Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

GKMP Sains dan Matematik,

SMA Dato’ Haji Mustafa,


72200 Batu Kikir,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kepada,
Tn. Hj. Abd Rahman Bin Ramli
Penyelaras Dun Serting,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan Darul Khusus. 28 Januari 2019

Melalui dan Salinan


Pengetua,
SMA Dato’ Haji Mustafa,
72200 Batu Kikir,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan,

Memohon Sumbangan Membeli Mikroskop Makmal Sains

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah ingin memohon sumbangan tunai sebanyak
RM 3000.00 daripada pihak tuan untuk menampung perbelanjaan membeli 4 unit mikroskop
untuk kegunaan murid di Makmal Sains sekolah.

3. Untuk makluman pihak tuan, mikroskop yang sedia ada di makmal sekolah hanya 3 unit
sahaja yang berfungsi dengan baik. Hal ini tidak dapat menampung penggunaan semua murid
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 semasa sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

4. Sehubungan dengan itu, saya mewakili pihak sekolah memohon jasa baik pihak tuan
sekiranya dapat menghulurkan sumbangan bagi melancarkan aktiviti pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) sekaligus dapat meningkatkan prestasi murid dalam mata pelajaran
Sains.

5. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih,

Yang Benar,

___________________________
(En. Muhamad Zaki Bin Zainudin)
PK Pentadbiran
SMA Dato’ Haji Mustafa

You might also like