Kertas Kerja Salah Faham Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

USI 31402

ISM USULUDDIN SEM 6

ISLAM MASIH RELEVAN ?

PENSYARAH: USTAZ MOHD RAHIM BIN ARIFFIN

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD IZZAT ADIB BIN MOHD YUNUS (044052)

AMIRUL HISHAM BIN AFANDI (043952)

AMIRUL HISHAMUDIN BIN ABDUL AZID (043995)

CHE AHMAD TARMIZI BIN CHE ZUHAIMI (044686)

WAN MUHAMMAD SHAHRAN NUR BIN WAN YAACOB (043055)


Islam masih relevan?
Abstrak

Agama Islam sering dipertikai akan kerelevanan pada era moden ini. Pelbagai isu yang
berkaitan dengan hukum hakam Islam dibangkitkan oleh golongan yang memusuhi
Islam. Kekeliruan demi kekeliruan dicipta supaya Agama Islam dipandang serong oleh
masyarakat Islam mahupun bukan Islam. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah
semata-mata untuk menolak Agama Islam itu sendiri. Penulisan ini dirangka bagi
menganalisis pemikiran dan menjawab segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh
golongan yang memusuhi Islam. Antara kekeliruan terhadap isu yang dibahaskan ialah
mengenai poligami, hudud, hak wanita.

Kata kunci: islam, relevan, poligami, hudud, hak wanita.

