebentar tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan Lafaz Ikrar Penerimaan Tanggungjawab daripada
barisan kepimpinan Pelajar Sekolah tahun 2019 yang diketuai oleh Saudara

Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara atas lafaz ikrar


sebentar tadi. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu akan menjadikan barisan
pemimpin di sekolah ini lebih komited dalam menjalankan tugas mereka.

Seterusnya, majlis mempersilakan Presiden Majlis Perwakilan Pra-Universiti


SAMTTAR sesi 2019, Saudara Muhammad Harris Syazwan bin Ismail untuk
menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.
Terima kasih kepada Presiden MPPU atas ucapan beliau sebentar tadi.

Dengan berakhirnya ucapan beliau itu maka selesailah sudah majlis ini. Dengan ini
saya menyerahkan kembali majlis kepada pengawas bertugas.

You might also like