Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

DRAF PERLEMBAGAAN BADAN BERUNIFORM

Fasal 1: Nama

Fasal 2: Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Menglembu, 31450, Menglembu, Perak.

Fasal 3: Penasihat Pasukan Badan Beruniform

Dilantik oleh Pengetua bersama dengan Guru-guru Penolong Kanan.

Fasal 4: Tujuan Persatuan Pasukan Badan Beruniform

4.1 Melatih pelajar berdisiplin dan bekerjasama dalam Persatuan / Kelab / Pasukan
Badan Beruniform / Kelab Permainan / Sukan
4.2 Memberikan peluang pelajar mengembangkan bakat dan potensi diri
4.3 Menambah ilmu pengetahuan di luar kelas melalui akiviti lawatan sambil belajar

atau program yang dirancang oleh setiap persatuan / Kelab / Pasukan Badan
Beruniform / Kelab permainan / Sukan yang dianggotai.

Fasal 5: Syarat Keahlian


5.1 Keahlian terbuka bagi setiap pelajar sekolah SMKM. Setiap pelajar diWAJIBkan
menjadi ahli SATU Kelab / Persatuan Ko-kurikulum, SATU Pasukan Badan
Beruniform dan SATU Kelab Sukan / Permainan dan WAJIB menjadi ahli rumah
sukan sekolah.
5.2 Sekiranya seorang pelajar ingin menjadi ahli kepada lebih daripada satu Kelab /
Persatuan / Pasukan Badan Beruniform atau Sukan / Permainan, semak jadual
aktiviti kokurikulum sebelum membuat keputusan muktamad.
5.3 Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang ditetapkan oleh setiap Persatuan /
Kelab / Pasukan badan Beruniform / Kelab permainan / Sukan
5.4 Membayar yuran / kutipan wang yang ditetapkan sebanyak RM…….. setiap
minggu / bulan / penggal / tahun.
5.5 Menghadiri setiap perjumpaan yang dirancang.

Fasal 6: Organisasi Pasukan Badan Beruniform

6.1 Penasihat
6.2 Pengerusi
6.3 Naib pengerusi
6.4 Setiausaha
6.5 Bendahari
6.6 Ahli Jawatankuasa

1
Fasal 7: Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pasukan Badan Beruniform
7.1 Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi dipengerusikan oleh Pengerusi sebelumnya atau

Guru Penasihat
7.2 Pemilihan dibuat dalam mesyuarat Agung secara undian atau lantikan oleh guru.
7.3 Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang ingin meletakkan jawatan mestilah mendapat
persetujuan bertulis dari Penasihat Persatuan

Fasal 8: Cara menyimpan dan menggunakan wang Pasukan badan Beruniform

8.1 Wang hasil kutipan yuran ahli atau sumber yang lain boleh dibelanjakan untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti Persatuan / Kelab / Pasukan Badan Beruniform /
Kelab Permainan / Sukan
8.2 Sebarang kutipan atau perbelanjaan mestilah mendapat persetujuan Guru
Penasihat serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi
8.3 Semua kewangan mestilah disimpan dan diuruskan oleh Bendahari atau Guru
Penasihat sendiri. Lebihan kutipan hendaklah diserahkan kepada PK Kokurikulum
pada penghujung tahun.
8.4 Gunakan borang Rekod Kutipan dan Perbelanjaan untuk mencatat setiap urusan
kewangan. Rekod Kutipan dan Perbelanjaan akan disemak oleh Penolong Kanan
Kokurikulum dua kali setahun iaitu penghujung Mei dan awal Oktober.
8.5 Penyata Akaun mesti disediakan dua kali setahun iaitu penghujung Mei dan awal
Oktober.

Fasal 9: Meminda Perlembagaan Pasukan Badan Beruniform

Perlembagaan ini boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketetapan yang dipersetujui
oleh tidak kurang dua pertiga ahli yang hadir dalam mesyuarat. Satu ketetapan untuk
meminda atau memansuhkan perlembagaan hendaklah dimaklumkan kepada Penolong
Kanan Kokurikulum. Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada keputusan
Pengurusan Tertinggi Sekolah.

Fasal 10: Perkara Umum

10.1 Waktu perjumpaan pada setiap bulan (Tertakluk kepada pindaan)

i. Setiap hari Sabtu/Jumaat ( mengikut jadual)

Guru penasihat Wajib mengingatkan pelajar yang hadir ke sekolah untuk


aktiviti Kokurikulum supaya memakai baju T Badan Beruniform atau
uniform lengkap. Lain-lain pakaian tidak dibenarkan.

10.2 Perjumpaan mestilah tidak kurang 18 kali setahun


10.3 Perjumpaan mestilah mengikut Jadual Aktiviti Kokurikulum 2019. Sebarang
pindaan terhadap jadual hendaklah dimaklumkan kepada Penolong Kanan
Kokurikulum.
10.4 Pihak Pengurusan Tertinggi berhak meminda Perlembagaan ini mengikut
keperluan.

Fasal 11: Lain-lain


………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………
….
2

You might also like