Pendahuluan
Agama islam merupakan sebuah agama langit yang telah disampaikan oleh para rasul
semenjak nabi adam dan berakhir kepada nabi Muhammad. Perbezaan antara rasul
yang diutus hanyalah pensyariatan. Agama islam telah disempurnakan dengan
pengutusan nabi Muhammad dan ajarannya kekal sehingga hari kemusnahan.
Penganut islam menyakini bahawa islamlah jawapan kepada permasalahan dunia kini.
Namun begitu dewasa ini terdapat tohmahan yang mengatakan bahawa agama islam
sudah tidak relevan dan ketinggalan zaman. Ini berdasarkan pembuktian bahawa dunia
kontemporari kini bergerak maju tanpa ada penglibatan islam secara lansung. Malah
ada dakwaan bahawa sekiranya ajaran islam diterapkan pada zaman ini, tamadun
manusia akan kembali mundur. Justeru artikel ini akan menghuraikan berkenaan
kerelevanan ajaran islam dalam dunia kontemporari kini.
Permasalahan
Salah faham terhadap islam berlaku bukan hanya daripada golongan luar daripada
islam, malah dalam kalangan penganut islam itu sendiri. Hal ini terjadi kerana mereka
mendapat gambaran yang salah terhadap islam. Sidek Baba (2018) mengatakan
bahawa salah faham terhadap islam ini telah wujud sejak zaman perang salib lagi dan
diikuti dengan dendam salibiyah yang menatijahkan penjajahan terhadap Negara Islam
sehingga menyebabkan pemikiran umat islam terjajah.
Objektif
Penulisan ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kebenaran dakwaan
ketidakrelevanan islam dalam mendepani zaman kontemporari. Selain tulisan ini
bertujuan untuk menyanggah hujah mereka yang mendakwa dengan mendatangkan
berberapa contoh kerelevanan ajaran islam.
Sorotan literatur
Dave Anderson (2015) dalam artikelnya telah mencadangkan 10 perkara atau prinsip
dalam islam perlu diubah bagi membolehkan ajaran islam dapat menyesuaikan diri
dalam dunia moden kini. Katanya agama langit yang lain seperti yahudi dan kristian
telah melakukan berberapa perubahan sebagai cara penyesuaian dengan keadaan
semasa kecuali islam yang sepertinya cuba kembali ke zaman kurun ke 7.
Nushin Arbabzadah (2011) berpendapat dalam penulisannya bahawa islam
masih mempunyai perjalanan yang panjang bagi mendapat keserasian dalam
masyarakat barat. Menurutnya ini bagi menghasilkan suasana yang sesuai bagi
masyarakat. Kedua-dua penulisan ini menjelaskan tentang kerelevanan islam hanya
akan dapat dikekalkan sekiranya agama islam melakukan perubahan demi perubahan
sesuai dengan tuntutan semasa.
Kaedah
Penulisan ini menyenaraikan dakwaan atau persepsi yang salah terhadap islam.
Kemudiannya mendatangkan pembuktian bagi mencanggah dan membatalkan dakwaan
tersebut. Kaedah perpustakaan digunakan dengan merujuk kepada berberapa sumber
penulisan yang berautoriti dan dipercayai.
Islam menjaga hak wanita
Orang negara barat merasakan Islam itu ialah agama yang tidak menghormati golongan
wanita. Menurut Ursula King (1995) keadaan ini disebabkan golongan perempuan
telah lama dipinggirkan dalam sejarah dan budaya masyarakat, sekaligus dikuatkan lagi
dengan pandangan luaran wanita yang mengenakan pemakaian yang tertutup seperti
tudung dan purdah, golongan wanita juga dilihat hanya duduk di rumah sahaja, mereks
mengkehadapankan isu ini bagi menyerang Islam. Namun begitu, Agama Islam yang
sebenarnya langsung tidak menindas golongan wanita, bahkan memberi beberapa
keistimewaan kepada mereka. Perlu diketahui bahawa Islam tidak menindas golongan
wanita. Hakikatnya, pada zaman Nabi Muhammad, kaum perempuan memperolehi hak-
hak yang dinafikan sepanjang sejarah kemanusiaan.
Wanita mempunyai hak - hak mereka, sama ada mereka yang masih bujang
ataupun sudah berkahwin. Hal ini seperti yang telah diriwayatkan oleh Tirmizi daripada
‘Aisyah bahawa Nabi SAW bersabda : Yang terbaik dikalangan kamu ialah yang terbaik
akhlak terhadap isterinya. Penindasan terhadap wanita dalam apa jua cara sekalipun,
tidak selari dengan Islam, malah tidak dibenarkan. Sebagai contoh, Islam tidak
membenarkan paksaan kepada anak gadis untuk berkahwin dengan calon yang tidak
disukainya.
Sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab pra-Islam menanam anak
perempuan hidup-hidup .Kemudian selepas permulaan Islam 14 kurun yang lalu,
kedudukan wanita telah terbela. Islam mengangkat kedudukan wanita di mana mereka
adalah sama dari sudut tanggungjawab dengan lelaki, iaitu untuk mentauhidkan Allah
dan menyembah-Nya. Dalam masa yang sama, Islam turut mengiktiraf kedudukan yang
setaraf di antara lelaki dan wanita. Daripada tidak mempunyai sebarang hak, kaum
perempuan mendapat kebebasan hak kehartaan melalui pewarisan dengan nisbah
perempuan lelaki 1:2.
Islam juga telah membolehkan setiap wanita itu mendapatkan hak sivil.
termasuklah juga terhadap hak kebebasan untuk bersuara, kebebasan memilih
pasangan, kebebasan berpendapat, dan sebagainya, berdasarkan kepada pencapaian
individu wanita itu sendiri. Wanita juga mempunyai hak untuk memilih agamanya.
Apabila dia memilih Islam, maka kebebasannya adalah tertakluk kepada ajaran agama
tersebut. Allah berfirman dalam surah baqarah maksudnya : Tidak ada paksaan di
dalam agama.
Wanita juga digalakkan untuk menyumbang idea dan membantu orang lelaki
dalam urusan mereka, sebagai contoh ketika Saidaitina Aisyah merupakan seorang
perawi hadis, meskipun beliau merupakan seorang wanita ,beliau telah diiktiraf sebagai
