Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

(1) Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa.

Jelaskan DUA (2) sebab kenapa


kuasa begitu penting kepada pemimpin sesebuah negara.

Kuasa ialah kebolehan untuk menjayakan sesuatu rancangan mengikut


naluri seseorang untuk memaksa orang lain melakukan sesuatu walaupun
mereka enggan berbuat demikian. Kuasa juga boleh ditafsirkan sebagai
kebolehan menyatakan sesuatu dan memaksa untuk berbuat sesuatu kerana
takutkan kuasa. Kuasa wujud setelah masyarakat merasakan mereka harus
memberi sepenuhnya kepercayaan dan hak kepada orang yang bakal memimpin.
Selain itu, kuasa juga didefinasikan sebagai kesanggupan, kemahiran, dan bakat
yang mana menerangkan keupayaan seseorang untuk melakukan kerja atau satu
badan penggerak atau keupayaan menghasilkan sesautu.

Pertama, kepentingan kuasa terhadap pemimpin sesebuah negara adalah


untuk membantu rakyat. Rakyat telah memberikan mandat kepada pemimpin untuk
menjayakan dasar-dasar dan rancangan. Oleh itu, pemimpin sesebuah negara
berkuasa dalam hal berkaitan ekonomi dan pendidikan. Dalam hal ini, pemimpin
bertanggungjawab dalam membangunkan negara disamping meningkatkan ekonomi
rakyat sekaligus peningkatan taraf hidup rakyat akan lebih baik. Dari segi
pendidikan, peimpin berkuasa dalam

Kedua, kepentingan kuasa terhadap pemimpin sesebuah negara ialah


menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Ini bermaksud pemimpin
bertanngungjawab dalam memberikan arahan ketenteraan, menyembunyikan
maklumat sulit hal negara supaya tidak terlepas oleh anasir-anasir luar. Oleh itu,
pemimpin berkuasa dalam hal keselamatan negara dan boleh mengarahkan mana-
mana pasukan keselamatan untuk menjaga keselamatan rakyat dan negara.

Kesimpulan, kuasa terhadap pemimpin sesebuah negara amatlah penting


bagi melancarkan tadbir urus negara dengan lebih baik supaya negara akan lebih
maju dan aman. Pemimpin yang bagus adalah pemimpin yang berhati-hati
menggunakan kuasanya supaya rakyat dan negara akan terus maju.
(2) Beri definisi kerajaan? Huraikan DUA (2) peranan kerajaan dalam sebuah
negara membangun seperti Malaysia.

Kerajaan boleh ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang


bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran
sesebuah negara atau institusi yang mengurus dan mentadbir hal ehwal negara.
Kerajaan juga terbahagi kepada tiga iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan
Badan Kehakiman.

Pertama, peranan kerajaan dalam sesebuah negara membangun seperti


Malaysia ialah menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat. Kerajaan
bertangungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat termasuklah
keselamatn, pertahanan awam dan lampu isyarat di jalan raya serta infrastruktur
lain. Segala perkhidmatan ini disediakan untuk keperluan rakyat dan tidak semua
kemudahan yang disediakan 100 peratus dari pihak kerajaan, ada juga disediakan
oleh pihak swasta yang mana kerajaan berfungsi sebagai ‘ indirect provider’ sebagai
contoh iaitu sekolah swasta.

Yang kedua, peranan kerajaan adalah untuk memastkan keperluan asas


rakyat dilengkapi terutama golongan berpendapatan rendah. Sistem operasi pasaran
ekonomi yang tidak menentu mengakibatkan pengganguran dan kehilangan
pekerjaan seterusnya mengakibatkan rakyat hilang sumber pendapatan. Justeru,
kerajaan berperanan dalam membantu golongan ini dengan memindahkan
pembayaran yang sepatutnya dilaburkan untuk sebarang projek pembangunan
kepada pengagihan kepada golongan miskin yang bersumberkan dari pembayaran
cukai-cukai perkhidmatan.
(3) Jelaskan kepentingan autoriti karismatik dan autoriti legal-birokratik pada
pemimpin sesebuah negara.

Autoriti karismatik adalah daripada ciri-ciri peribadi luar biasa yang ada pada
seseorang pemimpin. Kepentingan autoriti karismatik pada pemimpin adalah mampu
mempengaruhi pekerja dengan kaedah yang memenuhi keperluan dan kehendak
setiap pekerja dan pekerja juga akan sentiasa kekal setia kepada pemimpin kerana
sifat dan sikap pemimpin itu boleh dicontohi. Selain itu, kepentingan autoriti
karismatik ini juga dapat memajukan dan membangunkan sesautu organisasi
dengan lebih berjaya disebabkan pemimpin boleh mengarah, mengeluarkan sesautu
idea untuk menyelesaikan masalah atau mencipta kejayaan. Contohnya, Tun Dr.
Mahathir mempunyai kebolehan idea menjana pembangunan yang sangat baik dan
sangat dikagumi oleh Negara luar.

Autoriti legal-birokratik juga dikenali sebagai rasional undang-undang.


Autoritinya hampir sama dengan tradisional tetapi ia terdapat dalam masyarakat
moden dan lebih mematuhi undang-undang. Melalui autoriti ini, kuasa diberikan
kepada seseorang berdasarkan kepada undang-undang formal. Kepentingan autoriti
ini adalah

You might also like