Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAB 1: BENTUK PIAWAI

1.1 Angka Bererti

Merujuk kepada digit-digit yang relevan dalam sesuatu interger atau nombor perpuluhan yang
dihampirkan kepada sesuatu nilai mengikut tahap ketepatan/kejituan yang tertentu.

Bilangan angka bererti (a.b.) ditentukan mengikut peraturan berikut:

1. Semua digit bukan sifar dalam sesuatu nombor adalah angka bererti

(i) 2 1 4 3 mempunyai 4 (a.b.)


(ii) 2 9. 3 mempunyai 3 (a.b.)

2. Sifar yang terletak diantara dua digit bukan sifar adalah angka bererti

(i) 2 0 3 mempunyai 3 (a.b.)


(ii) 4. 0 0 5 mempunyai 4 (a.b.)

3. Bagi sesuatu nombor perpuluhan yang kurang daripada 1, sifar yang terletak sebelum
sebarang digit bukan sifar bukan angka bererti.

(i) 0. 0 0 7 8 mempunyai 2 (a.b.)


(ii) 0. 0 7 0 3 mempunyai 3 (a.b.)

4. Bagi suatu nombor perpuluhan, sifar yang terleta selepas digit bukan sifar adalah angka bererti.

(i) 5. 2 0 mempunyai 3 (a.b.)


(ii) 0.0 4 0 mempunyai 2 (a.b.)

5. Bagi sesuatu nombor bulat, sifar yang terletak di akhir nombor itu boleh jadi angka
bererti atau bukan angka bererti . Ia bergantung kepada tahap kejituan yang
dikehendaki.

(i) 3 6 000 mempunyai 2 (a.b.) jika tahap kejituan adalah ribu terhampir.

(ii) 3 6 000 mempunyai 3 (a.b.) bagi tahap kejituan kepada ratus terhampir.

Membundarkan Suatu Nombor Kepada Bilangan Angka Bererti Yang Diberi

Contoh:

1. Bundarkan 2.0485 kepada 3 angka bererti.


Jawapan: 2.05 (3 a.b.)

2. Bundarkan 53494 kepada 2 angka bererti.


Jawapan: 53000 (2 a.b.)

3. Bundarkan 0.002005 kepada 3 angka bererti.


Jawapan: 0.00201 (3 a.b.)

4. Bundarkan 0.30543 kepada 4 angka bererti.


Jawapan: 0.3054 (4 a.b.)

You might also like