perawi hadis dan ramai orang telah diambil hadis daripada Aisyah. Ini sekaligus
diperlihatkan bahawa Islam mengangkat kemuliaan wanita. Seorang wanita dibenarkan
untuk menjadi saksi didalam kes-kes mahkamah,lebih lebih lagi pada keadaan
kesaksian wanita itu lebih diperlukan didalam kes tersebut
Di dalam sudut pelajaran pula, setiap individu dititikberatkan untuk menuntut ilmu
meskipun individu tersebut lelaki atau wanita. Ini kerana buah sumbangan golongan
wanita amat penting bagi melahirkan generasi yang intelektual sekaligus dapat mencipta
sebuah negara yang maju dan makmur. Islam membolehkan golongan wanita untuk
mencari pekerjaan bagi membantu ekonomi sesebuah negara dan pekerjaan yang
mereka lakukan tidak semuanya sama seperti pekerjaan lelaki, ini kerana kekuata
wanita tidak sama seperti lelaki yang boleh melakukan pekerjaan yang berat,seperti
mengangkat batu konkrit dan lain-lain, ini menunjukkan islam mengiktiraf perbezaan
kekuatan jantina itu sendiri.
Ini tidak bermakna Islam menafikan sumbangan lelaki mahupun wanita di dalam
pekerjaan. Apa yang ditekankan ialah kesesuaian sesuatu pekerjaan itu mengikut
batasan jantina. Menurut al-Qaradawi perbezaan di antara lelaki dan perempuan
dalam sesetengah hukum tidak bermakna jenis lelaki lebih mulia dan lebih hampir
kedudukannya di sisi Allah SWT daripada jenis perempuan. Sebaliknya perbezaan ini
berkehendakkan tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan fitrah setiap lelaki dan
perempuan.
Poligami bukan penindasan
Pengamalan poligami ini bukanlah baru sahaja di amalkan pada era masa kini. Poligami
ini telah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad. Sepertimana hadis yang diriwayatkan
oleh Tirmizi : Daripada Ibnu Umar, bahawasanya Ghailan bin Salamah ats-Tsaqafi
masuk Islam sedangkan ia mempunyai sepuluh orang isteri pada zaman jahiliyah. Lalu
mereka juga masuk Islam bersamanya. Kemudian, Nabi SAW memerintahkan Ghailan
untuk memilih empat diantara mereka.
Berdasarkan hadis diatas menunjukkan bahawa amalan poligami telah berlaku
pada zaman Nabi Muhammad dan baginda tidak melarangnya bahkan baginda
menyuruh Ghailan memilih empat orang daripada sepuluh isterinya kerana didalam
agama Islam hanya dibenarkan seramai empat sahaja wanita yang boleh dikahwini
sepertimana ayat al-Quran yang mana Allah berfirman didalam surah an-Nisa ayat ke 3 :
“Maka, berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan dua ,
tiga atau empat. Kemudian jika kamu binbang tidak akan berlaku adil maka seorang
sahaja.”
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa golongan yang menentang
amalan poligami ini atas dasar bahawa poligami ini tidak adil bagi perempuan. Diantara
golongan liberalisme iaitu gerakan Sister In Islam. Mereka adalah satu gerakan yang
memperjuangkan hak-hak kewanitaan dan kesamarataan kaum wanita dengan kaum
lelaki. Mereka mengkritik amalan poligami dengan mengeluarkan kenyataan di dalam
laman web rasmi mereka dengan mengatakan bahawa mereka percaya bahawa amalan
monogami adalah mengikut kehendak syarak, bukan amalan poligami. Kemudian
mereka berkata bahawa monogami adalah bentuk perkahwinan yang paling sempurna
didalam agama Islam dengan berdalilkan surah an-Nisa’ 4:3 iaitu jika kamu khuatir tidak
akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja.
Memang kita tidak menafikan bahawa amalan monogami juga mengikut
kehendak syarak begitu juga dengan amalan perkahwinan poligami kerana kedua-dua
amalan ini terdapat sandaran daripada dalil al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
Pandangan mereka terhadap poligami tidak mengikut syarak adalah bertentangan
dengan ayat al-Quran surah an-Nisa 4:3 yang membenarkan umat Islam untuk
berkahwin lebih daripada seorang perempuan.
Menurut al-Nawawi (2009) hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya
wajib sepertimana beliau berkata bahawa hukum asal perkahwinan ini adalah sunnah
merupakan pandangan majoriti ulama. Tetapi hukum tersebut akan berubah mengikut
keadaan seseorang tersebut. Menurut Daud al-Fatani (2007) perkahwinan akan menjadi
wajib apabila seseorang itu yakin bahawa jika tidak berkahwin dia pasti akan terlibat
dengan penzinaan. Maka daripada pandangan ini menunjukkan bahawa perkahwinan itu
sendiri adalah perkara yang bertepatan dengan syarak termasuklah monogami dan
poligami.
Manakala pandangan mereka mengatakan bahawa perkahwinan monogami
adalah paling sempurna didalam Islam berdasarkan ayat al-Quran yang mereka
datangkan itu, adalah kerana mereka tidak memahami isi kandungan al-Quran tersebut.
Mereka hanya mengambil daripada zahir ayat sahaja dan itu tidak memadai. Perkataan
jika didalam ayat tersebut menunjukkan syarat untuk poligami. Sekiranya mampu untuk
berlaku adil keatas perempuan yang dinikahi maka dibenarkan oleh syarak. Menurut al-
Zuhaili (1991) perkataan khuatir didalam ayat al-Quran adalah apabila seseorang itu
merasakan bahawa dia tidak akan mampu berlaku adil terhadap perempuan yang dia
nikahi tersebut, maka hendaklah dia nikahi hanya seorang sahaja kerana orang yang
dibolehkan untuk berpoligami adalah orang yang yakin terhadap dirinya yang mampu
untuk bersikap adil.
Justeru itu amalan poligami ini bukanlah amalan yang bertentangan dengan
syarak kerana ianya sudah diamalkan pada zaman Nabi Muhammad dan baginda tidak
melarang sahabat yang mengamalkan poligami ini. Dan perkahwinan poligami ini
bukanlah satu kewajipan bagi setiap lelaki tetapi ia adalah keharusan untuk mereka
berpoligami demi kemaslahatan tertentu seperti membantu sebahagian kaum
perempuan yang memerlukan perlindungan selepas kematian suaminya.
Hudud sebuah keadilan
Dewasa ini, hukuman hudud sering menjadi perbahasan dan pertikaian oleh sesetengah
golongan masyarakat yang datang dari berbagai-bagai latar belakang. Terdapat
sebahagian masyarakat menyokong penuh terhadap perlaksanaan hukuman hudud,
namun terdapat juga sebagahian masyarakat yang lain mempertikai dan menolak
perlaksanaan hukuman hudud di Malaysia. Pelbagai alasan dan hujah yang diberi oleh
golongan masyarakat yang menolak perlaksanaan hukuman hudud.
Antara bentuk penolakan terhadap perlaksanaan hukuman hudud ialah dengan
mengatakan menolak hukuman hudud adalah tidak berdosa. Kenyataan tersebut telah
dikeluarkan oleh Prof Abdullahi Al Na’im. Beliau memberi alasan bahawa hukuman
hudud tidak disebutkan di dalam al-Quran. Bahkan beliau mencabar sesiapa yang
mampu mengemukakan teks al-Quran yang menyebut tentang hudud. Beliau turut
mengatakan hudud itu sendiri kini sedang dipolitikkan oleh pihak tertentu bagi
kepentingan diri atau kelompok tertentu (Anne Muhammad, 2016). Individu tersebut
mengemukakan pandangannya dalam wawancara bersama kumpulan G25. Jelas dapat
dilihat beliau bersepakat bersama kumpulan G25 yang berfahaman liberal dan
memperjuangkan hak asasi manusia.
Selain itu, Menurut Nursolehah Razali dan Zubaidah Ismail (2017) mengatakan
terdapat golongan yang menolak dengan mengatakan bahawa perlaksanaan hudud
tidak memberikan keadilan malah telah mendiskriminasikan wanita dalam
pelaksanaannya. Pandangan ini diutarakan oleh Sisters In Islam (SIS), All Women’s
Action Society (AWAM). Golongan ini memberi alasan bahawa kaum wanita tidak diberi
peluang untuk menjadi sebahagian saksi dalam menentukan sesuatu kesalahan yang
melibatkan hukuman hudud. Saksi dalam sesuatu kesalahan yang menyabitkan
hukuman hudud mestilah dari kalangan lelaki yang adil, dan bukan wanita. Golongan ini
berpandangan isu tersebut merupakan satu diskriminasi terhadap kaum wanita. Mereka
menjelaskan bahawa wanita juga perlu menjadi sebahagian saksi kerana wanita pada
masa kini lebih berpendidikan dan boleh menentukan mana yang baik dan buruk. Jika
diperhatikan, golongan ini cenderung kepada fahaman feminisme yang
memperjuangkan kebebasan bagi kaum wanita.
Bagi isu pertama yang telah disebutkan di atas, kenyataan yang mengatakan
hukuman hudud tidak disebutkan di dalam al-Quran adalah salah sesama sekali. Hal ini
kerana ayat al-Quran berkaitan hukuman hudud adalah banyak dicatatkan di dalam al-
Quran. Antaranya ayat yang berkaitan hukuman zina, riddah, meminum arak dan
sebagainya. Antara contoh ayat al-Quran yang menyebut tentang hukuman hudud bagi
kesalahan zina ialah firman Allah dalam surah nur : Perempuan yang berzina dan lelaki
yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat
individu yang mengatakan hudud tidak disebutkan di dalam al-Quran tersebut dilihat
tidak meneliti dengan jelas sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Kenyataan
beliau jelas menunjukkan yang beliau semahunya menolak perlaksanaan hukuman
hudud.
Penjelasan bagi isu yang kedua ialah, seseorang yang menjadi saksi bagi
sesuatu kesalahan mempunyai amanah dan tanggungjawab yang besar dalam
memberikan keterangan dengan bukti yang jelas. Oleh itu, dalam Islam telah
memperuntukkan syarat saksi kepada golongan yang layak. Dalam permasalahan ini
menunjukkan bahawa lelaki adalah lebih layak untuk menjadi saksi berbanding wanita
yang mana dikuatiri sekiranya wanita menjadi sebahagian saksi akan mengakibatkan
rasa belas kasihan dalam memberikan sesuatu keterangan. Oleh kerana dibimbangi
wanita akan beremosi dalam memutuskan sesuatu pembuktian maka Islam telah
menggariskan bahawa lelaki adalah lebih layak untuk menjadi saksi.
Berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan, dapat disimpulkan bahawa
peraturan Islam sebenarnya sesuai dilaksanakan tidak mengira zaman mahupun
tempat. Namun, golongan yang menolak Islam sememangnya terus berusaha untuk
mengelirukan masyarakat dengan pelbagai isu yang digembar-gemburkan oleh mereka.
Kenyataan yang mengatakan hukuman hudud tidak sesuai kerana tujuan utama mereka
yang ingin menolak Agama Islam itu sendiri. Daripada itu, umat islam perlu memahami
hukum-hukum Agama Islam dengan sempurna supaya tidak terpengaruh dengan
dakyah golongan yang menolak Islam.
Kesimpulan
Ajaran yang dibawa oleh agama islam telah membuktikan bahawa ia dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Seperti isu poligami, Islam
datang dengan menambah baik amalan poligami yang sedia ada bagi menjaga hak
wanita agar terpelihara. Sejarah telah membuktikan bahawa ajaran islam telah memberi
sumbangan besar kepada masyarakat dunia dalam banyak bidang khususnya dalam
bidang sosial dan kemasyarakatan. Perundangan islam dijalankan dengan menjaga hak
pihak yang terlibat dengan berprinsipkan keadilan. Pemerkasaan institusi keluarga dan
masyarakat dengan penjagaan martabat wanita dalam masyarakat menjadi bukti
bahawa ajaran ataupun panduan yang ditetapkan oleh islam mampu memberi kesan
dan natijah yang baik kepada masyarakat.

Rujukan
Sidek Baba. (2018). 12 Julai. `Salah Faham Terhadap Islam`. Fikrah, Utusan
Malaysia : laman sesawang : http://www.utusan.com.my/rencana/utama/salah-faham-
terhadap-islam-1.714853 (akses 15/12/2018).
Dave Anderson (2015) 5 Oktober laman sesawang : https://www.listland.com/top-10-
ways-islam-should-change-to-fit-into-the-modern-world/ (akses 15/12/2018).
Nushin Arbabzadah (2011) 9 Disember laman sesawang :
https://www.theguardian.com/commentisfree/belief/2011/dec/09/arabic-islamic-funeral
(akses 15/12/2018).
Ursula King (1995), “Introduction: Gender and Study of Religion” dalam Ursula King
(ed.), Religion and Gender. Oxford UK: Blackwell Publishers, h. 1
Al-Qur’an al-Karim, al-Nahl (16): 58-59. Lihat juga Reuben Levy (1969), The Social
Structure of Islam. e. 2, Cambridge: Cambridge University Press, h. 91
Sayyid Muhammad Siddiq Hassan Khan al-Qanuji al-Bukhari (1981), Husn al-Uswah
bima Thabata min Allah wa Rasulihi al-Niswah. c. 2, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Al-Qur’an al-Karim, al-Nisa’ (4): 11.
Nasr Salman & Su‘ad Suthi (eds.), Fatawa al-Nisa’ li Ashab al-Fadilah Yusuf al-
Qaradawi, wa Mahmud Syaltut, wa ‘Abd al-Halim Mahmud, wa Muhammad Mutawalli
Sya‘rawi wa Ahmad Hamani. Beirut: Mu’assasah al-Risalah, hh. 574-577
Laman sesawang Sister in Islam : http://www.sistersinislam.org.my/ (akses 15/12/2018).
Al-Zuhaili, Wahbah. At-Tafsir al-Munir: fi ‘Aqidah wa asy-Syari’ah wa al-Manhaj.
Damaskus: Dar al-Fikr, 1991.
Al-Nawawi. Syarah Sahih Muslim. Beirut. 2009.
Daud al-Fatani. Idhah al-Albab li Murid al-Nikah bi al-Sawab. Pulau Pinang : Percetakan
al-Mu’arif 2007.
Nursolehah Mat Razali, Siti Zubaidah Ismail. (2017). ‘Islam Dan Keadilan Hukuman
Hudud Terhadap Wanita’, dalamProceedings Of The International Conference On Islam,
Development And Social Harmony In Southeast Asia 2017, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Anne Muhammad. (2016). 1 Jun. ‘Prof Abdullahi: Tidak berdosa tolak hudud’. Laman
sesawang : www.malaysiakini.com (akses 15/12/2018).

You might also like